Wednesday, August 13, 2014

potret MONALISA ...... ( (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 10)

Nak cakap pasal Potret Monalisa ni sikit - satu yang kat Louvre dan jugak Potret Monalisa Wings first time keluar zaman dulu tu versi live sebelum kaset studio teori domino keluar.

(hah...tengok!! tengok!!!)

Secara peribadi untuk diri aku sendiri, aku suka pergi muzium. Satu aktiviti yang menghiburkan aku dan masa yang sama aku dapat ilmu. Muzium Louvre kat Paris ni memang istimewa sangat. 
Sebelum masuk aku memang "dumb and dumber", tapi bila masuk muzium ni selama lebih kurang 5 jam gitu, aku terasa diri aku ni jadi "sophisticated" gitu.. tapi bila aku keluar je, abis jadi "dumb and dumber" balik haha.
Ikut hati, muzium Louvre ni mungkin kalau betul2 la aku sorang nak tengok ye, tanpa "pressure" dan ikut kelajuan aku, aku rasa tiga hari pun aku tak boleh abiskan pusing musium ni.

Anyway, waktu lawatan aku ke Louvre ni ialah aku gunakan masa tukar flight, pasal aku naik MAS (support ok!!) pergi airport Paris CDG sampai kul 6 lebih pagi kan? So flight aku nak backpack Belgrade Serbia ialah kul 7 malam, jadi aku naik train gi bandar Paris, aku pergi Louvre la, then lekas2 aku balik airport naik flight gi Serbia. Tu memang kena datang cepat airport, aku speku akan cekik darah naik kapalterbang gi Serbia, tapi ok la tak banyak kerenah, tapi ada la jugak sikit2. Nanti lain aku cerita apa kerenah2 jadi k masuk keluar tempat ni yang aku kena tempuhi. Dah la berbual ayam ngan itik gitu, dah aku sorang2...

HARI AKU PERGI Louvre NI AHAD IALAH HARI MOGOK PARA PEKERJA KERETAPI PARIS. Macam siot betul, aku nasib ada la sikit2 tu macam ubi kentang hari tu.... panik memang panik la jugak keadaan huru-hara, dah la aku tak paham apa2, dan buat lagi dramatik lagi, dah la aku ada sekali tu tukar2 tren aku naik salah tren, ye la aku bukan reti French apa! keliru la kan tak biasa cara papantanda dorang, abis tu aku rasa makin GHETTO je aura dan penumpang2 dalam tren tu... Seram siot!!...alamak!!! aku salah tren la ni, aku bisik dalam hati haha, Doa ok, terukumat-kamit baca ayat2.

mampos ni tren masuk ghetto mana ni? Sudah jadi Bronx ni, bahaya ni hahaha!!, hahah. Lekas2 keluar, lekas2 patah balik....dah la backpack aku berat giler, 
tapi pakai selipar jepun je kan, cam aku nye selipar jepun dah sampai dichop "selipar jamban" hahahaha, so selesa la jugak, jalan meleser....memang semua orang tengok la, korang pakai Selipar Jepun kat Eropah, jalan seret2, jalan meleser, ni rasa tersangat GLAMOUR OK!!! Semua orang tengok cam..."biar betik !!" haha. Dorang semua jenis pakai kasut haha.
Tapi Lantak la janji aku selesa ye tak?

tapi...ada sekali tu, aku pakai tshirt Maiden kan? aku belum pun sampai tingkap pegawai immigresen kat CDG kan?? Pegawai passport tu dari jauh dah buat "Dio" sign sama aku...

Baik la kan?? So aku dah tahu, tak banyak colok nye, sila chop dan aku boleh beredar hahahaa....
"Up The Irons!!", indeed!!!

 beg berat pasal boot pun aku sumbat, gi tengok konsert rock je aku pakai boots selain tu selipar jepun, thorbaik. Nasib baik la aku dapat mengharungi Mogok Keretapi yang dilancarkan tu.

(memang la aku lagi teruja tengok orang yang menengok Monalisa dari Monalisa tu sendiri)


Nanti la ni semua aku cerita la lain kali.. korang tahu, pencuci toilet kulit hitam yang ajar peranchis2 ni macam mana nak tukar2 tren pergi balik airport pasal semua banyak gangguan, aku memang tak reti apa2, aku just follow the crowd, orang peranchis yang bawak beg2 besar gitu aku rasa dorang nak gi airport, aku ikut belakang dorang masa aku kat tren station yang interchange tu apa nama dia dah lupa hahha....


OK.. Monalisa. Apasal ramai orang kagum ngan Monalisa ni? Padahal Louvre museum ni beratus2 ribu kot artefact menarik...malah bangunan2 yang bergabungkan jadi museum ni pun dah menarik, tapi Monalisa jugak traffic-jam.
Ambik gambar lain, pakai kamera, pakai henpon, selfie lain, memang huru hara betul.


Nanti la aku senang nanti aku buat travellogue adventure huru-hara aku sorang2, nak2 kat Belgrade dan Nantes.




ok, korang tengok aku ni boleh ngan backpack gitu masuk tempat2 gini....
hah...
Louvre ada tempat simpan beg ok, so aku memang dah siang2 dah humban dah semua kat sana....

So cam gi kedai la gitu, berlenggang kangkung pakai selipar jepun masuk Louvre HAHA!!
Siot betul, aku jalan berleser2 orang tengok2...ye la.....museum siot, aku buat bunyi2....

Civilised Mode please, click!!! 

cehhhhh......



Korang rasa tu betul nye ke? Atau tu yang kena fotostat nye?

Original dorang simpan tempat lain??

Kalau dorang taruk yang photostat pun bukan kita tahu ye tak???




OK, aku pernah cerita dulu aku cerita lagi sekali ok...
Pertama kali la aku masa zaman dulu budak sekolah gitu dengar lagu Potret Monalisa kumpulan Wings tu bukan dari kaset Teori Domino. Wings dah main lagu tu live, kalau aku ingat betul, berbulan2 sebelum kaset Teori Domino keluar. Wings main lagu tu kat Singapore untuk satu show aku tak ingat, dan aku tak pergi pasal aku tahu ialah DJ Arwah Adnan Maswan dari the most legendary of all Malay radio programme "Pop-Rock" kira dah bootleg lagu tu dan mainkan kat program dia.


Tu la pertama kali Potret Monalisa dimainkan secara live dan rakaman live tu dah berkumandang kat Radio Singapura, dan tu jam langsung belum ada cerita pasal album ketiga Wings.
Aku masih ingat la, kira kalau ikut versi Fear Of The Dark,
lagu Potret Monalisa cam gini
Engkau Tersenyum Di Jendela... (audience ramai2 - WOOOAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!!)
Memukau Mata terpesona - (audience ramai2 - WOOOAAAAAAAHHHHH!!!!!!!!)
ialah pasal tak pernah dengar, terus tengok live version, mesti cam teruja la gitu kan....dengar sebijik2 lirik tiap2 baris, so mesti la ada sempat buat respons "WooooaaaaaahhhhhhH!!!!"".



anyway, thats why I am not surprised that Potret Monalisa is a trilogi tiga lagu rakam terus kan as reflected kat kaset Teori Domino dulu tu. Awal2 dorang dah main live dah testing kot haha. Tapi haus la kan ni lagu pasal kena fight ngan Sejati dan Harapan kat radio permintaan masa ni kaset keluar dulu.

Best eh ingat2 balik... tu pasal, I think one regret aku ialah aku tak bootleg konsert rock melayu zaman dulu, lagipun mana ada equipment eh? giler bawak tape rekoder bapak besar tu? haha.
Aku tahu ada satu budak Perak pergi fun-fair bawak tape rekoder tape band2 main kat kat Fun Fair. Mana dia mamat ni? haha.

Orang melayu jarang la suka dan hargai bootlegs, dan even setlist setlist setiap show berlainan, I mean, rata2 orang melayu excited tunggu Isabella masa konsert Search, of course la ramai korang yang tahu semua lagu dan excited semua lagu, tapi berapa ramai pun korang bukan majoriti besar. I dont want to comment a lot la, korang paham apa aku cakap... Biar aku hidup dalam dunia aku sendiri kalau bootlegs ni semua haha. Because these are real treasures...

Hah..Berteromber nanti aku senarai la eh tempat2 aku gi korek rakaman2 live omputeh yang senang access dan mudah2 nye, yang those pro-giler2 nye perfectionist2 losslessfanatics dan strict giler nye tak yah la websites dorang semua sakitkan hati je..




hah...tenungggg,tenung lama2...


To be continued...

11 comments:

metal brain asylum said...

what an amazing experienced just to be there.awesome lah bro deaf . hehee

berteromber said...

pergh!!..sesak umat....

haha...lama tak dengar perkataan meleser...


btw...Teori Domino rilis zaman2 last kemeriahan rock melayu sebelum budak2 melayu majoritinya transform jadi mat thrash....so memang lain macam la nak tunggu album tu keluar...sama kes macam tak sabar2 asyik gi tanya kedai kaset bila fenomena nak keluar...hahaha...dia punya feeling masa 1st dengar Potret Monalisa tu memang wau....

PC kOKak™ said...

gile la dapat pergi ni muzium..perghh. tempat ni kira 'metal' abis la beb.. iykwim

Rafi said...

Fuhh..seronok baca pengalaman kat sana.sambil baca entri ni pun aku dengo lagu potter monalisa jugak..hehe..
Mcm biasa,tq sebab share cerita kat sana..

Skudal said...

tengok tajuk ingat pasal wings.... apapun memang menarik tempat tu...

D'arsil said...

terbbaik lah klu aku pun dpt g situ...respek ahh

Portdy said...

wow best experience!

cLina BeLedZa said...

best jadi ngko.

lieyalatif said...

kalo pi jalan negara org mmg patut masuk muzuim depan kan deaf.... byk bende kite leh tgk....

tapi tu laa menarik plak tgk kemain ramai org dok kerumun tgk potret monalisa tu...betul jugak kan kalo diletak yg copy punye ke mane org tau kan...beriya laa pengunjung dok snap gambar heheheehe

speedrider said...

Potret Monalisa by Wings memang masterpiece. Lirik seketul-seketul.

deaf-angel said...

......