Wednesday, October 29, 2014

kubu perang KALEMEGDAN FOTRESS dan peninggalan tentera uthmaniyah ((my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 17)

Mungkin ada korang berminat jugak benda2 ni....
Aku bahagi ni post kepada dua, bahagian pertama tentang kubu perang yang aku rasa memang paling dahsyat sekali aku tak pernah tengok kubu perang macam gini yang teringatkan aku rasa lagi besar, lagi dahsyat dan lagi gempak dan lagi menggerunkan dari apa2 kubu perang aku tengok dalam filem2 Lord Of The Rings...
dan jugak bahagian kedua, peninggalan Islam yang kita masih boleh nampak kat kubu ni....

This post is will carry photos on Kalamegdan Fotress itself and also the left behinds from the Ottoman Empire period that is still useful and can be seen while exploring this amazing historical site.
I will upload photos of the Roman Well (which basically gives an idea of how a city, or a Fotress with thousands of soldiers under siege, can get water) and also the War Museum next time if I got the opportunity.
And since I am there in the first place is because I want to see Maiden, and to see Maiden plays to their Serbian fans, and Maiden is also playing at Kalemegdan Park besides this fotress, so some bird-eye view of the Maiden stage surroundings too...





Bandar Belgrade ni, dan kawasan Kalemegdan Fotress ni, kubu perang Kalemegdan ni, dan tempat dua sungai Sava dan Danube bertemu,
dah beribu2 tahun jadi tempat yang sangat strategik, jadi perebutan kuasa maka jadilah perang, dan rebut kuasa dan perang dan rebut kuasa dan perang dan so on dan so on...

Kira berlainan puak2, kerajaan, dan apa je la, dah kuasai atau berebut tempat ni...
Celtic Tribe, Roman Empire, Byzantine Empire, Goths, Huns, Slavs, Ottoman Empire, Hungarian Empire, Austrian Empire.

Ni semua sejarah yang menarik la ....

Sapa tahu ATTILA THE HUN?? Dekni Legenda kan zaman dulu gitu.. Hah, dikhabarkan mayat dia ditanam kat bawah antara kubu2 perang ni jugak...

Korang bayangkan tentera Uthmaniyah berkubu kat luar kota ni nak tawan selama lebih kurang 100 tahun untuk dapatkan bandar ni tahun 1400++ dulu2 gitu...
Sabar yang sangat mendalam tu.....

Jadi aku masa pergi tu aku boleh rasa la.... Ermmm Berapa banyak darah dah mengalir ye tempat ni??
Lagi perang zaman dulu.... Semua main pakai pedang la, Catapult la, anak panah la...simbah minyak panas la....tentera berkuda la...
takde ampun nye perang ye tak... tak boleh aku imegin la tempat ni zaman dulu..

Tapi memang ni tempat paling strategik, atas bukit, tengok dua sungai bercantum...





Giler ah foto bawah ni, aku boleh imejin la masa musuh datang, cam mana yang tengah kat kubu ni semua lari sana lari sini...
cam saving private ryan gitu...I mean saving private ryan bawak pedang la...ok la aku stop nonsense ni topik serious.







Aku suka2 gini, pasal masa kecik2 dulu kan dengar lagu Rainbow yang zaman Ronnie James Dio semua ada lagu2 berunsur dungeon and dragons gitu, 
So belajar la, apa tu lagu dorang pasal Kill The Kings, 16th Century Greensleeves....

hah, 16th Century Greensleeves yang aku paling minat sekali masa dulu2 nak tahu apa tu 16th Century Greensleeves yang Rainbow bawak lagu ni...
So terpaksa la belajar English, terpaksalah baca baca pasal tentera zaman dulu, castles, apa je la... zaman dulu pun nak dapat info semua susah... tapi aku minat la..... Medieval la gitu senang cakap..

Keluar ring kejap gini suasana Iron Maiden main Belgrade sehari sebelumnya...
Dari atas bukit...

Panjang ke belakang design dorang... tiket split harga tiga bahagian..  Entah mana aku baca kalau buat show kat Kalemegdan Park ni boleh sumbat 30,000 orang. Boleh la pasal dia jauh ke belakang tu semua besar giler tempat ni..


Sini takde la safety zone sangat... Dia taruk warning je, korang gatal nak tengok sana tengok sini,
jatuh ke hapa ke mati....
Dia dah letak papan tanda dah kasi amaran...


See? boleh nampak kan??
Sungei2 tu semua kalau musuh datang dari arah mana2,
Atau nak jadikan tempat kapal2 masuk semua...
Ye la zaman dulu mana ada kapalterbang semua ye tak...
Sumber la kan sungei...

OK, ni aku gi tengok persiapan Maiden tu... Cehhh sibuk2 je tengok dari jauh....


Masa Maiden main waktu malam...
Giler lawa Fotress ni kena ada spotlight...
Tapi malam tak boleh masuk kot...



OK Sambung balik...

Kira kalau yang jadi sentri ni, kalau apa2 dia selamat ke? ... ok la kot duduk diam2 kat situ ye tak..





Pintu2 dia memang kira macam Gandalf je boleh bukak la kot lepas dia baca2 jampi..

tak pun hantar yang dragon kaler hitam tu yang ada Soldier Of Death bawak Dragon kaler hitam tu...

ok ok, aku tahu aku merapek...



Hah, besar giler....  Ni kira Manowar boleh buat video MTV apa tu? Grandfather tell me a story..go go get your storybook tu...

Ni part... And they met the Army Of The World with a MIGHTY CLASH!!!

okay..... In Control... (tarik nafas).










Ni peta kawasan ini la...memang tak boleh abis la kalau nak explore semua.....

Mungkin dua hari penuh la kot kalau korang minat benda2 gini...

Korang nak imegin... OK, mana nak letak tentera berpanah, mana nak letak catapult, mana nak campakkan mayat2 dah busuk kat lepas atas kubu ni jadi yang tengah kena perangkap tu nanti kena sakit....
Aku syok la kat sini...cuaca memang sejuk giler, kejap2 hujan renyai2...
Giler ah perang dulu kalau aku baca...
Well...sampai sekarang pun giler jugak ye tak, cuma sekarang ada henpon, lepas siksa bunuh orang masukkan dalam tenet... Tak terlarat wei nak tengok....




OK Ok, korang tengok masa kota ni dibawah kuasa tentera Uthmaniyah kerajaan Islam la ye tak?

Korang tengok ada tempat wuduk la ni ye tak? tempat minum air untuk sapa yang dahaga jugak....

Memang ni la peninggalan yang sangat unik kat bandar Belgrade ni... dan boleh nampak contoh kat kubu perang ni..

tahun 1578..Sultan Mehmed ke hapa ntah...... Lama giler dulu, tapi dorang dah advance dah ye zaman tu, nanti lain post aku tunjuk contoh..
korang pernah fikir tak? kalau macam korang tengok cerita Hollywood ke, baca sejarah ke, tengok Lord Of The Rings ke,
cammana dorang yang kat dalam kena kepung tu dapat air,
hah, kat kubu ni ada tau satu design perigi yang masih dorang tunjuk. TEKNOLOGI la orang2 dulu kan..
Pandai otak geliga...

Anyway, aku tak tahu la samada yang ni berfunction, tapi yang bawah tu function...




OK tapi yang ni berfungsi la, Orang2 Serbia nanti suka bawak anjing2 dorang la kot bersiar2 exercise2 kat Kalamegdan ni, lawa2 anjing dorang, maklum dijaga elok2...

Tapi tak kacau aku la, takde anjing liar ok tempat ni, antara salah satu sebab aku pilih tengok iron Maiden kat Belgrade dan bukan kat Sofia, Bulgaria malam sebelumnya ialah pasal aku baca bandar Sofia Bulgaria tu ada anjing liar...

mampos la aku, dah la sorang2, abis tengok Maiden main, kang aku jalan sorang2 kang balik lodging , dah la takut kena mug kena rompak, lagi takut ngan anjing liar... ye la, ni bukan tempat kita kan...mana kita tahu ye tak.

dah dah tengok Maiden main kat Belgrade dah...dan aku rasa aku pilih yang betul..  Best giler tempat ni. Cuaca sejuk giler, hujan renyai2, tapi alrite la, masa Maiden main alrite je tak hujan tak sejuk..ye la dah ribu2 dah kat situ ye tak..

OK OK, ni gambo tuan2 anjing tu kasi anjing2 dorang minum...


Korang pernah baca tak? kalau korang buat sesuatu yang datangkan manfaat kat manusia atau apa2 pun la untuk dunia ni, bumi ni.... selagi benda tu dimanfaatkan, selagi tu sampai hari kiamat la pahala berjalan ye tak??

Aku terfikir tau, korang bayangkan kalau benda paip ni dah beratus2 tahun, manusia, anjing semua minum dari tempat ni....
pahala tu kalau orang Islam yang buat dengan niat iklhas, pahala tu berjalan cammana eh....
So, tu la..  Cehhhhhhh tak sangka aku tiba2 muhasabah diri ...... HAHAHA. Siot la korang, aku serious tengah berbual ni....bayangkan anjing kehausan, lidah dah terjelir2 gitu, panting, then dia dapat air dari pam air yang dipasang kat perigi yang korang ada masuk share duit atau tolong buatkan, hah.... 
ehhh...aku bukan geng touch dog without any purpose and gomol dog like a pet ok... kalau darurat, kecemasan, untuk keselamatan, keamanan.. by all means. 





OK, nanti bersambung di lain siaran.... HARAP KORANG ENJOY BACA DAN TENGOK GAMBO NI SEMUA!!!


p.s

-"Gerhana!! Wooo Hooo Gerhana!! Wooo Hoo Gerhana!!! dalam jiwa ku!!! (sambil tengah imegin semua diri atas kerusi henjut2 kat Istana Budaya masa Kembara main nanti, keboom!! keboomm!!! Lagu ni Kembara main live transform jadi MONSTER ok...takdelah cam versi kaset)

-"Jangan kau memuja ribut dan taufan...., jangan kau memuja gelombang perasaaannnnn"...(sambil tengah imegin Search main lagu ni dan aku nangis2 sambil lap air mata kegembiraan kat IB jugak)...

Siot, aku kerja la semua dates...3 malam Kembara dan 4 malam Search...
Tengah plan cammana ni....

NI LA ADA SORANG TU DAH RACUN TAMPAL TIKET SEARCH KAT BLOG DIA!!!! SIAP PLAN NAK PAKAI BAJU APA LAGI!!!! Aku masuk blog dia je aku nampak tiket tu aku stress...siap tampal poster lagi kat bucu blog..

Aku dah tak tentu harah dah... haha.


9 comments:

berteromber said...

thanks...seronok tengok gambar pun jadi lah...nak pergi sendiri memang tak akan sampai la kot...

Ijau D. Koceng said...

"cam saving private ryan gitu...I mean saving private ryan bawak pedang la"

hahahaha! lawak

Rafi said...

Ini kalo masuk national geography nye photo contest kompem menang..gamba2 menarik.tq sebab share Abg dep.

D'arsil said...

semalam aku baca ni tetiba karan mati pula, leptop ni tak dah bateri sambung trus ngan plug, jadinya bos suruh balik awal, haha..
tertarik ngan amaran tu, kalau jatuh tanggung sendiri wahahaha..
enjoy lah tgk gambar2 cam ni sambil ada ceta2nya lagi..

bab search tu, aku harap dapat dgr lagu2 favret aku, nanti akulistkan bila esok nak ke IB hahaha

dilabangiWORLD said...

oi dep gambaq hang pun thorbayek jugek
real... cam aku duk kat situ pulaknya
ahli sejarah dalam pada sama sedara iron maiden hang ni
memang aku salute lah kat hang ni

faizal abd fathi said...

cantik gambar dan permandangan... teringin nak pergi kota macam di eropah... kalau kalau malaysia.. kedah, melaka dan perak aje ada...

Rafi said...

Italian nya cd/dvd boxset.meleleh tengok.kalau ada duit telebih dah lama aku order ni..heheh..
http://www.shopforyou.it/prodotti/schedaProdotto?codiceProdotto=1857093

cLinaku said...

bestnyer deaf..bestnyer dapat pegi sana.

Siti Hajar said...

Omg. faham sikit2 yang ditulis dekat papan tanda dan kertas a4 tu. Ade guna huruf russia and perkataan ada yang sama dengan russian words.