Aku borak dulu, then lepas tu more to photos k...
(gambar atas ni yang dorang buskers main classical music ni masa aku sampai first sekali sebelum aku lekas2 patah balik airport naik flight gi Belgrade, pasal yang ni kat kawasan Louvre, aku rush pergi Louvre kejap dapat dalam 5 jam gitu).Dorang cam gini la...dorang ada time menghayati ni semua....dan dorang menghargai...
Tak tahu nak kasi judul ni kali apa, so taruk ni je la.... PARIS IS BURNING. Aku first time aku tahu ni term ialah lagu Dokken la kan.. tapi ni term banyak orang pakai selain Dokken.
Sikit2 je la Paris aku nak cerita ni,... Aku tidur je all the way kat Paris. Aku dah penat explore Belgrade, dan lepas ni aku nak gi Hellfest. So aku pastikan aku tidur banyak2 kat Paris.
Pasal aku gunakan airport Paris CDG sebagai based untuk aku ke Belgrade, jadi waktu pertama kali aku sampai pagi naik MAS, dan flight aku ke Belgrade ialah malam, aku tak hegeh2,
aku terus ngan lincah clear Immigration , aku terus keluar airport naik keretapi gi bandar Paris dan pergi museum Louvre, then petang aku rush balik Airport naik keretapi.
Dalam bandar Paris bergerak aku dah standby kupon single trip semua sebelum bertolak, tapi cuma dari airport ke bandar Paris, aku beli je la tiket pakai vending mesin, senang je, cocok pakai credit kad je macam aku pernah cerita tu hari, takde password takde apa, tak yah tekan apa2, aku dah cek masa balik tengok statement, ok je, so untuk aku, kalau korang travel ke hapa ke, beli tiket naik keretapi beli sendiri kat vending machine setakat cocok kredit kad, insyallah selamat. Walau takde diminta pin number ke hapa ke...
Aku dah cerita kan? hari tu, ada seperti mogok oleh pekerja2 rail keretapi Paris. Memang satu pengalaman la. Menakutkan jugak, pasal aku kalau tergendala dan aku miss flights, abis semua planning...
OK kali kedua sampai Paris pasal aku dari Belgrade, dan besok paginya aku nak pergi bandar Nantes untuk tengok Hellfest tiga hari tiga malam kat kampung Clisson,
So sampai je aku dari underground Paris dari airport CDG, apa aku carik? MAKANAN!!!....
Menu... hah kau...tak paham.....so kita carik yang ada kentang, and kita main tikam2 order je....apa pun dapat, layan je la....
Dah kebulur, apa pun sedap.
Tapi aku pergi berapa benda yang aku rasa harus. Selain mungkin antara muzium terhebat dalam dunia Louvre yang aku dah cerita aku pergi tu hari selama 4-5 jam aku pusing cepat2...
Ni aku buat berapa benda... Aku pergi tengok Notre Dame Cathedral pasal aku nak ambik gambo gargoyles dia.
Aku tak naik atas, mungkin lain kali? haha. Pasal ramai orang la, aku nak tengok cammana Hunchback Of Notre Dame tengok bawah tu.
Pasal aku gi sorang, backpacking ke kota Nantes Peranchis untuk tujuan utama tengok Maiden headline Hellfest 2014 dan segala tok nenek bands lain yang gerek nak mampos main Hellfest 2014,
dan dari plan awal ni aku terus plan untuk backpacking Serbia (pasal Maiden main sana sebelum main Hellfest), dan aku masukkan tengok Extreme semua dan lain2....
So actually, aku bila kat Paris aku nye fikiran ke lain, aku tak yah sangat fikir pasal errmmm "makanan", "window shopping", "attractions", aku teringat Interview With Vampire nye wayang yang kat adegan2 bawah jambatan Paris tu...aku teringat Ratatouille nye tikus tu main kejar2 tu kat sungei2 tu...
But I dont have much time, tapi masa aku kat kawasan Republique, ni kira dah nak penghujung Paris la pasal Paris tu sebenarnya besar giler...
so aku hari terakhir aku backpacking kali ni, aku travel pergi Republique dari kota Nantes lepas habis Hellfest,
pasal macam aku dah cerita aku nak gi La Bataclan, tengok Extreme main kat sana.
Nanti kat bawah2 tu nanti aku tunjuk suasana Republique sikit...
Ni nanti malam kan?
Tom Cruise ngan Brad Pitt ngan sapa tu gelfren Spiderman?
Semua tergantung kaki kat atas...Interview With Vampire gitu hahaha...
Tapi malam giler aku nak jalan tepi sungei ni sorang2...mampos la kena mug...or worse.
Aku takde time pulak nak gi tengok kedai2 lama dorang, gerai2 tepi jalan gitu....
ada time kot?
aku je malas....haha.
So ni yang famous tepi sungei tu ok, gi nengok2 kejap, tak beli apa pun...
Lepas tu apa lagi, aku naik bot je la, pusing sungei2 keliling Paris ni. Aku tidur2 pun...Ngantuk giler. Aku naik bot tu pun pasal ada tempat kosong kat tepi, kalau duduk bukan kat tepi, aku tak nak...
Lepas tu aku gi lodging aku, aku tido... Malam gitu aku lapar, so aku keluar kejap carik makan...So banyak kedai dah tutup, so aku beli ni je la makan...
Lepas tu berangan MURDERS IN THE RUE MORGUE... haha...
hah, ni masih foto kat Paris ni, kat mana tu tempat popular tu, aku lupa lak nama dia sekarang...La Havre kot? haha...lupa la....
hah nanti ada satu tempat tarikan baru.. La Canopee.. Besar giler, dah siap nanti konfirm cantik...
OK, ni pulak Republique...kawasan yang dah jauh la dari bandar Paris yang kita selalu imaginasikan..
tapi kalau korang nak tengok band rock yang korang suka main kat suasana panggung La Bataclan,
korang kena la gi sini....Alrite la....
Macam aku cerita, sorang2 naik sistem bawah tanah dorang, seram jugak ok... mintak maaf la ye tapi aku rasa tak comfy gitu, terutama bila aku salah arah, aku naik tren pergi arah bertentangan dan aku rupanya makin jauh dari kota Paris, dan boleh rasa....jenis penumpang dalam train tu makin berubah...makin mencurigakan... tapi ni semua lebih pada mindset, aku tak tahu apasal, bila aku pakai selipar jepun, ngan aku meleser aku sangat rasa comfy dan selesa, mungkin kalau aku pakai kasut ke boots ke, mungkin aku macam kejong, tapi bila aku jalan meleser (walau backpack berat nak mampos), aku nye konfiden level tinggi,
so aku rasa paling penting, keselesaaan diri kita sendiri.
Aku mintak maaf la ye, tapi mungkin korang paham apa aku cakap.. kat sana bukan kita nye tempat...so lebih baik hati2...apa pun nyawa penting, keselamatan penting, pasport penting, tiket Iron Maiden dan tiket Hellfest penting, duit tentulah, kalau kena mug pun, harap2 dorang tak jumpa semua duit la, sorry la, haha, macam aku cakap, kita pergi satu tempat tu, kita ada pilihan di hati kita sendiri, Melancong? Atau Merantau Mengembara?? korang pilih sendiri....... aku harap korang paham apa aku berbual... tapi of course, kalau once korang pergi ngan love ones, of course tu lain cerita la... tapi tu pun, korang masih boleh buat style Mengembara.
Pergi pandai2 sendiri dan explore sendiri, ....PALING SANGAT BEST.
So ni semua kawasan Republique la..... Aku duk sini satu malam, giler korang lepas tengok Extreme main kul berapa aku nak balik bandar Paris.. takut siot... dah malam2 buta...
aku dengar cerita kawan kerja aku cerita dulu dia pergi ikut member dia jalan kat Paris la, abis tu kena samun malam2 kat Paris, aku nervous siot, dan dia pulak jenis geng baik, budak2 baik.... bukan jenis berani mati hentam kromo sebarang....
Sana, kira kalau sapa datang kat kau, mintak tolong, setakat dia mintak tunjuk arah pun, korang hesitate nak berenti dengar apa dia cakap atau tak?
pasal lepas tu nanti "polis" datang... dah dah dah dah dah dah dah dah...
semua tu sindiket....sindiket mampos tak mau, hidup susahkan orang nye sindiket la senang cakap.
OK, lagi apa aku tertinggal nak cerita, pasal aku nak habiskan ni 2014 ni nak abis dah...
So ni pemandangan satu gerai makanan Halal di Nantes, macam aku cerita aku ada satu hari tu Carcass abis main kul 2pagi kat Hellfest, aku sampai Nantes kul 4 lebih gitu pagi..
dan kedai ni masih bukak,
OK...
Aku tu hari aku cerita pasal Clisson semua bertumpu pasal Hellfest nye festival kan??
Tapi pada hari kedua, kalau korang baca "How to travel to Hellfest" tu, korang tahu kan, aku pilih tidur kat Nantes tiap2 malam,
So hari kedua, aku decide jalan kaki dari stesen keretapi Clisson ke tapak Hellfest...
aku tanya Mat Peranchis ni la...
Dia tunjuk aku, dan dia bawak aku ke tempat peninggalan kubu perang Clisson gitu.... Lama2 nye la peninggalan...
So aku dapat rasa la suasana Clisson ni.......
Mungkin untuk hanya pergi ke kampung Clisson ni tanpa Hellfest mungkin tak akan la kan?
Tapi ni la aku dapat menengok tempat ni yang antara rahsia di kampung Clisson ni.... yang aku takkan tahu kalau aku tak jejak kaki kat Hellfest.
Sama macam aku takkan tahu betapa indahnya Nantes, yang pada aku lagi best giler dan lagi Peranchis dari Paris.
Paris tu dah jadi macam pelancongan nye hub gitu, macam2 kulit kat sana,
So kat Nantes, aku rasa aku lagi rasa suasana Peranchis.
Satu orang suruh aku pergi Bordeux lain kali (sorry aku tak tahu spell), tapi aku rasa tak yah la, tu tempat wine, haha.
Ni pemandangan kampung Clisson dari atas bukit ni...
Cantik tau, korang tengok langit dia...bersimpang siuh kapalterbang semua.....nampak kan garis2 asap dorang...
OK la...
Pasal title ada Burning...
So last kopek....
Hellfest is Burning...
5 comments:
Aku baca entri ni pun sambil dengar "murders in the rue morge" heheh..gamba last tu mmg betul2 hellfest..cantik gile
baca entri ni tetengok gambar menara tu, trus teringat ceta'karipap strawberi sesat kat paris' haha
Anak bongsu aku tanya...jauh ker paris tu?..jom kita pegi paris....haha...gara2 terpengaruh cerita strawberi karipap sesat di paris.....
Btw...nice pictures..and nice title...tak pasal2 aku cekidot lagu paris is burning kat youtube...lama tak dengar lagu ni...
berteromber:
anak tgk miasara/rykarl
bapak tgk...
Best
Post a Comment