Korang yang tak mau baca aku merapu, boots aku tampal kat paling bawah kat posting ni. Sorry, its screwed up but hope you like it...
Intro sikit....(in grey)
Sejak aku buat blog ni, tiap kali aku gi tengok Search aku akan cerita kat blog ni dan setlist dorang dan apa yang menarik. Sebelum tu dah takde rekod. Gone with the wind Lolapaloza.
Syok la kan gi lain2 tempat tempat kuda apa tu kat KL tu? Kiara or something tempat lord2 gitu. Punyelah susah nak pergi, nak pergi masih ok naik bas, balik hah...selamat la aku kan tu jam ada Zan tumpang kalau tak aku tido la ngan kuda2 tunggu siang haha. Planet Hollywood...wahhhh tu kalau fire department nampak, mau kansel konsert haha. Macam sardin. Dah takde la ye Planet Hollywood, senang ok tempat ni, dekat ngan Puduraya. Bertapak je aku kalau short cut Jalan Alor tu semua senang je. THOSE WERE THE DAYS...cehhhh...
Seronok bila flip balik blog aku cek balik aku borak2 syok sendiri buat kenangan sendiri, pasal Show2 Search full sendiri, show2 dorang ngan Wings untuk Double Trouble (wahh aku complete trilogy KL, JB, S’pore untuk DT tu hari haha, Dah suka ye tak? Sanggup la..), dan ermmm yang ada show kat Indoor Stadium Spore, Search jadi band pembukaan untuk XPDC tu. What a show!!! Search main 30 minit jadi opening band untuk kumpulan XPDC (both lineups) yang main 2 jam lebih. Aku tak rasa benda gini boleh jadi kat Malaysia. Long Live XPDC both lineup!!! Berdesup Cahaya indeed.
OK dipersembahkan, laporan ulasan aku pasal Search beraksi di Istana Budaya Kuala Lumpur 6hb Disember 2014 Hari Sabtu.
20 Lagu. Persembahan selama 2 jam lebih sikit.
So lets begin,
Cammana nak pergi Istana Budaya ni naik pengangkutan awam LRT dan jalan kaki tu semua dan whatever2 semua aku baru cerita tu hari tengok Kembara...So korang gi baca kat post aku pasal Kembara nye IB nye show, aku skip la nak cerita, baru dua minggu lepas je kan Kembara?
Wahhhh aku macam yo-yo-oh je kan pergi Istana gini kan? Hahaha. Gelak kat diri sendiri. Ala...Istana Budaya tengok konsert rock je pun...tak boleh pakai selipar jepun ok, so pakai trek shoe haha. Jeans Hitam. Hormat sikit hehee...
Bila aku first tahu Search nak main kat Istana Budaya dari blog Uvianhell696 kot? Aku macam a bit apprehensive la. Pasal aku takut Search akan main jenis unplugged, nyanyi love songs, semua duduk sebaris. Aku tak minat sangat tengok gitu. Aku will definitely fidget and feel like I am wasting time.
Last year is it or is it this year? Search main kat Singapore, then aku mula2 rasa nak pergi then aku realise, eh?? its not like a full rocking show je, then lagi main kat Star, suatu tempat kalau terpaksa pergi aku pergi tapi kalau tak betul2 minat sesuatu persembahan tu aku tak terasa nak pergi.
So aku skip la kan. So untuk IB ni pulak, so lepas tu baca sana baca sini, aku konfiden ok, ni full electric show, kira rockin macam biasa la kan? So then aku nervous, aku dalam hati cakap jangan la banyak2 guest2 ni semua, aku nak tengok Search je. Tak mau ada orang lain.
Then aku realise alamak Search main empat malam berturut2, ok, aku cakap dalam hati jangan harap si Search nak seret main sampai tiga jam ye tak ngan 27-28 lagu ye tak? Mesti dorang nak cukup rest every day/night. Walaupun aku pernah share ngan korang fantasi aku tu hari kan ngan setlist yang giler2 nye boleh buat korang semua hilang kawalan nye setlist haha.
So aku nekad je la pergi ngan tanpa ada apa2 harapan. Aku dah expect a generic setlist, same old songs played and same old majority crowd favourite songs played, tapi aku harap ngan a few surprises.
So cek online, ada tiket lagik, ok ambik hari sabtu pasal Friday kerja petang, Ahad kerja Malam, so Sabtu ambik leave, so aku ada lagi time nak seret masa balik KL gi pasaraya semua, haha.
Setlist – Ooo not again...Cakap Memang Murah. Haha. Tapi ok la aku enjoy the songs, walaupun satu lagu aku kureng iaitu lagu Isabella pasal gimik lampu picit Handphones tu kan? Audience nye participation la best kan. OK la, lagu2 banyak yang generic la kan. Tapi ni semua crowd favourites, lagu2 crowd excited suka, so ok la kan, aku terhibur tengok Search dan gelagat keletah perangai peminat2 Search yang happy2 hari Sabtu tu. Tapi ada tiga lagu rare la kan.... Kejoraku Bersatu, Gelora Cintaku dan of course Kereta Merah.
Rozana dorang main. Eh korang tak mau buat research ke? Pasal tu hari kan Amy ada cerita kat sokkabar Singapore yang Rozana tu ialah seorang minah yang dia jumpa kat Orchard Road. So Rozana tu memang betul2 exist la ye? So kalau sekarang korang jumpa mana2 makcik2 kat Singapura atau Johor yang bernama Rozana, korang interview la.. “akak ni dulu pernah kerja kat Orchard Road tak?
Kalau yes, mungkin akak tu la the legendary Rozana yang Search nyanyikan ye? Hahaha. Glamer makcik.
Aku ok la setlist hari sabtu ni, sapa tu, Saraja blog metalreignsupreme bilang kat post lepas yang hari2 lain lain2 setlist ye? I mean slight modification untuk susunan dan pilihan lagu2 dipersembahkan. Korang jangan bilang kat aku hari Khamis ada lagu Pembakar Perasaan, hari Jumaat ada lagu Derap Komando, hari Ahad ada lagu Andai Ku Miliki Semalam dipersembahkan?
Aku nangis punye sob sob sob hahaha... kalau korang cakap macam gini. EWahhh-ewahhh korang lagi 3 hari dapat lagu best2...aku dapat Cakap Memang Murah..(again and again..haha...).. Ni lagu sedap ok , ni lagu kaset Double Trouble, tetapi.... please la, everytime tengok Search selalu ada lagu ni haha.
PAE –Pertama kali aku tengok persembahan dia ialah waktu XPDC ngan line-up paling pelik aku pernah tengok tu jam dorang main kat Singapore tahun 2005 gitu (aku ingat pasal aku ada bootleg show dorang haha, aku ada letak kat youtube channel aku untuk sapa berminat) Lineup XPDC hari tu was – Ali/Edrie/Yan/Pae.
Anyway PAE drums untuk 14 lagu untuk Search pada hari Sabtu nye show. Pada aku, Search ngan PAE lagi metal persembahan lagu2 dorang masa kat lagu2 laju.
Paladin or whatever the name yang cello group tu – OK, Search nak dorang, so sapa aku nak komen banyak kan? Cuma pada aku lepas abis je lagu Pawana, dorang yang TEROVER masa sesi bergambar or whatever tu. Masa lagu Pawana tu dorang maju kehadapan bersama ngan Search tu aku tak mau komen la, mungkin Search yang suruh dorang turun dari posisi dorang dan rockin sama2. Tapi even then, after that song, tak yah sibuk sangat la kan??
I come for Search. Even Pae knows his position, PAE pun sikit2 je lepas show, takde la nak glory sangat, so does the keyboardist. THIS IS SEARCH SHOW and its 5 of them.
Well, macam aku cakap, sapa aku nak komen banyak kan? TAPI I COME FOR SEARCH. TO ROCK WITH SEARCH. Anyway Paladin, terbaik la Pelesit Kota intro. Aku suka sangat. Dan masa lagu Fenomena nye solos tengah dan ending tu pun aku enjoy jugak Paladin ngan Kid solos.
Sorry la sapa tak agree apa aku cakap pasal ending Pawana tu. Nak lahar aku lahar la. Aku datang bayar tiket nak tengok Search. Bukan nak tengok orang lain.
KID – Apasal aku dalam hati cakap “WARDROBE MALFUNCTION!!” haha.. Dalam hati aku, weiii ni IB ni weiii!!! Aku tunggu je kakak2 yang staff Istana Budaya menglaser beam belly button Kid ngan laser hijau dorang haha. Korang perasan tak? First few songs. Lepas tu dah ok...
Enjoy la kan malam tu aksi Kid, Cuma untuk aku, enough la main lagu2 zaman Hillary banyak2, walaupun klasik, main je banyak2 lagu zaman Kid. Kalau boleh next live, please main full album Karisma, dari akhir sampai bermula. Hehehe. Aku tunggu lagu Paranoid tau hari sabtu, takde sey... Search main ni lagu hari lain tak? Cisss!!!!
Lagi...ermmm aku Suka Fenomena nye solos Kid ngan Paladin tu.
Apa pun, Search ni pada pendapat aku ngan lineup sekarang ni Unpredictable masa buat persembahan. Dan unpredictability tu banyak bergantung pada Kid.
tarik nafas.....
kejap tampal gambo satu..
Din – Seluruh lagu Gelora Cintaku my eyes are on him huhuhu... Best best best. Gelora Cintaku, kaset MMDUT side A lagu nombor 3 kan? Lupa dah. Lahir cinta bukan paksaan.. tenenenene....
Anyway I wished that Din & the rest jammed up Cakap Memang Murah nye extended version ending macam kat Singapore Indoor Stadium nye show dulu. Non ada.
Din is Search. Search is Din..
Amy –Intro lagu Isabella dia cakap malam tu dia JENERAL di Istana Budaya. As usual frontman hebat berkomunikasi ngan penonton. Love his “upstairs versus downstairs” audience singing masa starting Isi Dan Kulit. Wahhhh Amy siap turun stage, korang tahu aisle tempat jalan para penonton kat dalam panggung Istana Budaya tu, wah...dua2 aisle tengah dia conquer ok. Ligat abis la dekni. Sampai belakang2 dia invade dan gi salam2 sampai belakang semua. Nasib baik penonton dapat kawal keadaan takde rusuhan semua nak peluk2 gomol2 Amy. Tapi IB tak boleh la eh Amy buat body surfing. Agak kalau ada tali ke tangga ke aku tak surprise dia panjat gi tingkat2 atas salam2 peminat2 yang happening kat atas.
Dia punye speech untuk Yazid sebelum Yazid join in untuk main enam lagu was poignant, penuh perasaan jiwa dan raga la pada pendapat aku kata2 ucapan Amy untuk Yazid. Very emotional and attached. Apa pun, malam aku pergi tu, not his best vocal delivery la kan, Kejoraku Bersatu is not his song, so its understandable dia aku speku gunakan teleprompter tengok liriks, tapi aku speku ada problems tu, Amy don’t look happy at the ending of the song..... tapi..... Amy is Amy la kan still aku terhibur. Fantasia Bulan Madu dia nyanyi serious la thorbaik walaupun dia miss cue starting kan? Takpelah.. hehe.
Anyway Aku tetap heran, apasal persembahan kat IB ni berlangsung bermalam2 tanpa rest. Kalau Search dapat break in between, kata Wed & Thurs lepas tu Sat & Sun. It would be better. Amy kalau ada rest in between aku rasa he will be even be much better. Yang main torchlight tu cantik sangat. Masa aku pergi tengok kumpulan Bon Jovi main kat Villa Park Birmingham, Jon Bon Jovi buat yang sama, suruh audience semua keluarkan handphone, lepas tu suruh main torchlight untuk lagu Wanted Dead or Alive. Bayangkan stadium bolasepak jadi torchlight nye show. Cantik la macam kat IB.
Nasir – wahhh baju Pawana warna merah. Merah sangat la mak ngah. Aku pegang2 jugak baju tu kat Merch area kat luar panggung. Tapi aku tak beli apa2 pun.. takpelah lain kali je la beli tshirt rok, anyway... aku lapar lak, nanti nak tengok Search kebulur cammana kan? so aku gi makan dulu kat Istana Budaya nye kedai tu. Nasik putih letak ikan, letak sayur ngan air. 8 seteng (8.50RM) ke 7 seteng lupa lak. Ye la kan, IB. Tapi seleksi kueh mueh dorang pun alrite la eh. Aku tengok kueh tu tengok kueh ni semua nampak sedap... . Oppss terlebih2 lak pasal makan. Aku kalau cerita makan2 ni aku hidup.
Anyway, OK la IB ni, facilities complete la for all your requirements and obligations, if you get what I mean. No complains at all. OK back to topic,
Nasir ni in your face la ye kalau Search main live. Ngan kaki on monitor semua. Intro dia untuk No Way - Woo hoo.
Yazid – I think Amy punye speech , ucapan sebelum yazid mulakan persembahan bersama Search says it all ye tak? Menceritakan segalanya Straight from the horse's mouth la kan Amy cerita pasal keadaan Yazid sekarang. At the end of Gadis Ku sebelum Yazid beredar, Standing Ovation diberi para penonton. Dah tu, Bila penghabisan show dia keluar ngan wheelchair. I think boleh Nampak la cammana Search nye orang semua take care of dia. Semoga Yazid cepat sembuh. Amin. Pusing2 balik kita nak rock n roll dan heavy metal heroes kita semua happy, apa lagi sesama orang Islam ye tak.
Masa Clive Burr sakit makin menjadi2 dulu, kumpulan Iron Maiden selama tiga malam main kat Brixton Academy khas untuk kumpul duit untuk Clive Burr dan segala jualan tiket semua Maiden serahkan untuk dana Clive Burr. Siap Renovate uabh suai rumah dia semua pasal nak mudahkan pergerakkan dia guna wheel chair. Fans pun semua buat macam2 aktiviti untuk kumpul dana.
Aku fikir, kalau Search buat special shows untuk kumpul dana untuk Yazid macammana Maiden buat untuk Clive Burr, padahal tu jam Clive Burr bukan lagi pun anggota Maiden, sudah berbelas tahun dia dah kena buang kerja ngan Maiden pasal disiplin, tapi aku rasa Maiden boleh bezakan antara kerjaya main muzik sebagai periuk nasik dan persahabatan sebagai band members suatu masa dahulu, tetap mengingati dan diingati sebagai kawan2 bandmates lama.
Aku rasa peminat Search mesti menderu beli tiket kalau ada shows Search buat khas untuk Yazid nye funds or akan sumbang beli merchandise or apa je la. Tipulah kalau sapa cakap jatuh sakit ni tak perlukan belanja rawatan dan harian yang tak sikit. Belum campur stress lagik fikir tu fikir ni. I mean ni masalah manusia ok.
Apa pun Yazid tu macam Thor. Korang tahu apsal tak?? Pasal he pounds the drums like the hammer of Thor. Kejora gitu kan hari Sabtu. Tetap!!!... Cehhhh Scott Columbus Manowar siot.
Audience Para Penonton Hari Sabtu – Best la kan, suka aku audience participation sangat best every time, all the time. Tapi nope, takde rasanya orang terjun dari tingkat atas haha. Security tight kot? hehe.
So in conclusion,
Aku enjoy pasal aku pergi tanpa ada apa2 harapan, lagi rasa trauma lagik ada tengok apa yang akan terkucil pulak ni malam hahaha. You know?? This being a Search concert!! haha...
SEARCH UNPREDICTABLE BUKAN SANGAT KAT SETLIST TAPI KAT PERSEMBAHAN DORANG SENDIRI. Ada Edge gitu kat persembahan dorang main live yang buat EXCITING dan THRILL!!!! Very the rock n roll gitu.
, aku suka Search main SHORT, SHARP AND SWEET untuk suasana hari itu. In Your Face 2 jam terus abis.
Lama sangat pun aku RIMAS ok!! Rimas...duduk tengok band rock macam kat panggung wayang. OK la pengalaman kan tengok Search main kat IB depan penonton2 Search yang rata2 memang fans la kan.
Cuma, mungkin Istana Budaya ni peluang kepada certain groups of people to appreciate Search live kalau kadang2 dorang main kat tempat2 stadium ke hapa ke mungkin certain groups of people tak pergi, atau mungkin tengok jauh belakang tak nampak apa2. I think Istana Budaya has a fair view of the stage, irregardless seatings atas atau bawah.
personally aku rindu nak tengok Search main kat JB, Seach balik kampong nye show, audience semua macam welcome home Search gitu, so memang meriah memang betul malam tu JB jadi City Of Rock N Roll. Happening abis. Ni sekarang ni Stadium Larkin ni tak tahu lak masih boleh buat rock konsert tak takut rumput rosak lak. So kena buat kat Indoor Stadium sebelah hoki stadium dah tutup tu ye, tapi stadium tertutup tu tiket boleh habis wooo, kena beli in advance haha. Pergi malam tu tiket boleh habis wooo, kena carik kat sapa2 ada tiket extra kat luar gate haha. Tapi best la kan suasana kalau korang peminat Search. Aku suka kat Larkin stadium actually, happening kan open air, lepas habis aku boleh jalan kaki pelan2 balik Larkin terminal bertapak pelan2, kalau aku nak masuk Singapore naik bas senang, kalau aku nak naik bas ekpress gi KL pun senang. Makan2 and all facilities pun ada la kan... nak tido tunggu pagi kalau semua bas malam dahbis pun...ada caranya...hehehee.... kongajar la sikit, tapi ada cara nya hehe.
OK thats it aku merapu...baik aku stop sebelum makin jauh aku menyimpang dari Search main kat Istana Budaya which is the essence of this posting.... Apa tu Amy panggil Search kat apa show ntah – Search is the Kings Of Rock N Roll? Ok la .... boleh la. Haha.
p.s Please Search next time, opens with Bencana, and ends with Pasti.
And this dream dreamer dreamest setlist yang aku type tu hari... it will be the most awesome.
And please a new album please...
p.p.s
Aku a bit hesitate nak upload boots show ni tapi aku harap korang terhibur. What happens at Istana Budaya, Stays at Istana Budaya haha.
Balik aku stress kejap pasal aku dah agak Saturday Night confirm aku susah nak dapat teksi. Jangan mimpi la time gitu aku nak naik bas/lrt mana ada lagi. So nasib baik dapat teksi cepat2... dalam teksi driver India dah berumur. Dia tanya ada apa kat IB? Aku cakap Search. Dia tahu. I think Search brand dah sangat established la. Household name indeed.
Anyway bootleg ni dengar jauh sikit dari speaker la kat mana lagu yang drums je bertubi2..hehe.
pakai youtube masuk sini...
https://www.youtube.com/watch?v=zbJQodCjdrA&list=UU6Rb-xpZ3-d2gFPu3utMiWw
p.p.s
Korang yang belum baca kat ni dua blog pergilah baca...
Satu pergi sabtu malam. Sama malam dengan yang aku pergi. Dengan tulisan dia yang stylo aku suka
http://uvianhell696.blogspot.sg/2014/12/s-e-r-c-h-live-in-istana-budaya-2014.html
dan satu lagi pergi hari Khamis
http://metalreignsupreme.blogspot.sg/2014/12/search-live-in-istana-budaya-2014.html
Aku masih wondering apa setlist2 hari Jumaat dan Ahad. Dan sapa tape malam2 lain?
22 comments:
gambar "semasa" kejadian takde ke?
p/s: skrg mau tak mau memang ada word verification waktu komen, walaupun kita dah disabled
ya..
aku pun heran ada word verification kan?
aku dah "off" tau.
gambar kejadian tu ada la...hehe....dalam henpon
Aku suka kau ckp Din is Search. Search is Din.
And Din peminat No 1 Janick Gers..
Hi Anon.
Ye ke Din minat kat Janick?
Aku tak tahu la...Huhuhu.
Persamaan dua2 exciting masa main live, tak tahu apa akan jadi..
thrill tau.
Ooo..sama malam dengan darsil pegi jugak.nanti tgh malam baru aku nak dengar bootleg tu..hehe
Hari jumaat setlist sama kecuali lagu diari habil & qabil ganti lagu cakap memang murah.
hi Azizi
alrite la kan ada tukar2 setlist.
tapi kalau aku, aku choose cakap memang murah..
hahaha..
Diari habil & qabil pun aku kureng...kalau lagi suka lagu cakap memang murah..
Frust sikit sebab tak de lagu dari album karisma & rampage
aku nye dream setlist..
aku rasa ada empat lagu Rampage dan tiga lagu Karisma..
haha.
takpe next live, dorang nye setlist
Karisma full album
Rampage Full album
encore
Pasti
hahaha
Dream setlist ko yang aku suka dari album KARISMA - PARANOID, MELAYAR BAHTERA,ORANG TIMUR,TEGUH
yang ni plak dari album RAMPAGE - METROPOLITAN,ANALOGI 0.1,NEO ROMANTIKA, FEEL THE PAIN
frust skit sebab dia org tak main
hahaha...tapi puas hati la gak live kat IB tu....ada lagu gelora cinta & kereta merah...
Hahaha, Search punya setlist untuk next live kau aku suka. Tapi tak main kat JB, main kat Mersing ke, Desaru ke, tepi pantai ...
Mersing??? Ok la aku naik causeway link tiga jam dari larkin. Hahahaha.
Search nhe pasal.
steady
Larkin dah tak boleh buat apa2 event...sekarang khas utk bola ajer...so kemungkinan besar konsert DT yang aku jumpa ko tu adalah yg terakhir dlm sejarah...kita adalah part of the sejarah...haha...
Tu la. Lepas lots of money and time spent, aku tak rasa dorang nak jahanamkan stadium tu ngan konsert rok
hahahaha aku macam nak terjun juga dari tingkat atas tu.. tapi gila lah imaginasi aku tu...
kerusi kat tempat aku duduk tu, agak tak selesa, macam terlalu sempit, aku balik rumah lutut aku sakit..
kalau lain kali kat ib konsert apa2 aku nak trun aku usahakan tiket kat bawa, kat atas tu kurang siuk..
utk rkaman ni, aku bersyukur sangat adalah juga di dengar nanti bila2 masa..
kalau dpt original file pun aku gembira sangat bro deaf, sbb aku nak burn ke cd, buat kenangan gitu... apapun betul lah kamu ckp tu, kalau search buat satu konsert khas utk dana bro yazid, rasanya dapat lah kurangkan beban yang di tanggung, harapnya adalah konsert khas nanti.. dan semestinya album terbaru dari search.. kalau konsert kat ib ni pun kena rilis dlm dvd rasanya ok juga...
macam amy ckp berjumpa lagi dilain hari..
yg aku tak ble lupa pasal boxset mp3 tu, asik terbayang2 saja.. kalau lah ada atm bank kat ib kompom aku dah bawa balik..
cepat sikit nak mp3 boxset tu kalau nak pasal lagi lambat tup2 abis kot?
dah lama benda tu keluar dah dan tu hari harga nya pun menarik.
Darsil...
Boleh kontek brader yg jyal tu. Aku baru tanya semalam ada lagi stok
portdy ok terima kasih.
bro deaf aku sudah terima file tu skg tgh dowload. terima kasih banyak2 sebab sudi bagi, aku amat menghargainya...
aku dah terima... aaarghh!! juta thanks bro deaf.. :)
bro deaf. aku ada rakaman malam 1st n last. Cuma malam last aku skip Panggung Khayalan, Pawana & Isi atau Kulit pasal masa ni aku amik video.
Wah... dua malam ye. Upload la, boleh kita dengar.setlist berubah2 best.
Post a Comment