Sunday, March 22, 2015

jalan kaki/pengangkutan awam London, Michael Jackson, West End, JACK THE RIPPER, LondonTowerBridges,dan sebagainya (sambungan EXPLORING ENGLAND)

( OK OK, sebelum aku nak post ni, aku realise ada benda berulang2 sikit, pasal aku kan buat blog mana sempat kat mana2 aku berada...dah siap baru aku upload, so maaf la ye pasal aku main type apa dalam kepala dan aku tak buat QC pun,

tapi aku harap korang ENJOY DAN TERHIBUR baca ni, dan dapat ilmiah dan semoga lain kali korang nye turn pulak pergi..)

Salam semua, sebelum aku makin lupa , baik aku abiskan semua benda aku nak cerita dalam post ni dan lepas ni lagi satu post terakhir pasal MAKAN.



Seperti aku dah cerita bila kat London kita duduk kat East London, di tempat orang2 tempatan duduk, so bila kita nak ke Central London atau nak keluar dari sana nak carik pengangkutan jarak jauh pergi Portsmouth/Oxford, so kita ada dua pilihan, nak naik bas atau naik keretapi Tube dorang.
So untuk kita...bas nombor 38 dan stesen tube Hackney Central jadi tumpuan setiap hari.






Semua ni untuk jarak dekat merata London, korang pakai Oyster Card, (ni macam kad EZ Link dan jugak kad MyRapid gitu( jadi korang sorang satu pegang satu Oyster Card, kalau rasa nak abis, gi top-up. Bahaya nya, sekarang ni nak naik bas dah tak boleh pakai duit siling ok, so takkan kat mana2 bus stop korang nak top-up card, so ni kena jaga2 la. Kalau korang nak naik train, mudahlah kat stesen keretapi Tube dorang nanti ada mesin Top-Up.

(ok ok korang ingat tak aku cakap masa nak naik bas ekpress pergi Oxford, bus driver tak mau ambik duit note 50 pound, dia nak kalau harga 70 ke 80 pound untuk semua pergi balik pun dia nak note kecik2? aku speku pasal dia tak mau ambik risiko wang palsu kot??)

Ni contoh Oyster Card warna biru tu,

 lagi satu card tu korang abaikan pasal lagi satu card tu ialah aku sorang2 dah sampai London (tu yang aku dapat tengok band Queen main kat London O2 sebelumnye) dan aku nak gi carik Love Ones aku dorang sampai melalui Gatswick Airport. Mudah sangat so korang kalau semua BERSEPAH2 SEPERTI NOMAD pun, pengangkutan awam London dan keluar dari London semua mudah... sediakan fulus je la.

Ni permandangan naik bas, Nampak macam2... KEDAI PAYUNG, cantik la permandangan nak2 korang duduk atas...



Boleh tengok jalanraya dorang sistematik dan SANGAT-SANGAT BERPIHAK KEPADA PENGGUNA JALAN KAKI, PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM.
Aku sebagai Penyokong Pengangkutan Awam dan pejalan kaki cara rakyat Marhaen sangat suka Nampak ni semua. OK, bus lane, ok nothing new, tapi kat atas jalan tu tulis “pandang kiri”, pandang kanan” .



OK Bas 38 ni akan lalu kat West End tempat theatres semua, macam2 panggung, macam2 permentasan, contoh Les Miserables, Phantom of the Opera, anyway Michael Jackson Thriller nak main kat Kuala Lumpur kan seminggu,

banyak photos ni aku ambik dari dalam bas nombor 38 pasal gunakan bas ni memang mudah untuk pergerakkan setiap hari ke mana2...



ni atas ni ialah teater untuk permentasan Phantom Of The Opera. Bawah ni pulak untuk permentasan Les Miserables.

Harus diingat ni semua bukan macam bila dorang datang kat KL ke, Singapore ke mainseminggu ke hapa ke..

Kat sini dorang PERMANENT. Secara tetap. Pengunjung dari merata tempat dan seluruh dunia datang ke sini untuk tengok dorang tiap2 hari...
Bayangkan Thriller yang kita gi tengok tu dah masuk 6 tahun. Tanpa Berhenti.
Dan akan terus dipersembahkan setiap malam sampai tak tahu bila....





ok kita pergi sana tengok kat Lyrics Theater, ni dah Enam Tahun persembahan pentas Thriller dah diadakan. Ni la tempat asli, tempat original nak tengok permentasan Thriller..


Senang ok bas no 38 ni betul2 lalu sini, balik malam2 dah la sejuk giler, keluar je, gi bus stop terus bas datang... ok balik terus dah...sangat mudah... dan murah..



Pasal pertama kali kan kita cuba mengexperimentasi sebagai pengunjung persembahan teater, dan tak tahu apa nak expect,, so beli tiket paling murah gitu, tengok dari Atas. Hebat sangat, Smooth Criminal memang ada "BADAN SENGET" tu...  

Permentasan Thriller semua music main LIVE, dan semua vocals ialah LIVE. 
Semua musicians dorang kat belakang stage jadi boleh bayangkan berapa luas, dalam dan bertingkat sebenarnya Lyric Theater dan teater2 lain kat West End ni.

Bila ada part lagu2 MJ yang gitar karen solo, nanti guitarist yang solo untuk lagu tu akan tampil ke pentas utama dari backstage. Dan semua complicated dance moves tu, watak yang pegang karakter Michael Jackson kalau joget dia complicated sangat, nanti kat atas pentas memang ada watak lain yang tak joget nyanyi semua live.

Tapi of course mana yang tak banyak dance movement watak tu sendiri akan nyanyi.


Memang pengalaman la dapat tengok cammana dorang boleh hasilkan permentasan ni pasal apa aku tahu Michael Jackson sendiri pun ON-OFF-ON-OFF microphone atas stage, dia synchronise dengan Soundman dia, ada la dorang nye secret code gitu kot? Mustahil joget2 cam dia boleh bawak nyanyi live ye tak... Mana part dia NAK nyanyi live, dia akan signal Soundman dia untuk hidupkan microphone dia dan dia boleh nasik tambah mana2 part dia nak, ni apa aku tahu la.




Ni pulak, rasa nya kat kaunter2 tepi jalan gini boleh dapat tiket lagi murah...


KORANG TENGOK LA ANTARA PERMENTASAN YANG BERSEPAH KAT WEST END. Dan ni rasanya mungkin kebanyakkan permentasan asli dan original yang bermula kat West End ni sendiri.

WEST END London memang tempat original dan terbaik la nak rasa apa tu teater. Dari yang kecil2an, sampai World Famous, dari serious, hingga lawak.

So kat situ pun Piccadilly Circus la kan, so memang meriah....





of course macam lain tempat dalam dunia, orang tidur tepi jalan, dalam sejuk Winter gitu tetap ada...
tapi kita ni orang luar so kita pun tak tahu apa keadaan sebenarnye di sana ye tak..




OK dah sampai Piccadilly Circus ni korang jalan kaki sikit dah sampai Trafalgar Square. So memang tempat ni kan tempat Artistik dan museum2 gitu, so tu hari kita pergi ada Ayam Gergasi Warna Biru.





OK bas no 38 ni jugak dari East London Hackney dia lalu North London dan masuk bandaraya London dia abis kat Victoria Train Station.



Dulu2 tu first time aku kat London, aku jadikan Victoria Train Station ni sebagai landmark untuk merayau2 sorang2 jalan kaki je..., pasal bukan sahaja dia seperti sebuah interchange untuk bas, keretapi, jarak dekat jarak jauh, tapi seberang jalan sikit je dah Buckingham Palace...

Jadi macam korang nak naik bas ekpress gi ronda2 kat Oxford (yang tempat best giler aku dah cerita tu hari), korang naik kat kawasan situ jugak... Dan jugak... dari sini korang jalan kaki boleh pergi Buckingham Palace. Dekat je....
Jadi cam kelakar la, Malam pertama aku sampai sorang2 aku terus gi tengok band rock Queen, esok dah jumpa love ones aku siang gi istana Buckingham tempat kadang2 Queen pompuan tu duduk.




Hati2 banyak pencopet tempat ni, tapi korang kalau boleh cuba pergi waktu ada changing of Guards la, dalam kul 10-11pagi tiap2 hari kot? ntah ni korang kena cek betul2.. Best, ada tentera berkuda la, band pancaragam la, baris2 la, salute2 la, seronok, tapi nanti polis berkuda semua kasi amaran pasal banyak pencopet dan kita tak tahu sapa mereka pencopet disekeliling kita. Mungkin kita jaga2 ngan orang lain, orang lain sebenarnya pun berjaga2 ngan kita ye tak..
So korang tengok gambar ni, kan kat belakang tu Eye Of London, cam aku dah cakap, semua korang kalau nak, korang tak keberatan jalan kaki perlahan2, laju2 terpulang la, sangat mudah je, dan JIMAT KOS, dan seronok la dapat rasa tempat orang....

dan kat sana semua kemudahan pejalan kaki, tak kira umur, adalah TIP TOP.




Sejuk giler babi la winter kan, tapi seronok ok... mudah la untuk semua pun jalan pasal kat sana cam aku cakap, kemudahan untuk pejalan kaki adalah terbaik... dan selamat.
So Nampak la, Big Ben, River Thames semua, Parliment House, korang nak buat apa buat la tengok sukahati korang..
Ada time, ada fulus, boleh la korang nak buat apa benda2 yang perlukan keluarkan duit....







So kita pelan2 lepas tu dah sampai Waterloo kat hujung tu naik train gi London Bridge la.. “JEMBATAN SUDAH ROBOH, SUDAH ROBOH, SUDAH ROBOH...”, korang jangan keliru Jambatan London Bridge ngan Tower Bridge. Tower Bridge tu yang album cover Iron Maiden Brave New World... Ni perbezaan nye...


Ni kapal perang tu ialah HMS BELFAST.






foto2 ni dari atas London Bridge, dan lepas tu kita jalan kat tepi tu...jalan2...sampai Tower Bridge.
Enjoy la, santai2 gitu...... So ni Tower Bridge la tapi tak semberang la haha.. London Bridge of course kita semberang...


So kat situ jugak ada Tower Of London, nak masuk boleh, tak nak masuk tengok luar je la...

Lawa pasal banyak burung terbang merata2 kat atas kepala korang, then pasal Winter so pokok2 banyak daun takde..




Traitors Gate....  OK kat situ stesen keretapi Tube terdekat  pun cantik ada banyak info pasal Tower Of London ni, dan sebahagian sejarah tempat ni pun, tak dipecahkan tapi diabadikan sebagai sebahagian stesen tren ni. Cantik sangat.




A brave new World, In a Brave New World.... Up The Irons...huhu...











OK, ada satu petang tu kita set nak gi ikut tengok lawatan dan sejarah tempat2 pembunuhan Jack The Ripper. Terbaik ok...  Ni cuma waktu malam je la kan, baru saspens... lagipun winter, memang kul 4.30 dah Magrib so dah gelap gelita la kalau dah kul 7 malam 8 malam git
u...
Selain jalan dalam lorong2 gelap dan lorong2 hitam suatu masa dahulu, dengar cerita penuh brutal pembunuhan2 dan misteri Jack The Ripper, satu best nye secara peribadi untuk aku, dengan aku join in, actually secara peribadi untuk aku sendiri, aku dapat tengok night scene kat lorong2 belakang kota London yang kalau aku pergi sendiri, aku mesti tak berani kan....... So memang berbaloi...dan murah.. Korang pergi la.... Ada lain2 group organise, so korang boleh online last minit pun boleh, bayar pakai paypal je pun ok kalau nak... Actually, kita impromptu petang tu terus pasal ada wifi kan, terus pakai tablet masuk online, carik mana2 tour group yang ada vacancy, terus beli tiket online, terus naik train gi stesen yang tempat kawasan Jack The Ripper untuk join group tour kita untuk bawak tengok tempat2 Jack The Ripper tu...



Jumpa kat stesen keretapi tube Aldgate East untuk buat ni Jack The Ripper tour... dah la winter sejuk2 gitu kan, lorong2 hitam gelap lak.... dah la brutal giler kan Jack The Ripper..
Dahsyat ok, cara dia susun2 tali perut mangsa dia semua, dah tu polis merata2 pun dia boleh lepaskan diri... Terror sey..



.

Jadi untuk kita, walaupun dah lewat malam, tapi tak menjadi hal untuk kita pulang, pasal bas nombor 38 tu servis masih banyak, dan jugak keretapi Tube pun masih banyak servis.
Lagipun London ni macam City that never sleeps....





Jadi aku Cuma nak cakap la, kalau kata korang duduk kat tengah2 kota London, mahal dan sebagainya, dan seriously aku cakap hotel2 kat London ni mahal2 giler, dan mahal giler pun tak semestinya selesa, atau bersih, atau selamat..
So korang explore alternative lain... lagi sekali aku cakap cara ni semua bukan untuk semua, You Know Who You Are.
Trust me, you and your love ones will have lots of fun... Takde lagi fun dari pergi train platform salah, tercarik2, then patah balik...
tapi aku memang stress sikit pasal it involves love ones aku kan? tentu aku tak mau dorang penat, lain la kalau backpack untuk iron Maiden sorang diri...
Semua main rembat je tak double cek, Tetiba masuk GHETTO nye area...
lepas tu takut sendiri sorang2 macam aku dah termasuk kawasan Bronx gitu... hahaha....

Well, that is what TRAVELLING is all about...  exploring and making mistakes, and learn about life.

Ok nanti sambung... MAKAN dan carik makan dan  apa2 je la pasal makan...














6 comments:

Rafi said...

Jack the ripper nya tour tu mcm best.sampai sekarang eh taktau siapa jack the ripper tu.lawa2 gamba semua tu.scene yg menarik.

Skudal said...

patung ayam tu .... ada kat mana tu

berteromber said...

Tq...kot2 nak pergi london nanti memang korek balik la entri2 ko ni...

D'arsil said...

seolah aku baca ni kamu ada kat tepi aku cerita sambil tunjuk satu2 gambar, memang menarik lah. apapun hanya mampu aku senyum alangkah indah nya kan kalau aku dpt pergi.. hehe. bab jack the ripper tu tak dapat aku bayangkan kekejamannya.

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Bestnya

deaf-angel said...

patung ayam tu aku rasa Temporary nye pameran. Ia kat kawasan Trafalgar Square