Tuesday, March 10, 2015

kawasan HACKNEY,dan Dalston, dan segala yang terbabit (EXPLORING ENGLAND)

Sambungan Oxford sudah, Portsmouth sudah, so now gi cerita tempat base kita gitu..
Hai semua kawan2 dunia internet, (aku buat post ni dalam keadaan kelam kabut, mana ada masa aku hentam kromo je, so maaf ye kalau bahasa tonggang langgang, takde QC cek, info huru hara, dan ulang2)..
ni kali aku tunjuk korang dan cerita sikit2 tu hari mana kita duk kat luar dari pertengahan London yang apa kita selalu bayangkan, kira kita duduk kat tempat orang sana duduk penduduk tinggal gitu la gitu..., ok la kira Luar London nye central gitu, kedai2 kat situ, apa2 kedai murah... sikit2 pengangkutan awam yang korang naik (Korang cuma pakai kad Oyster je), semua main naik bas, naik train.


Sejuk giler ni...
Tak silap aku 3 darjah, 4 darjah selsius gitu..



mula2 berapa gambar pokok dan suasana musim sejuk Winter di kawasan....  HACKNEY. Ni pokok2 ni kawasan Town Hall lama dia. OK soalan pasal keselamatan, takde apa2 la, kita balik lambat semua naik bas naik train, jalan kaki kat tepi jalan ok, ada la orang2 tepi jalan, tapi dorang tak kacau kita semua....  Korang percaya tak? Aku sudah fikir macam malam macam cerita I Am Legend gitu, kat luar ada huru hara , tapi sebenarnya takde apa2.....  selamat, dan memang ramai orang Islam, errmmm... tak aku tak pergi semayang jumaat kat Hackney ni. Errr.... so tak dapat aku tunjuk korang masjid kat Hackney ni. kikikiki...
Nanti aku cerita2 lain kali pasal makanan, kita gi supermarket Tesco, satu yang betul2 mengkagumkan aku...
ada notis board kat bahagian daging Halal yang tulis ayat seperti gini dalam bahasa Inggeris

"Daging2 ni disembelih dan disediakan untuk dijual dengan ikut cara Al-Quran dan jugak Sunnah Nabi" Dengan sijil semua la..

Korang bayangkan?? Kita kat sini taruk sijil. Tapi dorang kat sana specific ok, DENGAN PENUH TEPAT, pasal untuk aku kita kan ASWJ, so kalau orang cakap Al Quran dan Sunnah Nabi.. memang cemerlang la, walaupun aku Setan, ok aku bukan setan, tapi setan banyak bertenggek atas aku... Seriously.
Ni ialah sesuatu yang boleh menitis mata aku kalau fikirkan,   Cehhh titis air mata siot... haha.

Betapa kita semua lain kulit, lain bahasa, lain budaya, jauh beribu2 ribu2 ribu2 juta2 KM tapi... tetap Al Quran dan Sunnah Nabi.

ok, korang jangan cakap aku macam bagus ok berbual pasal Agama, tapi ni serious berbual ok..
 Tergamam aku ok...  Kat tempat kita, kita take for granted, tempat orang memang baru kita sedar...

ni satu contoh kedai halal, ni kat luar Tesco Hackney..  Dalam tesco aku tak ambik gamba.
Dalam Tesco Hackney dah la dia punya bahagian makanan Islam dan Halal punya la besar dan panjang2 gitu...section dia...seronok la tengok....
Mee Maggi ada ok semua complete.., ..





OK OK,


ni bawah ni nak naik tren kat stesen keretapi TUBE paling berhampiran....



korang tengok ni lak, bas berderet ok berhenti kat traffic light...

macam2 nombor, dan kebanyakkan aku rasa semua pergi ke merata tempat di bandaraya London, Mudah sangat...


korang tengok bas dorang, betapa cantik dan memang awesome giler.... semua pergi pertengahan bandaraya London jadi tak yah bimbang dan jangan gusar...
Setakat untuk semua peringkat umur paling kecik sampai paling berumur dengan apa cara pun, mudah untuk naik bas dorang, so korang jangan bimbang... Sediakan kad Oyster je satu... kredit abis, pandai2 la korang tambah nilai haha.

Ok, lagi sekali, SAPA YANG AGAK2 FIKIR DORANG ORANG ATAS ANGIN, tak yah la baca sangat apa aku tulis ni.....


DORANG PUNYE BAS SISTEM DAN TRAIN SYSTEM, TERBAIK SANGAT. PENGANGKUTAN AWAM HEBAT. AKU RASA LA SINGAPURA PUN JAUH KETINGGALAN NGAN LONDON DARI SEGI PENGANGKUTAN AWAM, DAN INGAT KITA DUDUK DAH KIRA LUAR DARI APA YANG KITA SELALU ADA IMPRESSION LONDON.

- Kira kalau korang minat bolasepak, kita duduk antara stadium Arsenal dengan Stadium West Ham gitu la kalau aku boleh anggarkan la lokasi kita... Antara North London dan East London.
- DAN UNTUK KORANG HARDCORE IRON MAIDEN - Korang tentu tahu persembahan "WHOLE ENTIRE POPULATION OF HACKNEY " tahun 1985 dulu gitu...


OK ni aku tunjuk korang foto2 kawasan kedai2 kat sini bila kita naik bas awam nombor 38 gi bandar tengah London untuk jalan2, enjoy2 (cehhhhhhhh), so ni aku snap la kan....
dan jugak masa kita jalan kaki...
Aku mulakan Ni kawasan Hackney dulu, kedai2 dia... banyak la, setakat korang nak shopping benda murah2, sayur ke hapa ke, ada la jangan bimbang, malam buta pun ada la..

Aku dah cerita kan KFC , semua KFC aku jumpa semua ada sijil halal, Daging halal semua murah la kot...tak jadi hal ada jumpa la korang butcher Islam semua...  pasal ni kan kawasan perumahan East London...






Aku suka foto atas ni...





OK ingat tak aku cerita kedai murah giler, hah... so korang nampak Primark ni korang beli la banyak2...
aku tak tahu kat pertengahan kota London ada ke takde, tapi sini ada... So korang nak beli apa pakaian, boxers, apa je la, untuk semua peringkat umur, accessories,, semua korang beli sini la underwear ke hapa kebenda ke...  Murah.


So ingat nama kedai ni ok, PRIMARK!!

ok, so dengar cerita dekat sangat ngan tempat kita ni ada lagi satu kawsan yang best pun yang seronok la tengok2 suasana tempatan...

So gamble la, jalan kaki je dari Hackney kita gi arah Dalston...

kat sana pun tempat kedai2 untuk penduduk2 tempatan kawasan situ, situ banyak kedai Turkey orang2 Turkish gitu rasanya tu kawasan dorang kot...
Ada satu mall gitu, Kingsland Mall Dalston ke hapa ntah, pun banyak kedai murah2 la korang nak beli apa2 je la....
So memang jalan sikit ada Train station Tube dorang, merata2, tapi jalan kaki pun pelan2 sampai la...
Save duit save duit jugak...enjoy suasana pun..




Nanti jalan2 gitu korang nampak la ada rumah hiasan semua bendera Arsenal, ok kalau korang tengok foto atas, korang tengok kan? Bas Awam semua masuk kat tempat2 ni dan bas2 ni semua pergi bandaraya London,
so kalau korang tak mau naik keretapi Tube pun naik bas je... lagi murah, lagi selesa.....


OK ni kawasan Dalston Kingsland semua la, aku sumbat semua satu kali senang









Rio tu panggung wayang kat kawasan Dalston ni la, kan? dekat2 dah dua stesen keretapi TUBE dorang.
Seronok la jalan2 gi tengok tempat orang2 tempatan berbelanja dan gi kedai dan hidup la...
kalau korang pergi London tempat pelancongan je, aku rasa tak nampak la ni semua kan...


ermmm...ok ok aku tunjuk sikit mana kita tinggal ok, korang pandai2 la nanti kan, apa je katil2 dia kasi, then sofa tu tak cukup korang bukak lebih, dan kat lantai pun boleh tidur tapi sejuk la kan WINTER, so pandai2 la korang... nak survive, bilik air semua complete, dapur... meja makan semua ada la, so korang pandai2 la..golek2 kat lantai semua cukup la,. boleh la..boleh survive la....SERONOK!!  cuma sejuk giler babi je la...

So pandai2 la kan korang nak survive tengok berapa capacity korang pun, tapi its possible la enjoy terutama korang dah betul2 buat research camamana nak gunakan duit perbelanjaan..

kalau korang semua cam Tourist Hollywood Beverly Hills, aku rasa.... tapi again la, korang orang cam gitu, korang takkan baca post ni pun... HAHAHAA....

OK JANGAN LUPA LA peringatan untuk diri aku gi mana2 bawak SABUN SERTU.. tahu? SABUN SERTU? SABUN SAMAK?? readymade tu...

So jumpa mana2 pots and pans semua kita boleh pakai tanpa was2... ok ok... maaf la ye... ni again aku cakap untuk diri aku lebih, ni hal agama, sensitif sikit.

Tapi harap korang paham apa aku berbual.






kalau ada washing machine, tak yah bawak baju banyak2, tiap2 hari basuh je, beli la sabun murah2 detergent kat kedai situ....
Winter, tpai boleh kering, taruk je kat rak2 heater merata2 tu... Heater panaskan suasana musim sejuk giler kan.

OK, lagi satu foto Town Hall



OK... ni panggung terkenal HACKNEY EMPIRE gitu... Dikatakan teater paling cantik di seluruh kawasan besar London.. Actually London ni kan, ambik contoh pulau Singapura la, aku rasa tiga Singapura, empat pulau Singapura, atau lebih?? untuk dapatkan satu London??
Mungkin sepuluh pulau Singapura kot dapat satu London? haha.. atau lebih...
Indon panggil apa? little red dot. haha.

Ooo tu jam permentasan Sound Of Music... ooo kita tak gi....
haha.







Aku harap korang enjoy baca dan dapat manfaat.... nanti sambung.

8 comments:

A.I said...

kalau aku berdiri antara bangunan2 kt situ mesti org tak prasankan aku sebab kaler badan aku lebih kurang sama je dgn bangunan2 kt sana...kelabu asap!

sronok eyh jadik kau. leh dpt jenjalan sana sini. aku nompang tengok gambo jelah nampak gayanye ni..

D'arsil said...

tak ada salji pun memamng sejuk ya kat sana... itu batu nisan kah gambar pertama, cam cover album compilition death is just a begining. haha.
posting kamu ni memang buat terbuka minda juga lah, selama ni aku ingatkan memang payah nak cari makanan2 halal kalau kat luar. dapat baca ni kan memang best andai satu hari aku pergi kan sapa tahu hahaha. nanti sambung lagi seronok baca.

Ijau D. Koceng said...

kat pokok dlm gambar 1st tu ada eddy FOTD

berteromber said...

aku tempat2 gini kagum tengok bangunan2 dia...semua klasik...dorang ni takder buat bangunan baru ker arr?...

Rafi said...

Gambo yg kedua tu leh buat cover album black metal tu..heheh.lawo.
Seriously,yg bukan negara islam lagi islam dari negara islam sendiri.daging yg di jual pun siap bagitau secara detail eh..bagus betul.

Skudal said...

cantik gambar! steady!

Portdy said...

Banyak record store tak?

Tu je yg penting bagi aku bila berjalan jalan ni

Portdy said...

Banyak record store tak?

Tu je yg penting bagi aku bila berjalan jalan ni