Monday, April 27, 2015

BOTOK-BOTOK (a fish and leaves-based spicy delicacy)

Boring je la kan cerita pasal rock2 techno ni semua...
So nari aku nak cerita pasal...

BOTOK-BOTOK
(hereafter this typed as Botok2)


Botok-botok is a delicacy where fish together with lots and lots of different edible leaves and spices and coconut are wrapped in BANANA leaves and STEAMED. Eaten with rice. I consider it kind of healthy food due to the lots of traditional green leaves involved. 





Tu hari better half aku nak makan botok2, so meh aku carik, so untuk korang yang dah lama tak makan Botok-Botok atau tak pernah makan...

Let me share with you how aku gi beli Botok2 tu hari..


So aku kebetulan off yang long weekend, so pagi lepas aku abis last kopek kerja malam je aku dah masuk Johor gi terminal Larkin nak naik bas ekpress,
So aku pergi la carik botok2 kat pasar basah,
so aku pergi kedai regular... dia cakap hari ini ada jual, tapi dah abis...Orang KL datang pagi order dan beli semua... (No so Surprising la kan as ni botok2)
ok ok.. so aku carik and carik.. tak susah sangat la carik...

So aku gi gerai2 lain aku masuk dalam pasar la, so aku nampak ada la dalam bakul ada la tinggal berapa bungkus...





So aku beli la berapa bungkusan... masa aku beli tu pun, ada orang lalu tengah beli barang pasar nampak je bungkusan terus cakap " eh ni botok2 eh?", terus ngan lincah dia pun lekas2 beli..

Botok2 ni kan for those not regularly in the know mana nak carik, sesekali, once in a blue moon kalau nampak kat pasar, memang tak hegeh2 la kan, lincah je terus beli.

Makin rare tau botok2 ni...

OK, gerai aku beli ni dia jual satu botok2 harga 7RM.
So gerai yang aku first tanya dia cakap dah abis pagi2 orang dari KL dah beli semua or something like that harganya 8RM. Tak tahu la kan, sama size ke, ikan apa dipakai ke, mana lagi sedap ke? hah...

So gerai yang aku beli ni, yang foto2 ni botok2 dia buat kat PONTIAN. Dah siap then hantar pasar kat Larkin. So memang perjalanan jauh jugak la kan botok2 aku beli ni kan, ada la beratus-ratus KM sebelum dimakan...

Aku tak tahu lak gerai2 lain kat Larkin samada dorang nye botok2 pun buat kat Pontian atau tempat lain atau sama supplier atau lain2.

So kalau korang nak carik botok2 kat Larkin, cuma boleh carik hari Sabtu ngan hari Minggu je, kalau korang gi pasal Larkin hari biasa, aku rasa takde jual...

Tak terkejut la kan, leceh kot buat ni pasal nak carik all the magical daun macam2 daun ye tak nak buat botok2 ni daun ubi, daun kesum , daun betik I think, dan apa2 je la daun2 pelik2 aku memang tak tahu nama dan tak kenal bentuk pun, makan aku tahu la.





So botok2 ni tengok la, apa ikan dia kat dalam, so basically kalau korang cerewet pasal ikan, korang buat la sendiri, kalau tak, korang beli je la dan apa pun ikan yang dipakai, korang makan je la...

Anyway, botok2 ni kan ramuan2 nye termasuk ada all those kelapa coconut thingys - santan la, kerisik la, so aku saje je la tanya penjual...

Ye la dah dia dah bilang aku botok2 dia jual buat Pontian, abis aku nak naik bas ekpress lagi kan?
of course aku takut dah rosak kan... or basi gitu...

So dia cakap ok je, siap cakap di gerai dia siap orang dari Ipoh datang beli dan bawak balik Ipoh nak makan Botok2 nye pasal...
On the same day makan elok la kot.. tapi I think makan fresh pagi2 is the best ye tak..

Anyway this botok2 ni very the Jawa-influenced gitu, and its best makan ngan nasik putih, and masa aku kecik2, aku hate makan botok2 pasal tulang2 ikan tu...
So aku kalau botok2 ni aku tak suka makan ikan dia tapi aku suka daun2 ubi/kesum/whatever daun bermacam2 tu, and the rempah..
Rempah dia dan sayur2an dia yang buat best la kan makan botok2 ni.....untuk aku la.

Aku rasa daun sayur2an yang banyak tu aku rasa sangat elok, lagipun very traditional daun2 yang digunakan. Therapeutic gitu, cam korang tahu la melayu kan suka all these ulam2 thingys.

Kira korang bungkak bungkusan botok2 ni apa ada kat dalam tu semua korang makan la kan... cuma of course daun pisang pembalut tu jangan la makan..

contoh hidangan sajian botok-botok ikan yang sesekali makan memang rasa thrill.


So thats about it....

So info yang I think beneficial la untuk korang yang nak makan botok2 atau nak carik mana jual botok2....

kalau sapa korang nak buat sendiri....
Buat la extra berapa bungkusan kasi kat aku... (Rempah lebih)

Thank you in advance. 





18 comments:

speedrider said...

Aku dah try. Haritu masa family gathering sebelah wife, ada sedara dari JB bawak botok-botok ni ke Penang. isinya pakai Ikan Tenggiri.

Takleh makan banyak-banyak, nanti muak sebab the scent of curry powder quite strong. Tapi just nice. Benda bukan hari-hari makan kan!?

berteromber said...

Ni jawa johor kalau tak pandai makan ni memang jawa murtad la...hahaha...

dia sedap kalau ikan tenggiri...tapi kalau kembong pun ok jugak...iskh...lama dah tak makan ni...orang rumah aku suka la...tapi aku takat gitu-gitu ajer la...btw..aku bukan jawa...hehehe...



deaf-angel said...

cerita pasal makanan laju je eh korang haha

Dr. Bentara said...

Aku kena try, first time tau

deaf-angel said...

gi carik mm, worth the effort.
Aku Tak bedek.

Rafi said...

Jawa murtad eh berteromber..hahaha..mmg betul pun,aku pun walau asal johor (pun bkn jawa jugak)ada jugak la mkn ni tapi takda la tegar..
Err..btw,bang deap ni mesti jawa nih..heheh

deaf-angel said...

aku rasa la kalau ikut blood line, confirm aku ada darah Jawa..

Cant be helped. Jawa is everywhere. Even Star Wars.

deaf-angel said...

tapi aku IC, confirm

MALAY. huhu, sekolah free.

metal brain asylum said...

kalau Jawa Banting ada tak masak masakan nih? heheh

Anonymous said...

http://www.tiffinbiru.com/2013/02/botok-botok-ikan-tenggiriwarisan-orang.html

Masa 2013 beli di simpang renggam baru RM 4.. Ikan tenggiri lagi..
Mahal dah sekarang ni.. Tapi memang best la kan..

NEKROBANGER said...

aku xde darah jawa tp makannanya semua aku bole makan...smp ada yg jadi fav lagi...

A.I said...

aku penah tengok minatang ni, tp tak penah makan.

PC kOKak™ said...

aku tak penah makan lagi ni.. tapi nampak sedap dan menyelerakan aku haha!

D'arsil said...

buat pertama kali nya aku tahu makanan ni, lihat ngan teliti gambar tu, rasa mcm sedap, terfikir juga tadi ingatkan makan sekali ngan daun pisang tu. hahaha.. apapun info menarik ni.

deaf-angel said...

hi Anon..
yang aku beli ni sayur dia banyak and the rempah dia ok la jugak..
so ok la 2015 harga naik dah

deaf-angel said...

cukup dah daun2 kat dalam tu dah kenyang ha

faizal abd fathi said...

kena try ni... FEAR FACTOR!

deaf-angel said...

fear factor...thats a good one