Saturday, April 11, 2015

MAKANAN kat kedai dan masak sendiri tapi bukan aku, aku cuma tukang makan (last episode Exploring England)

Ok, last episode.

Tak banyak cerita la, aku kalau start cerita tak boleh stop.. tonggang langgang posting. Apa tu? Darsil komen? - "bersimpang siur"? haha. Korang kena paham aku buat blog ni semua kadang2 pakai word pad je, mana2 ada masa walau kat mana aku berada, aku buat sikit2, pasal idea kadang2 datang banyak nak mengomel cerita2 pasal benda2 duniawi yang aku passionate sangat, dan dah tu bila ada tenet, aku upload foto, wahhh publish. Then tersengih sendiri.. bangga maklum aku lemah I.T.


Errmmm... Maaf makanan2 nye foto kat Oxford dan Portsmouth takde lak. Lupa nak snap gitu. LUPA=KEBULURTAKINGATDUNIA.
TAPI makanan nasik beryani nasik minyak gitu kat satu kedai kecik kat OXFORD tu sedap giler.

Aku really la, penuh dengan giler2 nye recommendation kat korang, ada chance pergi Oxford, macam aku cakap, naik je bas express pagi2, malam2 balik keluar Oxford. Aku tak tipu... gerek... kita gi time Winter..
Tapi korang jangan tunjukkan kebodohan macam aku, selenger bacin masuk kawasan Oxford aku tercarik2...mana dia university Oxford ni?  bodoh nye aku...

Makanan2 kat kawasan Hackney, Dalston dan masak sendiri kat rumah orang yang kita duduk tu pakai airbnb dan jugak tengah2 kota London jugak, dan makanan dalam plane satu foto... Gitu la ENJOY.

Ni contoh2 mana yang sempat disnap foto bila makan2 luar kat kawasan East London - Hackney ni...  sana nasik jarang sangat ok jumpa kat kedai.. Mati akal ok kalau korang jenis lapar nasik macam aku.

Aku pun dah lupa nama la, tapi mostly daging, ada satu tu ikan tu... So aku most of time makan ikan la, muak la daging jenis kebab2 gitu...






Ni pulak kat Dalston - ni yang korang jalan kaki dari Hackney korang boleh sampai..
yang aku dah cerita tu hari banyak kedai2 murah2...
pasal yang pergi sini semua ialah orang2 tempatan di East London tu semua...

ni ambik dari dalam kedai..ni kedai Turkey ni, sana kat Dalston, korang jalan kaki kan tepi jalan korang perasan ada jugak la beberapa kedai makanan Turkey semua sebaris gitu.... cam ni tempat port dorang kot.








KFC yang aku nampak semua halal.. Maksud aku bukan tulis jawi "ha lam alip lam" tapi dengan sijil2 pengesahan dari organasasi2 Muslim disana.
YANG AKU NAMPAK AJE OK!! (tak semestinya semua ye tak?) kat Hackney (East London) dan jugak di tengah kota London tempat ALDGATE EAST - ni yang tempat korang nak pergi tengok Jack The Ripper nye lorong2 gelap dan hitam pada waktu malam yang aku dah cerita tu hari...




erm...

Macam aku dah cerita2 tu hari... kat kawasan Hackney, kat kawasan Upton Park ni semua,

Kira ni semua kawasan EAST LONDON, pasal macam aku cakap kita tidak duduk kat tengah2 bandaraya kota London, so kita basically duduk tinggal seminggu gitu macam penduduk tempatan, so basically dapat shopping dan makan2 dan jalan2 kat kedai2 yang dorang orang tempatan pergi,
so memang menarik la termasuk jugak dari segi makanan..

Macam aku cerita kat TESCO HACKNEY Central, dah macam kat Mustafa ok dorang punye halal section.
Dan macam aku cerita dorang nye daging halal siap tulis äda la ayat dia lebih kurang "All our meat are prepared based on guidelines of the Al-Quran and the Sunnah".

Aku tahu ada melayu kan suka gunakan perkataan KAFIR!! KAFIRR!!! ini semua kan?

Sudah2 la, jangan sangka kita melayu dan tempat kita duduk tinggal ni semua kita boleh berdabik dada bangga...
Sebenarnye bila tengok cammana semangatnye dan kuatnye iman mereka orang Islam yang duduk minoriti, then korang realise kita melayu is nothing..

Nanti satu hari nanti aku nak buat blog title "Kenapa Orang Melayu suka nah guna perkataan Dayus dan Kafir dalam konteks perbualan seharian dan takde kena mengena dengan perbincangan ilmiah? Adakah words ni lagi banyak kita guna lagi tunjukkan kita ni TRUE?"" ni maksud aku dalam perbualan harian dan konteks kehidupan harian bukan perbincangan agama yang berunsur Ilmiah dan fokus.

ok ok ni ada foto recycled dari post lepas, so ni contoh2 kedai2 daging, kedai2 ikan, macam kedai2 daging halal ni semua aku tengok kat Upton Park dah malam pun masih bukak....

So macam kedai2 runcit gitu... jual barangan seharian kalau malam2 pun masih bukak so no hal la korang nak beli apa2 je la barang harian..








So korang boleh masak2 la.... contoh2... nasik, ikan goreng, ayam goreng, spagetti, pasta, telur ngan roti...






contoh hidangan kat meja kecik tu can fits 4 but impossible la kan, so basically korang duduk atas lantai or whatever atas tilam or whatever je la......or gilir2 or whatever je la...






So basically, its all about balance ye tak?

balance dalam perbelanjaan..   ingat kita mengembara, travelling so mesti la nak kena ada balance. kalau korang berpegangan konsep melancong...tourist gitu... entah eh, tak tahu sama ke tak cara pemikaran nye.. Aku rasa lain...


ni sebahagian stock... aku pun kagum tengok stok gini , roti malaysia tu wei...

Macam aku dah cerita, apa tak abis dan tak perishable macam beras, minyak masak, sabun basuh baju washing machine, semua kita tinggalkan je kat rumah tu, sapa lepas tu nak pakai, pakai la...





Ermmm... of course la kita tak jangpeng sangat ok...

masa ronda2 kota bandaraya London makan jugak... ok la, kena pilih kedai ye tak... sekali2 boleh la kan.. Kotaraya London tengah2 tu memang la up sikit kan.

contoh sempat disnap..

aku rasa aku mintak brocolli tapi tengok cam asparagus ke aku tak tahu cakap speaking London ke aku yang tak tahu tengok sayur ke sayur omputeh lain dari sayur kita..






ok ok,

aku nak komen sikit macam beli barang ni semua... cam aku cakap korang nak beli baju harian, boxers whatever semua aku cakap kedai Primarks kan?

ok cam aku kasi contoh cam air ni kan? ni kat airport ok 3 pound ok Hot Chocolate LARGE. airport/Large beverage. 3 pound.


Korang jangan tukar matawang ok, tapi korang tengok angka nombor tu.

Ni macam kat Msia mineral water RM1, kat Spore satu botol S$1 gitu..
So cam...
ermmmmmm...

korang tahu tak kat sana aku tengok2 ok kerja kosong... apa aku tahu dorang nye transit nak pakai ramai orang...
pengangkutan awam gitu...
So macam.... fikir2.. patut la ada orang gi negera Omputeh ni semua kerja.. paham tak apa aku nak cakap?? Serious berbual ni..

OK, ermm kalau Emirates Stadium pakai jaket kuning nye jaga2 kat tepi padang masa game tu? hahh tu boleh buat part time kan?
Lagi kalau kerja shift work in duit omputeh..... wahhh BERANGAN MAT JENIN!!!!!

Aku pernah cerita tak masa aku tengok Iron Maiden kat Perth dulu tu...

Ada satu orang Singapore kerja kat kedai jual Souvenir kat Freemantle. Ni kat Freemantle la ni,

Dia sudah offer aku suruh kerja Cleaner kat Food Court kat Freemantle tu...

Aku serious tengok food court dia bersih siot. Korang pahamlah Omputeh ni konsep lepas makan macam kat Mekdi, dorang clear tray sendiri, tak macam kita berkecah macam kat Pasar Tekka.

Dah tu, kan apa aku tahu dorang ada Minimum Wages. Aku ada give a sserious thought on it ok..


OK kan? aku dah melalut. Ni word sapa pakai tu hari? Speedrider... haha. Melalut...

ok ok back to the story...  Ni tu jam pasal aku gi tengok Queen main kat London O2 kan so aku nye schedule memang lari sikit starting travelling ni ngan love ones aku..

So ni aku kat kawasan mana eh Aku was2 la korang halal ke tak, so aku ambik vegetarian meal




tak boleh abis la... aku tak reti makan.. mungkin aku tak kebulur sangat kot? kalau aku kebulur... haha.

OK OK ni ada cerita sikit...

aku ni jarang2 la naik kapalterbang...tapi tu hari pergi naik MAS tau gi Heathrow.

SUPPORT OK SUPPORT!!!

So korang tahu apa dorang hidang?? nasik ngan ikan asam pedas la korang... Serious.. ok ok bukan ikan pari.. tapi asam pedas...kuah pedas...
Korang tahu tak? Aku betapa happy giler....

NASIK PUTIH NGAN IKAN ASAM PEDAS




TAKDELAH SEDAP SANGAT...  HAHAHA (portion ikan dia besarr.)

tetapi..its  still nasik dan ikan asam pedas ok, makan kat aeroplane tengah terbang kat sky.

Aku cam. unsangkarable,..biar betik... tapi biar betik happy punye la...

OK la, katalah aku takkan dapat naik Flight 666 ED FORCE ONE yang Bruce jadi Pilot untuk fanclub members pergi specific show Maiden,

aku rasalah, naik flight yang aku cakap ni dapat makan nasik putih ngan ikan asam pedas adalah satu pengalaman yang paling best la dalam aku naik flight hahaa....

Buat apa kan kalau aku katalah, aku dapat duduk first class atau business class tapi makan makanan omputeh??  CEHHH AYAT DENGKI....

ok ok aku stop...

UP THE IRONS & COYG.




p.s - Thats all, till next time kita gi travelling or jikalau ada rezeki lebih aku akan backpack sorang diri FOR MY IRON FUCKIN MAIDEN Live experiences.

Semua yang travelling kita kali ni Winter Time sejuk giler duduk kat Hackney, pergi naik express bus tengok OXFORD yang tersangat sangat aku kagumi pasal best giler, naik keretapi pergi Portsmouth, dan apa je la pasal trip ni kali..sila pergi sini.... atau tengok scroll kat post nye bulan2 lepas gitu.
adalah dalam 8 episodes gitu..
http://deaf-angel.blogspot.sg/search/label/Exploring%20England%202015



10 comments:

Rafi said...

Nasib baik baca post ni aku tgh mkn..so takda la rasa iri hati sangat..heheh..
Seriusly,aku yg hidup bujang ni dah rasa jemu hari2 mkn kat kedai.sampai satu masa aku goreng ikan bilis+bawang n then telur mata makan nasi campur kicap,betapa seleranya aku tak dpt nak di gambarkan.heheh..

deaf-angel said...

Sometimes,
Nasik putih panas mqkqn ngan planta je dah heaven.

Atau nasik putih ngan smabal belacan lagi heaven. Tu je tak yah lain.

Ijau D. Koceng said...

mesti KFC kat situ rasa lain kan? kat sini rasa KFC dah rip-off...

btw, aku rindu nasik kandaq (harap2 muspeedrider tak baca komen aku, nanti kena hantu)

speedrider said...

Ikan letak cili kat kedai Turki tu nampak macam sedap!

Ijau, nanti aku buat! Hahahahahah

berteromber said...

tempat ko tinggal tu rumah eh?..boleh masak2 semua...mahal tak?

A.I said...

kepsi kat sana sama ke rasa ngan kepsi kt M'sia? ko penah kan mkn kepsi mesia..? haha

NEKROBANGER said...

yang lain tu aku tengok berselera kecuali kfc je...hehehe

D'arsil said...

habis dah.. tak sabar nak tunggu cerita backpack iron maiden nanti.

ohya bab makan kat kapal terbang tu, HAHAHA.. aku ada kisah yang aku tak lupa.. nak kata lucu tak juga tapi secara tak sengaja k. masa pramugari bagi makan kan, ngan air dia bagi tu, kat sebelah aku ada makcik lah kira macam cikgu, dah buka tu pembalut nasi, makan lah kan trus suap nasi tu.,. heran aku dia bagi keluar balik nasi tu, rupanya panas... lapar kali aku pun tergelak, kejadian spontan.. patutnya dia tiup dulu baru suap.. ntahlah kenangan juga tu. mas memang terbaik banding ngan air asia.

faizal abd fathi said...

lapar pulak tengok gambar

dilabangiWORLD said...

aduh.....
sodapnyerrrr
ang buat aku ngences lah dep ni