Tuesday, October 20, 2015

ISLE OF WIGHT in 8 hours by public transport (Pulau Isle Of Wight dalam masa 8 jam)

Salam semua....




Rasa boleh sumbat semua pasal Isle Of Wight satu posting kot?

Peram lama2 foto2 ni jugak nanti abis aku lupa semua description.

ni masih baru jugak la so ingatan clear walau dah mula samar2 LOL!!

Cam biasa, mula2 banyak benda nak cerita, dah nak abis posting ni kat bawah2 semua foto2...

Aku akan bahagi ni post cam gini kat bawah ni supaya kasi nampak sistematik sikit...

- Intro
- Cammana naik bas awam sana...
- laluan kita tukar2 bas untuk tengok seberapa banyak Isle Of Wight dari dalam public transportation mereka.
- Foto2 termasuk permandangan dari dalam bas
dan akhir sekali..
- Alum Bay





tarik nafas pasal aku akan terus start type dan tampal gambar non-stop LOL!!

.. ok start...
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.











Intro sikit, Pulau Isle of Wight ni saiz dia aku rasa la, separuh dari saiz pulau Singapura.

Penduduk dia cuma dalam 100,000 gitu. Tapi korang bayangkan zaman dulu bila Jimi Hendrix main kat pulau ni, ada 700,000 penonton datang dari pulau besar. Dahsyat gitu kan? Tak boleh imejin la kan?

OK cam title 8 jam di Isle Of Wight.
Dari sampai kul 9 pagi sampai balik ke Tanah Besar mainland Britain kul 5 petang.


Kita naik Hovercraft.
Ni kat Isle Of Wight la foto2 ni semua......

Air laut tengah Pasang masa sampai....




Air laut tengah Surut masa nak balik....


Ni aku ambik kat tepi pantai..
Ni hovercraft ni lalu kat sebelah feri yang bawak orang dari selatan UK gi Peranchis. Brittany Ferries.
Jadi mungkin ferry ni lagi satu alternatif kalau nak travel dari dan ke ni dua negara tengok mana korang nak pergi, dan ambil kira mana berjimat paling kurang cost, atau mana sesuai timing...





Aku ialah seorang advocate public transport.
Gi mana2 aku akan nilai dua benda, kebersihan dan kemudahan toilets sesuatu tempat tu dan berapa bagus pengangkutan awam dia...
Dan Aku terpaksa mengaku secara peribadi aku terkejut beruk tengok public bus system kat pulau ni...  pasal tak sangka pulau gini dengan jumlah penduduk yang tak ramai boleh ada sistem pengangkutan gini.
Tentu pihak bertanggungjawab perlukan perbelanjaan yang banyak nak tampung dan maintain sistem bas kat pulau ni aku rasa tapi its for the good of their citizens, so untunglah rakyat dan penduduk dorang.

Dah tu masih boleh jimat lagi kalau korang beli pass seharian secara Berkumpulan, ikut jumlah family korang ke kumpulan korang gitu.
Beli je dengan pemandu bas. Dia ada mesin cetak kat tepi driving console dia, siap laminate ok pass tu.

Macam mana2 tempat yang PENTINGKAN pengangkutan awam, korang jangan bimbang ngan sistem bas awam di pulau Isle Of Wight ni, rata2 10 minit ada la bas datang,
dan bas sangat user-friendly for all ages.. Lagipun sini semua cakap omputeh, maksud aku cakap English, so mudah la jugak berkomunikasi 
dan kat Isle Of Wight ni siap penumpang dia bawak anjing naik bas siap duduk tingkat atas bas double decker ok.
Ye la, pasal ni kira kampungan gitu... very the laidback la kan...

Memang ni trip sabun sertu (yang aku cerita tu hari) memang dipergunakan la, tapi bukan untuk kena jilat anjing or what la, more untuk sertu pinggan mangkuk, dapur all that...
pasal pakai sewa rumah gitu, jimat kos, jimat kos dengan banyak siap ada dapur boleh masak sendiri.. nanti la aku cerita2... ok back to Isle Of Wight...


Ni peta pulau dan jugak route laluan sistem bas...



Pasal kita naik Hovercraft dari Southsea Portsmouth jadi...
Kita turun kat Ryde. Kat bucu atas kanan tu.. Nampak?

Kalau kata korang naik Ferry dari tempat lain di Portsmouth akan berenti kat tempat lain kot?
Ada jugak naik ferry ke boat ke dari Southampton ke hapa ke, pun turun tempat lain...

Aku tak tahu, pasal kita naik Hovercraft.. Laju ok, dari pulau besar gi Isle Of Wight ni dalam 10minit je...
Jakun gitu naik hovercraft dan tengok hovercraft dari dekat launch dan take off dan arrival... Ye la selama ini hovercraft ni sesuatu yang tengok kat foto je.

tak rasa ok takde la bumpy ke hapa ke....


Jadi sasaran, sampai Isle Of Wight dari Ryde kita nak gi Alum Bay. Maknanya dari satu hujung pulau ke satu hujung pulau.
Alum Bay tu kalau kat peta ialah paling penghujung sekali arah BARAT.

DUDUK ATAS, double decker kan...

Jadi kita pilih naik bas nombor 9, lepas tu tukar bas nombor 7 kat NEWPORT, Newport ni ialah bandar di tengah2 Pulau Isle Of Wight ni..

Jadi ni ialah foto2 kat Terminal Bas Awam Newport...





Jadi kalau korang tengok peta Isle Of Wight kat atas tu ngan laluan bas awam dia...

Kita naik bas nombor 9 - RYDE to NEWPORT
lepas tu nombor 12 - NEWPORT to ALUM BAY
balik dari Alum Bay..
naik nombor 9 tukar kat TOTLAND
naik nombor 7 - TOTLAND to NEWPORT
lepas tu naik nombor 8 - NEWPORT to RYDE
tapi kan semua laluan berbeza so dapat tengok seberapa banyak boleh Isle Of Wight ni dari dalam bas. DUDUK Tingkat Dua la nampak clear..

So basically ni ialah permandangan biasa route dalam bas awam mereka kalau korang duk atas...







- Korang akan nampak rumah2 of course, sana takde flet la gitu, semua duk rumah bawah gitu...
Ada la paling tinggi dua tiga tingkat gitu...
- Padanggggg je... Green Fields gitu... ada the kambings, kambing biri-biris, kambing2 omputeh gitu..., then the lembus... lembus omputeh la

Serious aku tak nampak babi. Bagus la tempat ni... HAHAHAHA
ok ok tapi sabun sertu semua dah standby ye tak? so ok la....

then ladang2....   Kira kat sini bas ni lalu... sikit2 sekejap2 ada bus stop.. SO KORANG NAK HIKING!! , anytime boleh turun bas je la... SERIOUSLY kalau ada chance datang lagi aku nak hiking kat pulau ni kat tepi laut ni pasal gambar atas tu kiri semua laut dan cliffs terbentang, kat belah kanan jalan semua ladang2 ada kambing biri2 dan lembu omputeh semua bebas grazing gitu...

dah tu pasal kat laluan semua ada bas, dah penat korang can always hop on the bus again...

Aku rasa aku boleh confident cakap la, should be safe la, cuma cuaca tu tak tahu la kan, tempat gini tau2 malam ke tetiba ke cuaca sejuk datang then pakaian tak cukup tebal tu la boleh bahaya kan diri kan..

Selain tu pasal ni pulau, so expect kejap2 nampak laut, ikut laluan bas yang korang pilih... CANTIK.. Cliff gitu...

Then nanti nampak gereja lama, kubur2 lama.... Sini macam ramai orang2 tua gitu.. kampong gitu kan..

Jadi ni antaranya la... pelabuhan YARMOUTH, bukan pelabuhan la kot, pelabuhan kecik gitu...banyak kapal layar...
FRESHWATER BAY, SANDOWN dan jugak village2 kecik gitu..
korang tengok sendiri dalam peta la...  dan of course along the way, korang akan nampak Inns, pubs zaman dulu....macam2 la...

Aku strongly recommend this place kalau korang tak tahu...








Then like aku cakap korang akan nampak all the lembus and the kambings...those omputeh nye versions...

then korang nampak orang cycling2....  naik beskal.








ni Yarmouth...

Kalau korang naik bas nombor 12 nak gi Alum Bay gitu...

hahh, ramai orang turun kat Yarmouth ni...  Cantik...

Ni semua foto dari dalam bas je...




Aku speku sapa tinggal sini, mesti ada satu boat sorang satu, baik perahu ke, bot kecik ke, apa ke....





Then masa lalu lorong2 rumah orang gitu, dorang parking simpang siuh ok,

bas kena tunggu la kalau ada kenderaan blocking, santai gitu... relaks je tempat ni penduduk dia...








Actually banyak foto la ambik... ni aku random picked je la....


OK last kopek ALUM BAY.
better half aku nye idea la Alum Bay ni, aku was like apa sey tempat ni... satu hujung nak gi satu hujung.
hah kau lawa sey tempat ni..
actually dia ada tempat carnival funfair gitu incorporating tempat ni.. jadi for all ages la..
selain carnival FUN FAIR gitu fun and games for everyone little ones to adults,

korang boleh naik cam cable seat gitu, bukan kereta kabel tapi macam bangku kabel gitu... duk atas bangku je ha..
tapi ada alternatif la pakai tangga turun bawah ada satu pantai kat Alum Bay ni..

Kat bawah tu nanti ada boleh naik boat... boleh pilih boat laju ke boat perlahan, harga lain2.. haha.

Fun la, dan ok la harga,  aku rasa buat masalah tu cuma kota London yang tengah2 tu je mahal, kalau kota London dah pergi tempat West Ham gitu East London semua ok je, dan kat sini naik bangku kabel MENYABUNG NYAWA ni, haha, tak la, ok je... takde apa2... kecik besar semua boleh naik, cuma cuak ok bila kat Cliff tu, kat tepi hujung apa tu? bukit menjunam ke bawah terus nampak laut besar gitu...

tapi lengit jugak naik tangga kalau tak naik bangku kabel ni... tapi ok la exercise kan...

Jadi ni yang hujung tu ialah NEEDLES. Pasal cliffs sana bentuk cam peniti, jarum gitu... dah tu dulu ada bentuk limestone serupa peniti atau jarum gitu tempat taruk benang gitu tapi ada seratus tahun dahulu ke hapa ke kena ribut taufan bahagian batu tu pecah...

errr... ni kalau aku ingat betul la, kalau aku ingat salah, aku tipu korang la haha..

Ni pun ada lipatan sejarah tempat ni so-called zaman dulu, 100, 200 tahun dahulu tempat pertama dalam dunia transmit maklumat pakai mesin apa ntah, saintis2 satu dunia datang tempat ni 100, 200 tahun nak lihat teknologi paling handal la zaman dulu tu...

OK enjoy the photos... Alum Bay..


Ni dah bercampur haduk, tapi...
fotos:
- carnival
- fotos Needles / Alum Bay nye cliffs dari atas
- pantai dia kat bawah,
- masa naik bangku kabel
- bentuk cliffs kat situ warna warni
- masa dari dalam boat tengok balik ke pantai dan cliffs Alum Bay
- Needles



















Ni tempat satellite ke hapa ntah... kat cliffs tu ada lighthouse, helicopter semua boleh landing...
















KORANG BAYANGKAN LAST FOTO TU...  cam gitu la... duduk je atas bangku.....

Kalau tak nak, hah, sila bertapak cam kat bawah tu...

Pilih nak mana satu...


K tu je...

Aku rasa best la Isle Of Wight ni... Unsangkarable nye best sangat gitu...

Aku perasan takde la orang cina ke hapa ke, ada orang India, tapi dorang tu nampak cam India UK, India Omputeh gitu..
So tempat ni masih aura omputeh gitu. Pure gitu hahaha...

Racist ke aku cakap gini? tak la kan... serious pe aku cakap.

Aku strongly recommend korang jenis nak explore, nak lain dari lain gi tempat ni...

kalau korang ambik bed and breakfast nye tempat tentu ada kat pulau ni dan lagi murah.. kalau korang yang travel sorang gitu...
tapi hotel pun ada la korang boleh ambik kat mainland gitu..
tapi pakai airbnb atau holidaylettings la korang datang as family boleh save duit gitu masak sendiri semua...nanti aku tunjuk sample lain kali kalau aku senang foto2 dia...

Anyway... well..
Dengan dunia makin kecik, aku dont mind kalau dapat kerja kat sini,

Omputeh dorang tak suka kerja shift kan, kerja kotor2 gitu kot.. kerja jadi pencacai kena ikut perintah semua orang sana sini haha.., tak kesah ye tak, janji ada gaji ye tak?

hah, ada kot kerja kosong omputeh tak suka buat kat isle of wight ni haha..

k dah tu je.......


nanti la sambung eh....  tunjuk korang Southern section sana lagi...'


7 comments:

faizal abd fathi said...

bila tengok gambar .. teringin nak kesana... cantik sangat... tapi itulah.... belum sampai seru kot...hehehhee

berteromber said...

cantik beb....best la merasa naik hovercraft....yang kita2 ni dapat tengok gambar jer la...hahaha...

A.I said...

perghhh...cantek giler view. macam poskad. untungnya ko boleh pegi sendiri kat sana. tengok ngan mata kepala sendiri. tp..apesal babi yg ko carik? hehe..sib bek memang takde kan. tp memang nampak bersih je kat sana..tenang, aman..eh, aku nk pegi balik la cameron highlands. eh! (tu je tmpt yg mampu aku nk pegi feefeling negeri omputih) ngeeee

Rafi said...

Lawa view dia.pakai camera apa ni?tgk gambo2 tu suma tenang je.jerebu apa semua takda.

Kaemm Reutn said...

europe punye view mmg cantek2 ler... pkok xde yg hijau btul2...hehe

Arip said...

Wah...cantinya permandangan.

PC kOKak™ said...

nice post bro.. sangat infomatik dan membantu.. cantik betul tempat ni!