Tuesday, May 10, 2016

Amorettes, BABYMETAL, Amon Amarth etc etc

As usual.
First in bazaar market Malay,
then in horrible English language.

Rock Omputeh pun tak lepas dari penyanyi atau seluruh band pompuan.
So nari kita cerita pasal dorang.

Satu paling aku suka gi Donington Download Festival, aku boleh tengok band2 rock baru terutama dari UK dari generasi belia dan budak2 belasan tahun hari ini pasal memang banyak band rock akan main diawal siang hari, walaupun satu band rock yang rasanya makin mendapat nama iaitu Amon Amarth pun kena slot rabak punye siang hari. HAHAHAHA. Kul 12 kot rasanya Amon Amarth kena main.
Kira ok la.. Aku pernah gi tengok kat Donington UFO main 11AM. KURANG AJAR KAN?? Takde hormat langsung kat UFO, kasi UFO slot 11 pagi. Dan aku pergi Hellfest tengok Impiety main 11AM jugak gitu. Tapi itu ok la.. haha.
Ni UFO?? Orang semua tengah tidur la.....  

Balik pada Amon Amarth
macam siot, aku kena pergi awal kalau nak tengok dorang. Siot betul. Haha.
Ni kali kedua dorang main Donington tau Amon Amarth, first time main kecoh pasal dorang ada masalah dan at last dorang dapat main 20 minit je pasal kena ikut jadual ketat haha. Jadi ni kali kira dorang bayar balik kot? haha...

Aku masih takde tiket untuk Download 2016, masih belum ambik cuti dari kerja, tapi masih all system go gitu dalam kepala hotak aku yang berdengung ni.

Anyway... balik pada topik hangat,

So mungkin kalau aku ada peluang gi Donington 2016, The Amorettes dan baru sahaja diumumkan Babymetal ada dan kebarangkalian persembahan The Amorettes dan Babymetal akan bertembung dalam waktu sama dilain-lain pentas kat padang gergasi Donington yang besar giler..

Babymetal, aku rasa tentu semua kenal Babymetal ni satu fenomena yang paling dahsyat dari Jepun, ni tetiba baru diumumkan dimasukkan dalam senarai pasal aku rasa slot main-stage hari pertama memang dah terasa kehilangan MOTORHEAD pasal Lemmy dah mati, dan jugak kekecohan laungan berbau rasis dan supremacy kulit puteh Phil Anselmo menyebabkan DOWN pun dibatalkan.

Aku boleh cakap la kan, Down bersama Anselmo kalau main, aku tak surprise kalau kena rejam botol2 penuh dengan air kencing.

The Amorettes - sebuah band rock dari Scotland semua pompuan dan bassist dan drummer adik beradik, tiga orang dan macam HIGH ON FIRE dan THE ENEMY, guitarist ialah penyanyi.

The Amorettes ni sama macam satu band rock UK bernama The Treatment yang aku suka cek-out kat Youtube,
ni dua band dah jadi pembukaan untuk band rock yang paling tak asing lagi - WASP.



Jadi kalau kata mereka beraksi sama waktu, aku rasa Babymetal mungkin diberi masa satu jam dan konfem mereka di pentas utama, dan The Amorettes, malangnye hanya di pentas kecil pentas keempat. dan dalam khemah gergasi gitu dan dberi masa 30-40 minit untuk beraksi.

Aku plan tengok The Amorettes dulu, kalau best aku stay sampai abis, dan terus gi tengok apa tu fenomena Babymetal.

Tapi ada kemungkinan aku tengah tidur lagi haha... sampai malam tengok Ramstein kejap sebab Motorhead Tribute memang macam siot. Padahal hari Isnin selepas tu Saxon + Mikkey Dee + Phil Campbell akan beraksi kat London Metal Hammer show.
Aku ada plan tau nak gi dari Donington pasal harga tiket 6 POUND aje, bayangkan tengok2 band gitu dan lain2 band, harga tiket 6 pound, tiket untuk berdiri ok, so datang cepat boleh kot dapat depan haha. Abis tu ala... tukar2 plan sakit la, London pulak bandaraya mahal giler...
so gigit jari je la haha...

Anyyway, balik kepada apa yang nak diceritakan..

Tentu rasanya suasana macam gini, kalau Babymetal beraksi pentas utama Donington, serupa Knebworth nye suasana walau Knebworth lagi kecik kawasan nye pada pendapat aku berbanding saiz Donington lagi gedabak..

Dahsyat audience dorang, ni aku tampal dari youtube proshot dari Sonisphere 2014, satu hari METALLICA headline, satu hari IRON MAIDEN headline, aku tak tahu ni hari mana haha. atau mungkin first day kot, entah PRODIGY kot headline?

Aku serious berbual aku tengok video ni baru aku rasa ok jugak Babymetal ni.
Last year dorang main kat Donington sebagai surpised act kat pentas kecik dalam khemah gitu ngan Dragonforce gitu..Sesuai la kan DRAGONFORCE beraksi dengan Babymetal ni.
aku tak minat ni group, entahapahapa.. rock Jepun aku suka Anthem gitu haha,.. tapi tengok video ni, ok la boleh la minat jugak rock Babymetal ni sikit2. haha.
Tapi audience, dahsyat....... haha.




dan ini pulak The Amorettes, dorang ni dapat sokongan ahli2 dari band Thunder dan Black Star Riders untuk produksi album dan bantuan tulis lagu.. tapi apa aku tengok kat youtube dorang memang handal.





Selain dorang ni dua, ada tiga lagi band Rock yang frontman pompuan konfem beraksi ialah dua band rock untuk hari terakhir ialah Nightwish dan Halestorm.
Nightwish, seperti maklum dipilih oleh Iron Maiden untuk beraksi satu slot sebelum Iron Maiden beraksi di pentas utama pada hari penutup festival Download untuk 2016.
Masalahnya, bila Nightwish beraksi aku speku SAXON akan beraksi waku yang sama di pentas ketiga.

Halestorm jugak beraksi pentas utama hari terakhir pada awal hari, tapi aku rasa aku tak tengok la Halestorm pasal aku rasa dorang akan clash dengan Breaking Benjamin.

Lagi satu ialah Juliette and the Licks, ni rock n roll band gitu, dan kalau dorang clash dengan Nikki Sixx nye band, aku akan gi tengok dorang Juliette and the Licks kat pentas kedua. Walau pentas ketiga rasanya ada Escape The Fate.


Ni kalau aku dapat pergi la... HAHA.. Kita mampu merancang ye tak...

So tu je la nak cakap, kalau band rock melayu macam Last Minute, Ella and the Boys dan Ella, sebagainya... omputeh pun ada dari dulu sampai sekarang yang terror terror nye...
cam Amorettes ni..

ok dah tu je...





Hi all 

Just a bit of talk about some females fronted or all female bands playing in Download Donington for 2016. 

If I got a chance to attend this festival, and I am not sleeping still at Derby cause thats the place I want to stay for Donington Weekend.. LOL!!!

No camping for me. LOL!! Ya.. I know of the area called Camp Loner but I wont haha.

I dont mind taking the bus daily...   

I would certainly like to check out Amorettes though they could be clashing with Babymetal, and certainly would like to check out Juliette and the Licks.

Nightwish, I really think the current singer is simply awesome so would like to check them out besides getting ready for Maiden headlining after that.

Thats about it...

WE GOT THE BEAT!!!!!



P.s

Speaking of Amon Amarth having an oh so early time slot at Donington.. and I will struggle to wake up early LOL!!

This is a very good official release DVD of them live in Strasbourg somewhere in France 2015.

I was checking out of them in youtube for their live 2016, and they have a brilliant stage set. How do they transport those? I hope to see them with the new 2016 stage presentation







7 comments:

Rafi said...

Fenomena babymetal ni lebih kurang mcm one direction la yek.pegi mana2 org dok sebut je

Ijau D. Koceng said...

tak lama baby metal tu... nanti 5-10 tahun dah besar panjang, tukar nama pulak

(tapi kan suara awek jepun kecik2 mcm anime)

yusrina said...

baby metal like a baby corn.. he he

anyway, aku suka amon amarth

berteromber said...


awek yang tak tau apa2 pun pasal metal boleh jadi nama besar dalam dunia metal...huhu...dasat marketing jepun ni...

tapi time babymetal nanti ko diri depan stage la...ambik gambo banyak2....haha...

Beruk Kongkang Limited Edition said...

mueheheh babymetal.. boleh jgk tu aku layan.. zahir dn batin..
Amon Amarth ni dlu aku pernah terdonlod sebijik lgu dorg la kt web sedut.. sekali dgr tu terlentok layan abis la.. mmg best ni band

D'arsil said...

best nya tu dapat tengok babymetal yang menari2 gaya anime.. cute lah suaranya layan kat utube konsert dorang mmg best..

Kaboi Tanduk said...

first time dengar Amon Amarth melalui koleksi video sorang kawan.. reaksi, memang gempak sungguh viking main metal!