Friday, May 20, 2016

Iron Maiden - 14 May 2016 Perth Arena, Australia. (TheBookOfSoulsWorldTour2016). Full Review & over 60+ Photos.

Warning: Over 60 Photos in this post scattered all over. All photos taken by yours truly. Yes, not that nice, but I like them all. (I brought in a small camera that has zoom function LOL!!)
As usual..
I will write first in my disrespectful market bazaar Malay language (Italic)
and then move on to my horrible English.

Lets start with some photos... inflatable from behind drum riser Eddie.

the stage when the PYROS and LIGHTS are in some crazy action.
Definitely The Number Of The Beast ending this one LOL!!!




and below, Steve Harris adjusting his hair and Janick Gers getting ready to start with his acoustic guitar for the song Book Of Soul while Bruce Dickinson is talking away. Bruce talks a lot in Perth. LOL!!
And a Bruce Dickinson photo with Nicko McBrain hidden behind his beautiful golden Sonor drum setup..Sonor really indulge him after returning back there LOL!!! during Speed Of Light this one if I remember correctly.

and not forgetting Adrian Smith and Dave Murray as below pic during Trooper.

I was avoiding my usual favourite spot of trying to be standing in as close as possible to Dave Murray/Adrian Smith side, because I want to check out the sound as much as I can possibly can so I was near to the where the sound action is.

What I know. Same soundman, but new mixing and soundboard?
Wonderful sound the whole night. I love it so.
Bruce in redcoat with Union Jack on the hind ramp, with Adrian/Steve/Dave.
As usual the backdrop of the glorious Trooper Eddie.
Still Iron Maiden maintaining the TRADITIONAL manual changing of handpainted huge backdrops for each song. Still no digital or LED features for them.
Long this traditional style continues. Up The Irons.

Three Amigos of Iron Maiden Adrian/Dave/Janick.. during Trooper also.



OK lets begin with the review and opinion and more photos of my first show for Iron Maiden The Book Of Soul World Tour 2016 in Perth Arena, Western Australia on 14th May 2016.
In Malay and then onwards in English.

Though the photo descriptions will still be in English. Enjoy...

Intro pasal trip ni kali sebelum aku buat ulasan dan pendapat konsert rock Iron Maiden kali ni aku gi menengok.

Sabtu Ahad aku kerja, so aku ambik cuti dua hari. Boleh dikatakan aku kat Australia ni kali dalam masa 25 jam sahaja. Memang ngam2 tapi sempat la ronda2 bandar Perth pada siang hari Murray and Hay Streets tak banyak berubah langsung dari last aku sampai sana untuk tengok Somewhere Back In Time Tour tahun 2008 dulu.
Australia ni satu aku kurang sikit ialah Immigration dia suka tanya aku nak duduk atau tinggal mana secara detail gitu? Mati2 aku tak pernah jawab lagi yang "AKU DATANG CUMA NAK TENGOK IRON MAIDEN MAIN DAN AKU NAK TIDUR DAN MANDI KAT AIRPORT DAN SIMPAN BACKPACK KAT AIRPORT". 
Giler korang mau kang Immigration terus tak kasi aku masuk pasal ni stok tidur merata2 je bukan nak majukan ekonomi dorang pun dengan berbelanja lebih haha.
So setiap kali backpack tengok Iron Maiden kat sana, aku dah standby apa2 address lodging cuma sekali je kantoi Tour 2011, aku takde address, tapi aku lepas bila aku cakap kasi email boleh? Terus lepas chop Passport, terus gi tidur kat bangku panjang. Ni kat Melbourne airport tu jam. haha.
Abis tu terang2 aku budget kan? Aku backpack sorang2 tengok band2 rock kesukaan aku.. Mana aku boleh jimat aku kena jimat la. Cam aku cakap sapa korang jenis orang atas angin, tak payah la baca blog aku ok. HAHA.

Tapi ni kali Perth, Airport dia biasa2 je, ada bas awam gi bandar dia bayar $4.50 je bas awam dia start kul 4 pagi gitu sampai 1 malam gitu. Jadi tak jadi hal. Sesuai sangat la kalau sapa2 korang nak tengok band rock kesukaan korang beraksi kat Perth ni dengan kalau dapat tiket kapalterbang yang harga sesuai dengan budget dan lepas tu paling penting cuma dapatkan tiket persembahan aje. Bandar Perth kecik so semua jalan kaki ok jugak, dan kalau tak naik bas awam je.

Dan jugak Airport Perth cukup semua bilik mandi semua ada, khas punya ada tiga bilik mandi besar kat kawasan yang semua orang boleh masuk, jadi korang tahu la apa nak buat kan kalau backpacking2 gini tengok band rock. HAHA.

Anyway, pasal Ed Force One kali ni gunakan Jumbo Boeing 747, jadi tentulah semua para petugas di Airport Perth tahu pasal Iron Maiden nak main. Sibuk ok nampak aku pakai tshirt Iron Maiden, bilang aku kat tarmac lapangan terbang ada Ed Force One, masa aku nak balik, siap tanya amacam persembahan Iron Maiden, mana nak tengok Ed Force One semua la kecoh. 

OK.. Iron Maiden The Book Of Soul World Tour 2016.
Aku rasa Promoter Australia ada buat silap dalam mencongak respon rakyat Australia.
Dorang dah reserve untuk tambah satu malam untuk kedua2 bandar Sydney dan Melbourne, tapi tak menjadi. Apa pun, rasanya semua show full house bila sampai hari pementasan.
Perth nye show kat Arena cantik giler baru bikin nye, aku speku barisan tempat duduk paling tinggi sekali dorang tutup dengan curtain hitam.
Selain dari tu, bila Iron Maiden mula main, semua seat aku tengok boleh dikatakan penuh, dan ruang berdiri memang penuh sesak dan becak dengan beer tumpah.

Raven Age. Anak Steve Harris nye band, George Harris. Dalam tiga band2 anak2 ahli Iron Maiden yang jadi band pembukaan yang aku pernah tengok dalam tour2 berlainan, Raven Age ni yang paling aku suka. 
Aku takde masalah menghadam jenis muzik Raven Age.
Nepotisme gini aku ok pasal Raven Age aku suka apa aku tengok dan dengar. haha.




Anyway, untuk sapa yang tengok Iron Maiden beraksi kat Singapura 2011 dulu, band pembukaan iaitu Rise To Remain anak Bruce Dickinson dah berpecah. Band baru anak Bruce ialah As Lion, dan jika ada peluang aku nak gi tengok dorang main kat Donington Park nanti pasal dorang akan beraksi kat festival Download nanti..

SONG BY SONG REVIEW.. Mostly in Malay but the photos I will describe in English...
Anyway the conclusion will be in English.

OK, I want to learn a 3rd language so it will be messy LOL!!



1. If Eternity Should Fail

THE START...




Macam biasa selepas intro tape UFO Doctor Doctor yang tak pernah tak mendebarkan jiwa raga pasal dah konfem Iron Maiden akan beraksi takde dolak dalik lagi..., dan intro video graphic Ed Force One dalam hutan belantara Mayan Civilisation, terus bermula lagu pertama.
Bruce Dickinson ikut nyanyi dengan intro tape lagu ni dan ada guruh semua. Aku suka.
Mehhh Foto.. Bruce Dickinson kat intro lagu ni.

WHEN THE WORLD WAS VIRGIN

BEFORE THE COMING OF MEN!!!

( I think Steve Harris did the right thing to snatch this song once he heard this song from Bruce, and make Iron Maiden records it for the Book Of Soul album, instead of it being a song on a future Bruce Dickinson solo album.

The story goes that Steve Harris likes another song too, but then that song was co-written by Bruce and Roy Z and as the way Iron Maiden works, they only records songs that only the band members write.
So the other song was a no go. So lets wait for the future Bruce solo album to come. LOL!!




2. Speed Of Light
Lagi laju... lagi laju...
Bila part lagu ni aku dah rasa memang istimewa sangat persembahan malam ni, sound tersangat baik di mana aku berada dan aku speku kat mana pun sapa2 berdiri atau duduk di Perth Arena ni tentu berpuas hati dengan bunyi Iron Maiden malam ni.
Bruce suara tip-top, takde masalah dengan khabar berita demam selsema nya.
Bunyi tiga2 gitar 3 Amigos boleh dengar
Steve Harris nye bass boleh dengar
dan of course bunyi drum Nicko McBrain aku takde masalah.

3. Children Of The Damned
Nampaknye, tour kali ni, Adrian Smith lagi sekali membuat kejutan istimewa. Dia tak gunakan double neck dia tapi ni kali dia gunakan gitar accoustic untuk intro lagu ni.
Sila layan foto...

The Cheers from the audience for this song at the end is simply amazing...



Dahsyat sangat sambutan dari peminat bila lagu ni dimainkan.
Bruce banyak buat kelakar sebelum lagu ni.

dan ni Adrian Smith persiapan semasa Bruce tengah berceloteh panjang sebelum permulaan Children Of The Damned.



4. Tears Of A Clown
Bruce perkenalkan lagu ni pasal pelakon/pelawak tersohor Robin William yang lagu ni ditulis selepas kematian Robin William akibat tekanan perasaan yang teruk.
Lagu ni macam lagu Coming Home dari album Final Frontier sebelum ni, dalam album studio memang sedap, tapi bila live lagu ni jadi satu MONSTER. Walaupun lagu perlahan dan sedih, tapi tetap MONSTER teurtama part gitar solo Dave Murray / Adrian Smith berkembar macam zaman dulu2.
Cantik pentas Iron Maiden untuk lagu ni. Dengan kain tirai belakang yang menawan dan pemainan lampu pentas.


Satu aku suka Iron Maiden ni, Kepala Batu, Degil dan nak buat sesuatu mesti dengan suka hati tok nenek dorang.
Sedang dunia semua berubah, Iron Maiden tetap gunakan cara tradisional untuk tirai belakang pentas di mana tirai2 kain besar tu semua masih lukisan tangan, dan macam langsir, abis satu lagu, tarikkk pakai tangan... abis satu lagu tarikkkk pakai tangan, tukar2 backdrop kain latar belakang tu untuk kesesuaian setiap lagu.

(cehhhhhhhhhh Melayu aku... ok ni blog post ni aku nak simpan buat kenangan so tu pasal aku type betul2 ok cakap Melayu, dan aku pastikan takkan ada maki2 ok, semua kekata hormat je. Muahahahahahaaha (Ketawa Jin!!!!).




"WHO MOTIVATES THE MOTIVATOR???"



Sekarang bila fikirkan balik, kalau filem2 Robin William bila dia buat muka sedih, atau part sedih agaknya memang dia tengah betul2 sedih orangnye, dan bukan lakonan kot? 


5. The Red And The Black.
Lagi satu lagu epik istimewa yang panjang berbelas minit hasil tulisan Steve Harris.
Steve Harris dah cakap, kalau sesebuah lagu tu karyanya diri dia sorang, maknanya setiap benda dalam lagu tu adalah hasil idea dan tulisan dia, termasuk rhythm gitar, kecuali gitar solo sahaja.

Lagu ni sangat terbaik.. 
Susah nak pilih satu lagu terbaik dari album ni, malah nak pilih epik pun susah pasal sekurang2nye ada tiga epik dalam album terbaru dan Empire Of The Clouds memang epik giler dengan sejarahnya dan melodinya dan piano nye, 
tapi Red And The Black ni memang rock abis dan kalau fikir balik lagu ni takde bahagian slow, terus menerus ribut mula sampai abis...

STEVE HARRIS all alone intro with the whole stage bathing red lights.

Aku tak lepaskan peluang nak join setiap bahagian "woo hooo hoo" untuk lagu ni. Dan bahagian instrumental lagu ni,   .
Sangat menyentuh perasaan melodi bahagian instrumental panjang lagu ni.
Dan aku tak terkejut Orang Dewasa ada yang menangis bahagian melodi indah semasa instrumental lagu ni.







6. Trooper.
Nampaknya lagu ni memang juara bertahan, dah berapa tour berlainan lagu ni masih dalam setlist tak kena drop langsung.
Tapi lagu ni sangat popular dan memang sesuai untuk suasana live, dengan prop backdrop cantik, dengan Bruce pakai jaket tentera warna merah kibarkan bendera Union Jack, dan Adrian, Dave, Steve, Janick empat orang berdiri gaya BATTLE FORMATION IRON MAIDEN gitu, empat sederet kat hujung pentas.
Seperti biasa, solo bahagian  Dave Murray dalam lagu ni aku seronok sangat rasanya.
Layan gambo.


As usual Bruce will go to the Janick Gers side and standing on top of the ramp and disturb Janick while Janick + Adrian is soloing on first part of Trooper together.



Nothing beats when Dave, Adrian, Steve and Janick stand in a single row at the edge of the stage during the Trooper. Well not exactly so in this below photo but you get the idea? LOL!!!



Dave Murray 2nd solo of Trooper is always a sentimental favourite of mine.






7. Powerslave

Aku ada cerita tak kat blog waktu malam pertama Maiden beraksi malam pembukaan Tour Book Of Soul ni, aku ikuti setiap laporan yang keluar dari peminat2 kat Florida yang berada dalam Indoor Stadium tu melaporkan apa tengah berlaku, terutama setlist, pasal Iron Maiden terkenal PEMALAS, setlist kalau dah konfem dorang takkan tukar dari hari pertama sampai terakhir,

jadi aku tengah makan nasik, bila aku baca "Powerslave",  sebagai lagu seterusnye, pinggan nasik aku sampai nak terbalik pasal aku terkejut beruk
Gembira sangat, secara peribadi untuk aku, ni lagu nak bunuh drummer Nicko McBrain.
HAHAHA. Dengan posisi lagu ni kat tengah, dengan usia Nicko, dengan setlist kali ni yang bunuh setiap anggota Maiden kerana complicatednye lagu2 akan dimainkan,
aku terharu dan gembira sangat Powerslave ada. Memang lagu ni kira sesuai dengan tema MAYAN CIVILISATION juga, tapi memang ku tak disangka.

OK, Powerslave. Bruce pakai topeng tak silap aku "topeng salang satu pesukan Gusti / Wrestling Mask"" dari Mexico.
Terbaik lagu ni dibawakan, dan walaupun solo mendayu dan slow dari Dave, dan kemudian solo2 laju, tapi mata aku, dan kamera aku dan tukar ke video mode, untuk merakam dan menyaksikan aksi Steve Harris masa bahagian solo/instrumental lagu ni...

Steve Harris untuk aku sangat dahsyat untuk lagu ni mainan Bass nye.
Dan seperti biasa, lagu ni memang kecoh dari sudut peminat yang hadir sekeliling. Dan abis lagu memang penerimaan dan sorakan memang giler babi.
Tentu penuh kenangan lagu ni untuk ramai orang.

BRUCE WITH HIS "MEXICAN WRESTLE MASK" for this tour's rendition of Powerslave. LOL!!



Steve Harris is the man!!




8. Death Or Glory.

Bruce sebelum lagu ni, bercerita pada hadirin, REB BARON yang lagu ni ditulis pasalnye, RED BARON ialah satu2nye antara PROPAGANDA PEPERANGAN yang paling teragung dalam sejarah kerana Red Baron seorang diri telah menumpaskan berapa banyak juruterbang dan kapalterbang pihak musuh.
Jadi Red Baron ialah Propaganda teragung bagi pihak TENTERA JERMAN.
dan, akhirnya bila Red Baron tumpas, bukan ditumpaskan oleh tentera British atau Amerika atau Eropah,
tapi ditembak oleh satu RIFLEMAN dari AUSTRALIA.

Giler, gembira betul la orang2 Australia keliling aku bila Bruce cakap pasal ni. Ye la..., Bruce Dickinson puji rakyat dorang tumpaskan Red Baron.

Dan sini aku nak cakap, tolong jangan jadi BONGOK macam sesetengah orang meremehkan lirik lagu ni ada panjat macam monyet "climb like a monkey", macam hina tulisan lirik Iron Maiden macam lirik bodoh ada monyet ni semua...
""Climb like a Monkey"" ialah ayat yang digunakan Red Baron sendiri untuk menceritakan macammana kehidupan dia sebagai juruterbang Perang Dunia Pertama.

Wahh lagu ni bila part korus, sila jangan ketinggalan untuk membuat aksi memanjat macam monyet ye. HAHAHAHA.
Aku sangat sangat gembira kat lagu ni.
Dari aku kecik, pertama kali aku dengar muzik Iron Maiden, aku rasa memang betul hidup aku berubah, dan sampai sekarang masih hati aku dap-dup bila dengar muzik dan lagu Iron Maiden. Dan album terbaru ni mungkin macam aku cakap, mungkin yang paling terbaik Iron Maiden pernah buat album.


9. The Book Of Soul.
Bruce Dickinson lagi sekali berceloteh sebelum lagu ni. Cakap macam2 la. Menceceh2 macam2. Steve Harris dan Janick Gers dah standby sebelah2, kesat2 peluh untuk intro lagu ni terutama Janick tukang main gitar akustik bagi memulakan dan menutup lagu ni.

Bruce talks on the intro of this song...
This is some of his action while talking about the Mayan Civilisation and all in between.


Yes at last some clear view of Nicko!!!  LOL!!!!!!! or else he will be buried by his drum set. Simply awesome looking this latest golden ones from SONOR.
And Sooty The Bear is always there too.

Lagu ni bermula je, ok, terus aku relak sikit, diri diam dan ambik nafas sejak show ni bermula tadi. Aku perhatikan peminat2 sekeliling aku semua menghayati lagu ni dengan berbagai cara.
Aku kureng sikit bahagian slow lagu ni dan aku tunggu lagu ni MELETOP kat tengah.
Sangat giler babi bila lagu ni masuk part laju, dan makin huru hara dan kecoh, Eddie yang walk-on stage pnye Eddie akan muncul.
Aku rasa dalam sejarah live Iron Maiden,

ini adalah jangka masa paling lama walk-on Eddie akan berada diatas pentas.

Pasal solo menyolo dan instrumental section lagu ni panjang.
- Eddie akan keluar dari bahagian Dave Murray side.
- Eddie akan beraksi dengan Bruce kejap.
- Eddie akan jalan ke Janick Gers side dan macam puaka seperti biasa akan perang dengan Janick dan Janick akan bodoh2kan Eddie, siap tumbuk Eddie lagi dan Steve Harris sambil main bass sambil tengokkan je aksi dorang dua...
Mesti Steve Harris fikir "apa sey??, focus!! focus!! hahahaha".
- Kemudian Eddie akan gerak semula Dave Murray side dan perang dengan Bruce.
- Bruce akan tarik keluar jantung Eddie. Eddie kemudian akan tinggalkan pentas.
- Bruce akan ambik jantung Eddie tu lari gi bahagian Janick pakai ramp atas dan sabotaj Janick dan lantai kawasan Janick dengan perahkan darah Eddie dari jantung Eddie.
- Kemudian Bruce buang jantung kat audience.
Giler!!!!!!!!!!!!!! Dan semua ni berlaku dengan Steve, Dave, Adrian, Janick dan Nicko semua tengah main bahagian instrumental lagu ni yang seperti lagu2 Iron Maiden lain memang bunuh diri komplikated.
Sila tengok2 gambar.. haha.




Steve with the Walk-On-Stage Eddie.
Below, Janick giving the Walk-On Stage Eddie a punch while fooling around as usual between the legs of Eddie. Steve looking on.

THE MAYAN CIVILISATION EDDIE LOOKS REALLY AWESOME FOR ME.



And below Bruce fighting and managing to pull out Eddie's heart.
and he proceed to squirt the blood on Janick and the Janick side of the stage.. Hillarious and having so much fun.








10. HALLOWED BE THY NAME.

Lagu ni ialah satu lagu yang sangat susah untuk penyanyi.
Tapi kita tak perasan pasal Bruce memang seorang penyanyi yang sangat istimewa.
Tapi aku speku, bila Bruce dah menempuh barah anak tekak ni, dia dah tak pedulik, dia dah all-out dah semua lagu susah2, dia dah makin beraksi lari sana sini, nyanyi pun semakin baik, dan banyak dia punye berceloteh seperti biasa walau dia kurang sikit meroyan dan carik pasal masa berucap sepanjang lebih kurang 120 minit konsert Iron Maiden untuk tour ini termasuk intro tape.

Lagu ni, Bruce akan ada tali gantung. Dia akan pakai tali gantung tu.
MAKDATOK. Gembira sungguh dan happening seluruh lagu ni.
Seperti biasa sorakan dan jeritan kuat mengiringi segala "scream for me Perth!! , dan, scream for me Western Australia!!!!, dan , scream for me Australia " dimana lagu ni memang sesuai untuk buat segmen tu terutama abis
solo/instrumental sebelum nak abis lagu ni.

Abis lagu ni, Nicko akan tarik tangan gunakan kuasa ajaib sambil Dave gantung penghabisan lagu ni sebelum Nicko boleh tutup.

Bruce with his dramatic interpretation of Hallowed Be Thy Name, and he now have a new prop, a hanging rope.. and during the instrumental solos section he beats the other end of the rope against the ramp above the drums.






Nicko pernah cakap kalau HBTN kena drop, dia akan keluar dari band. Tapi kena drop jugak 2012,20113,2014 Maiden England tour. HAHA.
Maiden England tour ni, ialah tour History (Sejarah) untuk sambut zaman Seventh Son Of A Seventh Son, dan merupakan tour terpanjang Iron Maiden memakan masa 3 tahun.
Tapi sekarang dorang dah boleh banyak rehat, dan relaks, tu yang sebenarnya 3 Tahun tapi dorang tour dalam setahun berapa bulan je pun.



Terus..

11. Fear Of The Dark.
Bahagian2 ni memang boleh cakap paling happy la satu indoor stadium pasal FOTD ni lagu sangat2 popular bagi semua pendengar muzik rock secara amnya.

Ni sebuah lagu yang susah untuk  Iron Maiden drop dan keluarkan dari setlist hanya kerana secara amnya, penonton yang beli tiket akan nak lagu ni.
Adrian Smith pernah ditanya lagu apa yang paling kecoh dan seronok melihat dan mendengar aksi penonton2 peminat2 bila live, dan dia mengaku lagu ni walau lagu ni takde kena mengena dengan Adrian Smith dan memang dah jadi lumrah, intro lagu ni Adrian akan hilang, 

dia akan ambil masa untuk tukar kepada gitar merah Jackson dia yang mengimbau kembali zaman Red Ibanez Destroyer dia dan ambil masa masuk balik pentas.
Dan...
bila Adrian keluar balik dari belakang pentas sewaktu lagu Fear Of The Dark ni nak masuk bahagian heavy dan laju,
Teruja ok... Teruja tengok..

The moment when Adrian appears from backstage LATE AS USUAL to join in the rest of the band to propel Fear Of The Dark after the slow introduction of the song...





Ribut lagu ni, aku suka gandingan Dave dengan Janick kat lagu ni.
Dan memang kuat nyanyian dan alunan segala bunyi yang penonton akan buat untuk mengiringi segala bunyi gitar dan bahagian melodi dan instrumental lagu ni.

Istimewa sangat lagu ni walau kadang2 aku fedup dan harap Iron Maiden akan drop dan keluarkan lagu ni dari setlist. HAHAHAHA.

12. Iron Maiden.
Lagu yang semestinya dimain sebagai lagu terakhir dalam set utama. Sebagai penutup set utama sebelum lagu2 encore dimainkan.. 

Seperti biasa, keadaan huru-hara.. abis je solos lagu ni, dari belakang pentas akan muncul Eddie yang paling gergasi punye.
Dan aku rasalah, sangat cantik dan hensem Eddie Gergasi dari belakang pentas ni...

One of the best looking handsome Inflatable Giant Eddie "rising" from behind drum riser ever to me.



Dan lepas tu nak abis, Janick akan buat bermacam2 aksi gymnastic dengan badan dan gitar dia. HAHA.

And at last Nicko McBrain (the drummer) comes forward so we got a chance to see him... NICKO! NICKO!! NICKO!!! NICKO!!!!
I wish he does more of the Listen With Nicko series. It was hilarious back then, and I think I have not listen to them for many many many years now... Got to dig out the First Ten Years cds series again. LOL!!

On a serious note, Nicko's age is catching up, surely the longevity of Iron Maiden will depend on Nicko's health and fitness and him being the most taxing position of a drummer.. Definitely Steve Harris will not want to change any more member now, this is it... The Last Of The Mohicans!!!!!!!!

but with this setlist, with the amount of time they are playing each night..
with Powerslave still somewhere there in the setlist
I think AT LEAST FIVE MORE YEARS!!!!!! LOL!!!
with another two future different tours - a next history tour, and another new album tour.
YES, I want a new album very soon!! LOL!!
(greedy greedy greedy.... LOL!!)




ENCORE

13. THE NUMBER OF THE BEAST

Wooo I love the huge satanic goat turning directions to look at the band and the audience.
MAJESTIC!!!   LOL!!!!

Satu aku tak boleh lupa masa Iron Maiden main kat Singapura tahun 2011,
ialah bila Bruce tukar liriks
"I will be back.. I will return...
and I will make SINGAPORE FUCKIN BURN!!!!"

ni kalau main kat ada negara, mau kang street protest abis Iron Maiden kena haram. Sapa pakai tshirt pun kena masuk jel kang. HAHAHA.

apa pun, show Singapore bak kata salah satu laporan akhbar besok lusanya.. "Concert of the Year? Nope. Make it concert of the Decade."

Dan aku rasa paling compliment paling gerek ialah Nicko lepas show cakap penonton kat Kallang Indoor Stadium kuat giler, sampai lagi kuat dari ketukan drum dia.
Untuk tour kali ni kat show Perth dan apa aku dengar kat bootlegs show lain, Bruce dah tukar liriks "I Will Return" kepada "WE WILL RETURN!!!"


The light show for the song TNOTB was awesome... so much alternate colours and flashes..

AND THE PYROS!!!.. ok now thats a treat.

14. Blood Brothers.

Lagu agak slow, aku rasa heran lagu ni sangat popular dikalangan pendengar2 lagu2 rock Iron Maiden.
Aku suka jugak lagu ni, tapi tu la, slow... haha. Tak slow sangat la ye pun..

Tapi satu keistimewaan lagu ni ialah semua segalanya Janick Gers.
Solo lagu ni bahagian Janick adalah sangat menyayat hati... (cehhh Melayu aku!!!!!!!)


Apa pun, lagu ni memang istimewa. Steve Harris tulis lagu ni. 

Apa aku tahu Steve Harris tulis lagu ni lepas bapak dia mati.

" AND JUST FOR A SECOND A GLIMPSE OF MY FATHER I SEE, 
AND IN A MOVEMENT HE BECKONS TO ME".

Sedih giler ok liriks bahagian ni. AKU NAK NANGIS. Siot la Steve Harris tulis liriks suka yang sentuh perasaan. Tapi tak boleh celen Adrian Smith, Adrian Smith tulis liriks lagu semua romantik2 giler gitu. Tak padan rock!!! Siot la dorang ni! haha.

So lets have a picy of Steve Harris. LOL!!!



I got my small compact camera to zoom on Janick on his solo during this song, and I recorded it in video.
I will upload it on youtube next time LOL!!!!

The lightning rigs and stage presentation during Blood Brothers.
Beautiful.
The circular lightning rig at the center tilts 90 degrees to face the audience with the Book Of Soul Eddie face.

NOW THAT IS NICE!!!



15. WASTED YEARS.

Satu keistimewaan tour kali ni ialah cara susunan lagu dalam setlist.

Bayangkan dua lagu terakhir setiap persembahan ialah Blood Brothers dan Wasted Years.
Terutama Wasted Years dengan diletakkan sebagai lagu terakhir,

sangat menyegarkan, dan lagi penting... MACAM NAK BILANG.. Banyak lagi masa depan untuk bersama Iron Maiden gitu. haha. Tapi serius cakap ni lagu MENGUBAH MINDA.

Patut RTM2, panggil artis2 bebahasa Inggeris bawak lagu ni, serupa macam mana RTM1 bawak lagu Lovehunters Berpindah Minda. haha..

Paham apa aku cakap??? haha.

Pasal dengan abis dengan Wasted Years, suasana sangat positif, pasal serious berbual, Wasted Years ialah satu lagu yang sangat romantik dan sangat berpandangan jauh ke hadapan, lagu yang terang2 suruh tinggalkan negatif dan alih ke arah positif.

Adrian Smith tukang tulis lirik lagu ni...  haha.
So lets have some Adrian Smith picys...

Anyway, at last Bruce has stopped his free-advertisements of Trooper Beers by introducing this song as
"dont waste your time thinking of those wasted beers"... LOL!!!
I dont like it because I love the song very much, and the lyrics are meaningful...

"Dont waste your time thinking of those wasted years..."


" Too Much Time On My Hands, I Got You On My Mind... " cehhhhhh.... haha...


Satu paling lawak yang berlaku yang boleh menggambarkan, betapa ahli2 kumpulan Iron Maiden,
seperti dapat nyawa baru, seperti dapat peluang lagi sekali, selepas Bruce ditimpa Barah Anak Tekak dia ialah,
betapa gembira, dan seronok, mereka betul2 nampak gembira, beraksi sama2 atas pentas.

Dalam masa yang sama, memang lagu2 semua komplikated dan lagu2 baru memang jenis giler nye complicated, tapi boleh nampak betapa seronok setiap anggota atas pentas.

Usik mengusik satu sama lain, buat lawak jenaka kecil di sana sini semasa dalam masa sama fokus main2 kan lagu2 seluruh persembahan.

Contoh, masa Wasted Years, selepas solo, Adrian kan tukang nyanyi backing vocal untuk lagu ni, Bruce datang kat dia dan alih2 microfon Adrian.
Kejap dinaikkan, dipusingkan microfon tu, lepas tu dia letak balik kat posisi Adrian Smith boleh nyanyi, lepas tu dia usik lagi microfon stand tu..

Sampai Adrian terus dah tak kuasa...

TAPI>>>  BRUCE PERGI RAPAT KAT ADRIAN SMITH, pegang microfon hala kat mulut Adrian jadi mereka boleh nyanyi sama2 korus share Microphone.


GILER SPECIAL!!


Betul kata Steve Harris, setiap show sekarang ialah sangat istimewa pasal tak tahu apa boleh jadi sekarang dengan Iron Maiden.

Aku rasa confirm kalau Bruce atau sapa2 jatuh sakit yang tak boleh membolehkan mereka beraksi atas pentas.
Aku rasa CONFIRM!! Steve Harris takkan fikir dua kali, dia akan matikan kumpulan Iron Maiden

dan apa kita semua ada tinggal kenangan manis aje. ... (cewahhhh Melayu aku....hahahaha).

Aku selalu fikir, kalau ada satu anggota yang akan keluar dari kumpulan ni ialah lagi sekali Adrian Smith. 
Tapi nampaknye, Adrian Smith boleh tolerate, masih boleh tahan dengan cara kuku besi Steve Harris. Sudah tentu Adrian Smith mesti tak puas hati dengan cara produksi studio yang walaupun penerbit Iron Maiden sekarang ialah Kevin Shirley, tapi sua terang lagi bersuluh, segala keputusan muktamad jatuh kat tangan DIKTATOR Steve Harris. Dan memang macam siol kadang2 fikirkan kepala batu Steve Harris terutama bila fikirkan album2 ke13, ke14, dan ke 15 betapa boleh jadi lebih giler babi punye best kalau ada orang boleh tolak Steve Harris ke tepi.

Aku harap album seterusnya, Steve Harris tulis lagu cam biasa, lepas tu dia lepas tangan, kasi Adrian Smith yang beri hala tuju produksi Iron Maiden merakam di studio dan Adrian Smith yang tukang kasi keputusan muktamad.

Confirm Terbaik.

Tapi fikir balik, dengan keras kepala dan suka tok nenek hati Steve Harris maka begini berjaya dan menjadi Iron Maiden dan dorang lagi berjaya sekarang dari sebarang masa.
Mana ada band lain, takde radio airplay, takde masuk majalah media massa, tak banyak liputan tapi boleh berjaya cam dorang.

Bak satu kawan aku cakap, bila orang tahu Iron Maiden datang nak beraksi, orang tak cakap banyak, takde soal2, terus beratur gi beli tiket. Begitulah nama Iron Maiden dah sangat establish, prestij dan dihormati gitu dan orang tahu apa dorang akan dapat dengan nama Iron Maiden.

Tapi dorang dapat liputan percuma terbaik untuk tour ni kerana Ed Force One dah upgrade gi Boeing 747 Jumbo, dan dengan Bruce jadi salah satu juruterbang maka ini ialah satu publisiti paling hebat percuma yang Maiden dapat dan jadi buah mulut orang ramai satu dunia.

EH? Aku perasan aku tak cakap banyak pasal Dave Murray eh??
Feberet ok... Dari dulu sampai sekarang feberett sekali Dave Murray ni..
ok...foto Dave Murray dua haha..

K kalau lain kali aku dapat tengok Iron Maiden kat tempat2 yang sopan santun penonton2 nye.. Aku balik semula la kat Dave Murray side. HAHA.
Perth , Australia aku boleh cakap la sopan santun la penonton2 nye...  haha.
So memang seronok sebenarnye tengok konsert2 rock kat Australia..




OK, Tamatlah berbual syok sendiri cakap Melayu...

K nota kaki, cakap omputeh pulak. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

IN CONCLUSION

DEEPEST OF THE DEEPEST PURPLE



- The best Iron Maiden performance I had ever seen them.
- This tour has been a reborn for them. Brilliant setlist with an unusual setlist arrangement that actually makes everything so very fresh.
- I think they had put to rest now all the nightmare reports of sound issues.
Although, not is all their soundman issues.
- The band really is having so much fun on stage albeit playing surely complicated songs from the new album, which I think, POSSIBLY IS THE BEST IRON MAIDEN ALBUM EVER.
- Everyone looks fit and healthy, Bruce is giving his all.
- It seems really true that nowadays every show is special, every show could now possibly be the last ever show for them.
- The light shows are great, and they are using pyros for this tour.
- The most comic thing I witness is Bruce playing a fool with Adrian, pushing away, pushing up, tilting different directions of Adrian mic stand, while Adrian is singing backing vocals for Wasted Years.
Adrian simply give up, but Bruce closes in on him and they end up sharing his mic to sing along with Adrian.
I got the video of that on my compact camera which is able to zoom in.
I will share it next time...

OK thats about it. SCREAM FOR ME DONINGTON and I hope to be there.
Iron Maiden will put all the nightmares that some people have during Donington 2013 to rest during Maiden headlining act.
Maiden plays and it was so cold, the rain falls on and off, I myself was wearing two jackets and surrounded by 90,000 or more or less, and still where I am the sound was ok but the wind was so strong, and surely those behind will not have a premium sound due to the adverse weather conditions.

But I think Donington this year will be the same. Mud, Rain and strong cold winds LOL!!!

I will wrap this post all up by more photos of Iron Maiden members in action in Perth Arena last Saturday night.

Standby for more avalanche of photos..

Bruce/Dave/Adrian/Steve/Janick/Nicko and of course the stage, light shows and etc...  ENJOY.
Adrian

Adrian and Janick

Dave and Adrian

Double whammy of Dave and Janick



Janick, Steve, Dave

Dave , Adrian, Steve double whammy




One of Janick for the Janick fans...



Not forgetting one more of Nicko... (and Bruce and Steve is also in this picture LOL!)




Steve Harris Galore!!!!!!







Last Few...







Lastly, this is the design of the Australian 2016 Event Tshirts.
(The ones with the dates, the dates are only printed for those who buy it at the day of the event. The ones sold at the Maiden website does not have the dates).

A bit lazy front design for me. Nice but could have been better.

The front and the back of the event tshirt for Oz 2016.









p.s

The Perth audio bootleg is out and its awesome quality....

I LOVE IT and right now listening to it.







15 comments:

berteromber said...

wow...panjangnya...tapi aku baca pelan2 sampai abis...hahaha...

seperti biasa...ulasan terbaik..gambar2 terbaik...tq deaf untuk kita2 yang tak berpeluang nak gi tengok live kat obersea ni....

Ijau D. Koceng said...

damn~ H bawa keluar san dimas hijau pulak!

D'arsil said...

suka sangat baca ceritanya, gambar2 pun mantap.. terbaik deaf..

yusrina said...

Ala deaf.. Lain Kali bawak la aku sama gi nonton Iron Maiden tu.. Kesian kat aku ni,takde sape nak bawak.. Huhh sedih sungguh. Huhu

Kaboi Tanduk said...

Thanks untuk ulasan dan gambar2 yang menarik2.. Besar patung Baphomet tu.. Tak sabar nak dengar bootleg.. Up the Irons!

Gila Rock said...

ulasan/cerita yg menarik..sempoilah kalau dpt melancong dan tengok konsert dgn backpacking camtu, tidur tak tentu hala..hanya mampu dengar citer pengalaman deaf je...

Rafi said...

Review paling panjang.tadi aku baca sambil baring,pastu tetido,ni baru tejaga sambung baca balik.heheh..best review kali ni rasa mcm aku ada skali kat sana.tq bang deap.
Masa lagu pertama main if eternity should fail pun aku dpt rasa betapa terujanya perasaan tu.heheh..

Beruk Kongkang Limited Edition said...

Deaf u r king lah.. terbaik luu

Syahid Ishak said...

Review macam ni kalau mintak bayar pun ramai sanggup bayar nak baca.
Gambar #2 sangat dramatik.

Terima kasih deaf.

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Memang best muntah gambo. Mau kalau bert boleh meletup lagi telefon dia macam kes XPDC.

PC kOKak™ said...

nice report bro, tq for sharing. gambar2nya terbaik

WanBeruas said...

...Nampak suci bila Bruce pakai hoodie...hehe..

Portdy said...

Gurauan berkasih antara Bruce dan Adrian

Portdy said...

Gurauan berkasih antara Bruce dan Adrian

Portdy said...

Gurauan berkasih antara Bruce dan Adrian