Friday, January 13, 2017

contoh berfoto naik taraf masjid dgn bumbung kaca, kipas gergasi etc (Upgrading of Mosque example) & INCOMINGS Maiden #104 mag , Xmas card & Palladium Live version of This House is Not For Sale

A short one in English, and a full RAMBLING in Malay Language Bahasa Melayu.

Hi all, lets detour to something different, this is an example of a mosque upgrading in Singapore, where an open area space which though provides natural ventilation and sunlight, will expose the congregation to extreme weather conditions such as heavy rain is transform to something very comfortable with a sunroof and a monster fan.

But of course all these need money, but a strong united community will slowly get it done. Even if take years and of course there are lots of mosques to be upgraded and continued to be build across the island.

Rock N Roll will resume next post, I will show for those who have not seen the new Iron Maiden FC Mag #104 and the Xmas card design for 2016.
And also both the Japan pressing and live versions cds of This House Is Not For Sale next.

BYE - ALL PHOTOS IS BELOW.. Scroll downnnnn..



Salam Semua,  (satu post yang aku terpaksa mengaku, buat aku rasa panas dan kurang selesa, kulit rasa macam disiat-siat).

Walaupun ni blog takde perasaan, tapi dari pengamatan aku ramai di luar sana suka baca, carik info atau dengan apa tujuan pun, carik benda2 pelik contoh macam pasal kipas gergasi untuk masjid, dan sebagainya.
Sampai sekarang yang aku post berapa tahun lepas pasal kipas gergasi untuk dewan masjid tu orang masih masuk blog ni, dah 2 ribu lebih dah masuk terus ke posting tersebut. haha. 
Aku membebel pasal makan habib noh lagi, dah 3 ribu lebih orang terus ke posting tersebut.
OK la, harap aku takde la kasi info salah bila aku bebel tu.

Tak sangka pasal ni blog ialah untuk aku syok sendiri dan cuma korang sikit je yang tahu kewujudan dia, tapi timakaseylah haha.

So...
Hari ni aku sambung balik posting yang berkenaan dengan "masjid2 yang ada ceritanya sendiri". Yang aku ada link nanti kat bawah. 

OK, ni ialah contoh lagi satu di Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio Singapura, di mana, dari masjid ni dibangunkan, kat dalam bangunan masjid ni ada satu ruang besar yang design dia ada kawasan lapang, takde bumbung.
Memang nyaman, memang cantik, tapi jemaah exposed, terbuka kepada hujan lebat contohnya, bila mana time masjid penuh sesak contoh sembahyang jumaat.

Jadi masa masjid ni upgrading,dorang tutup atas, buat sunlight roof transparent jadi sinar matahari boleh masuk jadi terang secara semula jadi, jimat elektrik bil, siap ada tempat pasang lift jadi sapa yang uzur dan apa sebab pun boleh pakai lift naik tingkat2 atas.
Lepas tu letak satu kipas gergasi lagi.

Aku tahu dan konfiden, satu hari nanti, bila harga eskalator murah, aku rasa banyak masjid di rantau ni akan pasang eskalator pulak.

Korang jangan gelak ketawa, besok lusa korang pun akan jadi tua bangka kalau korang umur panjang tak mati2 lagi, so korang yang nanti nak kena naik eskalator2 kalau korang gi mesjid besok lusa.
MUAHAAHHAHAAHAHAHAHA (Ketawa Jin).

Ni semua perlukan berjuta-juta-juta juta wang. Tambah dengan banyak masjid dan madrasah semua nak kena upgrading sentiasa untuk ikut peredaran zaman, tambah dengan masjid baru..

Dan bila aku baca sokkabar madrasah2 nye makmal sains (science laboratories) semua sentiasa kena upgrading, then ni bukan satu benda remeh temeh untuk kekuatan komuniti Islam masa depan.

tapi bila komuniti, walaupun minoriti, walaupun semua orang biasa je, rakyat biasa je bersatu padu.

Positive things will happen. Dan ni sesuatu kita kena belajar.

Ingat, masjid untuk semua, dan korang geng tonggang terbalik, jangan pedulik kalau sapa2 berlagak pandang sinis, atau pandang korang atas bawah bila korang masuk masjid.

Masjid ni bukan mak bapak dorang punya. nak tegur tegur baik, jangan jeling atau pandang sinis hanya dari pakaian atau apa2 je la kat rambut atau kulit.

Pedulik la orang tengok badan kita ada apa cop dan design ke, pakaian kita apa ke..

Tu semua dorang nye hal, kita buat hal kita. 

Dorang mati, adakah semua geng baik je yang junjung mayat?

Geng jahat jugak yang tolong. So.... this is something to ponder for everyone.



PHOTOS of the finishing soon Upgrading of Al-Muttaqin Mosque in Ang Mo Kio, Singapore - focussing on the open outdoor area (huge foyer) that is now sun-roofed, a lift installed to go to higher levels for the disabled and old people, those huge monster fan installed, among others.

- Those who are not familiar, its not uncommon for congregations to sit on chairs for prayers for those with injuries, older folks who are not strong enough or for whatever reasons.

You can see the canvas greens on top so I guess lots more need to be done.














.
.
.
.
.


Even inside the Main Hall of the mosque, a new monster fan is installed.



The exterior is remained the way it was.


And this is how the open space looks like before. ( I googled this below picture).






So thats it...

UNTUK SAPA BERMINAT.. aku ada about 40 postings pasal "masjid2 yang ada tarikan sendiri".
gi link sini untuk sapa berminat
klik - Kalau boleh bila mati saya tak mau masuk oven selamanya

paling kecoh aku pernah buat post pasal Masjid kat Belgrade tu la..

aku ada cerita tak, kat situ, ada satu mamat ni, ooo kayyy, kita berbual Ayam Itik la, muahahaaha,

tapi dia sudah cerita kat aku dia dah jumpa Nabi Ibrahim dalam mimpi dia,

ye la, dia cakap takkan nak tipu kan? Korang tengok orang Serbia Islam nye cerita. Dahsyat2 ok. Dorang memang dah sikittt sangat kat kota Belgrade. Dari 300 masjid zaman Uthmaniyah terus jadi SATU.

Bila dia tanya aku apa aku buat sorang2 kat Serbia?

Aku cakap aku backpack gi tengok Iron Maiden main. DIA TAK PAHAM!!!

hahahaha. Dia mana tahu ni semua, dan aku ok je with that. Aku pun apa lagi "berlakon la" haha, PIJAK SEMUT TAK MATI TERUS. haha. Padahal rasa bahang tu ada la panas kan. haha.

ok ok bye.


INCOMING..




THINFS both Japanese pressing (yes Japanese are still pressing and I hate it when I ripped to mp3 formats its all Japanese text LOL!!!), and the spectacular live from Palladium version.


&
this really spectacular design of magazine 104.
I hope they will follow for this format of designing for each page for at least the next few issues.

ooo and the cute pretty xmas card.



(show-off session for those who have not seen the above items soon).


Tahun lepas bila aku tunjuk kad krismas Iron Maiden Fan Club hantar untuk tahun 2015,
aku dituduh aku ni Kristian oleh seorang pembaca. Aku harap dia masih baca blog sendu ni. haha.

Aku berterimakaseh kat dia, pasal adalah sentiasa aku dihina dikeji dipandang serong dan jadi sampah masyarakat mereka yang berlagak dan merasakan diri mereka berstatus tinggi, berpengaruh dan beragama,
maka sentiasa peringatan buat aku. So continue panggil aku kristian ok bro.

Nanti aku cakap sikit pasal orang Melayu ni suka panggil orang lain benda2 gini hanya kerana mereka fikir mereka ni dah bagus sangat.


6 comments:

berteromber said...

betul deaf...posting aku pasal rock2 hantu ni takder la banyak view sangat...tapi pasal tempat2 menarik yang aku pernah singgah tu yang banyak...ada yang dah 5,6 tahun lepas pun masih ada orang tengok...sampai 12 ribu pun ada...harap2nya ada la info yang berguna yer tak...

yusrina said...

soalan untuk bro deaf.. betul ke bro, di singapura tu kerajaan pemerintah sekarang tak benarkan laungan azan guna speaker.. boleh explain tak..?

Rafi said...

Haha..dulu aku post pasal slayer pun dah kena kecam.takpa la biar org kecam bukan kita nak ajar suruh diorang buat jahat pun.just share kita punya hobi je.ada jugak info yg beguna kita post.suma geng2 blog pun buat benda yh sama..sama2 dpt info yg bermanfaat

D'arsil said...

wow bab kipas besar tu aku pun terkejut, masjid tempat aku ni kadang2 ja pergi bila time kerja kan solat kat masjid lain, tapi kalau ngam cuti hari jumaat duduk rumah, memang g lah masjid tu, hari tu aku pergi terkejut juga aku besarnya kipas kat atas kepala macam besar kipas helicopter tu, aku rasa kipas kat gambar ni kot. jadi berangin juga, mungkin doa termakbul kot ada org panas masa jumaat, sebelum ada kipas besar tu ada satu dua tempat tak dapat angin memang panas lah., lepas ada kipas besar tu rasanya semua kena angin. hari tu aku jumaat masih lagi meminta bantuan untuk pembelian kipas tu mahal juga harganya lupa sudah aku berapa nilainya. rasanya tu satu2nya masjid aku masuk selama aku kat sini yang guna kipas besar tu puashati, tapi seram juga lah harap safety 100% selamat kan.

deaf-angel said...

Entah eh cerita ni,
Personally berapa kuat kita nak azan sampai satu estet boleh dengar dengan majoriti bukan Islam tengah tido atau rehat.
Tapi setakat sebrang jalan dari masjid, isnyallah dengar.
Dan radio nasioanal siaran kerajaan pun ada azan do ok la,
Dari azan kuat gilrr speaker tapi majoriti islam semua buat bodoh,

Yusrina aku suka soalan kau, aku ada pernah kena soalan sperti, kat singapore ada masjid ke, ada madrasah ke? Ada solat terawih kat Singapore?
Hahaha, biasalah melayu kan.

Darsil,
Yes, kipas gergasi ni mahal, easily berpuluh ribu.
Tapi, jimat letrik, terasa angin bayu indah untuk satu dewan pasal dia konsep ventilation jadi angin sentiasa segar dan bergerak,
Dan pasal safety tu, kau tengok nanti betul2, selain dia secure kat palang kipas tu, ada empat wayar cable dia bolt kat setiap hujung bumbung atau tembok masjid. Insyallah kuat

myownmind said...

Singapore bg zakat kat budak Melayu studi Egypt quite tinggi jugak aa..

Wah Eddie "poskad raya" dah macam Doomsday lhooo.. cunnnn.. ermmm ada baki baki x?/Kalau usap perut bro dapat free x wahahaha...

Nak view/ org tgk blog banyak2 kalau aku nye statistic.. buat ulasan drama Melayu wahaha..