(I TRY TO SPEED UP UPDATING MY BLOG whenever I got time, after a period of long intervals between postings.)
Wet Appetite is a rock band from Singapore and this is their latest self-release.
All the songs in this new release are in Malay language.
An EP of 3 excellent songs with a running time of about 17 minutes.
Their first pressing of the CDs for this EP is already Sold-Out but you can still check them out on popular digital song downloads sources like Itunes and Sportify.
Highly recommended if you are starving for new awesome Malay language rock songs which is currently experiencing a dearth of new releases in both Singapore and Malaysia.
"Rasuk" meaning "Possessed" is a 7 minute thriller telling about someone being charmed with "black magic" in today's modern world.
The other two songs are nice slow rockers which could get popular on the radio.
SO DO NOT GET TOO CARRIED AWAY WITH THE COVER ART above.
Salam Semua,
memang seronok album2 rock lama dari 80an dan 90an dari band2 rock yang kita minat dari Malaysia dan Singapura semua dicetak semula dengan packaging yang cantik, sampai rambang mata tak tahu nak beli apa dahulu, dan seterusnya gaji bulan depan nak beli apa pulak.
Siap dengan takut sold-out pulak.
Tapi dalam masa yang sama, kita terpaksa mengaku sangat2 sendu dan muram dunia rock melayu dengan ketandusan rilisan rilisan lagu2 baru. Apatah lagi Lagu2 rock melayu baru yang setanding dengan kualiti lagu2 zaman kegimilangan dahulu.
Walau aku ni ada lembap sikit dengan penguasaan teknologi maklumat untuk dapat berita mutakhir, dan aku langsung tak dengar radio atau tengok tv atau tengok kabel tv baik bila kat Malaysia atau kat Singapore,
tapi aku masih cuba dengar words of mouth tentang apa yang jadi kat dunia rock melayu.
Walau betapa aku gigih sentiasa carik jalan dan ikat perut untuk backpacking gi Europe kalau boleh setiap tahun untuk tengok Iron Maiden dan band2 lain yang aku minat main sebanyak mungkin sebelum dorang semua bersara,
tapi rock melayu tetap di hati. Mentaliti aku dari dulu sampai sekarang tak ubah. Rock Melayu setanding dengan apa pun band rock dan metal omputeh boleh sajikan. Apa genre sekali pun.
Dan jangan malu mengaku kita minat "rock melayu".
OK
Akhirnya...Ni Wet Appetite nye rilisan terbaru, "RASUK", so dari line up untuk kumpulan ni di inlet packaging ni, ada 6 anggota ye, ada sedikit perubahan dari album pertama mereka dahulu.
Memang padat dan penuh setiap lagu dengan permainan instrumen berlainan, dan penuh dengan gitar solos dan keyboards yang menarik. Suara pun sedap penyanyi baru nya.
Walaupun boleh dikatakan album ni 'independent' nye pembikinan, tapi kualiti nye bagus.
Aku takde masalah dengar pakai headphone, atau pakai laptop sambung kat Soundblaster Roar.
- Lagu pertama ialah "Rasuk" , nak dekat 7 minit lagu ni. So puas la kan, takde pendek2 nye.
Lagu mengisahkan tentang permainan ilmu hitam walau di zaman moden ni.
- Lagu kedua dan ketiga ialah lebih kepada jenis slow-rock yang orang melayu suka, dan memang sedap pun lagu kedua dan ketiga - "Ingin ku'' dan "Keikhlasan".
Lagu Ingin Ku tu asyik dalam kepala hotak berdengung aku je.
Apa aku tahu, cetakan hard-copy cd ni dah abis terjual.
Tak tahulah ada cetakan terbaru dan cammana korang nak dapatkan kalau korang jenis peminat muzik yang nak pegang muzik original kat tangan.
Tapi korang boleh dapatkan lagu2 ni dalam bentuk download dari Itunes dan Sportify contohnya.
Kita terpaksa mengakui dunia hiburan dah berubah, walaupun rock melayu.
Takkan Melayu hilang di dunia, sama macam dengan Rock Never Die.
Lepas ni selang seli dengan benda2 lain aku merapu aku akan sambung pasal rock melayu termasuk album progressive rock kumpulan Noetic Theory ( aku boleh cakap aku lambat dapat tahu pasal band dan album ni, tapi bak kata omputeh "better late than never", Dahsyat album ni).
dan jugak cetakan 2016 "digital mastering" bagi keempat2 rilisan Rusty Blade. (aku beli ok pasal aku suka sound dia, dan jugak cover dia pun besar akhirnya, tapi aku cam terkejut lak dengan versi instrumental yang dinasik tambahkan kat rilisan2 ini.) dan lain2.
But. Next post. Japanese version of Kreator Gods Of Violence with 12 songs edition (if I can get my hands on it, LOL!!)
This album is similar to the latest Powerwolf album, both reach Number One in their country Germany main album charts.
9 comments:
Nak tengok inlay all Rusty's please
Portdy, nightmare kau nanti tengok inlay dia. Nanti k.
Dah dengar kat spotify...sedap arrangement muzik dia..gitaris pun power....bagus band ni..
Portdy...cd2 reissue ni ko paham2 jer la inlay dia macam mana...semua pun janji ada...tu pun nasib dia bagi full cover...
Packaging wet appetite cantik.cover pun lawa.rusty blade aku pun tak complete lagi.
Hebat ada lagu sampai 7 minit. Biasanya buat panjang2 ni nak tunjuk skill..
wet appetitte.. sememangnya rock metal yang basah gitu, basah dek kerana muzikal diorang.. huhuh
nanti dgr kat spotify lagu dorang ni. rusty blade tu album mana yg best. haha
okey terima kasih infonya.
alahai..terkenang lagenda rock online la deaf..hukhuk..
Post a Comment