no one can live life in loneliness, only stars in the sky far away... [WELCOME everyone from everywhere, with intention or by accident - THIS BLOG IS BEST VIEWED IN WEB VERSION FORMAT as its how I envision it to be with the text and photos but still any layout format will work just fine.]
Monday, April 3, 2017
Prime Domestic - live review 2nd April 2017 Kuala Lumpur
Ulasan/Pendapat/Opinion aku pasal
PRIME DOMESTIC
Live 2nd April 2017
House @ G Tower Hotel KL
Sapa tak mau baca pendapat dan ulasan dan apa aku tengok dan dengar dan apa yang aku nak merapek meraban panjang lebar pasal kumpulan sensasi dan supergroup all-star band Prime Domestic, maka ini ialah setlist dia, dan top 3 kejadian apa aku suka tadi, man of the match aku dan conclusion aku. OK Bye-Bye.
Setlist just now -
1. ILLUSI INTONASI (Wings)
2. HALLOWED BE THY NAME (Iron Maiden)
3. KAU MASIH BERDEGIL (Wings)
4. GEMURUH (Double Trouble)
5. LENA DIULIT INTAN (Wings)
6. MENITI TITIAN USANG (Search)
7. TEKNO DEWATA (new song)
8. SATUKAN IMPIAN (new song)
9. SEDINGIN PLUTO (new song)
MEDLEY songs 10-16
10. BIRU MATA HITAMKU (Wings)
11. CINTA SEPI (Search)
12. TAMAN RASHIDAH UTAMA (Wings)
13. KAU PERGI (Search)
14. ANUGERAH (Wings)
15. SEBATANG TONGKAT UNTUK BERDIRI (Search)
16. RANJANG MAWAR (Wings)
17. DRUM SOLO
18. BASS SOLO
19. LANGIT DAN BUMI (Search)
20. ALAM BARZAKH (Wings)
21. INGATKAN DIA (Wings)
22. FANTASIA BULAN MADU (Search)
23. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR (Search)
24. SEJATI (Wings)
25. PASTI (Search)
Total Timing On Stage - 2 hours.
.
3rd placing apa aku suka tadi - Setiap lagu gerek, persembahan gerek dan dahsyat sangat. Sila tengok Prime Domestic untuk sapa belum tengok dorang main live.
2nd placing apa aku suka tadi - Setiap lagu Search, muka Hillary Ang berseri2 senyum manjang, happy sangat dia, dan bila dia solo2 lagu2 tu yang memang dia yang gitaris original lagu2 tersebut, macam menceritakan kegembiraan dan kenangan terpancar kat muka dia. Meniti Titian Usang dan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri tadi... was like worth the price ticket alone.
1st placing apa suka tadi - Walau semua lagu gerek, tapi tiga lagu baru original Prime Domestic ialah paling best of the best. Aku suka band sentiasa main lagu baru. Lagu lama tak dilupakan tapi cam aku suka cakap kat blog aku, aku suka band2 yang aku minat sentiasa main lagu baru, dan stay relevant. Jangan lah asyik ulang ulang zaman kegemilangan zaman dulu. Ni pada aku la, masing2 nye citarasa.
Aku harap Prime Domestic akan banyak2 buat lagu baru dan keluar full album, dan harap semua lagu, ada sumbangan dari band members sendiri. All 3 new songs dalam single terbaru is by Joe Wings. Semua sedap dan macam rentak - fast , mid tempo, slow.
Man Of The Match untuk aku - Drummer. Nama dia Ainoll. Terbaik , Showmanship First Class dan powerhouse octopus.
Conclusion - Aku nak gi backpack tengok Iron Maiden main merata UK bulan 5 ni, dan lepas aku tengok Prime Domestic main tadi, aku cakap kat diri aku, Maiden baik main giler babi nye best of the best untuk 5 shows aku nak tengok dorang untuk tahun 2017,
pasal kalau tidak mungkin aku akan pilih PRIME DOMESTIC main tadi sebagai best live show aku tengok untuk 2017. Terutama kekuatan tiga lagu baru mereka yang mereka mainkan tadi.
Ni ayat atas ni compliment paling best aku boleh beri kat persembahan Prime Domestic tadi.
Korang sendiri tahu aku kat blog ni Advocate band rock Melayu dan memang berat sebelah aku akan puji dan sokong band rock Melayu tak kesah dari Malaysia atau Singapore dan aku anggap mereka setanding band rock omputeh. Sila lahar aku but ni keyboard dan wifi untuk tenet ni pun bukan korang punye aku pakai.
Aku harap line up ni tak ubah. What a show - Joe + Hillary Ang + Aweera + Fauzi bassist + drummer Ainoll plus keyboardist.
.
.
.
.
((( ULASAN NASIK TAMBAH UNTUK SAPA BERMINAT)))
.
OK, Siap sedia? Tarik nafas.. go.
Kalau aku buat silap ke hapa ke, maaf aku tak tidur dah lama, Hari Sabtu aku dah kerja malam, abis kerja, aku rush dari Singapore gi JB, kat Larkin carik tiket bas, rush balik KL naik bas ekpres, balik rumah Malaysia relak kejap, terus lepas Magrib naik LRT gi Ampang Park.
Ni aku tak mau tidur pasal aku kejap lagi nak naik bas ekpres pasal hari ni hari Isnin aku kerja petang pulak. So aku plan nak tidur dalam bas ekpres je.
Serious berbual, ni la salah satu cabang kehidupan aku, sebagai seorang peminat rock n roll band. Sapa baca blog ni memang tahu la kegilaan aku sanggup buat apa saje untuk band2 domestik Malaysia dan Singapore dan jugak backpack sorang2 untuk Iron Maiden dan band2 omputeh lain.
a) Post ni takde foto. Mungkin nanti kat tenet banyaklah foto2 kejadian tadi kat show tersebut. Kalau aku nak transfer foto dari henfon ke laptop, mungkin kirim salam pasal ambik masa dan aku tahu kalau aku tak taip blog ni sekarang, maka mungkin takkan buat langsung.
b) Penuh sesak. LEBIH DARI FULL HOUSE. MELIMPAH-LIMPAH RUAH penonton. OVERFLOW. Harap promoters/organisers/ sponsors dan band Prime Domestic sendiri akan dapat keyakinan tentang brand name Prime Domestic dengan kehadiran penonton tadi.
c) Hallowed Be Thy Name - ni kelakar... aku terkejut first verse yang nyanyi bassist Fauzi. Ye la, first song kan instrumental, abis HBTN kan second song, aku dah la tak perasan sapa on stage. So aku ingat Aweera takde so pada aku no problem la kan kalau band member lain boleh cover vocal...
OOOHH False Alarm la, terus Aweera masuk masa lagu speed up, walaupun ada sikit berkecah masa nak masuk tu. HAHAHA. Sorry la, ni lagu Iron Maiden siot..., I mean, terkucil sikit pun boleh detect kan? haha.
d) Aweera - Aku macam... eh? ni Rob Halford Judas Priest masuk melayu ke hapa? sudah pekik2 style Rob Halford sey... Dahsyat la Aweera ni. Sedap suara nya dan 2 jam ok dia kena nyanyi lagu2 yang legend semua nya. Bukan mudah.
Harap dia makin terror dan makin punya trademark dan style sendiri. Harap dia stay dalam band ni.
e) Pada aku, seorang gitaris asli/original yang main sesebuah lagu, dan terutama solo dalam lagu tu, dia hanya perlu dapatkan seorang penyanyi handal yang boleh bawa lagu tersebut.
Ni apa RITCHIE BLACKMORE buat bila dia buat persembahan tahun lepas dan June 2017 akan tour UK, dengan gunakan semula nama Rainbow selepas dia menjumpai kehebatan suara Ronnie Romero.
Macam aku cerita masa aku gi backpack tengok Ritchie Blackmore's Rainbow main di Jerman tahun lepas, (READ HERE - backpacking to see Ritchie Blackmore Rainbow first show in 20 years)
dimana peminat2 satu dunia sanggup travel datang, pasal nak tengok Ritchie Blackmore main balik lagu2 Deep Purple dan Rainbow.
Mintak maaf la sangat, tapi takkan ada orang dalam dunia yang boleh kasi bulu roma kat tengkok kat solo Highway Star, kecuali orang tu ialah Ritchie Blackmore sendiri.
Steve Morse dalam Deep Purple memang dahsyat, tapi takkan sama, bila aku tengok Deep Purple dengan Steve Morse, bila masuk solo2 Ritchie Blackmore..
Aku suka Steve Morse, tapi... betapa apa pun, tu semua solo Ritchie Blackmore kalau lagu2 sebelum tahun 90an dulu..
So harap korang paham la apa aku nak cakap sebagai seorang peminat. Tak payah nak pertikan benda ni semua hanya "Engineer" ke " pakar " ke boleh kasi komen ye?
Aku bayar tiket tengok band buat persembahan. Aku beli cd ori. Aku peminat. Aku luangkan masa, duit, susah payah, dan tanya la sapa2, ingat senang ke ambik cuti atau tak datang kerja pasal nak tengok band kegemaran kita? terutama dengan keadaan ekonomi sekarang? Orang ambik leave untuk famili tapi peminat rock n roll band sanggup ambil leave bukan saje untuk famili matters tapi untuk band kegemaran? dan ikat perut susah payah, lepas duit tolak untuk famili, duit gi kat band kegemaran, tanyalah sapa2..
So aku berhak bersuara pendapat aku walau aku cuma Syok Sendiri sekalipun.
Never think you are too big, never insult fans intelligence.
Betapa sapa nak perkecilkan atau lupakan sumbangan Joe dan Hillary kat Wings dan Search, tak kesah pasal YANG PENTING SEKALI IALAH PEMINAT TAK LUPA.
Aku suka pilihan lagu2 Wings ialah dari tiga vokalis Awie, Mel, dan Mus.
Dan aku tak tahu, mana lagi pincang bagi peminat, Wings tanpa Joe? Atau Joe tanpa Wings?
Tak pedulik la kan apa mass media atau artis cakap, tapi tipulah peminat tak rasa kehilangan antara dua ni.
f) Ranjang Mawar tersangatlah terserlah versi heavy nak mampos. Thanks to the drummer. HAHA. Dahsyat dan paling best version ever.
g) Alam Barzakh - Joe nye intro solo tersangat best, dan Aweera "nail this song", Aweera pernah nyanyi lagu ni live sebagai opening act untuk Wings 30 Tahun yang show 4 jam kat Stadium Merdeka dulu.
h) Pasti - aku rasa boleh tanya sesiapa la, antara kenangan manis kalau tengok Search main live ialah kalau lagu terakhir ialah lagu "Pasti".
Salah satu kenangan ialah ini ialah lagu "perang botol air mineral". Berpuluh2? Beratus2 botol air mineral kena lambung dan kena campak dari berbagai arah. Paling teruk kalau ada yang lempar botol air mineral yang masih penuh. So baik letak tangan kat atas kepala kalau Search memainkan lagu "Pasti" sebagai last song. Meriah sungguh lagu ni... kenangan.
i) aku suka show ni jugak band ni having fun. Enjoy gitu. Bassist selalu tampil ke depan dan berganding dengan Joe dan Hillary.
Dan drum dan bass solo bila bergabung masa solo tadi memang awesome.
lagi??
j) aku nye pendapat la kan, mana2 konsert rock baik melayu atau omputeh, ada waktu bila penyanyi nak cakap sikit, memang kadang2 penyanyi suka berbual2 berceloteh macam Bruce Dickinson, tapi kadang2 tu memang dia dan seluruh band nak tarik nafas kejap.
giler ke hapa main non stop satu lepas satu lepas satu lagu.
mestilah ada pause kejap barang seminit dua, minum air atau tarik nafas kejap.
Kesian Aweera, baru nak celoteh sikit je, ada fans dah pekik2 suruh sambung next song. HAHAHA.
nanti la aku ingat aku tambah... haha.
Aku nye pilihan 3 apa aku paling suka , man of the match untuk aku, dan conclusion aku dah cerita kat atas tadi..
OK bye. Tadi Aweera cakap Rock Never Die. haha.
mestilah rock maintain, takkan melayu hilang di dunia sama macam rock never die.
p.s
lets tengok any bootlegs keluar tak untuk show ni. aku takde time actually nak upload full audio shows macam aku buat dulu. nanti aku try ok.. kasi cool dulu...
seperti biasa, masuk bakul angkat sendiri, aku dengar balik bootleg aku tape tadi... macam alrite je.
~ Labels ~
live review,
prime domestic,
rock melayu,
search,
wings
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Review paling ditunggu dalam suku tahun kedua 2017.
ranjang mawar versi heavy... hmmm, nak kena dengar ni
seperti biasa...takder review yang boleh lawan review dari true fan sendiri...terbaik deaf!!!
tak sabar nak dengar cd single dia...
wow terbaik lagu2nya. ada nampak gambar yazid sang gendang tu share kat fb,ramai gak trun artis dtg tgk.. nampak memang ramai org turun konsert ni tak sangka. mungkin lain masa klu dorang buat konsert lagi aku usahakan akan trun. botleg tu nanti upload lah nak dgr juga. kat fb belum ada share videonya
Mula2 tengok setlist aku excited... Tapi bila perasan MEDLEY aku slowdown sikit....
Sebab lagu tu semua dan aku harap dapat dengar full version
Kat fb harian metro ade rakam live show ni
Nice review mmg aku tggu2 dari abg deap.heheh..aku penah tgk fauzi tu nyanyi lagu rock n roll pie lagu pecah anak tekak tu dia bole nyanyi jugak
Lama tak mencemar duli dekat srena blog ni...
Saja nak kasi tahu yang Hillary share quote blog ni dalam whatsapp group Prime Domestic. Sekian, terima kasih.
Lu memang legend Deaf! Nanti kita lepak ok?
readed all comments, noted.
Zan anytime
noted and thanks and humbled. hahha
Deaf,
"Never think you are too big, never insult fans intelligence"
I love this deaf. By the way, no phone tukar ke. Sms tak balas.
Review lu mmang terbaik....wht can i sy???
Post a Comment