Monday, May 29, 2017

Cavern Club Liverpool, terrorist bombing Manchester dan pengamatan aku, gezek satu dua foto Iron Maiden on stage, dan Liverpool Central Mosque (masjid besar Liverpool).(My Maiden UK 2017 backpacktrip to see Iron Maiden thru out Scotland, Wales and England)

I'll speak in market-street-style-talk Bahasa Melayu then I switched to English. As usual Bahasa Melayu has all the gossips and sensitive things.

FIRSTLY TO ALL MUSLIMS WORLDWIDE.
HAPPY WONDERFUL RAMADHAN.
May this year be better than the last.

Masa Terrorist bombing kat luar Manchester Arena (DEKAT LUAR YE), takde kena mengena ngan dalam indoor stadium tu, (dan IRON MAIDEN baru main kat sini dua minggu lepas) Pengebom tu kat luar stadium, jadi tolong jangan jadi bodoh pergi marah2 security, pergi marah pihak polis kenapa tak cek bag, kenapa tak cek tu tak cek ni.....

dimana semua orang boleh berdiri, sebab tu masa aku tahu lokasi dia dalam hati aku cakap "abislah ramai ibu bapa tunggu anak2 kat luar nak jemput pulang, mereka yang tentu mati sapa tunggu kat luar dengan pengebom tu", pasal malam tu kan persembahan artis yang peminat semua budak2 pompuan. 
Sapa yang keluar paling cepat masa show abis, pasal nak elakkan jam, atau nak balik cepat, dorang yang paling teruk kena.
So aku tahu masa aku kat Bristol (by the way Cranberries cancel kat Bristol, Delores sakit) wassap dari better half aku pasal Manchester Arena kena bom , aku kat UK tapi aku tak follow news, dan aku dah tido la kan pasal aku memang kat UK apa, tu bomb meletup kul 11 malam, aku dah marah2 Cranberries, "weak la Delores, sakit sikit kensel. haha", so aku baca wassap tu "reaksi aku ialah Biar Betik!!"

aku macam... okayyyy aku baru tengok Iron Maiden kat Birmingham 16,000 orang (Birmingham memang dahsyat, memang berdebar ok tengok indoor stadium dia, BAPAK BESAR!! aku ada rakam beberapa video dari tepi nanti aku tunjuk lain kali dan terus terang la kan, Birmingham tempat Hardcore la kan kalau band rock main ni semua.. macam aku cakap Birmingham dan seluruh kawasan Midlands ialah jantung muzik metal dan rock sedunia..) , , dan Liverpool 13,000 orang peminat Iron Maiden (korang tahu tak Bruce buka cerita pasal Liverpool nye team bola, kena boo rabakkk hahaha, nanti aku cerita)
 dan memang nak jadi cerita pengebom tu pilih Manchester, mungkin pasal Manchester rumah dia, dan dia dilahirkan di sana so mungkin dia tahu kawasan tersebut dan aku terus macam... oooo kayyy apasal "soft target" orang gi tengok persembahan musik sey... dah tu terang2 show budak2 suka kan? grande ke hapa tu...
yang mati semua budak2 pompuan umur ada 8 tahun je. 
Susah nak bayangkan dan nak dianalisakan oleh otak aku tentang cara pemikiran sesetengah orang dan hati dan jiwa mereka.

dan memang suspen apa jadi seterusnya, tapi terus Maiden cakap show dorang macam biasa teruskan, terus aku lega, dan persembahan seterusnya IRON MAIDEN dan jugak yang aku gi tengok selepas pengemboman di Manchester ialah dua hari selepas tu di Cardiff.
Nanti lain kali aku cerita, pergi tengok Iron Maiden main tapi memang nampak Polis bertugas, tapi Police jenis SWAT Team.
Police yang bawak "machine gun" "machine gun" gitu bukan revolver.
Memang heran la... nak tengok "Iron Maiden" ada ni semua... nanti la aku cerita ye lain kali...
Nari aku cerita pasal Cavern Club, dan aku gezek satu dua gambo aku snap Iron Maiden atas pentas kat merata tempat aku gi tengok dorang main seluruh UK, dan last sekali aku gezek foto aku gi semayang jumaat kat Liverpool.

Dan... aku terus terang cakap, masyarakat UK rata2 takde masalah ngan orang Islam, orang Islam bebas bergerak dan buat aktiviti tanpa apa masalah, bebas meniaga dan PERNIAGAAN ORANG ISLAM memang top di UK.

Korang bayangkan beribu2 orang dah giler babi tengok Iron Maiden lapar, abis show, apa lagi yang bukak? cuma pub, drinking spot, dan kedai2 majoriti orang Islam yang jual kebab, burger dan sebagainya. Semua pun dengan tshirt Iron Maiden semua serbu kedai2 orang Islam dah kebulur.

Cuma ada beberapa ekor manusia je dalam internet yang taruk racun nak rosakkan hubungan orang Islam dengan bukan Islam, tapi untuk aku, depan mata aku.. Insyallah takde beza.
UK adalah satu tempat yang kita boleh tiru pada aku cara kehidupan berdisiplin dan majmuk mereka (KALAU DORANG TAK MABUK LA!!).

So again aku cakap, beberapa ekor manusia je yang sengaja nak racunkan hubungan dan keruhkan suasana.
Tapi untuk aku... selagi Bruce Dickinson SETIAP MALAM atas stage cakap " We Dont Care What Is Your Religion bla bla bla"... untuk aku peminat2 Iron Maiden semua gerek dan satu hati la satu dunia. Semua mungkin tak dengar apa Politician cakap, tapi apa Iron Maiden cakap, akan dipasang telinga.

Aku memang sedih, korang ingat dua tahun lepas kat Paris kena terrorist attack yang band rock tengah main kan?
OK kau tau tempat tu La Bataclan, setahun sebelum serangan tu aku ada kat dewan tu tengok EXTREME main.
Dan bila terrorist attack tu terjadi dan aku baca laporan2 mula keluar, aku tak tipu, aku boleh bayangkan apa terjadi.. pasal kat mana tu description cakap Terrorist masuk, dan start tembak, dekat situlah aku diri dan tengok Extreme main. Aku diri kat belakang, dekat tempat merchandise jual baju band kat sudut belakang La Bataclan, kat situlah ada pintu kaca masuk keluar. So memang sapa diri situ la first yang kena tembak satu satu jatuh.
Dan band atas stage EODM ingat kat belakang sekali ada orang letupkan mercun kot ceritanya...

Dan memang boleh imejin pasal aku memang betul2 perharikan setup La Bataclan pasal cantik giler masa aku kat sana. tingkat dua ada boleh isi berapa ruang untuk duduk..
bawah semua... hurray hurray all standing La Bataclan. Kalau aku gi Paris lagi, aku nak gi La Bataclan (korang naik mrt sampai kawasan Republique), pay my tributes.

So mungkin orang2 Paris yang hurray hurray keliling aku malam tu masa Extreme main, ialah peminat sama yang mati, ada 50-60 orang mati kan kena tembak malam tu, dan ramai lagi cedera, trauama malam terrorist attack setahun selepas tu. 

Ye la, peminat band rock berapa kerat je kan.. orang tu orang tu jugak gi tengok lain2 rock band beraksi.
So memang tak tahu apa nak cakap....

ok cukup buat waktu ni cakap pasal Terrorist Attack ni...

OK Cavern Club, tempat lahir nya Beatles.
Oooo aku nak bilang korang sapa tak pernah gi Liverpool pergi weiii.
HAPPENING GILER tempat ni.
betul2 macam mana Michael J Fox sampai 50s masa filem Back To The Future gitu...
Memang orang Liverpool ni "perangai", ada "attitude", boleh rasa lain sangat dengan bandar2 lain.
Budak2 sekolah yang kecik2 pun pakai leather jacket.
Pengsi aje.

OK So aku gi Matthew Street. Aku gi Cavern. Cavern ni kalau tempat bersejarah dan terkenal tu ialah Cavern Club, dan depan dia ialah Cavern Pub, adik beradik la dua tempat ni kat lorong Matthew Street.
Tempat ni ialah kelahiran Beatles dan bakat2 rock n roll British 60an gitu beraksi di sini.
Sampai sekarang tempat ni masih dahsyat,
penuh dari berbagai lapisan umur dari paling muda paling tua semua ada.
Semua mungkin peminat rock n roll British awal 60an terutama diterajui Beatles gitu.

Jadi memang la, macam aku trip backpacking ke seluruh UK ni tengok Iron Maiden, naik bas, naik keretapi...
aku macam pergi trip sejarah... aku berpeluang gi tengok tempat2 Iron Maiden beraksi di zaman awal hingga pertengahan 80an, aku di Bristol aku gi Hippodrome, aku gi Colston Hall, kat Cardiff aku gi ST DAVID HALL.
Ni semua untuk peminat Iron Maiden ialah tempat2 lagenda.

Jadi balik kepada Cavern Club, memang seronok, pergi sana, masuk free kalau siang hari, tapi siang malam pun sama, nak minum boleh minum, tak cukup tangan staff sana supply beer, band main..
ada dua pentas, pentas famous yang serupa gua dan pentas lagi satu, memang dua dua pentas siang hari aktif, memang sentiasa ada bands dan artist rotate kat situ, terutama tengah musim ada sambutan apa entah pasal Beatles.
Memang banyak barang2 memorabilla rock n roll 60an, dan tentunya foto dan barang2 Beatles banyak.
OK, ada dua foto tiga foto aku tampal ni bukan dari Cavern Club tapi dari Beatles Museum di Liverpool pasal untuk tunjukkan betapa keadaan Cavern Club zaman dulu.

Maka lagi sekali aku cakap, Cavern Club ni sangat menarik, maka enjoy foto2..
Cavern Club aku snap fotos, beberapa foto sejarah Cavern Club aku snap kat muzium Beatles juga di Liverpool , satu dua foto2 Iron Maiden beraksi (dah memang aku backpack untuk Iron Maiden pun), dan suasana Liverpool nye Masjid.

FUHHH PENAT OK TYPE NI SEKALIGUS... Harap takde misinterpritation apa aku type kat atas.
Aku rembat je terus sekali type.

Foto sampai abis.... enjoy...




.
.
.
.
.


So backpacking and backpacking and now its at Liverpool to see Maiden plays in Echo Arena Liverpool. What a blockbuster show Maiden put up in Liverpool, Maiden had not played in Liverpool since 1990.
I was in Liverpool for about 3 days on arrival from Aberdeen (What another awesome show in a very intimate 7000 maximum capacity all standing indoor arena)

So 3 days, I got a chance to explore some parts of Liverpool city, and PEOPLE WATCHING.
Liverpool is so very awesome place.
Like I say, the school children wear leather jackets.
They have not move on.
They are still ROCK N ROLL!!!
Attittude people, all the streets are crowded.. a very happening place.
I will tell more about my Liverpool experience next time but now its just Cavern.
I will add a few photos to depict Cavern in the early 1960s, which I took at the Beatles Museum also in Liverpool,
So Cavern has two stages, the other stage is opposite the lane at Cavern Pub.
I was there in the daytime to evening so free entry, the beers are flowing very high capacity demands I notice. I was just observing and absorbing the atmosphere.
The both stages have performers rotating. There was a Beatles celebrations so bands from around the world rotate to pay tribute to the 60s British Rock N Roll and Beatles.

Simply a magical place. Enjoy all the photos. OK on the photo of that second stage with the John Lennon photo on the left, on the right is Paul McCartneys bass...  so lots of memorabilla to ogle if you are into these kind of memorabilla stuffs from rock n rollers of all generations at The Cavern Club.

Do make a trip there if you are in Liverpool. Such an amazing place with people seems to have the "rock n roll attitude" city.. I want to find a job there. LOL!!

So Matthew Street, both ends, and along the stretch and the exterior of Cavern Club, and Cavern Pub (the sister establishment face to face to each other) and of course that famous John Lennon statue.











So the inside of the Cavern Club....









SO this next few photos is I mixed it with some historical photos I took at the Beatles Museum also in Liverpool

to give us all an idea of this amazing place in the early 1960s before Beatles get too big to play here anymore.
One photo depicts the Beatles on stage.
Another photo depicts another Liverpool band.
Another photo depicts how tight squeeze for the Beatles band on stage set up during their Cavern days.







OK I think this blog is too long...

A nice pretty photo of Steve Harris and Dave Murray having so much fun on stage
I believe this one is in Glasgow...
(taken by me , I got lucky a few times able to take some decent photos , at least for me)





ok lastly, I will tell more next time opportunity.

FRIDAY PRAYERS AT LIVERPOOL CENTRAL MOSQUE.


Friday, May 19, 2017

Maiden SCOTLAND pretty photos and short review. (GLASGOW 16TH ABERDEEN 17TH MAY)

A quick one. I am using a tablet so not too familiarise with this,
Full review next time. (Maaf lain kali ok aku cakap melayu, ni aku pendek2 je, kasi intro, kalau tak blog aku sendu , haha)
I will share how I travelled and how much it cost. Or bring your love ones, its possible.
Dont follow how the rich and famous people travel, they all are for show,
Its possible to travel for everyone, nowadays everything is easy and comfortable and if you know how to do it, AFFORDABLE,

So those travelling by yourself can gauge the price on backpacking to some UK places to see your favourite bands play.
Or thise want to travel with your love ones also I think can follow how I did and do my journey for my Maiden UK 2017 trip

Firstly, Glasgow show at the huge amazing dome of SECC was amazing. I think the capacity is 13,000 and I think its full house.
Aberdeen show was beyond amazing, its an all standing set up for the audience and I think its a full house 8,000 show.
Reviews of this shows next time but Aberdeen show has a special touch when Bruce start to mention the names of towns and places near to Northern Scotland I think, and the people around me are so happy.

This is just another example of what Maiden has been extra extra special to many many people all aound the world.
That little human touches here and there.

Travelling around and across Scotland from the southern part to the northern part is very long but beautiful. Its worth the trip,
You see the sea, the fields, the flowers, the beatiful old houses, castles, and fields, and fields, and fields, the mountains and of course the beautiful cows, sheeps, huge horses, cows, cows, sheeps , cows, cows agsin, sheeps, horses, and cows again.

Its like a NATIONAL GEOGRAPHIC trip.
I took an express bus from Glasgow to Aberdeen for about 3 hours.
I took an amazing beautfiul sights train travelling for 7 hours from Aberdeen changing trains at Edinburgh, change again at Preston, and now at Liverpool for the first Iron Maiden show in Liverpool since 1990. It will be very very loud on Saturday I am sure.

This trip can be done, and I do find it easy and comfortable, so those of you planning to bring your families for this kind of trip and creating adventures by travelling on your own selfs, OR THOSE ENCOURAGING YOUR FAMILY MEMBERS TO TRAVEL AND EXPLORE AND IN A WAY MAKE THEM A BETTER HUMAN BEING LEARNING ABOUT OTHER PLACES AND CULTURES, should have no problem. ITS SAFE.

UK has a far more advance and comfortable trip for public transport FOR ALL AGES compared to many other places.

Ok photos time...




Beautiful free roaming cows and sheeps grazing huge huge eternity distance beautiful hills.
I love Scotland scenery. From the south to the north where I manage to pass by.



A bit of Glasgow street scene where I manage to walk thru. Ok Glasgow was easy and I only have to walk everywhere. I slept near the SECC and it takes me a slow walk carrying backpacks haversacks about 25 minutes to reach the city centre where everything is. Buses, trains, food, lots of Halal Food for Muslims and sceneries and wundow shopping.


Aberdeen has this standard colours for buildings,
Beautiful place.
Its again all walking for me.
The harbour, the trains, the buses and the food and malls are again all in one place.

But, to go the AECC for Maiden show, I have to take a public bus, but no worries all is easy and even after the show ends, lots of buses are ready to bring those taking public transport bqck to the central bus station,

Not so in Glasgow, BUT IN ABERDEEN THEY SPEAK A DIFFERENT ALIEN LANGUAGE, BEAUTIFUL, as seen from the signboard above, they have their own.
A BIT LIKE THE MOVIE "braveheart", but I cannot have any idea what they talk about. haha.
FREEDOM!!

Ok, full reports and pretty pictures next time.

Oohh some Maiden photos.. I love this one. I got lucky.
Ok ok, you may find the photos ugly and poor photo taking,
But for me its all HAPPINESS.

THESE ARE GLASGOW ONES... I TOOK SOME PHOTOS AND THIS TWO OF THEM,

A steve harris pix, and a dave murray with janick gers pretty cute photo.

I had resized them and bluetooth around to the tablet so I have no idea on the quality. Sorry if its grainy or blurry.






Ok next MAIDEN LIVERPOOL 2017.




P.s I was at Aberdeen, warm up band has completed playing, anyway Shinedown was very good. I have no idea at all about this band but choosen by Maiden to open the UK tour, there must be something Iron Maiden like about them,
And the vocalist is a humble person. He knows their place, they are there like in his own words, for the event of 2017, Indeed.

Anyway, when the Aberdeen crowd is jostling for position waiting for Maiden intro to start,
A group of ladies in what seems working attires crowds near me, and guess what? "THESE LADIES ARE POINTING AT THE IRON MAIDEN LIGHTNING RIGS ON THE ROOF OF THE STAGE AND ANIMATEDLY DESCRIBE THE LIGHTNING RIGS, Yes I dont know exactly their language but there are describing about the lightning rigs which will tilt and all that. THEN THEY TAKE OUT THEIR HANDPHONES AND SNAP THE IRON MAIDEN LIGHTNING RIGS!!!".

now this is why another reason i love to travel to places to see Maiden. Extra ordinary moments like these, and there are many of them.
And surely, Aberdeen is a friends and family oriented shows seems a lot of families young and old, and seems everyone knows each other,
Maybe thats the Scotland way, haha,

And the six new songs from new album? Huge roars same like old songs.

Aku sepatutnya FIRST OT THE BARRIER aku dapat message untuk persembahan Aberdeen. Tapi rasa Tak kausa dah aku , tapi aku suka letak nama kat first to barrier ni, tapi kalau dapat, aku tak gi. Haha. Aku rasa aku takut aku kena potong nama dah, pasal buang karen je. Ni not first time dah. Haha.

Ok aku nak gi pasar dorwng ni kat Liverpool aku suka tengok orang mat salleh beli ikan, beli sayur.. hahaha. Tu cara aku kenal tempat orang.
 Apa pun Liverpool ni nampak rebellious orang nye,
Semacam, dan aku suka.
Aku pakai selipar jepun jalan meleser dan aku happy sangat lalu lorong2 belakang bandar Liverpool ni explore shortcut carik makan, Ok je..

Ooohh makan, haha. Nanti aku cerita cammana aku survive backpacking ni untuk budget makan,

Ingat, aku kan lapar nasik nye orang. K bye,


























Sunday, May 14, 2017

The Crimson Idol - W.A.S.P (1998 Japan 2cd Remastered version).

No Food photo to launch this post.
Lets start with Bahasa Melayu Malay Language and then to English.
Photos are scattered the whole post.



**Sebelum aku post aku tengok balik apa aku type ni semua?
Giler aku dah datang haha.

So abaikan la ye kalau tak suka.
Otak aku sort-dort WAYAR KEJAP KENA KEJAP TAK KENA ni aku rasa masa aku type.

Nak edit malas. so let it be je la.

Ni panjang pasal aku ambik kesempatan cakap sikit pendapat aku tentang beberapa perkara.


Ni mula2 keluar 1992. Kalau korang tengok video live zaman tu di youtube antaranya persembahan mereka di DONINGTON 1992. Mereka antara band termasuk Slayer terbabit untuk DONINGTON Monsters Of Rock tahun tersebut dimana IRON MAIDEN menjadi headliners.

Tahun tu jualan tiket 70,000 je pasal masa 1988 Maiden headline dah dua peminat mati pasal lumpur dan asakan penonton 107,000 masa GNR beraksi siang hari.
Tapi aku dah gi Donington dua kali tengok Maiden headline dan dua2 hari Maiden headline rasanya 80-90,000 datang kot. Tapi dah dialihkan tempat pasal memang padang Donington besar giler, boleh isi berapa banyak airport gitu kat kawasan terbuka tu.


Nanti aku link kat bawah korang tengok video tu kat belah bumbung semua lampu2 show Iron Maiden dah dipasang, dan kat belakang pentas pun dah ditutup kain hitam segala stage set Maiden.
Ni ialah Donington di mana keluar cd dan video tape Iron Maiden Live In Donington 1992.
(ada minit ke berapa entah kamera fokus kat penonton siap bawak gitar kadbod lagik).

Jadi album THE CRIMSON IDOL ni memang terbaik dan sangat dahsyat kehebatan nya.
Sepatutnya jadi album solo Blackie Lawless tapi last minit jadi album kumpulan WASP.

Album ni ialah album konsep. Dan istimewanya, kebanyakkan lagu akan membawakan tema dan melodi sama berulang iaitu antaranya "Only Love Can Set Me Free", dan "Long Live The King Of Mercy".
Suara Blackie Lawless dalam album ni menyentuh jiwa.

Ceritanya ialah pasal Jonathan Steel ni anak kedua dalam satu keluarga dan mak bapak dia hanya beri perhatian dan kasih sayang kat anak sulong saje. Iaitu abang Jonathan.
Jonathan nasib macam kentang, kena pukul ngan bapak dan mak dia pun tak suka dia.
Nak jadi cerita,
masa Jonathan 14 tahun abang dia mati eksiden kena langgar pemandu mabuk kot? (haha.. aku dah lupa la cerita dia eksiden kereta, tapi tak tahu mabuk kot drebar lagi satu).
So abang dah mati pun.. Jonathan tetap tidak dipeduli dan siap dipukul lagi.
So Jonathan lari dari rumah, jadi budak nakal, satu hari dia pecah masuk kedai guitar, dan dia beli gitar yang Crimson tu... (warna seakan Merah pekat tu).
Jadi nak pendekkan cerita, Jonathan jadi rock star.
Satu hari dia telepon mak bapak dia, pasal dalam hidup dia, dia cuma nak rasa kasih sayang dari ibu bapa, sekali tu borak borak kejap, tiba2 mak dia cakap yang dia takde anak dah...

Jonathan kecewa, malam tu masa persembahan dia ambil string gitar dari gitar warna Crimson merah dia buat ikatan tali gantung, dan dia gantung diri.
Jonathan mati, bunuh diri kecewa mak bapak dia masih tak mau terima dia sebagai seorang anak, walaupun dia dah besar, dah kira berjaya dalam hidup.

OK, kalau 1992 waktu album ni keluar, album ni cuma ada 10 lagu.
Tapi tahun 1998 waktu album ni keluar remastered dah ada bacaan cerita pasal Jonathan ni dibaca oleh Blackie Lawless.
Dan kalau korang jumpa versi double cd memang terbaik pasal ada dua lagu studio yang aku tak tahu bersangkut paut jugak tak dengan konsep dan tema dan jalan cerita album ni,
dan jugak ada banyak lagu dari persembahan mereka di Donington 1992 yang aku cerita kat atas tu.
Jugak termasuk satu cover lagu Led Zeppelin When The Levee Breaks.

Album ni sangat hebat, dengan setiap lagu tersangat sedap. Ada beberapa bahagian slow dan mendayu2 kat album ni dan jugak ada lagu Hold On To My Heart. antara lagu paling tak sangka WASP boleh buat lagu2 cam gini.
Antara lagu aku paling suka dalam semua lagu gerek ni ialah Chainsaw Charlie (Murders In The New Morgue) lapan minit panjang tapi tak rasa, lagu The Idol, dan tentu lagu feberet aku ialah I AM ONE, dan kira semua lagu la. dan semua babak.

Aku suka kumpulan ni, walaupun aku tak ikut satu persatu segala album mereka, dan yang paling terakhir sekali aku minat dan betul2 ikuti ialah Babylon, walaupun pada pendapat aku Blackie Lawless ni ialah seperti agungkan kulit putih dan kalau korang perasan masa video lagu BABYLON IS BURNING, masa part liriks dari Bible "Who Unto The Beast?" video screen belakang keluar gambar President Barak Obama kan? dan tak semua kan rakyat Amerika suka Obama tu kulit hitam dah diragui latar belakang nya,  aku pun dah lupa korang gi cek sendiri video lagu tersebut. Jadi kesimpulan aku memang mereka ultra kulit putih.
Tapi seriously aku suka lagu Babylon Burning cuma video screen belakang tu, boleh la buat kesimpulan sendiri tentang pemahaman sebahagian kulit putih seperti kumpulan WASP dan Blackie Lawless sebagai ketua, 
ada makna tu video video sejarah tu semua. Yasser Arafat pun ada ok.
Well.....? masing2 nye pendapat ye tak?
Tapi again aku cakap, aku suka WASP pasal lagu dorang gerekkk.



Dan masa aku sekolah dulu, kau tahulah dulu budak2 melayu semua katak bawah tempurung, akronim WASP ialah "We Are Satan People", dan di barat, seperti isteri Vice President USA, Tipper Gore cakap akronim tu ialah "We Are Sexual Perverts" tapi rata rata akronim sebenar ialah "White Anglo Saxon Protestant" yang pada pendapat aku memang golongan ni ialah mereka yang agungkan kehebatan kulit putih.
Memang sangat terserlah.
Aku takkan tuduh kumpulan ni dan Blackie Lawless rasis menjunjung kehebatan kulit putih amerika, tapi cukup aku cakap dorang bukan Bruce Dickinson sebagai frontman Iron Maiden nye cara pemikiran yang sangat universal dan menerima semua.

(korang kena paham ye, aku bezakan ye, aku minat seni mereka, lagu2 dan persembahan kumpulan ni sangat unggul dari aku kecil sampai kini aku minat band ni, tapi pada masa sama aku nilai band ni dari segi pemikiran dan apa yang mereka nak tonjolkan).

Tapi tu mungkin perbezaan zaman dahulu antara band rock Inggeris dan band rock Amerika.
Inggeris mungkin rasanya rakyat mereka secara umum terima semua warna dan kepercayaan manakala Amerika rakyat mereka ada macam "hidup atas pokok", mereka hanya fikir negara mereka saja wujud dalam dunia.


Steve Harris minat West Ham, dia ada tempat duduk sendiri di Upton Park, dan aku pernah jalan kaki dari stesen keretapi di East London sampai ke Upton Park, kiri kanan semua kedai India dan orang India origin. Kedai Alhamdulillah banyak kedai halal, dan kedai jual daging halal, so waktu aku jalan tu aku memang imagine yang memang kumpulan Iron Maiden tak lari dari kehidupan becampur gaul dengan masyarakat berbagai bangsa dan agama.
Memang seronok kalau tengok kawasan Upton Park Stadium tu...
Rasa cam kat Little India je.
Tu la ceritanya, West Ham United gi majlis2 masyarakat India contohnya, kasi tiket untuk tengok game, untuk besarkan fan base dorang, ye la sekarang dah pakai Stadium Olympic London siot. 


Balik kepada pemikiran band London macam Iron Maiden, Mungkin, Sebab tu tak kekok untuk Bruce Dickinson atas pentas berbual pasal warna kulit dan sebagainya.
Mungkin Metallica ada berbual pasal famili la apa la, tapi... aku rasa dorang taklah expose kepada kehidupan majmuk di Amerika seperti mana masyarakat am exposed di England.

Ni pendapat aku je la.

Lagi satu keunikan WASP untuk aku ialah, selain dari video2 mereka beraksi di Donington depan penonton2 yang dahsyat ramai berhimpit lagi membakar aku nak gi Donington tapi masa aku nak ulang kaji cammana keadaan Hellfest pasal memang aku langsung tak tahu apa2 dan cammana nak gi sana pun,
aku masih ingat aku ulang2 tengok youtube WASP beraksi di Hellfest, dan aku study video handphone peminat mereka dan aku dapat konfiden suasana peminat masa WASP main cammana keadaan pesta Hellfest, yang aku boleh gi sorang2.

So tu la kalau aku kenang WASP, pada aku mereka jadi reference aku untuk nak gi Hellfest dengan konfiden sorang2 dengan prinsip main rembat je, apa jadi jadilah. hahha.

Gitar kat album ni kalau kat album ni ialah Bob Kulick (abang gitaris Kiss zaman feberet aku akhir 80an awal 90an) dan Doug Aldrich.
Tapi bila dah terbit main live ialah Doug Blair. Aku suka dekni dia keluar masuk Wasp tapi video2 live Donington tu semua dia la, dulu rambut perang2 sekarang hitam kot last aku tengok youtube.


ni ialah album original Crimson Idol.

Sila dengar satu album dan jatuh cinta ok dengan album ini. 
Berapa rock mampos pun sebagian, dan berapa mendayu pun part lain,
inti nya, kalau nasib macam kentang, mak bapak tak beri kasih sayang dari kecik, kena pukul lagi, sampai mengaku takde anak lagi, maka gantunglah diri pakai string gitar.



bawah ni pulak, korang tengok
bumbung dia, semua dah siap untuk Iron Maiden waktu malam dan semua kain hitam tu sembunyikkan prop dan pentas gergasi Maiden.
Minit ke 1:48 orang masih bawak gitar kadbod..

Kalau korang cam bendera kat guitar Blackie Lawless.

Tu BENDERA CONFEDERATES.

Kalau aku salah betulkan, ni ialah bahagian Amerika zaman dulu yang antara agendanya nak kan HAMBA ABDI dari golongan kulit hitam dan sebagainya diteruskan.
Mereka yang ditewaskan Abraham Lincoln nye Union yang nak rakyat Amerika semua hapuskan HAMBA ABDI.

Ni masa peperangan CIVIL WAR.

KALAU AKU SALAH BETULKAN.



Donington,
untuk peminat muzik, takde tempat sepertinya dalam dunia..
walaupun bertukar organasasi, walaupun dah ada peminat mati pasal berlumpur dan himpitan 107,000 orang berasak,
tapi dari 1980 sejak pertama kali Donington jadi tempat metal dan rock, sampai sekarang.
Lokasi mereka ialah kawasan Blue Collar sangat
.
Kawasan di mana Black Sabbath, Led Zeppelin, Judas Priest ((Maiden ialah budak2 bandaraya London dan Ritchie Blackmore dan Deep Purple dari kota2 lain, Roger Glover dari Liverpool sama bandar dengan si Jeff Walker Carcass, pasal masa aku tengok Carcass, Jeff Walker bukak story pasal Roger Glover Deep Purple cakap dorang sekampung)) mulakan segala tok nenek rock dan metal mereka,

jadi tempat Donington tu ialah seperti jantung untuk muzik rock dan metal kerana yang datang setiap tahun ialah peminat2 dari Birmingham, Leicester, Derby, Nottingham dan ni semua ialah kaum masyarakat yang memang kaki rock dan metal.
Aku dah gi dua festival 2013 dan 2016, dan aku tahu Maiden akan headline lagi satu festival sebelum bersara, dan aku nak gi lagi, lengkapkan hat -trick. Banjir lumpur ke, keadaan darurat ke, apa ke, its rock n roll.

OK saje je.. ni ialah video Babylon Rising dari tahun.. entah dah 10 years kot lagu dan album ni..
tapi cek out video screen dia kat belakang dengan synchronisation lyrics nyanyian Blackie Lawless.
apa pun ni antara lagu paling aku suka dari Wasp.
Walau aku kurang suka dengan pemilihan kat video belakang tu..
Tapi WASP ni cubalah buat create fantasy setlist show 100 minit kalau kata dorang main bawah kolong flet blok rumah aku. Impossible kan? Giler banyak sangat lagu sedap yang aku suka ni band.


WALAUPUN AKU MINAT LAGU NI, hebat sungguh lagu2 dalam album Babylon.

Tapi pada pendapat aku, untuk rakyat Amerika yang dimana band ni berasal pun,
yang aku tak nafikan rakyat Amerika antara yang paling "KATAK BAWAH TEMPURUNG" mentaliti mereka, dan pentingkan diri sendiri, dan tindas kulit lain dan agama lain walau mereka ada Freedom Of Speech,
untuk mereka yang minat WASP, tapi nonton video ni,
apa rasa mereka? tengok watak2 kat belakang tu.
So benda2 gini aku suka tengok, untuk aku ni la benda2 cucuk jarum.
Dan jangan keliru, mereka sendiri tak percaya dengan Obama dan soalkan latar belakang nya.

Blackie Lawless ni seorang yang sangat pintar.
Bukan sahaja pandai main muzik, cipta lagu, tulis lirik dan suara sedap giler.
Aku suka giler dia ni actually. haha.


Liriks balada Hold On To My Heart cantik sangat dalam album Crimson Idol ni.

There's a flame, flame in my heart
And there's no rain, can put it out
And there's a flame, it's burning in my heart
And there's no rain, ooh can put it out
So just hold me, hold me, hold me

Take away the pain, inside my soul
And I'm afraid, so all alone
Take away the pain, that's burning in my soul
Cause I'm afraid that I'll be all alone
So just hold me, hold me, hold me

Hold on to my heart, to my heart, to me
Hold on to my heart, to my heart, to me
And oh no, don't let me go cause all I am
You hold in your hands, and hold me
And I'll make it through the night
And I'll be alright, hold on, hold on to my heart




"... STEVE HARRIS FOR EXEMPLIFYING TRUE INTEGRITY IN EVERYTHING IRON MAIDEN DOES."


So This is the Remastered Japanese Pressing of the Crimson Idol.
It comes with two cds instead of one.
As usual the Japanese packagings are very cute with the Obi and everything.

Even the story naration of Jonathan text is printed. And even all the Donington live songs from 92 as the lyrics printed. So I post here all the English text.

In summary as I type above in green italic,

-I was talking about why Donington is so special to me having seen Maiden headline there on two seperate years festivals.
-The awesomeness of this Crimson Idol album.
Every song is so special
and the 2nd cd of songs makes this version an amazing collectible.
-The suicide of Jonathan due to his parents attitude towards him.
- A small matter of Babylon Rising song and the video behind it.
I am not agreeable with some of the faces featured among others but I think the song itself is a fabulous song.





















Wednesday, May 10, 2017

soto ayam, Hats Off To Led Zeppelin, Maiden Empty Box Replacement for the ill-fitting 1980-1988 red box.

Hi, lets astray from real life for a while and bring my silly, fun, laugh out loud in front of laptop, happy times into this blog.
I will summarize (its actually a long novel LOL!!) on 3 SERIOUS topics.
In green italic will be in Bahasa Melayu and the rest will be in English.
As usual the Malay Language version is longer as its full of GOSSIP and SLANDERS. LOL!!

Soto Ayam - tamak haloba macam jin aprit, bagedel sekali dua.




Soto Ayam is a traditional Indonesian food of spicy soupy chicken shred, with packed rice, potato cutlets and bean sprouts, addition of chili paste to your own taste, and its famous in Singapore, Malaysia and Indonesia of course.


Next, Tribute Bands.
I will never see the Beatles, Elvis, Michael Jackson, Led Zeppelin and many others performers play live. So the feel is when there are great talents performing tribute acts.
HATS OFF TO LED ZEPPELIN seems has won an award in UK as the best Led Zep Tribute Act.
So I hope I am able to see them play.
It would be nice to get an imaginary feel of the REAL THING, while having a bit of fun.

Seriously, if I live long, and Steve Harris has close the book on Iron Maiden not long from now, the Maiden tribute acts would have an important part to play to sustain the needs of the Maiden fans all over the world.
So HATS OFF TO LED ZEP is playing in Singapore soon. I got a ticket, I hope I am able to go depending on my working shift pattern, and also its the RAMADHAN month. LOL!! (I hope my soul can still be saved. LOL!!)



Here is the text from 2013 article - http://www.thebelfastempire.com/event/hats-off-to-led-zeppelin/1989/






Macam aku cakap kat atas, BANYAK!, RAMAI! kumpulan2 dan artis2 aku minat aku takkan dapat tengok pasal, dorang dah takde lagi..
ada dah mati, ada dah berpecah, dan ada yang masih wujud tapi aku takkan dapat tengok yang betul.
Jadi apa yang boleh dapat?
Aku cuma boleh dapat tengok Tribute Bands.

Dan ini peluang untuk tengok satu tribute band Led Zeppelin yang memang dinobatkan sebagai antara paling terbaik.
HATS OFF TO LED ZEPPELIN, seperti artikel memang cengkeh band ni.
Aku tengok2 youtube awal tahun ni ada rakaman dari Greece, memang dahsyat No Quarters.

Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku dengar lagu NO QUARTERS, aku rasa nak nangis.
Ada macam sesuatu di kerongkong. AKU RASA HIBA sangat.
Sebab tu aku suka sangat John Paul Jones, dia punya mainan keyboards menyentuh sanubari ku.

So, bulan puasa confirm, aku dah cek rota kerja aku.. aku kerja hari tu, tapi kerja pagi....
HAHA..
Aku masih teringat zaman2 dulu, SLAYER main kat Expo Singapore 10 malam terakhir RAMADHAN.
Buka puasa makan Burger King.
Terus SLAYER! SLAYER! SLAYER!! 
tu jam Slayer - Jeff Hanneman masih hidup, masih ada.. dan Dave Lombardo masih ada. 

Jangan cop aku jahat, SETAN, dan apa2 negatif bersangkut paut agama, bukan aku tak suka, tapi pasal aku sayang korang semua pembaca blog aku yang huru hara ni, pasal nanti takut korang wujud dalam hati perasaan sombong dan rasa korang lagi baik pulak. Bahaya.
Ni memang adat Melayu kan, rasa diri lagi baik, lagi agung, lagi prestige, dari orang lain. Dah sebati dalam orang Melayu.
Kita takde kasta terbuka macam kat India.
Tapi kita Melayu ada kasta yang tak diperasan orang and I fucking hate it.

Aku tak mau jumpa korang dalam oven nanti. Walau aku pun takut mati masuk oven.
Tapi aku harap love ones aku, famili aku, kawan2 aku yang gerek nak mampos baik alam nyata atau alam cyber semua tak masuk oven la. Amin.
Anggap je la aku nakal. HAHA.OK nakal macam kucing.. 
(Aku baru dapat wassap group ada hamba Allah ni baru meninggal hari ini, jatuh dalam bilik air, terhantuk kepala meninggal, dikhabarkan muda orang nya pasal aku tak kenal hamba Allah ni, begitulah kehidupan dan pengakhiran masing2)



atas ni aku tampal dari youtube tribute band Hats Off to Led Zep ni main No Quarters pun, aku dah rasa semacam punya Sayu masa keyboards start. Ni la lagu magik untuk buat aku kesedihan.
Untuk aku keyboards lagu ni ialah tersangat cantik. John Paul Jones adalah "water carrier" Led Zep Tukang angkat baldi band Led Zep.
Korang sapa sokong Arsenal ingat tak Gilberto Silva?
Aku sayang giler kat dia, kalau jumpa aku peluk dia.
Dia la pencacai.. dia la tukang basuh jamban pasukan Arsenal.
Turun naik turun naik, matikan bola pasukan lawan, jadi tukang pencacai team, jadi player lain boleh bebas buat sarkis bodohkan team lawan.

Sama la John Paul Jones.
Dan versi ni, minit 3:15 onwards masuk bahagian instrumental... aku nak tengok la. Harap dorang main lagu ni..

ok sesuatu yang rancak. Ni tempat sama Megadeth beraksi di Singapore tu hari, harap kerusi semua masih boleh duduk dan belum pecah dan sompek macam kerusi2 kat stadium bola Bukit Jalil. hahaha)

 


FINALLY...

For those of those who have the Maiden Remastered 1980-1988 box and are trying to stuff the stuffs into that RED BOX and cursing and swearing at Maiden for always making life hell for you,

there is a something nice to cushion your pain.

Email nicely to  customerserviceteam@warnermusic.com telling them your horrible predicament.
They will nicely email you back, and the rest is history.

My original box I got from Amazon UK I think, and this replacement box is from US, and I think the box looks similar. But at least, more space.

This is a sample of my email and the unboxing of the box. LOL!!
A million thanks to the staff at Warnermusic who had assisted me.





Kan........
PER ok
tahu apa tu PER??

Bukan PER MERTESACKER ok ( Ni gua punya CAPTAIN ok!! walaupun season ni satu game dia belum main, final FA Cup memang kalau? dia jugak gi ambik piala dengan Royalty kat Wembley. HAHAHA).


Tapi PERCUMA.

So....  ada rakan2 yang dah mencuba... nampak so far menjadi.. tapi jangan pos pulak buat hal. Tapi aku punye sampai masih elok kotak dia. Tapi aku pakai alamat Singapore untuk ni.
So korang try ok..

Jumpa lagi...