FIRSTLY TO ALL MUSLIMS WORLDWIDE.
HAPPY WONDERFUL RAMADHAN.
May this year be better than the last.
Masa Terrorist bombing kat luar Manchester Arena (DEKAT LUAR YE), takde kena mengena ngan dalam indoor stadium tu, (dan IRON MAIDEN baru main kat sini dua minggu lepas) Pengebom tu kat luar stadium, jadi tolong jangan jadi bodoh pergi marah2 security, pergi marah pihak polis kenapa tak cek bag, kenapa tak cek tu tak cek ni.....
dimana semua orang boleh berdiri, sebab tu masa aku tahu lokasi dia dalam hati aku cakap "abislah ramai ibu bapa tunggu anak2 kat luar nak jemput pulang, mereka yang tentu mati sapa tunggu kat luar dengan pengebom tu", pasal malam tu kan persembahan artis yang peminat semua budak2 pompuan.
Sapa yang keluar paling cepat masa show abis, pasal nak elakkan jam, atau nak balik cepat, dorang yang paling teruk kena.
So aku tahu masa aku kat Bristol (by the way Cranberries cancel kat Bristol, Delores sakit) wassap dari better half aku pasal Manchester Arena kena bom , aku kat UK tapi aku tak follow news, dan aku dah tido la kan pasal aku memang kat UK apa, tu bomb meletup kul 11 malam, aku dah marah2 Cranberries, "weak la Delores, sakit sikit kensel. haha", so aku baca wassap tu "reaksi aku ialah Biar Betik!!"
aku macam... okayyyy aku baru tengok Iron Maiden kat Birmingham 16,000 orang (Birmingham memang dahsyat, memang berdebar ok tengok indoor stadium dia, BAPAK BESAR!! aku ada rakam beberapa video dari tepi nanti aku tunjuk lain kali dan terus terang la kan, Birmingham tempat Hardcore la kan kalau band rock main ni semua.. macam aku cakap Birmingham dan seluruh kawasan Midlands ialah jantung muzik metal dan rock sedunia..) , , dan Liverpool 13,000 orang peminat Iron Maiden (korang tahu tak Bruce buka cerita pasal Liverpool nye team bola, kena boo rabakkk hahaha, nanti aku cerita)
dan memang nak jadi cerita pengebom tu pilih Manchester, mungkin pasal Manchester rumah dia, dan dia dilahirkan di sana so mungkin dia tahu kawasan tersebut dan aku terus macam... oooo kayyy apasal "soft target" orang gi tengok persembahan musik sey... dah tu terang2 show budak2 suka kan? grande ke hapa tu...
yang mati semua budak2 pompuan umur ada 8 tahun je.
Susah nak bayangkan dan nak dianalisakan oleh otak aku tentang cara pemikiran sesetengah orang dan hati dan jiwa mereka.
dan memang suspen apa jadi seterusnya, tapi terus Maiden cakap show dorang macam biasa teruskan, terus aku lega, dan persembahan seterusnya IRON MAIDEN dan jugak yang aku gi tengok selepas pengemboman di Manchester ialah dua hari selepas tu di Cardiff.
Nanti lain kali aku cerita, pergi tengok Iron Maiden main tapi memang nampak Polis bertugas, tapi Police jenis SWAT Team.
Police yang bawak "machine gun" "machine gun" gitu bukan revolver.
Memang heran la... nak tengok "Iron Maiden" ada ni semua... nanti la aku cerita ye lain kali...
Nari aku cerita pasal Cavern Club, dan aku gezek satu dua gambo aku snap Iron Maiden atas pentas kat merata tempat aku gi tengok dorang main seluruh UK, dan last sekali aku gezek foto aku gi semayang jumaat kat Liverpool.
Dan... aku terus terang cakap, masyarakat UK rata2 takde masalah ngan orang Islam, orang Islam bebas bergerak dan buat aktiviti tanpa apa masalah, bebas meniaga dan PERNIAGAAN ORANG ISLAM memang top di UK.
Korang bayangkan beribu2 orang dah giler babi tengok Iron Maiden lapar, abis show, apa lagi yang bukak? cuma pub, drinking spot, dan kedai2 majoriti orang Islam yang jual kebab, burger dan sebagainya. Semua pun dengan tshirt Iron Maiden semua serbu kedai2 orang Islam dah kebulur.
Cuma ada beberapa ekor manusia je dalam internet yang taruk racun nak rosakkan hubungan orang Islam dengan bukan Islam, tapi untuk aku, depan mata aku.. Insyallah takde beza.
UK adalah satu tempat yang kita boleh tiru pada aku cara kehidupan berdisiplin dan majmuk mereka (KALAU DORANG TAK MABUK LA!!).
So again aku cakap, beberapa ekor manusia je yang sengaja nak racunkan hubungan dan keruhkan suasana.
Tapi untuk aku... selagi Bruce Dickinson SETIAP MALAM atas stage cakap " We Dont Care What Is Your Religion bla bla bla"... untuk aku peminat2 Iron Maiden semua gerek dan satu hati la satu dunia. Semua mungkin tak dengar apa Politician cakap, tapi apa Iron Maiden cakap, akan dipasang telinga.
Aku memang sedih, korang ingat dua tahun lepas kat Paris kena terrorist attack yang band rock tengah main kan?
OK kau tau tempat tu La Bataclan, setahun sebelum serangan tu aku ada kat dewan tu tengok EXTREME main.
Dan bila terrorist attack tu terjadi dan aku baca laporan2 mula keluar, aku tak tipu, aku boleh bayangkan apa terjadi.. pasal kat mana tu description cakap Terrorist masuk, dan start tembak, dekat situlah aku diri dan tengok Extreme main. Aku diri kat belakang, dekat tempat merchandise jual baju band kat sudut belakang La Bataclan, kat situlah ada pintu kaca masuk keluar. So memang sapa diri situ la first yang kena tembak satu satu jatuh.
Dan band atas stage EODM ingat kat belakang sekali ada orang letupkan mercun kot ceritanya...
Dan memang boleh imejin pasal aku memang betul2 perharikan setup La Bataclan pasal cantik giler masa aku kat sana. tingkat dua ada boleh isi berapa ruang untuk duduk..
bawah semua... hurray hurray all standing La Bataclan. Kalau aku gi Paris lagi, aku nak gi La Bataclan (korang naik mrt sampai kawasan Republique), pay my tributes.
So mungkin orang2 Paris yang hurray hurray keliling aku malam tu masa Extreme main, ialah peminat sama yang mati, ada 50-60 orang mati kan kena tembak malam tu, dan ramai lagi cedera, trauama malam terrorist attack setahun selepas tu.
Ye la, peminat band rock berapa kerat je kan.. orang tu orang tu jugak gi tengok lain2 rock band beraksi.
So memang tak tahu apa nak cakap....
ok cukup buat waktu ni cakap pasal Terrorist Attack ni...
OK Cavern Club, tempat lahir nya Beatles.
Oooo aku nak bilang korang sapa tak pernah gi Liverpool pergi weiii.
HAPPENING GILER tempat ni.
betul2 macam mana Michael J Fox sampai 50s masa filem Back To The Future gitu...
Memang orang Liverpool ni "perangai", ada "attitude", boleh rasa lain sangat dengan bandar2 lain.
Budak2 sekolah yang kecik2 pun pakai leather jacket.
Pengsi aje.
OK So aku gi Matthew Street. Aku gi Cavern. Cavern ni kalau tempat bersejarah dan terkenal tu ialah Cavern Club, dan depan dia ialah Cavern Pub, adik beradik la dua tempat ni kat lorong Matthew Street.
Tempat ni ialah kelahiran Beatles dan bakat2 rock n roll British 60an gitu beraksi di sini.
Sampai sekarang tempat ni masih dahsyat,
penuh dari berbagai lapisan umur dari paling muda paling tua semua ada.
Semua mungkin peminat rock n roll British awal 60an terutama diterajui Beatles gitu.
Semua mungkin peminat rock n roll British awal 60an terutama diterajui Beatles gitu.
Jadi memang la, macam aku trip backpacking ke seluruh UK ni tengok Iron Maiden, naik bas, naik keretapi...
aku macam pergi trip sejarah... aku berpeluang gi tengok tempat2 Iron Maiden beraksi di zaman awal hingga pertengahan 80an, aku di Bristol aku gi Hippodrome, aku gi Colston Hall, kat Cardiff aku gi ST DAVID HALL.
Ni semua untuk peminat Iron Maiden ialah tempat2 lagenda.
Jadi balik kepada Cavern Club, memang seronok, pergi sana, masuk free kalau siang hari, tapi siang malam pun sama, nak minum boleh minum, tak cukup tangan staff sana supply beer, band main..
ada dua pentas, pentas famous yang serupa gua dan pentas lagi satu, memang dua dua pentas siang hari aktif, memang sentiasa ada bands dan artist rotate kat situ, terutama tengah musim ada sambutan apa entah pasal Beatles.
Memang banyak barang2 memorabilla rock n roll 60an, dan tentunya foto dan barang2 Beatles banyak.
OK, ada dua foto tiga foto aku tampal ni bukan dari Cavern Club tapi dari Beatles Museum di Liverpool pasal untuk tunjukkan betapa keadaan Cavern Club zaman dulu.
Maka lagi sekali aku cakap, Cavern Club ni sangat menarik, maka enjoy foto2..
Cavern Club aku snap fotos, beberapa foto sejarah Cavern Club aku snap kat muzium Beatles juga di Liverpool , satu dua foto2 Iron Maiden beraksi (dah memang aku backpack untuk Iron Maiden pun), dan suasana Liverpool nye Masjid.
FUHHH PENAT OK TYPE NI SEKALIGUS... Harap takde misinterpritation apa aku type kat atas.
Aku rembat je terus sekali type.
Foto sampai abis.... enjoy...
.
.
.
.
.
So backpacking and backpacking and now its at Liverpool to see Maiden plays in Echo Arena Liverpool. What a blockbuster show Maiden put up in Liverpool, Maiden had not played in Liverpool since 1990.
I was in Liverpool for about 3 days on arrival from Aberdeen (What another awesome show in a very intimate 7000 maximum capacity all standing indoor arena)
So 3 days, I got a chance to explore some parts of Liverpool city, and PEOPLE WATCHING.
Liverpool is so very awesome place.
Like I say, the school children wear leather jackets.
They have not move on.
They are still ROCK N ROLL!!!
Attittude people, all the streets are crowded.. a very happening place.
I will tell more about my Liverpool experience next time but now its just Cavern.
I will add a few photos to depict Cavern in the early 1960s, which I took at the Beatles Museum also in Liverpool,
So Cavern has two stages, the other stage is opposite the lane at Cavern Pub.
I was there in the daytime to evening so free entry, the beers are flowing very high capacity demands I notice. I was just observing and absorbing the atmosphere.
The both stages have performers rotating. There was a Beatles celebrations so bands from around the world rotate to pay tribute to the 60s British Rock N Roll and Beatles.
Simply a magical place. Enjoy all the photos. OK on the photo of that second stage with the John Lennon photo on the left, on the right is Paul McCartneys bass... so lots of memorabilla to ogle if you are into these kind of memorabilla stuffs from rock n rollers of all generations at The Cavern Club.
Do make a trip there if you are in Liverpool. Such an amazing place with people seems to have the "rock n roll attitude" city.. I want to find a job there. LOL!!
So Matthew Street, both ends, and along the stretch and the exterior of Cavern Club, and Cavern Pub (the sister establishment face to face to each other) and of course that famous John Lennon statue.
So the inside of the Cavern Club....
SO this next few photos is I mixed it with some historical photos I took at the Beatles Museum also in Liverpool
to give us all an idea of this amazing place in the early 1960s before Beatles get too big to play here anymore.
One photo depicts the Beatles on stage.
Another photo depicts another Liverpool band.
Another photo depicts how tight squeeze for the Beatles band on stage set up during their Cavern days.
OK I think this blog is too long...
A nice pretty photo of Steve Harris and Dave Murray having so much fun on stage
I believe this one is in Glasgow...
(taken by me , I got lucky a few times able to take some decent photos , at least for me)
ok lastly, I will tell more next time opportunity.
FRIDAY PRAYERS AT LIVERPOOL CENTRAL MOSQUE.
4 comments:
cavern club tu feel macam tempat ross the boss main kat bannerman's edinburg dalam blog dr. bentara
(or is it vice-versa?)
Beb...bila liverpool the football club...kena boo dengan crowd di bandar Liverpool sendiri...itu memang priceless...kah!kah!kah!....
Memang 24 jam ke cavern club tu.meriah betul.
tempat lejen tu
Post a Comment