Sunday, May 14, 2017

The Crimson Idol - W.A.S.P (1998 Japan 2cd Remastered version).

No Food photo to launch this post.
Lets start with Bahasa Melayu Malay Language and then to English.
Photos are scattered the whole post.



**Sebelum aku post aku tengok balik apa aku type ni semua?
Giler aku dah datang haha.

So abaikan la ye kalau tak suka.
Otak aku sort-dort WAYAR KEJAP KENA KEJAP TAK KENA ni aku rasa masa aku type.

Nak edit malas. so let it be je la.

Ni panjang pasal aku ambik kesempatan cakap sikit pendapat aku tentang beberapa perkara.


Ni mula2 keluar 1992. Kalau korang tengok video live zaman tu di youtube antaranya persembahan mereka di DONINGTON 1992. Mereka antara band termasuk Slayer terbabit untuk DONINGTON Monsters Of Rock tahun tersebut dimana IRON MAIDEN menjadi headliners.

Tahun tu jualan tiket 70,000 je pasal masa 1988 Maiden headline dah dua peminat mati pasal lumpur dan asakan penonton 107,000 masa GNR beraksi siang hari.
Tapi aku dah gi Donington dua kali tengok Maiden headline dan dua2 hari Maiden headline rasanya 80-90,000 datang kot. Tapi dah dialihkan tempat pasal memang padang Donington besar giler, boleh isi berapa banyak airport gitu kat kawasan terbuka tu.


Nanti aku link kat bawah korang tengok video tu kat belah bumbung semua lampu2 show Iron Maiden dah dipasang, dan kat belakang pentas pun dah ditutup kain hitam segala stage set Maiden.
Ni ialah Donington di mana keluar cd dan video tape Iron Maiden Live In Donington 1992.
(ada minit ke berapa entah kamera fokus kat penonton siap bawak gitar kadbod lagik).

Jadi album THE CRIMSON IDOL ni memang terbaik dan sangat dahsyat kehebatan nya.
Sepatutnya jadi album solo Blackie Lawless tapi last minit jadi album kumpulan WASP.

Album ni ialah album konsep. Dan istimewanya, kebanyakkan lagu akan membawakan tema dan melodi sama berulang iaitu antaranya "Only Love Can Set Me Free", dan "Long Live The King Of Mercy".
Suara Blackie Lawless dalam album ni menyentuh jiwa.

Ceritanya ialah pasal Jonathan Steel ni anak kedua dalam satu keluarga dan mak bapak dia hanya beri perhatian dan kasih sayang kat anak sulong saje. Iaitu abang Jonathan.
Jonathan nasib macam kentang, kena pukul ngan bapak dan mak dia pun tak suka dia.
Nak jadi cerita,
masa Jonathan 14 tahun abang dia mati eksiden kena langgar pemandu mabuk kot? (haha.. aku dah lupa la cerita dia eksiden kereta, tapi tak tahu mabuk kot drebar lagi satu).
So abang dah mati pun.. Jonathan tetap tidak dipeduli dan siap dipukul lagi.
So Jonathan lari dari rumah, jadi budak nakal, satu hari dia pecah masuk kedai guitar, dan dia beli gitar yang Crimson tu... (warna seakan Merah pekat tu).
Jadi nak pendekkan cerita, Jonathan jadi rock star.
Satu hari dia telepon mak bapak dia, pasal dalam hidup dia, dia cuma nak rasa kasih sayang dari ibu bapa, sekali tu borak borak kejap, tiba2 mak dia cakap yang dia takde anak dah...

Jonathan kecewa, malam tu masa persembahan dia ambil string gitar dari gitar warna Crimson merah dia buat ikatan tali gantung, dan dia gantung diri.
Jonathan mati, bunuh diri kecewa mak bapak dia masih tak mau terima dia sebagai seorang anak, walaupun dia dah besar, dah kira berjaya dalam hidup.

OK, kalau 1992 waktu album ni keluar, album ni cuma ada 10 lagu.
Tapi tahun 1998 waktu album ni keluar remastered dah ada bacaan cerita pasal Jonathan ni dibaca oleh Blackie Lawless.
Dan kalau korang jumpa versi double cd memang terbaik pasal ada dua lagu studio yang aku tak tahu bersangkut paut jugak tak dengan konsep dan tema dan jalan cerita album ni,
dan jugak ada banyak lagu dari persembahan mereka di Donington 1992 yang aku cerita kat atas tu.
Jugak termasuk satu cover lagu Led Zeppelin When The Levee Breaks.

Album ni sangat hebat, dengan setiap lagu tersangat sedap. Ada beberapa bahagian slow dan mendayu2 kat album ni dan jugak ada lagu Hold On To My Heart. antara lagu paling tak sangka WASP boleh buat lagu2 cam gini.
Antara lagu aku paling suka dalam semua lagu gerek ni ialah Chainsaw Charlie (Murders In The New Morgue) lapan minit panjang tapi tak rasa, lagu The Idol, dan tentu lagu feberet aku ialah I AM ONE, dan kira semua lagu la. dan semua babak.

Aku suka kumpulan ni, walaupun aku tak ikut satu persatu segala album mereka, dan yang paling terakhir sekali aku minat dan betul2 ikuti ialah Babylon, walaupun pada pendapat aku Blackie Lawless ni ialah seperti agungkan kulit putih dan kalau korang perasan masa video lagu BABYLON IS BURNING, masa part liriks dari Bible "Who Unto The Beast?" video screen belakang keluar gambar President Barak Obama kan? dan tak semua kan rakyat Amerika suka Obama tu kulit hitam dah diragui latar belakang nya,  aku pun dah lupa korang gi cek sendiri video lagu tersebut. Jadi kesimpulan aku memang mereka ultra kulit putih.
Tapi seriously aku suka lagu Babylon Burning cuma video screen belakang tu, boleh la buat kesimpulan sendiri tentang pemahaman sebahagian kulit putih seperti kumpulan WASP dan Blackie Lawless sebagai ketua, 
ada makna tu video video sejarah tu semua. Yasser Arafat pun ada ok.
Well.....? masing2 nye pendapat ye tak?
Tapi again aku cakap, aku suka WASP pasal lagu dorang gerekkk.



Dan masa aku sekolah dulu, kau tahulah dulu budak2 melayu semua katak bawah tempurung, akronim WASP ialah "We Are Satan People", dan di barat, seperti isteri Vice President USA, Tipper Gore cakap akronim tu ialah "We Are Sexual Perverts" tapi rata rata akronim sebenar ialah "White Anglo Saxon Protestant" yang pada pendapat aku memang golongan ni ialah mereka yang agungkan kehebatan kulit putih.
Memang sangat terserlah.
Aku takkan tuduh kumpulan ni dan Blackie Lawless rasis menjunjung kehebatan kulit putih amerika, tapi cukup aku cakap dorang bukan Bruce Dickinson sebagai frontman Iron Maiden nye cara pemikiran yang sangat universal dan menerima semua.

(korang kena paham ye, aku bezakan ye, aku minat seni mereka, lagu2 dan persembahan kumpulan ni sangat unggul dari aku kecil sampai kini aku minat band ni, tapi pada masa sama aku nilai band ni dari segi pemikiran dan apa yang mereka nak tonjolkan).

Tapi tu mungkin perbezaan zaman dahulu antara band rock Inggeris dan band rock Amerika.
Inggeris mungkin rasanya rakyat mereka secara umum terima semua warna dan kepercayaan manakala Amerika rakyat mereka ada macam "hidup atas pokok", mereka hanya fikir negara mereka saja wujud dalam dunia.


Steve Harris minat West Ham, dia ada tempat duduk sendiri di Upton Park, dan aku pernah jalan kaki dari stesen keretapi di East London sampai ke Upton Park, kiri kanan semua kedai India dan orang India origin. Kedai Alhamdulillah banyak kedai halal, dan kedai jual daging halal, so waktu aku jalan tu aku memang imagine yang memang kumpulan Iron Maiden tak lari dari kehidupan becampur gaul dengan masyarakat berbagai bangsa dan agama.
Memang seronok kalau tengok kawasan Upton Park Stadium tu...
Rasa cam kat Little India je.
Tu la ceritanya, West Ham United gi majlis2 masyarakat India contohnya, kasi tiket untuk tengok game, untuk besarkan fan base dorang, ye la sekarang dah pakai Stadium Olympic London siot. 


Balik kepada pemikiran band London macam Iron Maiden, Mungkin, Sebab tu tak kekok untuk Bruce Dickinson atas pentas berbual pasal warna kulit dan sebagainya.
Mungkin Metallica ada berbual pasal famili la apa la, tapi... aku rasa dorang taklah expose kepada kehidupan majmuk di Amerika seperti mana masyarakat am exposed di England.

Ni pendapat aku je la.

Lagi satu keunikan WASP untuk aku ialah, selain dari video2 mereka beraksi di Donington depan penonton2 yang dahsyat ramai berhimpit lagi membakar aku nak gi Donington tapi masa aku nak ulang kaji cammana keadaan Hellfest pasal memang aku langsung tak tahu apa2 dan cammana nak gi sana pun,
aku masih ingat aku ulang2 tengok youtube WASP beraksi di Hellfest, dan aku study video handphone peminat mereka dan aku dapat konfiden suasana peminat masa WASP main cammana keadaan pesta Hellfest, yang aku boleh gi sorang2.

So tu la kalau aku kenang WASP, pada aku mereka jadi reference aku untuk nak gi Hellfest dengan konfiden sorang2 dengan prinsip main rembat je, apa jadi jadilah. hahha.

Gitar kat album ni kalau kat album ni ialah Bob Kulick (abang gitaris Kiss zaman feberet aku akhir 80an awal 90an) dan Doug Aldrich.
Tapi bila dah terbit main live ialah Doug Blair. Aku suka dekni dia keluar masuk Wasp tapi video2 live Donington tu semua dia la, dulu rambut perang2 sekarang hitam kot last aku tengok youtube.


ni ialah album original Crimson Idol.

Sila dengar satu album dan jatuh cinta ok dengan album ini. 
Berapa rock mampos pun sebagian, dan berapa mendayu pun part lain,
inti nya, kalau nasib macam kentang, mak bapak tak beri kasih sayang dari kecik, kena pukul lagi, sampai mengaku takde anak lagi, maka gantunglah diri pakai string gitar.



bawah ni pulak, korang tengok
bumbung dia, semua dah siap untuk Iron Maiden waktu malam dan semua kain hitam tu sembunyikkan prop dan pentas gergasi Maiden.
Minit ke 1:48 orang masih bawak gitar kadbod..

Kalau korang cam bendera kat guitar Blackie Lawless.

Tu BENDERA CONFEDERATES.

Kalau aku salah betulkan, ni ialah bahagian Amerika zaman dulu yang antara agendanya nak kan HAMBA ABDI dari golongan kulit hitam dan sebagainya diteruskan.
Mereka yang ditewaskan Abraham Lincoln nye Union yang nak rakyat Amerika semua hapuskan HAMBA ABDI.

Ni masa peperangan CIVIL WAR.

KALAU AKU SALAH BETULKAN.



Donington,
untuk peminat muzik, takde tempat sepertinya dalam dunia..
walaupun bertukar organasasi, walaupun dah ada peminat mati pasal berlumpur dan himpitan 107,000 orang berasak,
tapi dari 1980 sejak pertama kali Donington jadi tempat metal dan rock, sampai sekarang.
Lokasi mereka ialah kawasan Blue Collar sangat
.
Kawasan di mana Black Sabbath, Led Zeppelin, Judas Priest ((Maiden ialah budak2 bandaraya London dan Ritchie Blackmore dan Deep Purple dari kota2 lain, Roger Glover dari Liverpool sama bandar dengan si Jeff Walker Carcass, pasal masa aku tengok Carcass, Jeff Walker bukak story pasal Roger Glover Deep Purple cakap dorang sekampung)) mulakan segala tok nenek rock dan metal mereka,

jadi tempat Donington tu ialah seperti jantung untuk muzik rock dan metal kerana yang datang setiap tahun ialah peminat2 dari Birmingham, Leicester, Derby, Nottingham dan ni semua ialah kaum masyarakat yang memang kaki rock dan metal.
Aku dah gi dua festival 2013 dan 2016, dan aku tahu Maiden akan headline lagi satu festival sebelum bersara, dan aku nak gi lagi, lengkapkan hat -trick. Banjir lumpur ke, keadaan darurat ke, apa ke, its rock n roll.

OK saje je.. ni ialah video Babylon Rising dari tahun.. entah dah 10 years kot lagu dan album ni..
tapi cek out video screen dia kat belakang dengan synchronisation lyrics nyanyian Blackie Lawless.
apa pun ni antara lagu paling aku suka dari Wasp.
Walau aku kurang suka dengan pemilihan kat video belakang tu..
Tapi WASP ni cubalah buat create fantasy setlist show 100 minit kalau kata dorang main bawah kolong flet blok rumah aku. Impossible kan? Giler banyak sangat lagu sedap yang aku suka ni band.


WALAUPUN AKU MINAT LAGU NI, hebat sungguh lagu2 dalam album Babylon.

Tapi pada pendapat aku, untuk rakyat Amerika yang dimana band ni berasal pun,
yang aku tak nafikan rakyat Amerika antara yang paling "KATAK BAWAH TEMPURUNG" mentaliti mereka, dan pentingkan diri sendiri, dan tindas kulit lain dan agama lain walau mereka ada Freedom Of Speech,
untuk mereka yang minat WASP, tapi nonton video ni,
apa rasa mereka? tengok watak2 kat belakang tu.
So benda2 gini aku suka tengok, untuk aku ni la benda2 cucuk jarum.
Dan jangan keliru, mereka sendiri tak percaya dengan Obama dan soalkan latar belakang nya.

Blackie Lawless ni seorang yang sangat pintar.
Bukan sahaja pandai main muzik, cipta lagu, tulis lirik dan suara sedap giler.
Aku suka giler dia ni actually. haha.


Liriks balada Hold On To My Heart cantik sangat dalam album Crimson Idol ni.

There's a flame, flame in my heart
And there's no rain, can put it out
And there's a flame, it's burning in my heart
And there's no rain, ooh can put it out
So just hold me, hold me, hold me

Take away the pain, inside my soul
And I'm afraid, so all alone
Take away the pain, that's burning in my soul
Cause I'm afraid that I'll be all alone
So just hold me, hold me, hold me

Hold on to my heart, to my heart, to me
Hold on to my heart, to my heart, to me
And oh no, don't let me go cause all I am
You hold in your hands, and hold me
And I'll make it through the night
And I'll be alright, hold on, hold on to my heart




"... STEVE HARRIS FOR EXEMPLIFYING TRUE INTEGRITY IN EVERYTHING IRON MAIDEN DOES."


So This is the Remastered Japanese Pressing of the Crimson Idol.
It comes with two cds instead of one.
As usual the Japanese packagings are very cute with the Obi and everything.

Even the story naration of Jonathan text is printed. And even all the Donington live songs from 92 as the lyrics printed. So I post here all the English text.

In summary as I type above in green italic,

-I was talking about why Donington is so special to me having seen Maiden headline there on two seperate years festivals.
-The awesomeness of this Crimson Idol album.
Every song is so special
and the 2nd cd of songs makes this version an amazing collectible.
-The suicide of Jonathan due to his parents attitude towards him.
- A small matter of Babylon Rising song and the video behind it.
I am not agreeable with some of the faces featured among others but I think the song itself is a fabulous song.





















5 comments:

Ijau D. Koceng said...

satu lagi vokal malar-hijau...

berteromber said...

Memang sedap album ni...walaupun tinggal Blackie Lawless sorang...tapi masih berbunyi WASP...

Time ni dorang satu management ngan Maiden kan?..

Rafi said...

Nak cari la album edition ni.konsep album mmg aku suka

D'arsil said...

tragis betul kisah hidupnya.

gayour said...

ya, gua setuju. album ni memang konsep album metal terbaik dan tersedap ciptaan WASP. lagu ' The Great Misconceptions Of Me' mengingatkan gua pada drama tragis bertajuk 'Siapa Yang Harus Dipersalahkan'( ilham dari lagu 'Who's To Blame - Sacred Reich ) yang gua buat dalam majalah humor Geli Hati (1991)
Mr.Blackie bukan saja bijak tapi juga bijak mencipta kontraversi ( tajuk album dan lagu Animal **** Like a Beast ) dan gimik ( minum darah fake dalam tengkorak fake, gigit dan baling daging salai pada penonton). lagi satu dia tak pernah mengaku maksud sebenar W.A.S.P.walau jelas pendiriannya.
cuba tengok joget Blackie dalam setiap konset... macam tarian orang asli Amerika - Red Indian.
gua memang suka band ni- liar, rakus dan kontroversi! album The Crimson Idol memang dahsyat dan tragis