Thursday, November 30, 2017

Search - Katharsis - Itunes



Hari ni aku nak cakap sikit pasal Search baru.
Sebelum type ni aku kena cek ejaan " Katharsis" cammana. Terbelit lidah jugak nak sebut nama album ni.
Machine Head nye album baru pun nanti nama album "Catharsis" jugak. Ejaan je lain. Rilisan Januari 2018.
KEBETULAN je kot.

Aku tak beli lagi cd physical album ni.
Aku cuma donlod Itunes pada pagi rilisan album ni.
Aku teruja ada logo " Mastered For Itunes".
OK, ni logo mengkonfiuskan aku.. betul ke? ada seperate mastering untuk Itunes?
Tapi takkan Itunes nak rembat sebarang letak logo ni kat page Katharsis kan?

Anyway,
So aku guna Itunes nye rip untuk masukkan album ni dalam Walkman aku.
Macam aku cakap...
Masa aku zaman sekolah dulu2, kaset2 album2 Search berada dalam Walkman aku.
Dan zaman ni, album terbaru Search masih berada dalam Walkman aku.
Zaman berubah, berpuluh tahun, teknologi berubah tapi ada benda tetap "the song remains the same", 
Search dan Sony Walkman.



So aku dengar album ni cuma waktu 

BERJALAN KAKI, 
TUNGGU BAS, TUNGGU TRAIN, 
DALAM BAS, DALAM TRAIN, 
DALAM SUASANA HIRUK PIRUK KEHIDUPAN.

Ni aku nye pendapat or ulasan or whatever.

- Bunyi dan sound album ni tak membingitkan aku.
- Album ni lembut sound dia pada telinga aku. Aku suka.
- Aku suka tengok kredit2 cipta lagu ada membabitkan Search.
- Lagu2 nya bermula dramatik, contoh Jubah Pengantin.
- Ni album has a strong finish untuk beberapa lagu terakhir.
- Lagu2 laju dan rancak aku suka. Apologia pun sedap. Lagu2 slow pun sedap jugak.
- Aku suka ni album ada beberapa "time changes" dalam lagu yang kejutkan aku.

- Aku kekok dengar drummer lain, bila aku tengok Search bila dengan zaman Lola dan Pae main live memang dah macam heavy metal pun ada pada aku. Tapi tu live environment.
Tapi ni album studio, so kekok sikit dengar mula2. Pasal Yazit is(was) always the constant dalam studio albums.
- Aku suka rilisan Sidang Kangaroo sebagai first song, pasal pada aku tu la lagu paling aku kureng, so its a very very pleasant surprise bila dengar lagu2 lain semua gerek dari Kangaroo.



Pada aku Search tentu ada seorang Quality Control yang kasi final decision untuk rilis album ni, mungkin salah seorang anggota band atau mungkin producer.
Dan ni album tentu dorang QC lepas datang balik dari Mastering. Pasal aku tengok kredit ada mastering kot ni album. Dan terang2 Itunes dah letak "master for itunes"

(A Matter Of Life And Death, si Steve Harris dengan kepala batu suka tok nenek dia tak kasi tu album hantar mastering, jadi memang takde mastering langsung AMOLAD studio album waktu rilisan 2006 kerana kepala batu Steve Harris nak kena ikut cakap dia je dan dia memang tukang QC Firaun untuk Iron Maiden).

So kalau QC band ni dah approve ni la final product, maka aku hadam je la.

Macam aku cakap Peminat have the vote, dengan keluar duit untuk beli album or donlod album berbayar dan beli tiket, dan luangkan masa, tenaga, belanja dan susah payah gi sana gi sana tengok band main live.
Sebagai peminat, most important dorang nak sesebuah band dorang minat dapat carik makan.
So aku do my part, aku donlod ori. CD Physical... hmmmmnn.. ada empat so kena cek mana satu Nordin punye. haha.
Bila tengok Sess live pun dah tahu kan nak diri mana, diri belah bahagian Nordin (Dave Murray side). Kalau kat IB, kena paksa beli seat duduk, so again, beli seat kena beli pilih bahagian Nordin.
Tapi setiap orang ada feberet band member sendiri la kan. Ni aku cakap aku.

In conclusion.
Ni album is lagi baik sangat dari apa aku jangka.
Aku off long weekend ni so aku memang ada kat KL, tapi aku tak rasa aku dapat tengok Sess main nanti Sabtu ni. Korang pun tahu kan, gi kawasan Stadium Shah Alam kalau naik public transport memang macam pelarian ok...
siap seberang rail komuter, masuk bawah pagar, lari seberang highway... tapi kalau bola nye pasal memang sanggup la kan haha.

Well... some other time...

Next... PRIME DOMESTIC. (berdebar-debar tunggu).











7 comments:

D'arsil said...

Aku masih lagi menghadam album ni... tak macam ghotik malam edan dgr sekali dua dah tangkap lirik lagunya. Album ni mmg lain dari yg lain.. kat inlay cd aku suka tgk gambar din..ucapan kid menyentuh juga mention abang yazid sob sob sob

Rafi said...

Ayat "sess" tu bukan guna official dlm grup whatsapp je ke?hahah

Tahir Jaafar said...

Best.

berteromber said...

aku dengar guna spotify jer...rasa malas pulak nak tulis...nanti lah kalau dah beli cdnya...

matakucing said...

Lagu sedap...lirik best

deaf-angel said...

Hi matakucing

matakucing said...

😁😁✌