Monday, December 18, 2017

prime domestic - prima domestika (ulasan) dan foto2 merchandise masa Public Distortion 2017

Prime Domestic, possibly the hottest and best Malaysian rock band at the moment finally release their long-awaited first full studio album. 
So my personal best studio album of 2017 & end of 2016 will be
1st - Prime Domestic - Prima Domestika
2nd - Bon Jovi - This House Is Not For Sale (Japanese version extra tracks)
3rd - Kreator - Gods Of Violence (Japanese version extra track).
This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.





Macam aku cakap kat atas, Prima Domestika ialah album studio yang aku pilih terbaik dalam cd2 dan itunes album2 yang dirilis tahun 2017 dan akhir 2016, baik cakap Melayu atau cakap Omputeh.
(Aku belum beli Anthem terbaru so aku tak boleh include cakap Jepun punye la...)

Kelakar nya, Lagu2 dalam Prima Domestika ni aku hadam dahulu versi live sebelum betul2 dengar dalam album studio.
- Masa persembahan PD di G Hotel April lepas, mereka bawakan tiga lagu aku tak pernah dengar Tekno Dewata, Sedingin Pluto, dan Satukan Impian.
- Masa persembahan PD di Public Distortion minggu lepas mereka bawakan tiga lagi lagu aku baru dengar berapa kali round iaitu Malam Berasap , Kurnia dan MMLXXXVII.

Campur dengan Ilusi Intonasi yang rasanya semua familiar sangat dari dulu,
maka TUJUH lagu dah dimainkan live dari album Prima Domestika.
Semua pun GEREK - GEREK BELAKA...  ye la dah terang aku nobat album ni album terbaik 2017 kan yang aku beli atau download.

Tinggal tiga lagi lagu yang belum dimainkan live (atau at least belum aku dengar lagi dimainkan Live iaitu Lu Baca Sendiri, Takkan Aku Begitu, dan Ritma Irama Kita. 
Boleh tak aku cakap Tiga Lagu ni sangat atau mungkin lebih hebat dari lagu2 yang dah dimainkan live.

Ritma Irama Kita - Pada aku la, imaginasi aku cakap - Kalau Eddie Van Halen dengar lagu ni, dia akan terus pergi rumah Sammy Hagar dan Michael Anthony,
dia akan sembah peluk cium ni dua orang, dan pujuk mereka reunion semula Van Halen era 1985-1996.
Dahsyat giler lagu ni. Aku macam "makdatok!!" first time dengar.
Dan aku happy sangat lagu ni dicipta oleh Joe dan Hillary sendiri..



Sikit ulasan dan pendapat aku nasik tambah

- album cover rasmi yang iringi album ni pada aku la, pada aku la memaparkan seseorang sedang berdiri di atas sampah sarap, dah sedang tembak burung gagak.

- album ni secara terang lagi clear letakkan dimana album ni dirakam dan dimaster.
Aku suka baca mastering tu... clear sangat sapa yang master, di studio mana, di bandar mana, dan di negara mana.
Dan herannya, aku ni tidak aktif sosial media, tapi nampaknya Prime Domestic takde pukul canang nak bilang satu dunia album ni master kat mana pun...
Padahal dah hantar gi Sydney, siap letak semua maklumat dalam sampul buku lirik.

Takde la nak pukul canang bilang master kat UGANDA ke, NORTH KOREA ke, tapi...  well... (cakap "well..." sambil angkat bahu). Tapi takde lak informasi sapa master, kat studio mana? bandaraya mana? ye la, peminat beli album nak baca segala toknenek informasi kan. 

" You can fool everyone some of the time, You can fool some people all the time, but you cannot fool everyone all the time " ada ke omputeh nye peribahasa cakap cam gini??

Album ni kalau tengok susunan lagu, Prime Domestic bukan nak gi untuk pasaran lagu meleleh sangat. Faham maksud aku tak?
Sedang album2 band rock lain selalunya la, kalau dari segi trend, by 2nd atau 3rd song dah lagu meleleh cintan cintun...
tapi... album ni, kena tunggu giliran lagu keempat Kurnia untuk masuk sebuah lagu love song.

Sedangkan kalau band2 lain, agaknya kalau ada lagu hebat macam Kurnia ni silap2 letak 1st atau 2nd song dalam album untuk umpan peminat dan pendengar.

Lagi apa eh? album ni memang terbaik semua lagu, boleh dengar la semua instrument seronok, sapa minat Joe dan Hillary tentu tak hampa, tapi rhythm section pun hebat jugak.
Aweera dalam studio album, tak disangkal lagi, hebat dan sedap suara nya.

Tapi jatuh bangun band rock ialah bermain live, di hadapan peminat muzik yang bayar tiket, penat2 dan susah payah travel dekat dan jauh dalam apa keadaan pun nak tengok mereka main.

Dan aku tak tipu, Prime Domestic tak menghampakan live dalam dua show full mereka yang aku tengok Joe, Hillary, Ainol, Ainol, Ainol (aku cakap 3x pasal drummer memang superb live) dan Fauzi dan keyboardist mereka (aku suka dia punye piano solo sebelum Ilusi Impian kat Public Distortion tu hari..).
Cuma Aweera, please brush up your English ok!!
Tentu tak mudah nyanyi dua jam tiga jam kan, tapi ni dah band Champions League , jadi Aweera kena terima segala lahar dan improve improve.

Tapi kalau studio album 10 lagu ni Prima Domestika. Sila Beli kalau belum beli. Lagu2 semua sedap untuk semua lapisan masyarakat dan halwa telinga lain2 citarasa.
Dan packaging pun hebat.
Dan untuk dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Aku rasa Prime Domestic deserves more.

Last sekali, mohon Prime Domestic akur dengan permintaan peminat dan letakkan lagu2 ni dalam Itunes.
Aku berani speku, peminat2 takkan beli satu satu lagu, mereka akan donlod seluruh album. Percayalah!!

Anyway untuk lagi satu review syok sendiri album ni tapi penuh hikmah, ilmiah dan informatif sila ke - http://tokancd.blogspot.sg/2017/12/prima-domestika-prime-domestic-2017-aku.html
(dia cakap orang kat cover tu tengah teropong? biar betik ye ke??
teropong anak bulan ke beb??)


Untuk review aku Prime Domestic main live di Public Distortion 2017 sila ke - http://deaf-angel.blogspot.sg/2017/12/prime-domestic-xpdc-live-review-9-dec.html

Untuk review aku Prime Domestic main di G Hotel bulan April lepas sila ke - http://deaf-angel.blogspot.sg/2017/04/prime-domestic-live-review-2nd-april.html

Anyway cakap pasal Public Distortion 2017...

ni ialah antara merchandise dan foto2 stall2 yang jual produk Prime Domestic dan XPDC.



cd Prima Domestika yang dijual hari tu, RM23 je saje untuk sebuah album rock melayu yang sangat terbaik dan sehebat mana2 rilisan band omputeh....


atas ni ialah tshirt2 " event" untuk hari tu..... belakang ada date dan lokasi.


ni XPDC nye dorang gi Europe kot tu hari.... belakang nye design.



MONGGOL DAH PULANG nye design...atas...  aku dah lupa lak belakang tulis apa.. "monggol dah pulang" kot?
SAMURAI nye tak salah aku belakang tulis " militia".


Ni belakang nye design2 tshirt yang aku letak kat atas yang aku cakap " event " tshirts tu..


yang Prime Domestic atas tu belakang dia sangat simple logo kecil...

Popular jugak aku tengok hari show Public Distortion tu peminat2 pakai..

Yang PD logo kaler hitam tu belakang tulis nama2 lagu pun popular jugak....





Ni yang Hearty to Europe tu yang tadi atas belakang tu ada dates di Eropah...

Samurai pun lawa jugak kan....

K tu je la kot.....       Bye.




8 comments:

berteromber said...

aku belum hadam abis dengar PD ni...nantilah tunggu cd aku sampai baru boleh cerita...

Skudal said...

steady...kat spotify pun tak ada...kena beli jugak nampaknya

D'arsil said...

Akan didulukan cd ni utk dibeli kalau sudah deaf pilih album ni terbaik utk tahun ni..

Rafi said...

Nanti la aku nak beli jugak.dah 2 org review.anyway tq deaf dan tokan cd sebab mereview

dilabangiWORLD said...

lau aku nampak owg pakai tshoirt cam ni aku nak tegorlah...
" ini dep ka? (sambil hangkat kening)
Morning from bangi

Ijau D. Koceng said...

listed!

speedrider said...

CD aku on the way. Tengah ayat Zan mintak Joe tulis "Mus Hensem"

Dr Rizal said...

WOW! ALBUM OF THE YEAR!.... terasa ruginya aku tak pergi konsert PD tu baru2 ni...aku harap sangat ada lagi 2nd concert di JB/Singapore...thanks promote blog aku...kenalah rajin sikit update, hihi😘