Sunday, August 30, 2020

Wings " Kita Merdeka" Online Streaming 2020 Ulasan/Review

 Malaysian premier rock band Wings played an online-streaming concert (pay per view) what with the covid19 situation now. About 13 songs. Interesting ocassion with very smooth audio and video quality, at least for me.




OK Charity Shield separuh masa, jadi aku time nak buat blog.

So tadi berlangsung peristiwa kumpulan WINGS " KITA MERDEKA " LIVE STREAMING 2020.

Harga RM35. Ni bukan kali pertama aku bayar untuk menyaksikan rock band buat persembahan secara online streaming. Sebelum nya berapa minggu lepas untuk Festival 3 hari 3 malam libatkan 30+ band2 Eropah majoritinya untuk gabungan 10 Festival Eropah yang diberi nama METAL ALLIANCE EUROPEAN FESTIVAL dimana rata2 majoriti band2 tersebut buat persembahan khas dari studio atau pentas masing2 di mana band2 ni berada waktu Covid19 ni. Review aku untuk peristiwa itu di sini - http://deaf-angel.blogspot.com/2020/08/reviewulasan-european-metal-festival.html

Mula2 sekali aku nak cakap aku biarkan je berkumandang dari speakers persembahan yang artis2 pembukaan tu Zynakal dan Yonnyboy  dan aku terhibur jugak la dengar. Aku tak tengok pun kat laptop persembahan mereka berdua, just dengar je. Terhibur diri aku ni dan akhir persembahan tu pun pada aku mereka nampak humble, dan rendah diri cakap sopan. So aku suka.. So aku cerita sini.. Kalau aku tak berkenan aku tak sebut pun.

So Wings. Lama tak tengok Wings main, rindu la kan kat Awie, Black, Eddie. Dan teringin nak dengar sound dan persembahan Wings guna dua gitaris.

Setlist

1. Negara Ku 

2. Puisi Merdeka

3. Kau Bukan Brader

4. Mabuk Tujuh Lautan

5. Crazy Night (Loudness)

6. Dalam Kehadiran Sofea

7. Pengabdian Ku Kekasih

8. Sejati

9. Jerangkung Dalam Almari / Awie baca ikrar sewaktu separuh jalan lagu ni dengan tak silap aku masuk  salah satu Megadeth Countdown to Extinction nye riff kot sewaktu bacaan Ikrar tu. Lupa la..

10. Romania

11. Ingatkan Dia (Awie cakap pasal frontliners sebelum lagu ni masuk)

12. Sekeping Kertas Bermaruah

13. Bujang Senang

dah... abis abis gitu..  haha.

sapa yang berada di dewan peristiwa diminta tengok bawah kerusi masing2 ada surprise. Sapa tengok online, abis abis gitu je la.. 


So? aku tengok ni sambil masih menghadam kegunaan dua gitar untuk live, dengan banyak lagu pun dua dua gitaris solo, dengan arrangement2 baru untuk sebagian lagu baik dari intro, gitar solos dan sebagainya. Jadi mungkin ambil masa aku nak hadam, nak adjust ye tak...  Mungkin akhirnya aku akan minat, atau aku kurang minat. Tapi ni semua selera masing2. 

Anyway, Wings menggunakan khidmat pemain keyboards yang kuat mix nya untuk Crazy Night dalam banyak banyak lagu haha, dan juga tiga backing vocals, dua kaum Hawa, satu kaum Adam. Cewahhh... HAHA.

Tapi ni pun suasana Covid19, dah cukup dah tiap hari asyik berita tak syok, berita negatif.. so mari kita carik benda2 positif je la...  Awie is superb frontman, untuk aku dia boleh bersuara atas pentas dan boleh bercakap/berceloteh walau untuk show ni sangat kurang dia menunjukkan "sense of humour " dia tapi lebih serious malam ni. Mungkin kerana suasana persembahan Merdeka, dan situasi Covid19 dan jugak dia highlight pengorbanan Frontliners.

Kualiti audio dan video, tiada masalah langsung untuk aku. Dari segi bayaran, untuk dapat kualiti audio dan video begini memang berbaloi. At least untuk aku la, di mana aku berada, semua licin aje streaming nye.

So kita pun faham suasana covid19 ni, hiburan2 dan berjimba ialah paling tak penting. Maka termasuk lah keadaan ekonomi band2 kita minat. Dan efek domino nye jatuh kepada band2 ni nye crew dan organisers. Jadi kalau ada kegiatan sihat cam ni, kita kalau boleh sokong, kita sokong la.

Cuma aku nak cakap sikit, tadi lepas show ni abis aku nak masuk balik macam tak boleh. Entah eh... aku ingat boleh ulang tengok streaming ni mungkin 2 atau 3 hari lagi sebelum dipadam. Tapi well...... 

So tu je kot... aku tahu tak silap aku Oktober 2nd ni, Armored Saint akan buat online streaming main live untuk raikan rilisan album studio terbaru mereka.... harga tiket US$10. dan ooo yeah yang tiga hari tiga malam Alliance Metal Festival ngan 30+ bands main dan boleh tengok ulang ulang tambahan berapa hari harga nya Euro6.66.

So berpatutan jugak la kita sokong, terutama yang kejong tak dapat gi tengok apa2 band live dengan keadaan Covid19 sekarang.




So tu je... Bye


Tuesday, August 25, 2020

Search Awie Apologia Raw Jamming Edition cd dalam ada 4 lagu ulasan/review

(nak cakap ulasan pun bukan sangat, borak kejap apa dalam kepala hotak aku aje) 

Serious berbual, rock melayu ni kadang2 otak aku jam nak buat blog.

Kecuali ada show2 aku pergi rock melayu, boleh la aku review2 sikit, upload bootlegs aku rakam, selain tu aku tak tahu apa nak borak dan untuk dapat berita rock rock Melayu ni, aku harapkan sahabat-sahabat yang kongsi info dan borak2 dalam group Wassap aje...    kalau tak memang aku tak tahu apa jadi la.

Lagi dah covid19 ni, lagi takde konsert nak gi, haha. 

Anyway, baru dapat, biasalah covid19 ni semua pun takpelah lambat asal selamat. Pekerja Pos pun nak kena jaga diri jugak ye tak? So thank you Postal Staff of the World.  Nak tunggu lambat sangat physical cd, Port dah hantar dah advance lagunya bentuk digital. haha.

SEARCH AWIE APOLOGIA RAW JAMMING EDITION.

Aku dah beli tiket sebenarnya show Search Awie ni 28hb Mac lepas. Tapi apa nak buat.  Takde Rezeki ye. Takpe.. Next time Insya Allah.

4 lagu dalam cd ni, 3 lagu jamming, 1 lagu original source. Semua empat lagu korang pun dah tahu cuma ni version tak pernah dengar la ye.  Telinga aku takde masalah untuk menerima tiga lagu versi Jamming tu.

Rock N Roll Pie, Bayangan Baiduri, Pelesit Kota, dan of course last song versi ori Nur Nilam Sari.

Serious berbual tak puas la kan tiga lagu je, mungkin ada part 2? part 3?  tapi apa pun aku suka kombinasi Search dan Awie, so aku support la beli ni. Especially ni covid19 kan. Support mana yang boleh.

Aku speku tentu ada lagu2 lain yang dirakam masa jamming yang seelok tiga lagu ni sesuai tuk direlease untuk peminat2 yang berminat nak dengar jamming version. So tu la aku speku kot ada part 2 nanti.

So layan gambar.



ni dari tadi aku rip cd ni jadi MP3 nak masuk walkman aku, bukak casing, alih cd masuk plastik vcd pirate, snap gambo show off, buat blog gini dah nak tiga round dah dengar ni empat lagu.

OK la aku happy untuk mendapatkan cd ni. Serious bila baca " jamming " aku expect worse actually sound nya.  So a pleasant surpise actually.

K bye.


Thursday, August 20, 2020

Toto cds

 Bukan tilam Toto, Bukan tikam nombor Toto, Bukan tandas jenama Toto, tapi band nama Toto.

Kalau aku tak tahu Iron Maiden, mungkin aku probably pilih ikut Toto.

Kalau aku kena pilih band nombor 2 kegemaran aku belakang Iron Maiden? Kadang aku pilih Rainbow, tapi kadang aku pilih Toto. Susah weiii...     Nantilah senang borak lagi..


If I dont know Iron Maiden existed, probably I would have followed Toto.

That explains it all my love for their music. A magical band , irregardless whoever is performing on these studio or live albums.

More next time..







Saturday, August 15, 2020

review/ulasan European Metal Festival ALLIANCE 7th to 9th August 2020 (online streaming)

First in Melayu Pasar and then my Broken English.

Minggu lepas secara online streaming (macam pay per view ) gitu.
Bayar harga  berpatutan EURO6.66 dapat password untuk tonton festival online ni. Gabungan 10 festival merata Eropah termasuk Bloodstock.
Harga yang sangat munasabah tiga tiga malam, tengok ikut suka kita bila kita free dan penganjur beri tambahan lagi dua hari selepas akhir tayangan perdana setiap band.
Covid19 kan? jadi lebih 30 band, bergabung untuk buat pesembahan 3 hari 3 malam, macam festival tapi kita semua kat rumah la.
Majoriti band rakam khas persembahan dari studio mereka atau pentas tempat mereka berada.
Ada sebahagian tunjuk video2 live mereka pernah main depan penonton sebelum ni.
TAPI...
yang best tengok bands yang rakam khas untuk festival ni dari mana mereka berada. Seronok sungguh.
Ada band pernah tahu, pernah dengar, ada band tak pernah tahu.. Foto2 kat bawah...
Nanti Wings nak buat benda sama kot hujung bulan ni, aku nak cuba dapat menonton jugak nanti kalau ada kesempatan.



Last week, I bought an online ticket priced at Euro 6.66 to be able to access this online streaming festival.
About 30 bands participate for a cyber music festival where you can view online anywhere.
The organisers gave an EXTRA TWO DAYS i believe for you to view all the content starting from broadcast time.
Most bands recorded special performances for this broadcast.
And that is awesome as you watch them play from their studios or stages in places where there are due to COVID19 situation.
I hope more bands do this to appease fans thirst for live music and attending rock concerts until the Covid19 situation is solved.

Here are some bands that I watch their performances online and I love it. I especially love Unleash the Archer.
I think this is a value for money for just Euro6.66



Rotting Christ


Dirty Shirt from Romania. There was so many of them in their performance.
Nice crossover songs, very entertaining. I like it so much.



Kampfar


I really enjoyed viewing this band. Unleash The Archers.
Never heard of them before.
I would like to check out more from them.



Nytt Land. Another Romanian band I think.



Venom Inc has this digital computer background...  


Orange Goblins. From UK. I like this band.



Dead Lord from Stockholm Sweden.
They have these huge banner of Iron Maiden inside their studio...
They play classic rock style. 
Another band worth checking out.

I think this is a good way for bands and viewers and music fans continue to enjoy live music in a covid19 environment.
At same supporting organisers and the bands themselves by paying some fees to view them.




Monday, August 10, 2020

Martin Birch has DIED / sudah MATI


First in broken English, selepas tu dalam Bahasa Melayu Pasar.

Posting Serious/Serius.


(yes all black LOL!!!)


So I just get to know Martin Birch is dead from friends thru wassap.
My friend is in Johor Malaysia currently, I am in Singapore currently.
that explains the trans-boundary international impact his death on the world.

Long before as a child I learn of Iron Maiden existence, and I do not even know Martin Birch produce them,
I had first fall in love with songs from Rainbow Rising and Sabbath's Heaven and Hell.
So can be concluded,
the music I love, the performers (in whatever musical chair they play turning up in different bands) has Martin Birth's print.

I think it can be concluded easily by an article I read, first time he learnt of a band called Iron Maiden was when Ritchie Blackmore brought him to his home, and play the first LP from Iron Maiden back in 1980 I guess.
So its about that isnt it... the Ritchie Blackmore/Martin Birch musical tree...

I guess his death has the biggest impact on me as a music fan since Ronnie James Dio passing.



Jadi tadi aku baru bukak Wassap , tengok Berteromber wassap cakap Martin Birch mati. 

Ala..... terasa ok. Sanubari.

Bayangkan impak kematian beliau, ok beliau mati kat mana? Amerika?
tapi orang kat Johor dah wassap dan aku kat Singapura sekarang ni dah baca.. dan terus buat blog.
BAYANGKAN IMPAK NYE SATU DUNIA UNTUK PEMINAT DAN PENDENGAR MUZIK.

Macam aku cakap atas tu cakap omputeh,
Sebelum aku tahu dan dengar Iron Maiden, aku dah minat Rainbow Rising.
Aku belajar bahasa Inggeris ialah dengan salin lirik lagu Highway Star.
Aku belajar Inggeris ialah dengan kawan aku budak darjah lima tu jam ajar aku sebut lirik lagu Heaven dan Hell.
(sing me a song youre a singer do me a wrong youre a bringer of evil ) gitu....  gitulah aku belajar bahasa inggeris haha.
Impak nye muzik2 lagu2 yang ada curahan kerjaya beliau sangat besar 
dalam keseluruhan kehidupan aku...




so....Banyak aku minat dalam hidup aku, selain dari ada acuan Ritchie Blackmore, ialah ada acuan Martin Birch.

Dan aku pernah baca, waktu Iron Maiden tu jam tak berani nak jemput Martin Birch jadi Producer album pertama mereka, kerana mereka rasa mereka kerdil band kecil,
tapi di zaman sama, Ritchie Blackmore dah bawak Martin Birch balik rumah dan pasang LP dari Britain, LP band pertama dari band bernama Iron Maiden.

Macam aku cakap kat atas... impak terbesar aku sebagai peminat music la ni Martin Birch mati, sejak kematian Ronnie James Dio.

Sekian Kemarapuan aku.....

ok back to sedih mode. haha.