Sunday, August 30, 2020

Wings " Kita Merdeka" Online Streaming 2020 Ulasan/Review

 Malaysian premier rock band Wings played an online-streaming concert (pay per view) what with the covid19 situation now. About 13 songs. Interesting ocassion with very smooth audio and video quality, at least for me.




OK Charity Shield separuh masa, jadi aku time nak buat blog.

So tadi berlangsung peristiwa kumpulan WINGS " KITA MERDEKA " LIVE STREAMING 2020.

Harga RM35. Ni bukan kali pertama aku bayar untuk menyaksikan rock band buat persembahan secara online streaming. Sebelum nya berapa minggu lepas untuk Festival 3 hari 3 malam libatkan 30+ band2 Eropah majoritinya untuk gabungan 10 Festival Eropah yang diberi nama METAL ALLIANCE EUROPEAN FESTIVAL dimana rata2 majoriti band2 tersebut buat persembahan khas dari studio atau pentas masing2 di mana band2 ni berada waktu Covid19 ni. Review aku untuk peristiwa itu di sini - http://deaf-angel.blogspot.com/2020/08/reviewulasan-european-metal-festival.html

Mula2 sekali aku nak cakap aku biarkan je berkumandang dari speakers persembahan yang artis2 pembukaan tu Zynakal dan Yonnyboy  dan aku terhibur jugak la dengar. Aku tak tengok pun kat laptop persembahan mereka berdua, just dengar je. Terhibur diri aku ni dan akhir persembahan tu pun pada aku mereka nampak humble, dan rendah diri cakap sopan. So aku suka.. So aku cerita sini.. Kalau aku tak berkenan aku tak sebut pun.

So Wings. Lama tak tengok Wings main, rindu la kan kat Awie, Black, Eddie. Dan teringin nak dengar sound dan persembahan Wings guna dua gitaris.

Setlist

1. Negara Ku 

2. Puisi Merdeka

3. Kau Bukan Brader

4. Mabuk Tujuh Lautan

5. Crazy Night (Loudness)

6. Dalam Kehadiran Sofea

7. Pengabdian Ku Kekasih

8. Sejati

9. Jerangkung Dalam Almari / Awie baca ikrar sewaktu separuh jalan lagu ni dengan tak silap aku masuk  salah satu Megadeth Countdown to Extinction nye riff kot sewaktu bacaan Ikrar tu. Lupa la..

10. Romania

11. Ingatkan Dia (Awie cakap pasal frontliners sebelum lagu ni masuk)

12. Sekeping Kertas Bermaruah

13. Bujang Senang

dah... abis abis gitu..  haha.

sapa yang berada di dewan peristiwa diminta tengok bawah kerusi masing2 ada surprise. Sapa tengok online, abis abis gitu je la.. 


So? aku tengok ni sambil masih menghadam kegunaan dua gitar untuk live, dengan banyak lagu pun dua dua gitaris solo, dengan arrangement2 baru untuk sebagian lagu baik dari intro, gitar solos dan sebagainya. Jadi mungkin ambil masa aku nak hadam, nak adjust ye tak...  Mungkin akhirnya aku akan minat, atau aku kurang minat. Tapi ni semua selera masing2. 

Anyway, Wings menggunakan khidmat pemain keyboards yang kuat mix nya untuk Crazy Night dalam banyak banyak lagu haha, dan juga tiga backing vocals, dua kaum Hawa, satu kaum Adam. Cewahhh... HAHA.

Tapi ni pun suasana Covid19, dah cukup dah tiap hari asyik berita tak syok, berita negatif.. so mari kita carik benda2 positif je la...  Awie is superb frontman, untuk aku dia boleh bersuara atas pentas dan boleh bercakap/berceloteh walau untuk show ni sangat kurang dia menunjukkan "sense of humour " dia tapi lebih serious malam ni. Mungkin kerana suasana persembahan Merdeka, dan situasi Covid19 dan jugak dia highlight pengorbanan Frontliners.

Kualiti audio dan video, tiada masalah langsung untuk aku. Dari segi bayaran, untuk dapat kualiti audio dan video begini memang berbaloi. At least untuk aku la, di mana aku berada, semua licin aje streaming nye.

So kita pun faham suasana covid19 ni, hiburan2 dan berjimba ialah paling tak penting. Maka termasuk lah keadaan ekonomi band2 kita minat. Dan efek domino nye jatuh kepada band2 ni nye crew dan organisers. Jadi kalau ada kegiatan sihat cam ni, kita kalau boleh sokong, kita sokong la.

Cuma aku nak cakap sikit, tadi lepas show ni abis aku nak masuk balik macam tak boleh. Entah eh... aku ingat boleh ulang tengok streaming ni mungkin 2 atau 3 hari lagi sebelum dipadam. Tapi well...... 

So tu je kot... aku tahu tak silap aku Oktober 2nd ni, Armored Saint akan buat online streaming main live untuk raikan rilisan album studio terbaru mereka.... harga tiket US$10. dan ooo yeah yang tiga hari tiga malam Alliance Metal Festival ngan 30+ bands main dan boleh tengok ulang ulang tambahan berapa hari harga nya Euro6.66.

So berpatutan jugak la kita sokong, terutama yang kejong tak dapat gi tengok apa2 band live dengan keadaan Covid19 sekarang.




So tu je... Bye


4 comments:

man said...

Dah lama tgu nak baca komen pasal Wings lineup ni haha.. Terbaik bang

D'arsil said...

aku sudah tengok line up ni live.. lagu2 wings macam sejati tu pun dah lain dah muziknya. fuhh gigil juga ni tak dapat turun gig konsert time2 covid ni. ni pm malaysia baru umum sampai hujung tahun ni pkpp ni. tak adalah sudah persembahan pentas sampai hujung tahun.. aku suka wings masa joe ada dengar muzik dorang pun tak banyak lari dari dengar album wings. hehe..

Kaboi Tanduk said...

Dia buat betul2 macam tengok live depan2, tengok sekali saja

dilabangiWORLD said...

Yuhuuuuuu, lamanya menghilang dep
hang apa habaq sehat ka