Monday, February 9, 2015

OXFORD, England - (tempat yang cantik dan menarik sangat) - Discovering it by day and night (Part 1)

(Warning Lots of Photos posting). I will talk cock mostly in Malay language with some talk cock in English in between....
Korang semua jangan jadi "selenger bacin" macam aku, aku dengar Oxford dari better half aku, aku cam Oxford? Ada apa kat Oxford? Aku tahu Oxford pasal dua benda je, Universiti terkenal tu ngan Oxford United nye team bola. haha.
Tapi pasal dah terpengaruh sikit2 pasal daerah Cotswold tu tengok drama2 zaman Queen Victoria dulu2 yang dibikin oleh BBC, ok ni yang ketiga la ye...

Hah, kau, memang aku tersilap...  OK kita mula ngan keganasan yang tak disangka2 la untuk aku..
Kat tempat cross tu ialah sekitar 500 tahun dahulu, paderi agama Kristian Protestant Archibishop of Cantenbury - paderi Protestant nombor satu di England dibakar hidup2 oleh QUEEN MARY. Tu jam ada perselisihan pendapat yang memang dramatik antara kepercayaan Prostestant dan Roman Catholic dan pasal tu jam Royalti yang berkuasa boleh buat apa dorang nak... So.........
Hah... Oxford dulu pun pernah jadi ibu-kota England... 
Dari cerita yang disampaikan, memang penuh suspens upaca pembakaran hidup2 pembesar2 paderi Protestant di tempat zaman dahulu tu...


The Cross or X marks the spot where the Archibishop of Cantenbury and his two assistants were burnt alive by Queen Mary. I better not delve on the two different religious aspects too much..

OK, mari kita kembali ke suasana aman damai... sopan santun dahulu....
Ni Winter...suhu dalam 3 darjah? 4 darjah? gitu la....
Aku rasa je la... memang sejuk giler...

Tapi pasal aku yang terover rasa seronok bila aku mendapati Oxford ni best, maka aku tak rasa sejuk sangat.



Tengok gitu macam, eh, budak2 tu empat orang tu budak2 pandai sekolah kat sini la ye? entah eh..haha.




Aku paling suka ni dua foto ni atas bawah, pokok2 tu tumbuh dan melekat gitu kat tembok bangunan ni.... Mungkin tak tahu dah berapa lama fenomena yang sangat cantik ni terjadi la ye....... (Fenomena siot..LOL!!)

The trees clasping against the walls...






OK Cammana kita sampai ke Oxford ni? OK, cam biasa, pandai2 sendiri...  nak paling mudah, paling cepat dan kalau boleh paling murah...

Maka kita naik bas ekpress dari London iaitu dari kawasan VICTORIA bus station.. naik dalam 90 minit gitu, terus sampai Oxford nye center gitu la....
Bayar kalau sorang pergi balik dalam....17 pound gitu. Satu orang pergi balik la.
Korang boleh bayar kat driver bas.
Driver bas tak mau ambik note 50pounds, so korang sediakan notes kecik sikit....

So memang seronok la buat benda sendiri pandai2 sendiri dan salah silap sendiri.. INGAT!! Kita cuba sedaya upaya jadi Pengembara bukan Pelancong. Kalau kau travels ngan niat mengembara, memang terbaik...



OXFORD TUBE IS THE NAME OF THE EXPRESS BUS THAT BRINGS YOU TO AND FRO LONDON TO OXFORD. IT RUNS EVERY 15 minutes or so... Very convenient as it finishes at Victoria Station in London.


So, dalam bas dah nak masuk kawasan Oxford, aku tercarik2...mana la University Oxford ni?? 
BODOH NYE AKU!!! Rupanya sebesar2 tempat ni semua merangkumi berbagai2 bangunan pelajaran yang ada dalam 30 lebih colleges, dan semua ni la yang rupanya Universiti Oxford.

OK, memang aku bodoh, tapi ingat tak aku cakap? Masa aku masuk muzium Louvre kat Paris, aku rasa aku jadi pandai kejap??
Hah, kat Oxford ni pun aku rasa aku jadi pandai kejap... maklum la, dikelilingi orang2 pandai...

HAHAHAHA!!

Hoi!! Aku serious ok, aku ketawa pasal aku tengah ketawa kat diri aku sendiri yang selenger bacin ni tercarik2 mana Universiti Oxford..

Lagipun ni kali trip ngan love ones aku, so aku kena ikut mode keharmonian dan kesopanan santunan la, pasal this is not an Iron Fuckin Maiden backpacking situation.


Ni dua foto masa dalam bas nak sampai pertengahan bandar Oxford gitu...Yang sungei tu very the Cotswold kan???


Photos from the Oxford Tube on the way to the city center, and me being an idiot was searching for a school building marked "Oxford University". LOL!!!!





OK ni kalau tak silap aku dulu kawasan rumah orang yang jumpa Haley's Comet. Kalau salah sorry la hahaha..

Jadi si Mr Haley tu duduk sini la dulu ye..

One of these is the home of the person who discovered Haley's Comet.

bridge atas tu pun ada story, pasal universiti Oxford ngan musuh ketat dunia akhirat dorang, universiti Cambridge gitu. Nanti lain kali ceta.
OK, ni foto malam pasal tu jam kita join HANTU nye tour, pergi explore tempat dikatakan berhantu.

Haah la kan,

tempat Oxford ni macam2 pembunuhan pelajar2 berpuluh2 orang kena bunuh oleh penduduk Oxford, dan paderi2 pun dah kena bakar hidup2...

mesti la banyak cerita hantu... OK nanti sambung pasal hantu,
banyak la...
cerita pasal Harry Potter nye film crew nak masuk tempat Oxford ni tak dapat, jadi dorang kena bina Oxford nye senibina sebijik kat studio,
pasal segala bentuk dewan dan pintu dalam filem2 HARRY POTTER gunakan bangunan2 lama Oxford sebagai panduan,
cerita pasal macam mana C S LEWIS - penulis chronicles Narnia tu dapat ilham mulakan buku cerita Narnia, tu jam dia dengan Tolkien yang tulis LORD OF THE RINGS nak masuk pub, nak minum..

cerita pasal mana tempat yang Bill Clinton dengan cerita Marijuana dia...

cerita macam2 la...

ok sebelum aku akhir ni, lagi sikit...

ALICE IN WONDERLAND.. tulisan LEWIS CAROLL..

hah, ni dimana pensyarah yang gunakan nick Lewis Caroll tu tinggal dan mengajar. Dia pakar Algebra or something...

Cerita nya... QUEEN VICTORIA suka sangat buka Alice In Wonderland, dia baca 5 kali.

So dia order Lewis Caroll hantar dia buku kedua tulisan dia.

Korang tahu? Lewis Caroll hantar buku Algebra yang dia tulis...

QUEEN VICTORIA MENGAMUK!!!

hahaha...

This is the place where Alice In Wonderland writer, using the writers name of Lewis Caroll, gives his lessons on mathematics to Oxford students many years ago.

Sorry we never go in. LOL!



OK ok nanti sambung hingga tu...

cuci mata lagi sikit... pemandangan streets kat Oxford..

sorry aku a bit busy sekarang.... ada chance buat OT berderet seminggu dua ni.. so buat la ada chance ni... Tapi tempat kerja aku tak berani la masuk internet, mau kang kena tangkap, mampos la aku...
strict giler.








TO BE CONTINUED....








Friday, January 30, 2015

A Cold Winter ENGLAND Travels - (gezek sikit dulu...)

Nanti ada time aku cerita panjang, seperti aku cakap mungkin ada korang yang sama kepala dan mentaliti macam aku boleh dapat manfaat terutama dari segi mana nak jimat terutama dalam penggunaan Airbnb terutama kalau bersama love ones korang.
beli sabun basuh baju paling murah kat kedai2 berdekatan, korang boleh basuh2 basuh2 basuh2.. ok cuaca sejuk giler macam air batu, tapi nak keringkan letak atas jeriji2 besi heaters yang memang ada gitu.

Tetap havoc, tetap happening, tapi pasal ni trip ngan love ones aku dan ni bukan aku backpacking sorang2 jadi mudah aku pandai2 sendiri tidur kat airport, merempat walau lapar nasik, semata2 pasal nak budget duit semasa nak tengok Iron Maiden main merata tempat dan band2 lain kat festivals... 
So memang posting2 berkenan trip ni ada sikit suasana kekeluargaan dan keharmonian dalam posting kali ini...

Sikit je ok, korang pun tahu aku orang nye very private, dan aku tetap nak mengrockmamposkan blog ni, keyboard aku kan, aku nye suka la nak type apa pun, haha.


So lots of travellings... in user-friendly Public Transportations..
- by trains both the short mass rapid systems of their London Undergrounds and Overgrounds, but also long distance to Portsmouth..
- by buses, both their amazing London buses that stretch to outskirts of London & the long distance bus to Oxford..  (MACAM KITA PUNYA BAS EKPRESS gitu...)

Where to start... ok Oxford...  Nanti aku cerita...terkejut beruk aku tempat ni best giler dan penuh bersejarah...
Jarang ada tempat pergi orang semua cerita pasal orang kampung bunuh pelajar2 sampai 63 orang dan tali perut pelajar2 semua terkeluar, ngan Archibishop Paderi Besar dorang kena bakar hidup2...,TEMPAT NI SANGAT CANTIK, BERSEJARAH DAN SANGAT BRUTAL RUPANYA dengan Harry Potter pun gunakan bangunan2 kat Oxford untuk buat filem dorang, dan macam2 lagi.




Ni tempat original Harry Potter yang dewan Hogwarts ke hapa tu...dorang tiru bulat2 kat studio pasal tak dapat masuk tempat ni nak shooting.


Portsmouth,

Air pasang pagi... surut pukul lima....
........
Sorong ke kanan, sorong ke kiri....





Lagi... OK Ni kawasan Upton Park, terkejut beruk aku.. Macam kat India..
Ooo ni nak gi Upton Park Stadium ni la, beli jersey.. haha.
Aku punye aku taruk nama sapa korang teka kat belakang jersey West Ham???




Lagi..

Ooo Hackney... ni kita orang duduk sini la, kat kawasan East London la kira..

Whole Population Of Hackney.. haha.. Korang tahu kan apa tu?








Oooo... gi West End....tempat pementasan seni punya banyak panggung theaters semua untuk classical shows, stand up shows, dramas... Very havoc dan fun place, tapi jugak masa yang sama a very serious place...



Nanti aku review kita tengok Thriller, Thriller ni nanti bulan tiga nak main kat Malaysia jugak, tapi ni yang West End London nye original pementasan la...
Terbaik..aku tak bedek, aku cakap memang terbaik... Berbaloi.

Eh? ok ni aku tampal sikit...keretapi yang kita naik gi Portsmouth , dan ni lagi satu naik bas nombor 38. Ni bus laluan dia terbaik la kan, so memang kira naik selalu la...





dan of course... gi stadium pasukan bola yang one and only la... takde game la nak tengok... kalau ada game pun susah kot nak dapat tiket..




Adalah jalan2 kat London, tengok2... fun la kan. Ooo gi Buckingham Palace tengah changing of Guards gitu... kesian polis2 berkuda dorang, jalan sana sini cakap "THERE ARE THIEVES HERE!! BE CAREFUL!!! " hahaha....
Ye la, dalam ramai2 tu.... CONFIRM ada pencurik dan pencopet... tapi tak tahu sapa.. Aku diri sebelah kau, kau ingat aku nak rompak kau, aku ingat kau nak rompak aku gitu...
Nanti la kalau ada gambo2 best dan lepas censor..haha.

Ooo ni what else, Tower Bridge..

Korang jangan confuse ok London Bridge Is Falling Down tu ngan jambatan ini, nanti aku tampal gambo lain kali..
"jembatan susah roboh, sudah roboh, sudah roboh...",








Also... Jack The Ripper nye exploration gitu... OK la, best la..



Ermmm... Hah......

Drum Battle..QUEEN's Roger Taylor on the smaller temporary drum kits at the small stage doing a drum battle with his son on the main drumset on the main stage..
Followed by Adam Lambert doing the vocals for Under Pressure...
aik tak keluar eh? kejap haha





 nanti la sambung, aku cerita pasal aku sempat adjust masa rushing dan gi tengok Queen (ngan Adam Lambert sebagai penyanyi dorang) main






To be continued and continued...

nanti la aku cerita... peha ayam 9 bijik harga 2 pound.



Wednesday, January 28, 2015

The o2




- Nama ori tempat ni Millennium Dome, sekarang jadi sebahagian kompleks o2. Boleh sumbat 20,000 orang kot? Tinggi giler. Seram siot.
- 12 tiang tu untuk setiap bulan dalam setahun..
- Dulu2 pertama kali aku dengar pasal tempat ni ialah berapa tahun lepas tu la or 10 tahun lepas kot? or what..aku dah lupa, yang bila Led Zeppelin reunion tu yang beratus2 ribu orang satu dunia ke hapa ke letak nama untuk undian dapatkan tiket tengok Led Zep main kat tempat ni..

Tapi ni of course la bukan show Led Zep kan.... tapi show band lain....



Long Cold Winter....sejuk giler aku sanggup meredah....






Tu hari ada peluang, so aku last minit beli tiket, aku mati2 ingat dorang omputeh ni macam kita, beli tiket last minute, Terkejut Beruk aku apasal lagi 2 minggu nak main 2 shows kat o2, tapi TIKET BERDIRI SEMUA SOLD OUT?, padahal show dua malam apa kat tempat besar gedabak ni??








Last2 aku carik2 tiket aku dapat paling last kopek.... tapi ok la, aku suka la seat aku. SEAT?? Aku dah otak jam ok masa carik tiket kat internet, pasal dah kira tiket dah nak abis la, tiket semua orang dah start jual balik ngan harga merapek, so aku paling penting carik harga original, so dapat seat pun seat la....


Dua malam persembahan, dua2 malam full house kat tempat o2 ni... Biar betik.

Apa pun...



GOD SAVE OUR GRACIOUS QUEEN



LONG LIVE OUR NOBLE QUEEN



GOD SAVE THE QUEEN!!







To be continued...


p.s - Untuk korang yang satu kepala atau sama mentaliti ngan aku, nanti aku try share satu cara untuk kurangkan kos, especially PASAL , KERANA ni kali pergi bukan sorang nak backpack tengok rock concerts dan festivals tapi pergi berhemah..

Anyway show Queen ni aku gi sorang la....  Sempat.........rock mampos punye pasal.

Thursday, January 22, 2015

Led Zeppelin IV (the UNTITLED and no band name on the cover fourth album) - (2014 remastered version with companion disc packaging)

Macam aku cerita aku tak pernah ada album ni, so macam biasa aku sebelum beli sesuatu aku minat, aku tunggu dan carik versi apa yang paling bebaloi. Jadi kebetulan ni series dah mula keluar tahun lepas so aku beli la. Kalau korang dah ada, jangan beli pasal companion cd dia tak best walau packaging cantik.
Korang lagi baik pergi dengar segala tok nenek Led Zep main live lagi best. Dan pastikan tu semua bootlegs rakaman peminat2 yang rakam tahun 70an tu semua dan bukan yang dah melalui ""Sabotaj"" di tangan Jimmy Page sendiri seperti SRTS nye live album.










Agaknye kalau sapa2 tanya aku kalau nak dengar studio album Led Zeppelin, album mana nak dengar dulu, aku rasa aku akan cakap cuba dengar album ni.

Ni album ada beberapa lagu yang popular dan dikenali ramai, dan boleh di kata kesemua lapan2 lagu kat album ni semua gerek.

Ada lagu Black Dog – dulu2 aku tercarik2 apa nye yang Anjing Hitam ni lagu? Then dah dewasa aku baca buku rupanya dorang tak tahu apa nak beri judul kat lagu ni, abis tu kebetulan kat studio ada anjing hitam keluar masuk, so dorang namakan ikut anjing tu la, ohh rupanya takde la ada unsur2 sumbang ye kat lagu ni? haha...., 

ada lagu Rock N Roll, best kan lagu ni. Legend la lagu ni.



Dan jugak, album ni yang ada lagu Stairway To Heaven,
Dalam banyak2 Stairway To Heaven Led Zep aku paling suka yang versi Songs Remain The Same live tu, tapi tu pun lagu versi kat Songs Remain The Same Live album tu pun tak wujud sebenarnye, Jimmy Page campur2 lain2 show live Led Zep dia cantum2 edit untuk dapatkan versi kat SRTS nye album tu. Nak dengar Led Zep main live, ialah menerusi bootlegs peminat2.
Contoh seperti SRTS nye album tu, dah kena vandalisma oleh Jimmy Page sendiri. Tapi kita sebagai pendengar ok je la, suka.. tapi kalau yang “pendantic” gitu, tentu tak boleh terima Jimmy Page dah suka tok nenek dia mengedit segala permainan live mereka sendiri ikut selera dia.

Aku sangat kagum zaman tu tapers semua rakam live shows Led Zeppelin, dan sampai sekarang bootlegs Led Zep masih tersebar. Bila tersebar maknanya masih ‘in demand” ye tak? Tentu tak sangka ye tapers tu semua, apa jadi kat rakaman2 bootlegs mereka. 

Sebab tu aku rasa rugi sangat kita melayu tak bootlegs kan segala persembahan band rock melayu.

Serious aku cakap. Aku cuba la tape, dan taruk dalam youtube. Dulu aku ada tape Amuk main live semua full show, ntah mana hilang haha... Aku harap kita orang melayu pergi la bootlegs segala tok nenek persembahan band rock melayu tak kira famous tak famous.

Tengok ni sekarang, semua rakaman2 band2 legenda semua dicarik dan dianalis setiap persembahan mereka setiap persembahan, kerana terutama Led Zep setiap show dorang tak sama. Sebjijik macam Deep Purple. Contoh la korang dengar tiga2 malam Made In Japan... Berlainan sangat...walau setlist sama.





Ok, sambung,

Dan jugak, album ni ada lagu Battle Of Evermore yang cerita ada kait mengait ngan Lord Of The Rings jugak lagu ada pompuan nyanyi duet tu,Sandy Denny. Ada lirik pasal Wraith semua tapi aku tak tahu la gambaran Wraith yang dinyanyikan kat lagu ni sewaktu yang sedang naik kuda hitam atau sewaktu yang naik dragon hitam tu.... haha..
Anyway, ni album yang ada orang panggil “Four Symbols” pasal setiap anggota Led Zep ada simbol unik masing2 kan? Sebenarnye Sandy Denny pun ada kecik kat bawah tu...

Actually kat album Unledded, yang Jimmy Page ngan Robert Plant main ngan tradisional musicians Morocco tu semua, yang dorang bastard la kan tak ajak John Paul Jones, pun ada versi Battle Of Evermore yang dramatik giler.

ada lagu Four Sticks yang John Bonham main lagu ni ngan 4 batang kayu drum, jadi title lagu la 4 kayu? 4 batang? 4 batang kayu? haha.

Then ada lagu Going To California. Suka giler aku kat lagu ni. Sedap dan lembut. Kalau la kata satu hari aku dapat pergi California mesti aku ingat lagu ni ngan lagu California Dreaming. Lirik lagu ni siap ada pakai bunga kat rambut. Very the zaman dulu2 gitu.

Lagi... Misty Mountain Hop. Lagu ni gerek. Henjut henjut gitu.




OK tapi last song album ni aku sangat suka.. When The Levee Breaks. Ni kira macam lagu rakyat gitu, Led Zeppelin modify kot jadi style dorang. Leve tu Empangan kan? Bila Empangan pecah, air pun masuk, jadi air bah.. Aku suka lagu ni..

Alrite la eh, album Led Zeppelin IV ni, kalau ikut original album cover memang takde nama band pun, dan ni album memang takde nama pun. Tapi selalu kena panggil “IV” la. Empat, Four.
Kalau aku dengar lagu2 dari album ni aku paling teringat kumpulan Heart. Dorang bawak2 lagu2 Led Zep memang bulu roma ternaik. Best giler dan dramatik. Even masa Led Zeppelin dapat award apa ntah Heart bawak lagu Stairway To Heaven ngan anak John Bonham main drum, Barrack Obama ada ok tengok kat majlis tu.

Companion Disc dia takde sangat la yang menarik, lain2 mixing, tapi yang Battle Of Evermore tu ngan Going To California ada mix Mandolin / Guitar ni aku suka...





I always wonder how its like for people to go out and buy this album in 1971. 

This album dont have a title, and dont even have the band’s name on the cover originally. 

Great songs, and of course Stairway To Heaven. I love this album, so for the time being, I had completed unboxing, unwrapping the first FIVE remastered deluxe 2cd edition. Till the next time, to be continued... Its a wonder to finally listen to Led Zep album by album, and by the Jimmy Page box 1 and box 2 arrangements of the 90s boxsets.

Anyway, the companion cd is a bit dissapoinment, so if you have already this album, there is no need I guess. But if you never had one, or want a new upgraded copy, then this is very good to get.



For the rest of the first five albums that have been re-released, remastered and repackaged like the above, go here -
 http://deaf-angel.blogspot.sg/search/label/led%20zeppelin



Anyway Physical Grafitti has been announced. And yes, it will be another toy to play with, the cover I mean.. LOL!!!




the beautiful fonts of Stairway To Heaven is on here..



^Sandy Denny got her own logo design

Sunday, January 18, 2015

Terminal Bersepadu Selatan makin meriah dengan kehadiran bas2 dan penumpang Pantai Timur - cehhhhh tajuk

Ni posting luahan hati..

So judul posting pun ada sikit hormat sikit haha.


cerita panjang, gambar2 semua kat bawah.

Sebenarnya cerita ni dah basi,
tapi aku tak cerita dulu, AKU PERAM DULU, terutama pasal Pantai Timur tu hari dilanda banjir yang sangat teruk yang memang aku takde words nak cakap perasaan aku.

OK, aku ni kan, TBS ni dah kira macam regular la kan... HAHAHA. Syok la kan tempat ni aircond, ok la tapi aku kureng sikit toilets dia very the lecak bila ramai orang pakai..., and its like so "uncool" la toilets dia gitu haha... tapi still more than enough toilet facilities...

Tempat ni facilities semua cukup, makan2 semua KFC, Subway, Kenny Rogers, Mamaksss, kedai2 runcit 24 jam dalam TBS, KK, 7-11, so... setakat kalau sampai malam, then lepas tu korang tak mau naik teksi ke apa ke tunggu LRT pertama ke, tak jadi hal... kalau kata korang nak perlukan solat facilities pun its comfy la cuma kalau ada orang make use of surau untuk main game atau tidur , then waktu peak hr then a bit simpang siuh sikit, kalau korang nak private sikit, hotel pun ada. hehe. MPH pun ada complete la... Guardian semua.

Kalau kata korang carik tiket, contoh eve public holiday semua dah habis, kul 12 malam bas semua pun dah takde,  bertenang, korang boleh relak2 kat tempat ni sambil tunggu bas paling pagi launch...

OK, lagi sekali, TBS sebelah stesen Bandar Tasik Selatan, memang terbaik la kan, semua sistem pengangkutan ada kat sini, LRT, Kommuter, bas awam, KLIA high speed train, bas express....

The designers got it right la kan, sistem Interchange segala tok nenek pengangkutan awam, yang quite efficient untuk rakyat marhaen yang perlukan pengangkutan awam untuk bergerak dan bersambung2 antara pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat ke satu tempat...


Dulu Puduraya regular la, tapi Puduraya tinggal kenangan. Bagus jugak la kan dah tak pakai Puduraya untuk bas2 Selatan. Nak masuk kawasan bandar kat situ je traffic jam dah boleh makan 1 jam ok.

OK OK. TBS - Terminal Bersepadu Selatan. Dulu2 cuma untuk pengangkutan bas ekpress ke Selatan je kan.. JB, lain2 parts of Johor, Singapore, Melaka..

tapi then dorang bukak untuk Pantai Timur sekarang.  Dari PUTRA nye la kan....  

Satu tak bagus nye, dulu tempat ni kosong, so aku suka la kan kosong, 
Sekarang dah penuh...kira ramai orang, nak cakap sesak takdelah, tempat ni besar macam airport.

Tapi aku happy la untuk pekedai2 kat situ, terutama kedai2 makan kat tingkat atas, pasal ramai orang tentu ramai customers la kan.

ABIS LA... FUEL SHACK KAT TBS MAKIN PENUH SESAK SEKARANG!! hehehe.

OK, 

tengok foto ni, ni la bas2 dari rantau pantai timur nye routes semua dah set-up dorang nye kaunter kat TBS.

First 4 kaunters dari kiri je la, yang sebelah sana dari Zenwan kuda tu semua dari dulu memang bas2 gi Selatan.

Ni semua pada aku dorang REBEL!!!...   Degil!!! haha. Pada pendapat aku je la... 

Dan aku akan support dan sokong kat mana2 la syarikat2 yang degil yang kat row ini..

Nanti aku cerita...



Syarikat bas Adik Beradik tu... tu paling legend ok...

Aku naik bas gi Kuala Terengganu dulu, bas berenti kat masjid mana ntah along the way...

DRIVER KEJUT OK - Kira Driver Suruh
..
..
...

Sembayang Subuh.

haha...

OK, so aku turun bas la kan driver dah cakap gitu..... turun bas je? Eh??? 

kikikikikiki... Those were the days... eh? Bak kata Judas Priest - Wild Nights, Hot & Crazy Days.

Cehhhhh.....


OK korang tengok gambar atas tu....... Sebenarnya dari syarikat Darul Naim to syarikat Adik Beradik tu counter or kaunter tiket dorang semua sebelum dorang masuk semua ialah bekas kaunter syarikat2 bas yang pergi Selatan , masuk Larkin dan atau sampai masuk Singapura terus.


Tapi pelan2 makin banyak syarikat bas yang sekarang dah suruh Terminal Bersepadu Selatan nye staff jualkan tiket untuk dorang.

Dulu, Transnasional pun tiket jual sendiri kat TBS, pun sekarang dah suruh TBS jualkan kat TBS nye ticket bas counters macam gambar gini...

Ni semua kat depan la kan, so ramai tak perasan kat belakang tu ada the kaunter2 syarikat yang jual tiket mereka sendiri yang terasing dari syarikat2 lain yang TBS jualkan tiket....




Nak beli tiket bas apa, Masing2 la kan?? Macam aku, aku cerewet ok, ADA SYARIKAT BAS YANG AKU TAK MAU SUPPORT!!
Kecuali kalau terpaksa la... bila bas lain dahbis, atau timing waktu tu dorang je ada...


Tapi jugak, bila nak naik bas kat TBS , aku tetap secara peribadi akan sokong syarikat2 REBEL yang masih jual tiket sendiri kat belakang tu.
Walau aku suka naik bas Konsortium, tapi dari TBS ke Larkin atau masuk Singapore terus, aku tetap akan SOKONG bas yang syarikat dorang jual tiket sendiri.

Pasal...ok, beli kat syarikat2 jual sendiri ni kat TBS, kita dapat customer touch, pasal dorang jual tiket bas dorang sendiri.
Pekerja2 TBS dorang jual tiket, dorang takde apa feeling pun kat syarikat bas tiket yang dorang jual tu?

BETUL???

Dah tu, aku nak tanya apa2 soalan, atau katalah bas lambat ke hapa ke, Korang rasa TBS nye staff boleh kasi korang "perincian" dan berita yang tepat??

Kalau korang beli kata la tiket bas Syarikat2 yang jual sendiri tu contoh City Express ke, Sri Maju ke, KKKL ( BAS GAGAP... KKKKK...KKKKK , hahaha), atau Adik Beradik ke,

hah, korang dengar sendiri dari staff kaunter, ooo bas ni ada masalah ada jam kat jalan ni, ada tengah tukar driver, lagi 10 minit sampai...

Pasal tu semua staff dorang sendiri....

Korang paham kan apa aku cakap???

Ni masing2 la kan....

Of course la nanti ada cakap OOO beli kat kaunter TBS banyak bas,  Ye la...tentu banyak bas, berlambak2 bas kau boleh pilih atau suruh TBS staff pilihkan..

tapi ni masing2 la kan...

Anyway,  ni kul 6.45 pagi gitu aku snap foto ni... Korang bayangkan, kalau satu kaunter je bukak, abis tu korang dah lambat dah...nak naik bas kul 7 pagi...
kalau tak sempat cammana???




So jangan lupa pergi belakang tempat jual tiket Rebel tu hahaha......

Aku harap, syarikat2 rebel ni yang masih jual tiket sendiri akan terus begini,

mungkin pasal dorang ada computerised ticketing system sendiri, atau dorang sayang kat pekerja2 dorang, pasal nanti kalau TBS dah start jual tiket dorang, macammana ngan staff dorang kan??

OK dah...nanti sambung..