Sunday, March 11, 2007

review - SEARCH " konsert Selepas Banjir "

Search - Selepas Banjir
10 March 2007
Indoor Stadium MBJB
Time - cam biasa, Janji Melayu


Jalan kaki wei..tak penat la pasal dekat jugak, tapi..sikit punye dangerous, macam2 road dan pedestrian hazard hehehe. Asyik terpelecok jek.
Saya tangkap Tshirt Selepas Banjir satu. ( konpem aku tak muat hahaha, saje je souvenir pasal ni show one of a kind ).
Ni lori container kumpulan Search untuk kumpul barang2 untuk mangsa banjir.


7.55pm gitu pintu start bukak, aku masuk tak hegeh2, dalam stadium is like so solemn, langsung takde bunyi, yang kecoh kat luar.
Aku masuk awal jugak dan lepak kat atas tempat galleri, pasal aku pun rasa at least 9pm baru Search start. Lepas ni smua full kat bawah dan atas.

Then Harley Davidson nye group semua vroom vroom ngan Search datang la.
Eh, lupa nak cakap, jumpa kawan full time NS aku, lupa nama pun tapi masih ingat kat satu sama lain la hehehe, last aku jumpa time masa nengok konsert Slayer kat EXPO few months back. So at least aku ada kawan, dia datang ngan member rezebes dia. Takpe, dah mintak no henpon dia dah.

First up, Ketam Bangkang, group orang2 asli, tak salah aku Skudai nye. Happening abis. Crowd semua suka sey hehehe.

Then 2nd opener, Some mentor girl rancangan tv kot, ntah eh, kejap joget cam Inul, kejap lompat cam Avril, kejap hard rocker, ntah eh, dia nak pakaliao semua genre kot. Whatever la, dia mungkin masuk tv nyanyi2 dan aku tak nengok nyanyi2 kat tv. So cant be bothered. Dia ada cover Permata Biru by the way.

So wa datang nak nengok Search, jadi sambil wa dengar lagi sekali ni show , wa type k.

Masa Search dah nak perform, aku toleh belakang, cam full house la, aku rasa sikit2 ada la nak dekat sold out. Kat floor semua full, kat atas yang galeri orang duduk semua full, kat tepi kiri kanan galleri pun masih orang duduk.. ok eh 45rm untuk support selepas banjir.

Setlist dan story sikit..
Intro, ada la sikit lebih kurang cam Holy Diver nye intro haha, atmospheric gitu....terus,
1. Bencana - "Silau Mata Batin Ku Menyaksikan"...
Fullamak start dah lagu ni, mesti konpem special evening. Dah ler Joe Wings is the 5th man tonite. Untuk sapa tak gi, Amy ada cakap tunggu vcd Selepas Banjir keluar. Apa pun , ni aku sambung story aku.
Lagu ni Amy keluar dari blakang stage sambil nyanyi lagu ni..Patut masa intro, ada satu crew member lari depan stage ambik mic lepas tu bawak lari belakang, nak kasi Amy rupanye. Hillary solo.



2. Langit Dan Bumi - Hillary solo. Aku nengok Nasir slim menyelim ye? Apa diet ek si Nasir guna? bleh rekemen tak wakakakaka. Search smua looks good la. Yazit kat belakang, tak yah cakap ler, drum dia sound clear. More of the sound later.



3. Setelah Hujan - Intro bunyi hujan...ending pun bunyi hujan. One of my evening's best moments. One of Search's best love songs ever walaupun orginally cuma keluar kat kaset lagu belen2 Search lepas keluar Polygram " Di Pintu Sepi " during 87 ke 88 kot. Joe Wings then Hillary solo.

4. Pelesit Kota - Takde break kat tengah untuk Amy feeewiit. Hillary solo.

5. Honky Tong Kosong - Surprise hehehe. Tak sangka lak lagu dari album Gema Di Timur Jauh ada ni malam. Gerek. Hillary solo.

Lepas ni lak Amy kasi salam then start bla bla bla pasal banjir all that, collection untuk flood victims.. Cakap pasal opening act, Ketam Bangkang group tradisional orang asli, Amy panggil dorang orang laut, dia mention pasal lagu ethnik, kena support these people all that la..khazanah Negri Johor etc etc.

6. Gadis Ku - Aku diri belah kanan tau, so aku nengok Hillary senyum meleret je sey masa lagu ni dan most of the time. He looks so bloody happy, all night dia gi kat Yazit dan Joe Wings senyum2 hahaha. Search is where he belongs kot. Semua Hillary solo.

7. Fenomena - Intro Hillary solo dalam 2 minit terus masuk ni lagu. Another awesome moment of the evening. First time aku dengar ni lagu..1989 kot? This song always send shivers down my spine. Live, fans semua nyanyi cam choir, lagi berhantu. Nanti aku try upload ni lagu + intro Hillary ek.

Amy bebual lagi, pasal Fenomena nye album jual 2 juta kat Indonesia bla bla bla...
Amy cakap pasal 1st album, dia ceta masa dia kena kutuk, ada reporter ke hapa ntah cakap tu album gagal pasal Amy. Tapi Amy cakap dia tak give up, dia believe in himself bla bla bla, dia cakap dia dah 49 hehehe. Bila nak retire bla bla bla.

8. Balada Pemuzik Jalanan - "Jeritan accordian tua, Merayap Di Udara" hehehe lawa eh lirik dia, tak main style Double Trouble 2 lagik cam tu hari kat Larkin. Ikut style lama dah. Hillary solo.

9. Isi Atau Kulit - Punye la seret ni lagu punye singalong...10 minit kot ni lagu kena seret. Semua solo Joe Wings.

Then Amy intro guest musicians - the keyboardist and Joe Wings.
Then cakap pasal Search formed up kat JB, dorang ada dreams, and the dreams came true. Amy cakap pasal Search " Rock band dari Johor, king and always the king, and Johor is always the King of Rock N Roll!! "

10. Melastik Ke Bintang - Kat tengah ada short drum solo. Hillary solo.

11. Isabella - Cant be help ye? Aku paling tak berkenan ni lagu, tapi aku tahu ni la lagu paling popular Search. Waste time siak, ganti la sebarang lagu slow lain aku rela.. Ramai sey nyanyi sing along...Aku lak dalam hati " bila nak abis? bila nak abis? ". Hillary solo.



12. Pawana - Yahooo!! Pick up balik laju, gini ah best. Hillary solo.

13. Cakap Memang Murah - Hillary solo.

14. Emmnuelle - A straight forward song about sex for money, vice, earthly pleasures, being materialistic and prostitution. Macam dalam album Karisma, began with a drum solo. Aku rasa ni aku nye feberet moment kalo kena pilih satu highlight gig ni.

Amy then cakap " kita sudah hampir2 ", then Amy cakap pasal 3rd album buat kat Singapura, then cakap pasal 25th anniversary kensel. Amy cakap nanti takdeperal ada la 25th anniversary gig this year bla bla bla..

15. Mentari Merah Di Ufuk Timur - tu jam aku secondary berapa ek? beli kaset album ni, kaset original wooo, Polygram. Balik rumah pakai kaset player besar hahaha. Tu jam takde walkman pun lagik, hehehe. Kuno!!. Hillary semua solo.



Then some kind of intro siap ada laser show. Not bad sey..

16. Gothik Malam Edan - At last, a song from the GME album, and its the title track. Hillary solo.

Dah, terus dah, bukak lampu...dah. No encore, nothing...
Nak kat 2 jam la Search perform.. So? takde meniti titian usang, takde fantasia bulan madu, takde rozana, takde kejora, takde pembakar perasaan ( AGAIN? Aku tak pernah nengok Search main lagu ni ), takde Irama Marakas dan jugak takde Mat Rock.
Tapi kita tak bleh cerewet ye, at least dapat nengok Search live, and the setlist is actually awesome with some nice surprise.

Balik, jalan kaki la....Chingay la smalam JB, semua jalan tutup, Happening ah chingay dorang, penuh sesak sey. Aku dengar chingay kat JB sampai pagi hahaha. Ramai participants dari seluruh Johor kot, tapi ada jugak orang melayu pun nengok sama. Alrite la eh, multi culture hehe.

Surprise!! 170 ada lagi, apa lagi aku terus lincah la kejar2 bas kat dua2 immegrisen hehe. Sampai Queen Street 1.30am. Baru naik teksi. Save duit pasal dah dekat huhuhuhuhu. Tunggu nite bus NR7 baru lepas lak , sigh.

Thats all. ok la, rasa boring kena bubble 25th anniversary tu dah ok sikit hehehe.

Man Of The Match aku smalam? Sound man. Clear abis sound, so expect a good quality VCD Selepas Banjir, dan aku dont mind kalo nak keluar live album. Amy Search pun cakap sound man did a good job, ntah Akira apa ntah, nama Jepun. Video camera tak banyak la, mungkin 5? Tapi ok la kalo release untuk amal.

Anyway smalam best, himpit2 cam sadin kat depan tapi takde gaduh2 or trouble langsung, smua full of good natured spirit. Happy and of course singalong session sey sekeliling aku smua. Very comfortable atmosphere.

3 comments:

SUHIDIN said...

Thanks bro for the info...harap2 lepas ni ada la kuar VCD SELEPAS BANJIR ni.....

jgn lupa upload kalu ada rakam masa konsert ni k...info kat DuniaSearch.com bro..thanks a lot

LoLiPoP said...

baik ah rebiu, dep!!

Venus said...

Mak Ai...dia gi juga konsert Search tu...ish...