Friday, October 5, 2007

incoming...kenangan...dan design kad raya

Hello darkness my old fren, I have come to see you again.. ewah
satu lebih dah, kat keja, sunyi sepi, so take a break have a kit kat, dan mengelamun sambil layan radio stesen class 95. Tadi dj main lagu Within You Remain ( Tokyo Square ), termenung kejap teringat cerita2 lama. My life flash before my eyes gitu, so ni tulis dalam keadaan nostalgic mood ni hehee.
Tonite, wa di halaman rindu.


Anyway, reminscent pun mesti nak kena rock jugak kan, pasal cam Queen nye lagu cakap " inside my heart is breaking, my makeup may be flaking, but my smile still stays on " ho!ho!ho!

so....ni incoming shows yang tarik perhatian aku.

26.10.07 Megadeth @Fort Canning

*dah ada tiket, takdeperal pegi. The state of the art Speed Metal Band ekeke. Macam kelakar siak nak nengok Megadeth latest ni pasal bassist dia dulu kan main untuk White Lion, apa lagu cengeng setengah masak dorang tu? When the Children Cry? Adoi!! lepak siak imegin, sekarang metal wooo, hehehe. Anyway, aku pun suka White Lion jugak masa sekolah secondary dulu. Sampai skarang pun kadang2 dengar balik lagu2 dorang.
Tapi, how I wish, line up Rust In Peace yang perform & dorang pun main lagu up to album Cryptic Writtings je pasal album2 lepas tu aku kurengggg sikit, tapi well, its still May-Ga-Deth!.


sehari lepas tu,
27.10.07 Heaven & Hell @Fort Canning

*dah ada tiket, takdeperal pegi. Ronnie James Dio, errrmm sejak aku darjah satu ke darjah dua eh? Aku dah minat giler kat Rainbow. Belajar bahasa English ngan nyanyi lagu Temple Of The King hahaha. Masa darjah empat ke darjah lima lak, dalam bas sekolah, kawan aku ajar aku bahasa English lagi " Sing me a song, you're a singer, do me a wrong you're a bringer of evil ".
Those were the days eh..Sapa yang sama umur ngan aku budak2 born early to mid 70s dan membesar zaman Cumi & Ciki , katun Broken Cop Machine Blaster ( ala yang hero dia Tempe Asuka ke hapa tu ) mesti teringat2 jugak kan zaman korang sekolah rendah. Best eh!! Zaman tv hitam putih hoho.
Mesti nostalgic siak aku dan lain2 orang malam tu, aku predict mesti cam Deep Purple nye gig aku pegi dulu, lots of makcik2 pakcik2, abang2 kakak2 semua datang bawak anak2 dorang. A special nite for reminiscence and I hope my angel ada ngan aku malam tu. I am going to see the best Black Sabbath line up ever and the best singer ever, tak terimagine this is ever going to happen to me. Dah berapa eh umur dorang. Tak banyak time dah untuk dorang dan jugak kita. Pejam celik pejam celik, the end.


17.11.07 XPDC Reunion & MALEX @Dewan Jubli Intan JB

*teringin nak nengok both tapi kena cek higher priorities dan jadual keja tu hari apa shift or off. Anyway ni dekat ngan immigresen so bleh jalan kaki hehe. ( cuti Deepavali jam! )


17.01.08 Dream Theater @Fort Canning

*ARRGGGHH!!!!!Why you guys come at this period!! Anyway ni untuk Systematic Chaos nye tour. Satu lagu dalam album ni betul2 sentuh diri aku di suatu masa di suatu ketika. Bila aku dengar lagu slow ni, aku cam rasa macam DT tulis lagu tu untuk aku siak.
Title lagu dia - Forsaken. Self explainatory hahaha. DT, you know or not, sometimes I hear the Live In Budokan version of Hollow Years, I am very touched, and now this.
Sorry DT, but I think I am not going to your gig this time around, I was there last time you came, way behind, you all look like semut, but whatever I think its going to be near sold out with all the rich Indonesia fans coming because I understand you guys dont want to play at Jakarta because of security issues is it? Dont worry la, go play Jakarta. Anyway, LAMC Productions aka Lauretta Allabon nye company did the right thing to choose Fort Canning, please no more Indoor Stadium, very expensive, so us peasants always have to buy the cheapest seats, and the design of the place is so screwed up, tak nampak apa2 pung unless we fork out big money. And also, no more Expo also, I see Slayer with the peasant tickets also. Semua Fort Canning senang.


04.02.08 IRON MAIDEN @Perth

*Tiket entry dah ada. Tapi, tiket kapalterbang ngan lodging takde hahaha. Giler siak aku. Takpe, pelan2 tabung, sikit2 lama2 jadi bukit. Mintak2 dapat pegi. Definitely going to be one of the most touching moments in my life ( beb, Maiden is in my life nak 25 years wooo ) and aku nak my better half ada ngan aku time tu.

Fikir balik, Tak metal eh tulis jiwang gini? tapi, ni malam kasi la wa excuse ek.

---------------------------

Moving on.....Kad raya...Sapa lagi hantar kad raya eh? Dah tak cam dulu ye. Dulu aku kecik2 aku suka tulis kat kad raya " PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS ", selenger sey tu jam, kat cikgu pun aku kasi. Teringat balik, cam geli lak. Awww!!!
So aku nampak ni design, aku suka giler. Untuk korang yang naik bas macam aku, untuk korang yang mengharapkan bas express, korang mesti hargai design kad ni betul tak?
Cek this out, budak porum Iza1983 nye design.



So wa pun buat satu, saje je suka2, wa bongkar Ujang & Gila2 yang wa masih simpan, wa taruk kat lantai wa snapshot those raya nye editions.


thats about it kot? Wa lapar, wa nak sahur la. Then back to work, hohohoho. Sekali2 dapat internet kat keja, happy siak.
Slamat berpuasa last 10 days, smoga korang dapat lailatulqadar nye kelebihan ye dalam ibadah2 yang korang buat. Insyallah. Amin.

1 comment:

cLinaku said...

betul2 di halaman rindu nikh..