Tuesday, February 23, 2010

kensel, akan datang dan buku lat baru...

posting huru hara...three things...


1) Rainbowfanclan tulis yang Rainbow Rising/LLRNR " DOUBLE " edition dah kena kensel kat Jepun.
Siot!
Dan sampai skarang takde orang tahu apa sebenarnye nak ditaruk kat dalam 2nd cd tu.. something rare? unreleased?



Layan je la Rainbow pressing lama, tapi maybe aku nak carik Rising yang remastered, pasal...apa aku tahu, Rainbow Rising original pressing cd ngan Remastered version, ada lain sikit, eg...Stargazer mixing dia lain sikit kot...hmmmmnnn... Remastered version ikut ori piring hitam nye.


2) Black Sabbath yang Dio perform Heaven & Hell, Mob Rules ngan Live Evil bulan 3 nak released Deluxe Double CD.
Serious bebual, Mob Rules nye gerek pasal 2nd cd ialah live in Hammersmith..
Country Girl ada wei...



Ni sebagian Sabbath Dio years aku ada... Live Evil tu aku ada version double cd yang original pressing zaman dulu ngan Castle remastered yang macam siol jadi sekeping tu..
So tak important, Heaven and Hell pun tak sangat la, tapi Mob Rules is going to be fantastic yang deluxe nye.

3) Buku Lat Early Days..
kat msia harga dia seratus lebih, kat spore harga dia60+ ketul
so apa lagi..
pinjam la kat Library...

Nanti aku review





akhir kata, IF YOU LISTEN TO FOOLS.. THE MOB RULES.

betul jugak kan? banyak example dah...

9 comments:

speedrider said...

saya amat tidak suka ke library.
kalau statistik kata tahun 1997 rakyat malaysia baca satu mukasurat, tahun 2002 meningkat ke 2 mukasurat,...

saya adalah statistik manusia yang tak baca apa-apa muka surat.

(teringat 2-3 buah buku yang dah beli, tapi belum sempat baca lagi pun)

SkiD said...

ingatkan shampoo je 3 dlm satu... cerita ko pun 3 dlm 1 gak...jimat tul..

gayour said...

huh! buku datuk lat baru?
kalo la datuk lat boleh pos satu free kat gua siap dengan signature sekali, alangkah bahagianye. heh!

livevil memang tidak boleh dinafikan sebuah live album hebat sepanjang zaman. tidak ada yang boleh menandinginya!
ada satu lagi unofficial live album black sabbath tahap rare iaitu "live at last" yang gua jumpa dan beli keset originalnya harga longgok RM3 pada tahun 1991/1992 dulu.

dalam official live album pertama black sabbath,livevil, mr. ronnie james and co menjadikan lagu heaven and hell sepanjang 11.57 minit, tapi dalam live at last, mr iommi menyolo lebih panjang,18.59 saat( medley jam temasuk solo jazz )dalam lagu "wicked world" bersama mr.ozzy.

"The world is full of Kings and Queens
Who blind your eyes and steal your dreams
It's Heaven and Hell, oh well"

gayour said...
This comment has been removed by the author.
Portdy said...

Cover LLRNR tu rasanya macam pernah ku lihat sebelum ini....

maybe ; Rainbow tiru The Beatles(Revolver), Aerosmith(Draw the Line) tiru Rainbow kot?

eddie dewanaga said...

mus speedrider,
library kita ni penuh buku ilmiah, macam mana nak tarik orang macam kita...

cuba la letak general knowledge, public interest, biographies, macam buku2 yg Deaf biasa expose kat sini... insyaallah, ramai yg masuk.

berteromber said...

ntah bila ntah aku nak ada black sabbath mob rules ni..

Dah lama tak pegi library...teringin gak nak check buku2 apa yg ada sekarang...

jom eddie...sambil2 tu boleh lu skodeng awek maktab sebelah.. :P

Takilala said...

Aku ada jumpa LP Rainbow yg gambar muka tu kat satu kedai CD, tapi dia tak jual la pula...

mhagnoth said...

Selalu dah jumpak buku lat tu. X beli sebab mahal. Tapi kalu selalu sangat bersua akhirnya terbeli juga la nanti. ayuh rebiu nak tengok...