Monday, April 23, 2012

jaga



Aku baca berita ni kat suratkhabar berapa hari lepas, aku teringat kat cerita2 aku sendiri..
Ada dari kita pernah/sedang/akan datang bila usia meningkat/tengah konsider kerja Pengawal Keselamatan/Security Guard
ada...
(1) - Sebagai kerja sepenuh masa.. ada pulak sebagai
(2) - kerja part time hari cuti gitu untuk tambah sara love ones atau perlukan duit lebih untuk apa2 hal kat rumah atau diri sendiri.
(3) ada pulak pasal nak tunggu kerja lain atau omputehnye " in between jobs ", tapi tak boleh duk rumah dan memang independent, mesti nak carik duit untuk keluarga dan tak harapkan sapa2.
(4) dan ada jugak tunggu event yang best2 untuk buat part time.. yang bayaran part time security guard tu lumayan. aku tahu tentu ada korang yang tunggu untuk Formula One Racing nanti, kawan aku dalam tiga hari buat F1 racing part time security guard, boleh dapat kumpul dan tambah sikit lagi dah dapat belikan anak dia laptop untuk sekolah. Respect.

Apa pun, kerja security ni untuk yang anggap sebagai periuk nasik tetap, kalo korang tengok long term, memang alrite, kalo korang upgrade diri, ambik kursus perbaiki diri dan sebagainya. Aku suka bual ngan abang2 yang dorang majukan diri, dan dah pelan2 naik.
Tapi kerja ni tengok tempat la, selalunya rabak...dia punye long hours tu. Tapi kerja jujur ye tak.

Untuk aku sendiri, waktu aku kerja security ni, masa tunggu nak carik kerja tetap lain satu masa tak lama dahulu, pasal aku tak mampu nak relaks dan tak boleh duduk malingering, aku paling suka dia punye 'daily-paid salary' tu, tiap2 hari gaji masuk.

Sekarang, aku dah tak kerja security, tapi aku tahu kalau apa2 jadi, kata rezeki aku dah takde kat tempat kerja aku sekarang, dan aku tengah fikiran mana nak carik kerja baru, aku tahu , buat sementara waktu, dengan banyak company security yang perlukan orang setiap masa, dan aku tahu hari tu atau malam tu jugak aku boleh terus ada tempat untuk bertugas walaupun setakat jangka pendek, dan dapat gaji dan dapat teruskan kehidupan.
Aku suka buat carpark duty kat satu bangunan bandaraya ni waktu pagi, pasal... aku dapat tengok kereta2...yang aku tak pernah tengok dan aku tak tahu wujud masuk carkpark.. Dari BMW, Mercedez, Porsche, Ferrari, Volvo, dan semua yang gedabak, bukan yang biasa2nye, tapi yang high end nye models. Dan paling best, pemandu2 tu semua yang memang high-level people, orang2 pangkat tinggi giler, selalunya, ramai akan angkat tangan acknowledge kehadiran aku sebagai pak pacak kat situ..

Aku suka bila orang kasi aku makanan. Ok aku tak hard-up tunggu orang kasi makan free, tapi menarik sangat orang2 yang tentu nye highly educated dan professional, pakai long sleeve, tali leher pergi kat aku dan bawak piza 4 tray besar, kasi aku untuk aku dan budak2 security lain makan. Siap cakap bila lagi piza tu sampai... Aku tengok pattern dorang ni, aku belajar...cammana nak hidup.

Aku suka.. pasal pada aku , ni tunjukkan kat aku, dan ajar aku cammana nak hidup... Aku suka belajar cara menyesuaikan diri hidup di tempat kerja ngan mat-salleh ni semua, dorang memang tak lari dari ucap " good morning " evening' nite " kat aku. Mula2 aku malu, tapi aku belajar...orang kenal, orang tak kenal, tapi kita nampak orang tu, kita greet. Sama macam kita pergi masjid, kita masuk kat pintu masuk ke apa ke, tentu ada orang kat kiri kanan senyum kat kita, kasi kita salam, sama jugk la bila kita kat tempat luar. Courtesy la kira.

dan aku suka jugak, bila ada orang melayu, yang aku rasa bukan pangkat besar, tapi kalo aku lambat bukak pintu gantry untuk kereta dorang masuk, dorang akan main tekan2 minyak, kasi enjin kuat, macam tak sabar.. dan bila aku bukak gantry tu, satu angkat tangan ke, satu anggukan ke, satu senyuman ke pun takde... Again aku tak hard-up, You Guys Meant Nothing To Me, tapi it shows an utter lack of human relationship skills pada aku.

Pasal aku suka tengok gelagat manusia, apek2 hantar makanan, mamak india hantar suratkabar , betapa sopan santun mereka ngan aku, dan jugak sapa yang berlagak, mungkin dorang ingat dorang besar punye terror dari golongan lain. Aku suka, pasal ni ajar aku kehidupan. Of course there are bastards and there are assholes in all kinds of jobs from high level to the lower ones, tapi... all we need is show a bit of respect and humility in our daily life.

and it begans the next time korang jumpa korang nye security guard/security officer kat tempat kerja korang, atau kat mana je la. Just endure, sabar je la kalo security banyak kerenah, pasal tu tugas dorang.....dan korang silap besar kalo korang sombong atau pandang rendah kat dorang, dan ingat status korang atau career korang ingat korang lagi handal. pasal...mungkin dorang lebih terror dari korang dalam apa2 hal.

Cuma maybe in some places, it is still alrtite kot untuk abuse dan pukul security staff just because they can..
tapi in most places and countries, security staffs are protected by law.

5 comments:

Eva Talya Redd Rohim said...

Yeargh... Ride.Your.Ego namanya kekdah ko neyh... bagus(313x)

May God not leave us in the hands of our dirty ego. Every harmful thing is comes from pride, and every goodness is grows from humility

Eva Talya Redd Rohim said...

Utk yang sombong-sombong tu:

Who are you? You are nothing. Don’t claim to be something. The something that you claim to be means nothing. Don’t claim. Admit your nothingness, and try to make your ego (n.a.f.s.) to admit its nothingness, nothingless nothing!

WanBeruas said...

..aku selalu cakap pada kawan aku yang keja guard..keja korang sekarang banyak senang berbanding dengan aku dulu...time shift malam paling seksa..tiap jam kena kunci jam kat celah2 kayu balak yang besar size bas tu..takut,seram semua ada..eh rasa nak tulis gak pengalaman aku masa dulu2..

Kaboi Tanduk said...

salute you!

Skudal said...

steady!!