Thursday, August 2, 2012

malaysia singapore rapid transit system

Aku rasa ni berita baik la untuk mereka yang seberang Tambak Johor gunakan pengangkutan awam.
Setiap hari berpuluh puluh ribu orang naik public transport dari dua2 arah pergi kerja, pergi sekolah, jumpa family, visit sedara, jumpa kawan, gi shopping, gi makan, gi jalan2. Gi tengok rock concert. Whatever.

Baik SBST 170, 160
atau Causeway Link
atau SJE
atau tumpang kat mana2 bas/van kilang yang ada tempat kosong,
atau kalau yang terpaksa jalan kaki terutama waktu dah malam dah lepas last bus, walau memang bahagian Malaysia kat Tambak Johor tu ada notis cakap tak boleh jalan kaki dah sekarang.

Memang la ramai dah dengar ura ura benda ni, tapi kadang2 nak bukak cerita, kalo ada artikel rujukan baru makin real gitu.

Ni artikel keluar kat suratkhabar Business Times Singapore semalam ke kelmarin, dorang ambik dari Star gitu,
Belum confirm lagik, tapi ura ura ialah akan wujud MALAYSIA SINGAPORE RAPID RAIL SYSTEM, kira macam MRT atau LRT atau whatever similar thingy.

Yang paling best padaa aku ialah dua benda ni....

- Mungkin guna jambatan atas air,
atau bawah tanah Selat Tebrau. Mau pengsi kalo bawah tanah.. boleh kot dorang buat.
- Satu kali je screen/cek pasport baik pegang pasport Malaysia atau paspot Singapore atau apa2 je kot. Ah ni pun mesti pengsi giler, tak boleh imejin la cammana sekali je cek immigresen untuk dua negara. Makin mudah dan senang. Takde la cam skarang kan.... walau aku ada MACS pun tetap kalo boleh dapat lajukan, lagi baik.

Harap akan menjadi projek ni, dan tentu dorang nanti akan nak sambungkan jadi rel lagi panjang all across everywhere with NO LIMITS....mesti happy ramai orang...aku confirm happy, dan jugak mungkin ada korang pembaca yang pakai public transport.




2 comments:

Adi Herman said...

Mudah2 dipermudahkan...senang la kitorg dr M'sia nanti nak pegi Singapore

faizal abd fathi said...

best....kena ada gig...dah senang pergi Singapore...