Monday, April 15, 2013

bus express dua tingkat

Sekarang bila naik bas ekpres, pada aku la, bas dua tingkat lagi best.

Dulu2 bila bus express double decker mula diperkenalkan untuk selatan-kl-selatan, aku tak suka naik, aku lagi siap tukar bas lain pasal pada aku bas dua tingkat lambat dah terhegeh-hegeh macam makbonda gitu,
tapi dah lama gitu, aku rasa takde beza dah...

In fact, aku sekarang suka naik bas dua tingkat, siap aku study syarikat2 bas ekpres mana yang ada jadual bas dua tingkat pada sekian2 waktu haha.

Naik bas dua tingkat, permandangan best.....semua pun nampak haha.
Cuma kadang2 tu nampak eksiden, sedih la kan,
walaupun memang heran bila nampak ada pemandu kenderaan reckless dan jenis tak pedulik keselamatan orang lain.

Ok back to the story, bila naik bas ekspres kan, konfem kena air-kon je kan, terus membuta dalam bas...padahal ingat nak buat macam2 la, baca sokkabar ke majalah ke.
Tapi mungkin dah biasa kot bodyclock, sampai tol sungei besi atau tol skudai, terus terjaga..


 
 
Bas Gagap , K K K K K K K K K K L haha
gurau je, jangan marah.
 
Aku serious berbual, aku sebagai penumpang ada banyak syarikat bas aku sokong ngan membeli tiket dan menaiki bas dorang, dan ada mungkin satu dua syarikat bas aku cuma akan naik bas tu sebagai last resort haha.
( KKKL alrite je pada aku k, tapi tentu masing2 korang pun ada express bus companies korang suka, dan yang korang kurenggg sikit)






Apa pun, Terminal Bersepadu Selatan, perasmian rasmi semalam ye,
pada aku sebagai pengguna pengangkutan awam, aku memang suka sangat la ngan facilities kemudahan yang disediakan. Memang ada sikit dah macam airport dah, infact memang selesa abis la.
So score one point for public transport users, at least as far as TBS is concern.

5 comments:

faizal abd fathi said...

cantik gambar....

Rafi said...

Company bus ekspres pada aku suma ok,kecuali cepat ekspres..hampeh! Mmg aku dah banned company tu..heheh

berteromber said...

Seumur hidup...tak pernah merasa naik bas 2 tingkat...heheh...

Rafi...dulu zaman belajo...selalu naik Cepat Express...tapi basnya tak pernah yg cepat....

Adi Herman said...

aku x pernah lagi masok bas ekspres double decker ni, tapi kalo kat Sarawak ni, bas double decker selalu speeding atas jalan...dahsyat jugak driver diorang...merempit guna bas haha

cLinaku said...

mual lah naik bas 2 tingkat.
baik naik ketapi..amek katil.leh tidur.hoho