Saturday, April 27, 2013

Tiket Download Festival 2013

Aku... Elizabeth Mysterious la ngan berita last minit Cradle Of Filth tak dapat main kat Singapura walau aku memang konfem tak dapat pergi pun.
Aerosmith kat Marina Gardens by the Bay? satu harga tiket je ye? nak cakap mahal pun kalau diambik kira semua perbelanjaan dan jugak harga band tu sendiri, mungkin berpatutan la kalau dah minat. Tu la kalau tengok harga Van Halen ngan Aerosmith main kat Australia, giler babi harga tiket dorang. Jualan tiket pun tak hebat pasal macam too saturated la pasaran gitu dan peminat pun kena pilih betul2 mana dorang nak gi mana dorang terpaksa gigit jari.
Tapi Aerosmith....hhhmmmmm...  takpelah aku pun dah terlampau banyak hiburan peribadi.
ok cakap pasal Australia, aku rasa konfem kot Maiden tidak akan menerajui (cewahh!!) Soundwave 2014 kalau ikut organiser Soundwave tetapi.........saspen giler aku!! apa pun aku tak terkejut kalau masih 2014 tapi hujung tahun ngan tour untuk album baru yang macam dah dirancang dorang untuk dirakam dan dikeluarkan tahun 2014 jugak, aku tak terkejut kalau Maiden Engand nye show tak dibawak ke Asia Oceania pasal nak kasi pasaran rantau ni sejuk sikit.

Dulu aku agak2 lepas bulan puasa, betul2 gitu minggu pertama kedua Hari Raya, Maiden main kat rantau sini sebelum rock in rio, tapi dah dorang tour USA lagi sekali ngan Megadeth opener, jadi aku rasa kalau nasib baik bulan pertama 2014 kot lagi satu jendela (cewahh!!) untuk Asia Oceania.
Last2 minggu pertama raya yang aku berapa bulan masih harapkan Maiden, rupanya Barcelona FC yang turun, mahal sey harga Barcelona nye tiket.
Tapi apa pun, baik COF baik Aerosmith dan apa2 band la, termasuk Wings kat IB ni minggu, aku cuma tahu berita ni semua bila dah lambat gitu, bila berita dah basi baru aku tahu... Leceh.

ok,



Kalau takde aral melintang, dan 1001 benda boleh membantotkan rancangan aku, ni pertama kali aku nak cuba backpacking gi Donington Park dan tengok Download Festival.
Tu hari aku dapat ni delivery, nampak macam tiket tapi taruk kat bawah kecik tu cakap ni bukan tiket.
Aku pun tak paham.
Dah aku gatal tahun lepas masa tiket mula dijual aku gi ambik siap ngan Camping sekali. Yo yo oh je kan aku masa beli tiket dulu nak berkhemah konon tapi tak fikir masak2.
Fikir balik tak yah camping la, dah la tempat ni notorious ngan hujan dan lumpur teruk, 
aku fikir baik aku aku duk Derby, naik bas gi sini, abis tengok apa show aku suka, naik bas balik Derby.
Cakap pasal camping ni, ok ok korang tahu apasal aku ambik family camping? pasal aku malas dan psycho nak kena raining beer kalo duk camping lagi satu.
Tak suka ah dah la aku bukan muda2 lagi , family camping ni nama cam tempat sopan santun sikit kan? Dulu aku berlecak kat Sydney tengok Maiden, lepas show bau masih ikut siak aku tak suka.
So kurangkan risiko, duk Derby ulang alik pandai2 la aku kena naik bas awam.

K, Download Festival 2013.



Hari pertama , kalau jadi la..
aku dah plan aku tak mau pergi hari pertama pasal aku rasa lagi baik aku gi jalan2 bandar Derby dari tengok band2 yang waktu aku beli tiket ni sebahagiannya band2 dah diumumkan dan jenis kalau aku tak tengok pun takpe.
KORN , PAPA ROACH malah headliner pentas utama SLIPKNOT ni semua is not my cup of tea.
Mungkin aku cuma nak tengok BULLET FOR MY VALENTINE main je. Sebenarnye SCORPIONS awal2 dah dioffer main headliner pentas kedua, tapi dorang tak nak, pasal duit dan pasal prestige kot?
Kena kutuk si Scorpions ni ngan peminat2 kat UK. Betul pe, lantak la kan? ambik je slot headliner pentas kedua kan? terang2 konfem mesti ribu2 jugak pe akan layan Scorpions dari pentas2 lain waktu malam pertama.
Ada jugak aku dapat goyang2 hurray2 Loving You Sunday Morning waktu Slipknot kat pentas utama.
hah kau dua bulan lepas gitu, dorang umumkan nasik tambah, hari pertama stage kedua nye full line.

Giler ah... terus aku dah panik, pasal ikut plan aku, aku rasa aku kalo naik keretapi aku cuma sampai Derby station pun tengahari atau petang, tu pun kalau tak sesat mana2...
Aku dah plan pagi tu aku kat London ul 4 pagi nak standby nak gi ambik foto matahari terbit kat River Thames.
Dah la aku pun nanti gamble je naik keretapi gi Derby, ntah sampai ntah tak, tau2 sesat. Aku bukan reti sangat.
Ni dinamakan tak planning betul2.. hentam kromo..
kalau diumumkan band2 yang aku minat siang2 untuk hari pertama, tentu aku plan berlainan, ni aku ingat hari pertama band cam Korn, Slipknot, Papa Roach etc etc gitu je, lebih baik aku gi tengok muzium dan pasar basah, pasar tepi jalan, dan street scene kat Derby kan?
Ni sebijik cam Judas Priest tu hari main kat Singapore, kena double-bill ngan Lamb Of God, dah aku ngan kawan aku tu jam timing tapak pelan2 cun2 nak sampai Fort Canning sengaja lambat, tu pun sampai LOG masih main.
Nasib baik kejap je lepas tu dorang dah stop haha.

Jadi konfem aku mendangok kat kawasan stage 2 je la.
- VOLBEAT - hah, ni la aku paling nak tengok. Penyanyi/rhythm guitarist dia dah buat aku ingatkan James Hetfield. Dorang fusion gitu rock metal macam2 la, kalo korang tengok dorang kat youtube, tapi tak kesah la apa pun genre dorang kena chop kat dahi dorang, janji dorang best,
siap dah main cam muzik country style metal gitu then lepas tu nak abis show masuk Raining Blood. Tiba2 next song Nuclear Assault nye mamat naik stage nyanyi. Hebat ni band.
Studio albums dorang ada jemputan ahli Kreator, Nuclear Assault, Mercyful Fate/ King Diamond.
Skarang ni mamat Anthrax Rob Caggiano si producer tu yang keluar Anthrax pasal cakap nak fokus kat kerja studio, tiba2 join Volbeat jadi lead guitarist. Ribut band ni. Mesti best tengok live.

- DIR EN GREY - tak masuk sangat muzik dorang, tapi mesti menarik la tengok band Jepun ni main, tapi rasanya aku konfem tak sempat tengok dorang.
- URIAH HEEP - she came to me one morning, one lonely Sunday morning..
Mau lompat2 starjump aku...  Tapi cam puaka, aku rasa ni pun  tak sempat kot aku nak tengok, cam sial kan bila band gerek kena slot main awal.

- DRAGONFORCE - ok, ni line-up baru ngan penyanyi baru aku tak pernah tengok main live, jadi aku nak tengok cammana ngan line-up terbaru mamat penyanyi ni bawak live banding ngan ZP.
- EUROPE - YESSSSS!!!!!!!!!!! kadang2 kan sampai skarang tau bila aku tengah mengelamun, kepala aku ada lagu Carrie...aiseybedah.
Europe ialah band yang bagus, ngan lagu2 rock yang bagus. Kalo baca komen2 peminat muzik kat internet, dorang nye dua album terakhir hebat. Ni lagi satu puaka, letak siang2, konfem main 40 minit je gitu.
Kasi la malam sikit main seret sikit sejam dua. Boleh aku singalong Rock The Night.
Apa pun korang jangan bedek, korang dulu2 muda2 kecik2 layan Cheerokee, layan Ninja, nanti2, layan apa tu? Prisoner In Paradise? hahaha.. Gerek sey lagu2 Europe ni. Evergreen dorang.
Korang tau lagu Prisoner In Paradise tu part minah tu kena buang kerja? part dia akan dapat gaji terakhir, memang betul2 life story kan untuk segolongan kita.
Susah tau, bila tahu korang dapat gaji terakhir. Buntu kepalahotak, cuma Allah je tahu.


Moving on...
Lepas best2 kat stage 2 semua dah main, aku Mungkin pindah gi stage lain kejap survey2, mungkin aku nak tengok HIM main, dorang headline stage 3. THE SWORD semua tak sempat la kalo aku dah mendangok kat stage 2.
Dan dah terlanjur aku akan singgah pentas utama bila Slipknot main pasal aku nak survey bila berpuluh2 ribu jampacked ramai2, kat mana aku nak diri paling selamat, ok keyword, carik tempat SELAMAT!!.
nota - Hammer Of the Gods kat stage 4 tu rasanya bukan supergroup Mike Portnoy yang bawak tribute lagu2 Led Zeppelin, ni lain nye.

Hari kedua. Aku mendangok kat stage one je la.
- UFO - Binawei.. kena datang awal, aku tak suka la, aku masih ingat Soundwave aku pergi, SAXON, SAXON tau, ni kira cengkih muzik heavy rock/metal jugak, tapi pasal dorang main awal, aku tak kuasa nak gi cepat, aku gi jalan2 kat bandar tengok2 ambik2 gambo sebagai pelancong, pergi kedai2 makan2 duduk2 cam tourist dan memang tourist pun.
Malas sey. Petang baru naik ketapi pergi tempat show. Saxon kirim salam sua, sapa suruh main awal2? tapi heran la band2 power untuk diri kita, tapi promoters letak sususan cam weird gitu.
Tapi...kalau UFO,
yang ni tak boleh miss, pasal UFO. UUU FFFF OOOO !!!! walau dah takde Michael Schenker, dan rasanya bassist Pete Way tu takkan main kot ni Download.
Heran kan? UFO kena main pembukaan stage one.
Song by song, mungkin UFO antara band yang repetoire lagu2 dorang terhebat berbanding banyak band lain. Kira la, terang2 berbual, dalam berpuluh2 bands tiga hari tiga malam tu, berapa banyak la band lain yang boleh celen koleksi lagu2 UFO? heran.
Aku tak boleh bayangkan reaksi peminat semua ( dan terang2 hari Sabtu yang mendangok depan stage one mesti kebanyakkan peminat Maiden ) dan aku sendiri bila dorang start main Doctor Doctor, ngan Maiden akan headlining pentas sama waktu malam. ""Intro music is played few hours early, live""
Oooo Vinnie Moore gitaris UFO skarang...huhu... Vinnie I love your Odyssey instrumental album cassette tape when I was at school, ceeehhh.

- MASTODON - ok la, kalo aku tak gatal nak survey pentas2 lain, kalo aku rajin nak berdiri himpit2 kejangkan leher kasi tinggi haha, dan tak gi jalan2 tengok orangvke, jual makan2 minum2 ke, jual2 tshirt ke merchandise ke, aku akan tengok ni band. Ni band alrite dan ramai peminat.
- ALICE IN CHAINS - Download in the hole... huhuhu...ni mesti ramai peminat ni bila band ni main. A must see.
- MOTORHEAD - tak kesah lagu apa pun dorang main, mesti menarik. Tapi kalo aku tukang pilih lagu, aku suruh dorang main satu album Inferno dari mula sampai abis. Fetish aku kat Inferno ni. Tapi tak kesah la apa pun lagu ye tak, mesti bising giler ni band. Sound telinga aku dah la terpeleot.
QUEENS OF STONE AGES - Aku tak minat, tapi aku terpaksa la standby posisi nak kena ambik tempat pasal nak tengok Maiden. Tapi kalau Dave Grohl jadi drummer dorang malam tu, hah, aku mungkin beri perhatian sikit la haha. Kalau tak, pasang kuda2, dan dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

- IRON MAIDEN - Hoobastank The Reason I really make an effort to go to Donington Park. My dream since I was a school boy. Donington Park is the place of the original Monsters Of Rock filled with many rock bands and metal bands that I love since I was a kid till now. I wish one day the full Rainbow show will be released.
and to be there when they play a similar theme to that most famous and LEGENDARY 1988 show would be a dream come true. I hope it WILL BE a dream come true.
I dont think personally for me I can actually "SEE" Maiden "PLAY" at Donington in front of what? more than 80,000 rabid fans in a sloopy SLIPPERY muddy field? Me? I dont think I really got what it takes to push thru right to the front, and jostle with all these White and Taller People.
I just want to soak in and enjoy the whole atmosphere when Maiden play.

hari Ketiga
LITTLE CAESAR ( ni mendiang Eric Carr Kiss kasi nama or something kan, sama ngan lagu Eric Carr nyanyi kat album Kiss Hot In The Shade ),
SATYRICON (headline stage 3 sey, suka tengok youtube dorang, keyboardist dia weeewiiittsss, tak sakit leher ke haha), NEWSTED - Jason Newsted nye band baru,
GHOST, RAMMSTEIN, AMON AMARTH dan jugak sikit2 la survey Airbourne etc
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sacrifice ni semua, dan pulak GHOST ialah flavour of the moment industri muzik, dan rasanya trendy untuk jadi peminat GHOST pada waktu ni,
.
.
.
untuk
.
.
.
.
.
.
.
.
.( bunyik lagu sarkis )
.
..
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.(pon! pon! pon! badut sarkis main horn merah kat hidung dia )
.
.
.
..
.

.
.
.
.
.
.
.
a BON JOVI stadium  show..
Now is that a great trade-off or what.. or the worst trade-off ever?

Siol je kan aku.
tapi apa nak buat, dah minat kan?
nanananananananananananaannananananananananananana..
( teka lagu apa? Aku rasa mesti ada korang tau.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lagu Born to Be My Baby la ) haha. ok lawak bodoh.
Tapi bayangkan pegi tengok Bon Jovi, Richie Sambora masih (merajuk/gi berubat pasal kaki togok/buat hal) sila pilih satu, mesti cam tak best gitu kan.
Harap2 dapat pergi, aku masih belum cuba ambik cuti lagi...belum carik kawan cover shift2 kerja aku lagi. Giler.
Dan kalau dapat pergi pun, jangan la sangkut lama2 kat immigresen mana2. 8 hari, 2 negara, 4 bandar, aku dah plan tido minima dan dalam ketapi ngan dalam flight aje lain2 jalan2 tengok tempat orang.

9 comments:

matakucing said...

haa betul2 nye mencabar trip kali ni..anyway enjoy n keep on safely

WanBeruas said...

Walaaaa i have to spent much time to read all of this..hehehehhe...

Dr. Bentara said...

jeles... jeles...

Rafi said...

Volbeat,Motorhead,Europe,Iron Maiden..fuhh..memang best kalau dapat tengok depan mata..
Dragonforce pun ok jugak la walau dah tuka penyanyi.solo gitar menggila dari Herman Li ngan Sam Totman tu best..

Adi Herman said...

Sponsor satu tiket utk aku sekali! Haha xda la gurau saja

berteromber said...

baca ko tulis ni...aku pulak yg rasa excited...hahaha...bayangkan dapat nengok live band2 zaman kita membesar...Uriah Heep...UFO...Europe...Bon Jovi...Maiden...sekali harung...pergh!!!!

lieyalatif said...

Perghhh best tu....sambil bc entry sambil lieya google tempat2 tu....almaklumlaa i ni buta geografi sikit hehehehe.... Mmg best...so tolong amik gambar n story lengkap2 kat sini key...nak pegi sendiri ntah bile dpt bace citer org pun dah besar rahmat hehehehehe

iaryylr said...

wow, macam macam pengalaman! syabas!

::alifdalmim:: said...

Salam...

Waaaaaahh..backpacking lagi..

best..best..best...!