Monday, January 20, 2014

majalah TERRORIZER January 2014

Jarang-jarang aku beli majalah hiburan sekarang, tapi Terrorizer Magazine untuk bulan Januari 2014 ni aku beli..
.
..pasal...


.
.
.
.
aku nak ni..



Memang menarik la baca berita dalaman dan berita2 gossip penganjur2 besar2 untuk festival2 yang libatkan band2 main lagu2 rock ke, lagu2 berbagai irama metal dan sebagainya. Cammana dorang buat pengumuman, cammana dorang nak kawalkan keadaan hati peminat2 dan penyokong2 festival yang setia datang festival dorang yang tak puas hati, dan cammana dorang cerita dorang terbang sana sini jumpa band kesukaan ramai untuk jemput main kat festival dorang. Logistik, makanan, lumpur giler giler nye lumpur dan cara nak selesaikan, hujan ribut, segala tok nenek nye masalah. Soalan2 pasal beer dan segala tonggang langgang lagi...hahaha. Aku suka baca2 gini....best.

Memang dahsyat la kalau tengok ni..



takkan 'perfection'  punya la pasal kita ada minat band masing2 dan kalau band kita minat pun ada, kita marah2 dorang main siang hari, pagi2 buta kita tak datang lagi atau belum mandi lagi haha, dah tu main kejap lak tu. Mesti kita nak band2 kita suka main takde kacau2, main lama2 nak kat 2 jam. Dah tu cantik je lepas tu kita ada time pergi tengok band2 lain kegemaran kita jugak. Tapi rasanya susah la festival size besar giler cam gini.

Seriously impian aku nak tengok Manowar sekarang main penuh Kings Of Metal album tahun ni, rasanya tak dapat la, tapi Hellfest 2014 ni memang dahsyat la, ada band2 dah pernah tengok so tak tengok lagi takpe, tapi ada band yang memang baca je, tengok video je, dengar lagu je, dengar cerita2 legend dorang je, sekali tu banyak2 cam gini syok la kalau dapat tengok dorang buat persembahan...

walaupun macam boleh agak tak syok rasanya kalau ikut jadual2 tak rasmi peminat, sewaktu Black Sabbath main dan Paradise Lost + 1349 kat pentas ketiga dan keempat, memang akan clash gila2. 
Hari pertama aku gigit jari je la nak tengok Electric Wizard pasal dorang langgar ngan jadual Maiden main kalau ikut khabar angin.

Aku tak tahu apa nak jadi pada hari tersebut kalau aku dapat pergi. Sekali je aku pernah rasa sikit la apa tu masalah clash untuk band2 aku suka dalam aku gi konsert2 rock ni, apabila Motorhead clash ngan Thunder lain2 pentas. 
nanti la ni borak lain kali....

Aku suka POLL dorang...edisi ni taruk undian dari penulis2 majalah Terrorizer, dan lagi satu bahagian ialah jugak bahagian khas undian2 pembaca2 majalah ni..






Memang lawak senarai worst bands, best bands kategori tu oleh undian peminat2...
metalika, megadeth, kena pedajal haha.
Yang festival tu pun menarik pasal Soundwave ada kat dalam top five outside of UK/Ireland.
Aku suka Soundwave, pasal dorang campur aduk segala tok nenek macam2 band yang main macam2 style, kalau semua pun tak berkenan pergi la beli air, makan2, duduk2 dan baring2 kat rumput tengok orang lalu lalang haha, dan apa aku tahu, penganjur Soundwave jawab terus kat soalan peminat Maiden pasal perancangan dia tentang Maiden ni untuk negara Australia, yang mana tempias dia boleh agak la kena rantau South East Asia jugak.




ok la majalah edisi ni, baca2...belek2...tengok2 gambo...
dapat cd la selalunya beli majalah ni...cd campur2 macam2 band.

5 comments:

Adi Herman said...

Kesian...Avenged Sevenfold selalu kena kutuk.

Ijau D. Koceng said...

most metal band in the world ≠ metallica

+1!

berteromber said...

Best band...album...live...ko mesti kena tengok Carcass beb....

faizal abd fathi said...

carcass album baru memang layan

Rafi said...

Carcass dapat tengok depan mata pun best jugak tu