Tuesday, June 24, 2014

ulasan pendek Hellfest hari ketiga - hari terakhir

Hari ketiga Hellfest memang banyak pengajaran berlaku untuk aku tentang penggunaan public transport di Clisson.
Dari segi susunan band pun sama - Iced Earth last minit kensel Jon scaffer masuk spital pembedahan leher lagi, dan Megadeth kensel david ellefson nye abang mati dan diganti ngan Surprise paling besar - dark angel.
Soundgarden clash sama waktu ngan Paradise lost. Well....bastards jadual dia. Haha.

Jadi cam biasa kestar karatan aku buat aku miss berapa bands aku nak tengok.

55 bands main hari ahad dari 10pagi ke 2 pagi kat 6 pentas... ni yang aku tengok seperti jadual aku pilih sendiri.

Powerwolf - betapa gembiranya aku...dorang main stage kedua. Panas2 buta. Satu band yang aku suka sangat diwaktu siap beli boxset bagai.

Repulsion - tak tengok pasal aku pergi tengok bands merchandise yang tak sama gerai2 ngan hellfest punye. Asa bands special tshirt khas untuk hellfest.
Unleashed pun aku tak tengok, aku tengah duduk2 atas tanah gersang.

Urfaust - ni aku keliru, pasal dorang tak main sebagai Urfaust. Ada masalah kot.

Angra - dulu2 aku fikir ni band boleh breakthru international. Lepas tu andre matos blah, hancur. Masa angra main, bomba pancut air, nanti la aku tampal foto2 rock mampos hellfest. Kecoh abis.

Equilibrium - mungkin antara band terhangat sekarang ni? memang enjoy la.

Annihilator - tengok dari jauh pasal aku dah ambik tempat depan stage untuk Dark Angel.

Dark Angel - pro giler.old timers semua. Vokalis siap shout out untuk Megadeth dan David Ellefson. Memang cemerlang.

Vreid Sognametal - ni band aku curious sangat. Tapi aku tak pergi tegok dekat pasal aku nak chop tempat untuk aparadise lost.

Paradise Lost - akhirnye.... selepas lama minat dorang, aku tengok dorang main live. Cam nak nangis ok aku.
Terang2 yang tengok dorang semua banyak fans pasal stage pertama ialah Soundgarden.

Emperor - main stage 2 ok. Pyros banyak ok.

Black Sabbath - ermmmm bertqhun aku tak degar lagu2 dorang, tapi aku happy aku boleh sigalig word by word NIB. Ok, dua lagu baru. Aku suka dua2 lagu baru nye main live.

Dah, aku malas nak tengok Opeth. Paranoid abis je aku pergi bas balik Nantes. Ada bas aku dapat naik awal. Hoorraaayyy.




Sekian dah hellfest aku. Memang menyusahkan diri betul festival ni hahaha. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Rock tak rock tapi memang penuh cabaran. Nanti la aku buat full report ngan fotos semua.

Apa pun, last kopek, Extreme main full show kat La Bataclan...









3 comments:

berteromber said...

3 hari...berapa banyak band dah dapat tengok....syiok betul la...

D'arsil said...

pergh!!!

Rafi said...

Banyak nak kena tunggu review ni..maiden,extreme,carcass,deep purple,powerwolf, aerosmith.. Hehehe..
Tak dpt aku nak bayangkan betapa hell nya kat sana..heheh