kadang2.. ada benda orang cakap kat korang, yang korang sampai mati korang takkan lupa. Dan ini sesuatu aku takkan lupa, especially time musibah, time dugaan, time bencana alam, or... bencana yang kita cakap "bencana alam" tapi sebenarnya deforestation, salah manusia sendiri, dan kita punya keupayaan rescue menyelamat kita masih ingat kita nak rescue selamatkan sesuatu tempat tu yang kita masih ingat jumlah populasi nya tak berubah masih jumlah 10, 20 tahun dahulu nye penduduk, tapi kita lupa jumlah population setiap tahun setiap 10 tahun dah explode berlipat2 kali ganda, so of course la kita nye rescue capabilities pun kita kena lipat2 ganda siap lagi banyak ye tak??
OK aku cakap ni in general ok, aku tak cakap ni untuk mana2 situasi.. dan mana2 tempat.
OK GO!!!
Anyway, Masa Aceh dan lain kawasan kena Tsunami 10 tahun lepas, by then, Chinook helicopters and all that semua dah diizin masuk tempat Aceh and all that stuffs,
So of course la ada macam2 la macam2 cara kita boleh sumbang tenaga ke barang ke duit ke, dan jugak volunteers yang arrange mintak bantuan berbagai cara,
So ok, cash is needed if you can afford it. So out of curiosity, aku realise antara barang yang nak dibeli dan dihantar ialah............
Sanitary Pad.
I mean those for kegunaan kaum perempuan.
Ni buat aku fikir, Chinooks ke, amerika hantar aircraft carrier ke, I mean ok la air minuman, makanan, ubat ubatan berbagai jenis, bandages dan medical items, khemah, selimut tapi aku terfikir sanitary pads ada ke?
OK la, korang boleh lahar aku cakap " makan minum ubat yang penting, ko ni orang pompuan tak bising yang ko yang sibuk apasal, kalau penting mesti dah masuk sokkabar?",
excuse me, tapi a bit of comfort in the face of dugaan jugak penting ye tak? I am sure the ladies will appreciate it.
Contoh macam nari kat sokkabar Malaysia Harian Metro aku baca pasal this person cakap pasal baby milk powder dan diapers is needed. Dah tu je dilaporkan.
Tapi pada aku well, Sanitary Pad ni benda super sensitiviti tinggi untuk orang pompuan.. Tapi dalam dunia kita hidup, benda pad ni aku rasa macam paip air, macam switch lampu kat tembok. Satu keperluan.
So sometimes, kita, I mean korang yang mungkin jenis macam aku jugak tonggang terbalik, kena think outside the box, (FIKIR KELUAR DARI DALAM KOTAK) and its amazing what we can learn once and apply and apply and apply it all thru our lives, especially in the face of hardship and predicament and share it with others.
Terutama sekarang dah berapa? 8 states ye tak yang dah terjejas. So definitely these sanitary pads and baby diapers are really needed.
I mean korang bayangkan masa helicopters tu semua terbang kan hantar bantuan or survey damages dan survey carik people yang need help and rescue? pasang speakers semua lagu AC/DC "Thunderstruck".. kasi motivation gitu...
OK OK sebelum aku kena lahar ngan Moral Policia baik aku stop.. Aku nye harap janganlah ada nyawa terkorban dah. Tv, Esbok, apa je la rosak ke hanyut ke hapa ke boleh pelan2 carik duit beli baru..ganti baru...tapi nyawa.
Thats all... I hope you get the message I am trying to get across.
And this is a fuckin serious BLOG post. I mean it. OK mungkin bukan pasal pasang laguAC/DC tu...tak sesuai rasanya.
p.s
Anyway, baru sampai... kad xmas dan magazine issue 99 maiden...
nanti aku tampal untuk sapa nak tengok.
Next change...
apasal ada ninja tu? apsal?
adakah speku 2015 maiden nak bayar balik Jepun nye tsunami 2011? apasal aku rasa gitu la...
kenapa mesti ninja!!
Ninja Jepun..dan Eddie tengah curik tape dari studio...maknanya adakah betul khabar angin Maiden tu hari kat Paris bukan sahaja jumpa tulis lagu, tapi sebenarnya masuk studio dan rakam semua lagu dah settle.
Dan semua sedia maklum, Maiden masuk studio ikut selera atok nenek dorang je, dorang konfiden abis tulis lagu cukup2, terus rakam, takde fikir2 takde analyse2.... takde tunggu lagi berapa bulan nak carik lagu lain hahaa...Woo hoo happy times...
12 comments:
teruk banjir tahun ni.. kalu tgk kat wall fb, macam2 update share, yg paling terharu ada satu tempat tu dorang minta kain kapan, sebab ada yang dah terkorban..
btw - pakar betul kamu ni merungkai maksud cover mag tu.. tabik!
ok survival tips 101 - sanitary pad dan lampin pakai-buang juga boleh digunakan utk menahan pendarahan sementara menunggu 1st aider atau medic, especially pendarahan akibat luka yg besar
agak2 apa tajuk album ke-16 ni nanti eh?
semalam dengar radio ada interview dengan petugas bantuan banjir...dia cakap stop dulu bagi beras...dah banyak sangat dah...tolong derma ikan bilis...macam pelik bunyinya...tapi itu yang mereka perlukan...
btw...memang tak sabar la kalau ada album baru...
bro!!! aku sendiri tak terpikir pun pasal pad tu. omegod. kau mmg brilliant la. betol sgt2, mmg benda tu diperlukan jugak. huhu..
mmg sanitary pad benda yg crucial time banjir. nasib baik dlm air banjir tadak ikan jerung. kalo tak naya. hahah
Yang Jerung tu memang masa aku pergi tengok Iron Maiden main kat Brisbane Soundwave, Bruce Dickinson tengah kasi ucapan pasal banjir melanda Brisbane dan dia cakap pasal jerung tu masuk kawasan perumahan....
Pasal memang ada gossip pasal tu
ikan bilis ni basah kering semua semua pun boleh jadi lauk kot..
anyway ya true boleh jadi bandage or prevent blood loss
I never think of that
bukan aku la AI
aku cuma share je apa aku blajar dari orang lain dari tsunami dulu2 tu.
Brilliant idea bro..
Kalo Eddie dah keluar dari studio tu maksud nya dah siap la rakaman album eh..mungkin tema ais lagi mcm ssoass ke?
lama tak tinggal komen. hahaha. terbaiklah status ttg banjir ni.
Kau punya serius aku paham sampai highlight sanitary pads kat entry CDR1M aku.Bagus bro.
Welcome home... sanitarium pad...
Post a Comment