Wednesday, April 8, 2015

UFO - A Conspiracy Of Stars - Double Vinyl + cd in Gatefold LP

Dari pasal Kiko Angra join Megadeth ke album terbaru UFO. Cam biasa cakap omputeh tonggang langgang kejap then borak guna bahasa pasar melayu aku yang sama jugak tonggang langgang...
.
.
.


I just bought the new UFO album which came out recently. 
My personal opinion and a short review of a few words -

- Its fabulous. It Rocks. It thrills especially the Vinnie Moore moments, and of course the rest of the band. The eleven songs entertains me enough and so much enjoyable.
Its 2015, and after 45 years UFO can still create new magic moments.

So enjoy the photos of the packaging of UFO's Conspiracy Of The Stars Double Blue Vinyl LP with Gatefold which also comes with the CD and both formats includes the bonus track King Of The Hill. Its a very good deal.




Salam Sejahtera semua...

Jadi cammana aku nak start blog kali ni? ooo kay bak kata Gru ceta Despicable Me.. ""lightbulb...""

Waktu aku budak sekolah dulu, ada satu kaset yang aku ulang dengar ialah Vinnie Moore - Time Odyssey. Suka giler aku.. nak2 last song yang dia main J.S Bach nye classical tu.. Air On A G String and apa minor piano concerto entah dah lupa sekarang masa buat blog. 

Jadi bila Vinnie Moore masuk U.F.O memang teruja la aku. Dia masuk lepas Michael Schenker keluar lagi sekali selepas masuk balik kali kedua.






Jadi UFO ni 
- penyanyi dia Phil Mogg umur dah berapa? EnamPuluh lebih dah. Tapi masih maintain. SUARA SAMA...
- Drummer Andy Parker pun sama. Ni dua memang asli UFO la kan...
- Pete Way kena cancer tapi dia dahbis treatment chemo ye? so far nampak nye laporan ok kot dia dah nak release album solo ye?. 
Tapi tentu harapan peminat nak Pete Way rejoin UFO semula. Buat masa ni sejak berapa tahun lepas, - Ada satu budak muda Rob De Luca main bass sekarang. Muda ke? ha ah la dari pengamatan aku...
Tapi still Rob De Luca pun contribute beberapa lagu untuk album ni jugak. Tu yang best.

- Paul Raymond bukan asli nye member tapi dia lama dari 1970an dulu dah jadi orang kelima kumpulan UFO. Dia ni tukang main keyboards dan 2nd gitar.
- Dah mereka berempat diatas campur dengan Vinnie Moore maka ni la UFO sekarang.

Sememangnye... Vinnie Moore memang tersangat cocok untuk acuan muzik UFO.



Ulasan dan pendapat aku.... aku baru dengar berapa kali je ulang2 satu album.

 - Jadi ni album memang dengar memang dah tau la UFO. Sangat terbaik dan tak lari dari apa kita kenal UFO.

- Pening aku tengok album cover. Ada kapal selam terbang atas bandaraya la, dalam ada orang tengok menyelam dalam lautan la, ada kapal la kat cover belakang. Aku tak paham, tapi cantik...

 - Vinnie Moore solo banyak kat album ni, keluar masuk keluar masuk keluar masuk setiap lagu ada je dia solo meyolo sana sini merata. Style UFO gitu...  Memang seronok dengar..

- Semua best la muzik dia pada telinga aku....  Aku pasang headphones kan so bila dalam train, dalam bas, jalan kaki memang terserlah setiap musician kat album ni. Sound bagus ni album.

 - Lagi satu pada pendapat aku, aku suka pasal selain dari drummer, lain2 anggota semua cipta lagu. Liriks aku rasa semua mestilah Phil Mogg.

 - Takdelah lagu cinta meleleh2 gitu, cuma of course ada lagu dorang slow downkan sikit, best giler.. contoh The Real Deal.

- Messiah Of Love pun a bit dorang perlahankan sikit, Rolling Rolling pun... sedap la... semua lagu   tetap alrite.
So aku suka sangat pembelian aku kali ni... Review rata2 pun semua suka album ni, jarang nak dapatkan review2 ulasan2 advance dari berbagai peminat dan pengulas yang rata2 cakap sesuatu album tu best, dan album ni aku rasakan semua ADVANCE nye laporan semua cakap best.
Berapa hari pertama keluar pun aku baca kat tenet, peminat2 pun cakap best... dan dorang semua tak sabar nak tengok UFO tour untuk support album ni, tapi aku rasa UFO takkan sampai kot rantau ni.

- Sugar Cane pun gerek pasal lepas tiga lagu pertama yang rock terus UFO perlahankan sedikit je untuk lagu Sugar Cane ni, dan jugak lagu macam Devil In The Detail si Vinnie Moore memang banyak gentel la, Lagu Run Boy Run ialah lagu pertama dorang promo dari album ni, Lagu Messiah Of Love pun best lirik pun best...

- Sugar Cane & Precious Cargo ni bukan cerita pasal tebu dan kargo barangan tapi lebih pasal cinta. Pelik2 judul lagu tapi liriks memang seronok...

Memang la semua lagu la aku berpuas hati.. Nanti ada chance ada rezeki aku nak sambar Seven Deadly versi original pulak.

Ooo lupa, korang baik2 kalau masuk Youtube nak dengar album ni, pasal copyright ke hapa kan, yang ada uploaded tu samada diperlahankan sedikit atau dilajukan sedikit dan bukan speed sebenar setiap lagu so hati2. Kira senang cakap - The uploaded songs are not at the correct speed.

- OK ni album aku beli versi LP pasal memang berbaloi la dari segi kualiti lagu, packaging semua dan apa ada kat dalam....-  Double vinyl warna biru. Gatefold of course, dan siap dalam ada CD album ni dan semua ada lagu King Of The Hill yang dikhabarkan bonus track.

- Untuk aku, memang meriah la lagu2 dalam album ni, kira seronok aku dengar. Tukar2 angin gitu layan lagu macam2 jenis selera... dan aku suka band2 yang aku suka, tak bergantung kat lagu2 lama, aku suka band2 aku suka buat album2 baru... jadi sentiasa FRESH dan  bukan jenis kaberet.







.
.
.
.




Cerita sikit, aku mula minat kat UFO zaman modern ni (selain dari dengar lagu2 dorang dari zaman Michael Schenker yang best2 dulu tu),
pasal album Seven Deadly yang keluar dalam tahun 2012 dulu. 
Ada lagu Burn Your House Down aku dengar kat mana ntah... then terus aku dengar lebih lagu2 dari album tu dan aku suka..

So masa Donington Download Festival 2013 tu, UFO ada ambil bahagian, aku macam.. tolong la main Burn Your House Down...Tolong la...

Giler korang bayangkan betapa happy aku bila dorang start lagu ni...
Aku siap ambik video ok masa Vinnie Moore solo giler2...
Check this out. GEREK lagu ni.. melekat ok aku kat lagu ni...segalanya pasal lagu ini... penuh makna sangat. Korang gi carik youtube full version studio version dia.

(Sila tengok lightning rigs atas pentas tu semua sapa punya dah standby... huhuhu..pagi2 dah excited ok tak sabar tunggu malam tengok semua dah in position tunggu waktu nak bukak belakang tu semua kain hitam).



UFO dorang punya crowd memang semua lapisan umur...DAN PALING PENTING NI SEMUA YANG BANGUN PAGI. Giler ke hapa pukul 11 pagi UFO dah kena main. 
Tapi tonggang tetap tonggang Phil Mogg in between songs.. Biasalah dorang kan? kul 11 pagi tu.


Aku tidur kat Derby ok, pasal aku tak mau camping cam orang lain kat Donington Park, aku dah sorang2, gigih ok.. GIGIH!!! Bangun pagi2 buta padahal semalamnye dah penat (walau aku masih ingat aku tengok band Finland yang "H I M"tu main kat pentas nombor 3 ke empat, lepas tu aku pegi main stage, tengok Slipknot sikit dari jauh.. aku rasa sangat B-O-R-I-N-G... terus blah pergi Derby naik bas tapi untung la tak ramai orang sangat kan aku awal..)
 nak kena naik bas dari Derby gi Donington Park pagi2 buta (bas ni lalu Pride Park, lawa sey ni stadium dari luar) pasal aku nak sangat tengok UFO main.

Kul 10 bila gate bukak untuk kawasan festival muzik tu pasal kawasan festival musik memang diasingkan dari kawasan camping dan apa2 je la.., 
aku tahu ada orang dah start lari dah pergi depan Main Stage, dan peluk besi depan tu, tak makan tak minum tak kencing tak berak SEMUA TAHAN walau kalau dorang kencing dalam seluar pun no one bothers kan?, pasal kul 8 malam Iron Maiden akan headline. Kena ingat once kau tinggalkan tempat kau berdiri je, terus orang yang dari belakang semua tolak2 ke depan, dan jangan mimpi kau dapat selit balik ke depan so nak ambik tempat, sila dari paling pagi, main gate bukak je kau lari la sekuat hati pergi railing depan peluk, tengok stage apa la...

(AKU TAHU kat festival tersebut, ada satu budak pompuan minat 3 Doors Down, dia buat gitu kat 2nd Stage... "Here without you baby...") haha. Tapi ni band main dalam kul 2 petang gitu.. No hal..

Dan aku terpaksa mengaku nothing beats the thrill untuk paling depan tengok Maiden headline Donington dengan belakang kau 100,000 tengah cuba mara sedepan mungkin kat padang berlumpur dan slopping dan suasana sangat suspens dan untuk aku la memang mengerikan jugak kadang2.. walhal aku yang aku anggap aku dah kira tempat selamat, tak depan sangat, tak tengah sangat (silap aku jugak, hegeh2 pergi makan2 minum2 masa Queen Of Stone Age main sebelum Maiden) Takut aku, pasal tekanan ramai2 tu buat aku tak boleh bernafas. AKU INGAT MATI OK waktu Maiden main. Rasa takut... nak nak memang dah sejarah orang dah mati dah tempat tu pasal rempuhan. Aku tengok  Lelaki pun cuba beredar carik jalan keluar pasal mungkin rasa trauma. 
Memang menakutkan untuk aku. Yang aku tengok Maiden main kat Frankfurt, budak pompuan sebelah aku meraung terpekik cam hysteria bila Maiden start main first song pasal tiba2 rempuhan dan pressure giler datang dari belakang dan kiri kanan.. Terus kena tarik keluar ngan security. Aku pernah cerita kan? dorang memang experts security dorang kat depan tu... jangan memain, dorang point jari je kat sapa2 baik disiplin..kalau tak mampos la.

OK back to UFO pagi2 buta, Aku pergi beli breakfast dulu la makan Fish & Chips pagi2 buta sorang2 tengah2 padang rumput, giler aku nak rebut2 gi depan pengsan kebulur kang? haha... Aku rasa semua pun datang semua ngantuk je kan, tapi gigih... UFO nye pasal.

Yang aku cerita orang lari masuk kul 10 pagi terus peluk tiang barrier depan main stage tu, Aku tahu satu orang Canada buat tu. Dia cerita kat aku kat bus stop aku jumpa dia besok borak2 pasal dia pun sorang dan memang boleh agak la sapa2 yang Stranger In A Strange Land kan so senyum buat kawan gitu.., 
 -dia cakap kat aku bahawa Security Staff berapa kali nak tarik dia keluar, mati2 dia tak mau walau rempuhan dan pressure tekanan sangat kuat dari belakang, Dia nak paling depan kat railing masa Iron Maiden main Donington Park.
Donington Park ni, kalau baca sejarah Metallica pun, zaman Cliff Burton, main Donington Park ialah impian dorang.. Ni yang cerita botol2 penuh air kencing dan KEPALA BABI tu kena lempar kat pentas kan masa Metallica tengah main pertama kali kat sana zaman Cliff Burton dulu2.  dan tu la cita2 ramai orang semua nak gi sana tengok favourite bands dorang main kat sana walau sekarang dah jadi Download, dah campur aduk dah semua.

Sampai sekarang, antara video clip yang paling nak naik kan adrenalin aku ialah Sepultura Orgamastron Donington 1994. Hebat!!!!


So...

Mula2 aku fikir, apasal siak UFO awal sangat? Tapi bagus jugak la.. orang semua tengah tidur kan?

Dan paling legend, UFO main pentas pertama, dan ni hari Sabtu, ada band2 best lain pun akan susul main kat pentas pertama ni, macam ALICE IN CHAINS, MOTORHEAD... dan of course headliner Iron Maiden main pentas yang sama.
Korang tengok video atas ni korang tengok lighting rigs atas pentas dan kain hitam kat belakang tu tutup stage setup yang semua Iron Maiden nak pakai malam semua nya dah siap pasang. Cuma nak bukak je tirai belakang tu untuk Iron Maiden nye pentas besar bila waktu dorang main sampai.

Dan bila Doctor Doctor mula, macam...  siak ah, Maiden main malam headlining, opening band kul 11 pagi ialah UFO dan kira Intro Tape Doctor Doctor versi Strangers In The Night yang digunakan Iron Maiden dimainkan secara live oleh band original sembilan jam lebih awal.

Pro dan hormat giler kan Phil Mogg nye ucapan... Class!!  Ini band yang dah 40 tahun lebih beraksi dan lagu2 dorang memang tak banyak, sikit pun mempengaruhi.... memang legend.




tapi tak salah aku dorang tak main Lights Out, biasalah dorang support acts je..

Tak patutlah.. Patut main lama sikit la ye... Tapi festivals gini selalu Headliners je main full show 2 jam. Yang satu jam gitu... Kalau pagi2 awal2 nye lagi la...30 minit, 50 minit...
ok thats about it, belen2 foto..cantik packaging dia... ENJOY.








6 comments:

Rafi said...

lawa siot vinyl kaler biru.taktau pulak UFO ada kuar album baru..nanti nak beli jugak la dah review pun best ni..

track gitar record kat tempat lain eh?ingatkan sama studio

Rafi said...
This comment has been removed by the author.
berteromber said...

aku zaman Vinnie Moore ni aku lost sikit...pelan2 nanti aku nak catch up balik...

D'arsil said...

tak berapa tahu ufo ni. nanti jap aku buka utube... bab ceritanya tu.. memang menarik bersimpang siur... org yang peluk pagar tu memang lejen lah.. aku kalau lepak kedai kopi boleh buka cerita tu.. mmg giler... dapat aku bayangkan.. tak makan tak apa semua.. sanggup tu...

PC kOKak™ said...

peerrgghh

Portdy said...

Profession of violence