Wednesday, June 10, 2015

4 benda - Wings kat IB lagi, Fandi kat Sea Games, Jurassic World kat wayang, dan last aku dah lupa la...

Ok, cammana nak start? ok...
First

Wings kat Istana Budaya lagi..
Bila aku dapat tahu je hal ni, Aku terus teruja pasal persembahan kali ini nampaknye ada Tema istimewa gitu... dan rasanya mesti highlight untuk aku dapat menengok Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) beraksi di Istana Budaya mengiringi kumpulan Wings.

So is there going to be a mass silat performance during Rantai if this song is played? huhu...

aku punye kepalahotak terus dua perkara
a) Adakah cuma Pure Wings + OTM? atau ada ramai2 rombongan Cik Kiah jemputan penyanyi2 dan musician2 lain? Ini antara faktor yang buat aku nak gi atau tak. selain dari ni lagi satu ialah lokasi, bukan pasal jauh dekat, bukan... tapi......sedaya upaya mungkin aku tak mau pergi sokong lokasi yang mendatangkan faedah kat organasasi2 yang aku tak rasa sesuai aku sokong walau SATU SEN pun, walau INDIRECTLY. Banyak lagi lokasi yang ""NEUTRAL"". Ni adalah pandangan peribadi aku. 
Aku suka sangat tengok Pure Wings beraksi so harap ini kali cuma Pure Wings + OTM.

Mintak maaf la ye tapi....Aku kurang minat konsep Superfrens live pasal aku suka tengok setiap act tu as a full pure show of their own. Aku takkan rasa puas.
Macam dari aku tengok Wings + Superfriends, aku lagi suka tengok dua show, Wings sahaja dan sapa pun Superfriends atau Superfriend tu ngan show mereka sendiri.

Aku harap korang paham apa maksud aku.
Ni masing2 nye citarasa, dan ni citarasa aku....

b) Aku was like skeptical - 7 nights straight without rest?
Aku tak bimbang pasal musicians tapi aku bimbang pasal penyanyi tu dapat sustain 7 malam ke?
Bila last Maiden main tiga malam berturut2?? .
ni masing2 nye pendapat tapi aku sebagai pembeli tiket, aku berhak fikir pasal ni ye tak?  Tapi macam biasa aku sudah pasti Wings tentu dah take into consideration 7 malam non stop persembahan dan cammana dorang nak pastikan kualiti persembahan setiap malam maintan, dan aku nye fikiran cakap kalau Wings perform 90minit aku dah lebih dari happy. Contoh macam Search tu hari kat IB, aku sangat berpuas hati taking into consideration dorang beraksi 4 malam straight, takde banyak colok, Search blast 90minit dan thank you good nite gitu, have a good rest for next night.




So harap aku dapat pergi, pasal malam sebelumnye aku kerja malam, so its going to be a mad rush nak balik KL then nak kejar tengok Wings kul 8 malam haha.

Kelakar nye aku dah beli tiket online, tapi aku takde printer takde apa...
Aku cuma ambik gambar pakai Handphone je completed transaction kat screen laptop.

Macam2 show2 lepas IB, malam show sampai IB takde tiket, takde printout, takde apa, pergi tempat box office keluarkan henpon tunjukkan foto beli tiket online kat petugas di kaunter tiket..

So far ok je.. takde masalah..

So harap ni kali pun sama la..
sempat pergi good,
tak sempat pergi..., maybe dua choice - return again next night!! HAHA, atau just too bad.

yang return again next night tu ada possibility la, haha... tengokk cammana

Anyway,
XPDC last Saturday aku tak gi, tapi cam aku cakap best reviews aku baca pasal sesuatu persembahan tu ialah dari tulisan peminat2 sendiri kat blog2...
Read this - http://uvianhell696.blogspot.sg/2015/06/konsert-xpdc-aku-masih-disini-rockestra.html




Second

SEA GAMES!!
Aku was like gelak...
LAIN KALI HUMOUR dan NASTY BANTERS BOLA SEPAK JANGAN BAWAK PERGI KAT SUKAN LAIN BOLEH TAK???

Korang ingat atau tau cerita tak England dah kalah ngan Holland apa qualifying entah, abis tu satu stadium penonton Holland semua pakai baju Oren, then semua nyanyi lagu Bananarama "hey hey Goodbye".. England relak je..

abis tu tetiba lain kali, Holland lawan capteh atau congkak ngan England, sama terjadi, then England complain...!! giler kan senario gitu?
So yang bolasepak tu biarkan kat bolasepak...

Ni belum some seriously vicious people leading impressionable young lads nyanyi lagu ""ANJING!!""lagi....




Korang tengok pembukaan Sukan Sea yang berlangsung sekarang ni?

FANDI.

Aku rasa la, aku sangat menumpang bangga dan kegembiraan. Korang ingat atau tahu pasal Olympics kat Atlanta tak silap?
Masa nyala obor tu rahsia, then tiba2 peninju Muhammad Ali keluar dari belakang then dia gi nyala obor tu... Aku rasa tu adalah biggest honour la kan, Amerika betapa ramai athlete yang hebat tapi Muhammad Ali jugak...

Sama macam Sea Games ni, Fandi ok Fandi!!
Dia ni cengkih segala cengkih. Dia legend setanding Steve Harris la pada aku.
So bila Fandi yang tukang nyala obor (with Irfan), its like OMG moment!!



Anyway aku perasan Fandi ni kan, orang cerita2 pasal dia...suka cerita dia FC Gronigen, score ngan Inter Milan, menang tu menang ni, gol semua pengsi2, tapi pasal kegemilangan2 dia masa main jarang gitu aku dengar atau baca cerita2 dia zaman Kuala Lumpur dulu ngan Malek Awab dan K Kannan, dan zaman dia Pahang dulu.. Pahang dulu zaman Fandi tu was like Dream Team la kira nye ye...

Tu jam Fandi main Pahang, Arwah Borhan Abu Samah pun sama team Pahang sezaman kan? wahhh hebat tu jam ye Pahang.

Also masa dia dipanggil main untuk Selangor lawan Diego Maradona nye team tu jam Boca Juniors kan? betul kan aku cakap ni? his Niac Mitra time, his Ajax Amsterdam trials yang dia reject offer kan padahal Marco Van Basten sama trial ngan dia or something then he choose Niac Mitra, kalau tak dia dah Ajax partner Van Basten,  dan jugak his very weird ending with JDT 2013, and of course the most hilarious, RTM announce kat Berita Jam 8 Fandi dibeli Manchester United..padahal its a APRIL FOOL!!!!! joke Straits Times tu jam.

I think this is his biggest honour la, Fandi Ahmad tukang nyala obor Sea Games.
Humility dia is exemplary .. dan ni la semua orang suka dia pasal ni.






AKU HARAP MASA ARSENAL MAIN NANTI ADA BUNGA API CAM GINI!!!
HAHA..



KETIGA


Jurassic World nak main ke tengah main? aku teringat zaman dulu first time tengok Jurassic Park kat panggung wayang. Yang pertama dulu..

Adegan pertama tunjuk dinosaur korang ingat tak? Bila part dinosaur besar gedabak makan daun tu tengah macam diri kan?
Lepas tu dia jatuhkan kaki depan dia...

BOOOMMMM!!!!!!!!

Sound efek dia giler la.... BERGEGAR PANGGUNG!!  Aku tak pernah rasa sound efek tengok wayang cam hari tengok Jurassic Park pertama tu... memang aku KAGUM GILER!!

Jurassic Park original part 1 tu ialah satu filem yang macam kira groundbreaking la dari segi membuat semua penonton jadi teruja gitu....

Sama macam Terminator 2 Judgement Day, DAHSYAT!!!, melopong tengok Arnold lawan ngan Robot cecair tu.

So tengok ni dua poster masa tunggu keretapi aku memang terkenang.. aku suka Jurassic Park, bila Part II dah macam puaka..
pasal dah hilang mistik dia la kan T-Rex kat New York eh? LA? aku pun dah lupa la...

Aku nak Dinosaur mesti maintain kat pulau dinosaur je kan? Part 3 tak best tapi at least dia maintain senario cuma main kat pulau2 dinosaur penuh misteri tu...





Besar sea monster ni kan? Korang dah tengok Gezek dia?

Aku mula2 macam...apa sey gantung ikan jaws?? Sekali tu hah, kamera angle dari atas...

Lagi tinggi sikit sea monster tu lompat, silap2 ngan kameraman yang ambil angle dari atas pun kena makan ....

Macam real.!!!!

Harap cerita ni takde love love scene gitu.. aku suka satu Jurassic Park ni, action dan berbual2 yang relevan ngan action dan storyline aje...
Kurang dan takde langsung dia punye jiwa2 romen2 antara hero dan heroin.


KEEMPAT, FOURTH


ok aku pun dah lupa aku nak cakap apa, ada 4 benda sebenarnye..

ok ok takpe...

posting kali ni aku type dan tampal2 gambar dengan mendengar Sammy Hagar Circle nye live album... MICHAEL ANTHONY ada, Vic Johnson dan of course Jason Bonham.
total minutes 2 jam 20 minit...

Lagu2 Sammy Hagar solo, Montrose, VAN HALEN (Michael Anthony suara dahsyat maintain padahal live - When Its Love - Aiseybedah!!!!!!  ) aku suka lagu ni!!!)  dan of course Jason Bonham pun ada so a few Led Zep songs.. When A Levee Breaks pun ada...

Kat youtube dah ada full album...KONGAJAR ALBUM BARU KELUAR HAHA!!
 JANGAN LUPA TUKAR SPEED LAGU 1.5 kat roda gear tu.. Kalau tak tukar speed, senang kena detect dan kena delete ngan youtube....

Errrr.... Sila beli ORIGINAL ye... kikikikikikikikiki... Dreams pun ada.. accoustic aku rasa Sammy Hagar ngan Michael Anthony dua orang je.. SEDAP GILER versi ni.

Aku nak tangkap original la ni album aku rasa sangat value for money semua lagu gerek....A VERY GOOD LIVE ALBUM.

Kalau ni album ada lagu2 Mine All Mine dari OU812 ngan Dream Is Over dari For .Unlawful .Carnal .Knowledge nye album..dan tentu terus aku beli semua versi album ni haha,. tapi tu dah melampau dream live album kan? haha..

OK DAH BYE..

aku pelupa sey, makin tua makin semua nak kena tulis kat kertas, aku terus otak jam apa aku nak cerita sebenarnye yang 4th tu...

Serious aku tahu aku nak cerita something important...

lain kali k bye.


8 comments:

Rafi said...

teringat tengok Jurassic Park kat wayang depan komtar tahun 93 dulu (sekarang dah takda apa nama wayang tu aku da lupa)pasal filem tu filem termahal pada masa tu kan dan tak silap aku filem pertama yang menggunakan teknik CGI tu.dinasour dia pun memang nampak real la ibarat mcm kita tgk 3D pada masa sekarang.

Sammy Hagar aku baru tengok kat youtube event cancer yang dia buat ngan James Hetfield tu.yang anak James Hetfield ada nyanyi sekali lagu cover Adele.
Wings kalo dia buat konsert solo tanpa artis undangan dengan tema konsert berlatarkan rock 80an pun best jugak kan?

deaf-angel said...

Wah 80s je eh? First 3 albums gitu.. seronok la ye..
Aku teringat yang Search suppose to play cuma first 4 albums untuk show Loudness or something ngan Rusty Blade..
Nasib baik tak beli tiket....haha

deaf-angel said...

Aku tak boleh ingat Komtar tu sangat..
Aku tahu Komtar atas sekali ada cinema.
Cinema yqng sekarang tunjuk cerita india tu ke? Tu depan city square gitu kan

Ijau D. Koceng said...

teringat parody "jurassic porak" dalam gila-gila, hahahaha...

D'arsil said...

rasa nak turun je wings tu, haha tgk lah cemana.
bab pembukaan sukan sea tu ada gak tgk separuh masa persembahan kanak2 ngan remaja tu. perghh dia punya pencahayaan tu macam real, sebijik cam tgk teater. harap2 malaysia 2 tahun akan datang buat macam ni, aku pasti turun stadium tgk pembukaannya hahaha.
jurasic ni masa aku kanak2 memang lejen juga..

Rafi said...

Yup depan city square.dulu apa je yg ada kt jb tu yg selalu pegi komtar,kotaraya,nak best sikit holiday plaza.dulu awek ramai leh ngorat..haha

deaf-angel said...

Holiday Plaza tempat video tape pirate dan makan pizza hut haha

berteromber said...

Panggung wayang KOMTAR tu dulu namanya Nira. Kenangan panggung wayang ni dulu beratur panjang time raya nak tengok filem Fenomena...haha...sekarang sejak dah tukar baru jadi JBCC...takder dah panggung wayang....

Tapi aku tak leh lupa masa zaman Jurassic Park tengah hot dulu...tu jam aku kerja KL...berapa hari ntah balik kerja singgah panggung... tiket asyik sold out...giler ramai layan cerita ni...last2...jumpa vcd pirate kat pasar malam Kg Pandan...tengok gambarnya pun rakam kat panggung siap senget benget dan nampak kepala orang....hampeh betul...bukak 10 minit terus aku buang...dah la reganya tu jam RM10...tu zaman vcd baru start....