Tuesday, April 5, 2016

LOUDNESS DISILLUSION (English Version) & DISILLUSION (original Japanese version)- Loudness 35th Anniversary Columbia Reissue. (Bulan April ni dah jadi bulan borak pasal rock Jepun part 1)

Salam
Moshi-Moshi
and Rock You All Around The World.

As usual I'll talk-cock and elaborate first in my disrespectful vulgar bazaar market Malay Language and then switched to my broken incoherent English Language.






Cammana nak mula? aku taip ni semua, senyum dan ketawa sorang2 depan laptop semua pakai memory kepala otak je, jadi kalau info salah. Mintak maaf.

okay.. Aku rasa berulang kali aku cakap DISILLUSION (English Version) ialah antara album yang paling aku minat sekali dalam hidup aku dan aku pernah buat post pasal album ni berapa tahun lepas sudah.

Tahun ni kumpulan Loudness sedang menyambut 35 Tahun lebih kurang sama macam kumpulan Search gitu (dan jugak kumpulan Anthem jugak tahun lepas sambut 30 Tahun sama jugak macam kumpulan Wings). Blue-Ray disc sambutan Anthem yang dalam disc tu ada konsert video dan interviews lebih 240 minit gitu lain kali aku review dan tunjukkan packaging untuk sapa yang peminat kumpulan Anthem.

Memang sesuai la tu Anthem main show panjang2 sambut 30 tahun, dan Wings memang champion la kan kat Stadium Merdeka, dari kul 10.40 malam sampai 2.45 pagi. Full audio bootleg kat youtube channel aku, aku rakam. haha. Aku gembira la untuk Anthem dan Wings ye tak? haha.


Jadi antara acara sambutan 35 Tahun kumpulan Loudness ialah syarikat label COLUMBIA di Jepun telah cetak-semula jumlah semuanya 11 albums kena mengena dengan Loudness yang memang aslinya diedarkan label Columbia.
Jumlah nye 11 album iaitu 4 album pertama Loudness masa zaman dorang masih jadi artis pasaran Jepun iaitu - Devil Soldier, Birthday Eve, Law Of Devil's Land, Disillusion, Disillusion (English Version), kemudian album Thunder In The East di mana mereka mendapat perhatian seluruh dunia, SPIRITUAL CANOE (ni ialah album awal 2000 di mana semua anggota asli Loudness bergabung kembali), Pandemonium dan tiga album solo gitaris Loudness Akira Takasaki.
Jadi jumlah semua 11.

Album-album reissue ni semua dengan remasters yang "disupervised" oleh ahli-ahli Loudness sendiri.



Jadi ni ialah satu alasan untuk aku 'úpgrade' koleksi Loudness aku.
Dan tentunya aku bermulakan dengan DISILLUSION (English Version) dan versi asli DISILLUSION.

Perbezaan DISILLUSION dan DISSILUSION (English Version) ialah, Disillusion ialah album pasaran Jepun yang kempat Loudness pada awal 1984. Seperti lagu rock Jepun yang kita ketahui selalunya liriks kebanyakkan dalam bahasa Jepun dan ada bahagian seperti chorus guna Inggeris. Dalam album Disillusion asli Jepun, cuma Satisfaction Guranteed je tak silap aku semua Minoru Nihara nyanyi dalam bahasa Inggeris.

Tetapi oleh kerana waktu tu mungkin nama Loudness dah mula pelan2 dikenali oleh peminat rock di tempat lain selain Jepun, maka Loudness pun dapatkan khidmat XXXXXXXXXXXXX (sorry aku lupa nama) untuk gantikan liriks Jepun dengan bahasa Inggeris dan rakam lagi sekali vocals album ni dengan seluruh liriks dalam bahasa English. Jadi album ni dipasarkan untuk pasaran International.
Rakaman album ni dibuat kat London.


Tapi kalau sapa masih simpan kaset2 Loudness cetakan ROADRUNNER. Yang kat dalam sampul ada taruk "Drugs are no fun" nye madah pujangga tu...

Kalau korang perasan sampul dia ialah artwork album Disillusion asli Jepun, tapi isi lagu nye ialah English Version. Ni aku cakap dari ingatan, kalau salah sorry... kaset aku semua dah abis dah buang atau hilang dah semua.

Perbezaan lagi satu ialah English Version ada satu lagu lebih. Iaitu instrumental Anthem Loudness Overture.



Ulasan dan pendapat aku untuk DISILLUSION (asli versi Jepun), dan DISSILLUSION (English Version) ialah tetap utuh tetap teguh ni album sebaik album muzik dari mula sampai abis.

- Untuk aku zaman terbaik Loudness ialah empat album pertama Jepun mereka, dan Disillusion ialah penghabisan yang paling unggul dan terhebat sekali untuk zaman Jepun mereka tu sebelum mereka menjadi kumpulan yang terkenal satu dunia dengan kehadiran Thunder In The East.
- Untuk aku Thunder In The East tu kira ok la, bagus la tapi lebih kepada ok dari nak cakap best giler.
- Untuk aku zaman label Atlantic Years nye album2 Loudness yang selepas album Thunder In The East, apabila dorang jadi famous terkenal satu dunia, ok la, sedap la jugak tapi lebih kepada rock yang maksud aku lebih kepada rock radio.
- Untuk aku So Lonely ok ok je tapi lagu asal So Lonely iaitu Ares Lament ialah terbaik dalam sejarah lagu jiwang. HOHOHOHO!!!!
- Untuk aku.. zaman Minoru Nihara keluar dan ganti dengan Mike Vescera aku suka jugak album Soldier Of Fortune , dan aku suka lagu Never Again.
- Untuk aku zaman Masaki Yamada (E.Z.O) nyanyi, zaman Masayoshi Yamashita keluar dan diganti dengan Taiji (X-JAPAN) dan kemudian Naota "Japanese Steve Harris" Shibata (founder, leader, songwriter, bassist ANTHEM), aku tersangatlah kurang. Ini serentak lebih kurang zaman mendiang Munetaka Higuchi keluar dan Homma (ANTHEM) masuk sebagai drummer.
- Untuk aku zaman 2000 keatas reunion semua empat anggota asli Loudness, aku suka Spiritual Canoe dan tak dilupai Biosphere. Ada beberapa lagu dalam ni dua album yang sangat terbaik pada aku.
- Sekarang ni Munetaka Higuchi dah mati sakit barah cancer, dan masa yang sama aku terus makin kureng dengan arah Loudness yang terbaru.

Tapi apa pun, beberapa album mereka tetap jadi pujaan aku terutama Disillusion dan pasangan nye Disillusion English Version.

Setiap lagu yang terbaik..., terutama aku pernah baca Minoru Nihara pernah cerita pasal Disillusion ialah album paling heavy yang dorang pernah rakam.
Album ni memang heavy, memang bukan rock la tapi heavy metal nak mampos nye heavy metal dan kebanyakkan nye laju dan sangat thrill dari mula sampai abis. Gitar solo giler2 dari Akira Takasaki merata2, bass dia cemerlang dan memang ada segmen memang terserlah contoh Butterfly nye mengejut2 nye part tengah lagu dan drumming Munetaka Higuchi penuh dan aneka ragam sangat la pada telinga aku. Suara Minoru Nihara memang terbaik la kan, dan ni zaman 1984 nye Minoru Nihara nyanyi dalam bahasa English. So bayangkan betapa indah.
Tapi tentu nya paling penting ialah kualiti setiap lagu dalam album ni.

Dari Overture sebagai instrumental pembukaan yang memang tak tahu apa nak jadi, terus masuk Crazy Doctor lagu live yang sangat popular, terus masuk ESPER, dan ESPER ni sangat hebat dan laju, lagu Butterfly yang macam bersahaja je tapi terus masuk instrumental terus terkejut2, lagu Revelations, solo Exploder yang mendebarkan dan sampai sekarang jadi acuan solo gitar Akira main live, Dream Fantasy lagu rock laju yang ada lirik keramat "UNDER THE SPELL OF A FOX GIRL", Milky Way satu2nye lagu aku sangat suka sangat, Satisfaction Guranteed juga sedap boleh goyang2 badan, dan terakhir dengan ARES LAMENT yang sedap, dan lirik pun cantik, dan ending yang paling terhebat.

Takde cacat cela langsung album ni la pada aku...




Above is the lyrics sheets of both Disillusion albums from the Columbia label re-issue "remastered with Loudness members supervision" of total 11 albums under Columbia label (8 from Loudness, and 3 from Akira Takasaki solo) to celebrate Loudness 35th Years Anniversary.

As above, One is in original Japanese version and the other the English Version.

An album that for me possibly one of my top 5 non-Iron Maiden or Belinda Carlisle albums that I like in my whole life. 

Traditional Heavy Metal with lots of crazy exciting solos, thrilling, amazing songs from start to finish, awesome music by each band member, the singer dramatic voice and something magical with how Minoru singing in English for the full album back then when Loudness are still a Japanese band.

Excluding Overture as its a short instrumental.
I would rate each song
Crazy Doctor 10/10
Esper 11/10
Butterfly 10/10 and 11/10 for the instrumental section.
Revelations 10/10
Exploder 11/10 and Akira can do what he like with his hair LOL!!!
Dream Fantasy 10/10 for the song and 20/10 for the English version lyrics.
Milky Way 100/10. Yes ONE HUNDRED OVER TEN.
Satisfaction Guranteed 10/10.
Ares Lament 1000/10. Yes a thousand.

Overall score for Disillusion English Version a perfect 666/666

Disillusion original Japanese version I would give 664/666 the neighbour of the beast because I dont understand the Japanese parts of the songs LOL!!


So thats about it...

Next... maybe I will talk about the new Anthem Blue Ray? If I can complete watching it. Its like over 4 hours long of the concert and some interviews.

LOL!!



Last photo CUTE OBI STRIPS .....  TO BE CONTINUED!!!!!







7 comments:

yusrina said...

wahh..!! hebatlah ulasan dari bro deaf.. terkesima aku.. heeh heeh!!
aku nak tunggu kau review pasal anthem pulak.. kipidad bro.. gerek sihh

Rafi said...

Loudness zaman minoru pun aku suka zaman mike vescera pun aku suka.lock n rowllll!

Beruk Kongkang Limited Edition said...

aku cari sebuah lagu yg mana dalam lagu tu ade ketukan drum yg menggila.. aku rasa dari album ni.. aku suke lgu tu.. pasal mmg gila.. haha.. ni ALBUM MMG TARGET.. japan n english aku nk heheh

berteromber said...

dulu masa budak2 puas cari makna Ares' Lament tapi tak jumpa...

D'arsil said...

aku naik teruja membacanya..

Portdy said...

So ronery

Portdy said...

25 days from home ...lagu dr era Mike Vescara yang tak pernah aku dengar luve version