Wednesday, April 12, 2017

Gary Moore Montreux 2010 Japanese Version 2cd & Prime Domestic KL 02Apr2017 bootleg penuh aku dah upload dalam youtube dan aku merapek meraban depan laptop lepaskan frust!!



Lets begin with an extended version in Bahasa Melayu and then a short one in English.
Photos spread all over the post.

Seperti banyak kali aku Mat Jenin berangan di blog ini, lepas berapa tahun akhirnya aku berjaya memiliki cetakan Jepun yang complete bentuk 2 cd bagi Gary Moore Live In Montreux 2010.
Pasaran lain untuk cd nya hanya sekeping maknanya tak complete semua lagu dipersembahkan.
Video persembahan ni dikeluarkan bentuk DVD dan BLUE RAY dan sangat popular video2 rakaman untnk show ni dalam YouTube dengar viewers ramai giler.

(** nota, aku tulis blog ni dua kali, separuh jalan , terus aku sambung ni balik, so mesti huru hara, tapi sapa kalau nak baca tu, paham2 je la,
sapa tak mau baca, nak tengok gambo je tak kesah la).


Anyway Montreux ni setiap tahun ialah wujud nama Montreux Jazz Festival, tapi sebenarnya macam2 jenis muzik ada selain jazz.
Dan untuk peminat2 rock tak boleh lari pasal sapa minat Gary Moore dan TOTO tahu dorang selalu main kat festival ni,
dan jugak, pengasas festival ni ialah zaman dulu masa DEEP PURPLE tu yang ada lagu Smoke On The Water yang bangunan tengah terbakar "FUNKY CLAUDE" tengah selamatkan orang kan?
Claude tu juga pengasas Montreux Jazz Festival ni.

Memang rasa ni tempat untuk music lovers kot festival ni.. ok satu hari boleh backpack gi sana kalau Iron Maiden headline HAHAHA.. tak mungkin la kan haha.

Setlist persembahan ni memang dahsyat, Gary Moore drop blues dia, 
DIA MEMANG CADANG TAK MAU MAIN LAGU2 BLUES UNTUK TOUR 2010 DAN FOKUS MAIN LAGU2 ROCK DIA ZAMAN SOLO DAN ZAMAN PHIL LYNOTT, TAPI ADA LA SIKIT DIA MAIN LAGU BLUES DIA SATU DUA haha.
YE LA CARIK MAKAN. hahaha.
Still Got The Blues kan popular giler, lagu2 yang radio akan putarkan.
Jadi apa yang peminat cam aku dapat bila Gary Moore main persembahan dengan condong ke arah lagu2 rock dia? Heaven la siak!!

Tapi penggunaan tepat dalam nota dalam ni ialah "celtic rock". 

dia combine balik dengan Neil Carters si botak tu, lagu2 dari Wild Frontiers dan After The War yang kalau korang tahu ialah album2 solo dia yang sangat rock, lagu2 zaman Phil Lynott, dan lagu2 slow dia yang terbaik seperti So Far Away/Empty Room yang serious berbual lagu Empty Room sedih giler siot, tiga lagu baru yang tersangat hebat dan rock walau salah satu nya slow rock sedih giler, dan of course lagu2 top dia macam Parisienne Walkway dan tentunya Still Got The Blues yang aku skip hahaha.
Dan tak lupa Gary Moore bermainkan satu lagu dia Nightwish cover version. Yang memang lagu dia tapi terimakaseh kat Nightwish, Gary Moore dapat peminat2 baru yang expose kat lagu2 dia.
(Ni serupa dulu aku kat sekolah, lawak pasal ada budak Cina cakap Scorpions tiru lagu Wind Of Change dari penyanyi Cina. Nasib baik takde budak Melayu buat lawak cakap Scorpions tiru Still Loving You dari Jatt Ali). 

OK, divert sikit, untuk sapa tak tahu, aku nak bilang aku dah UPLOAD seluruh audio persembahan Prime Domestic selama 2 jam pada 2nd April 2017 lepas kat House G Tower, Kuala Lumpur.
Terimakaseh banyak la kat kata semangat pasal aku takut masyarakat melayu ni, jarang hargai rakaman bootlegs band2 tak macam masyarakat barat dimana setiap show banyak tapers, lepas show semua tukar rakaman dan rakaman terbaik dikongsi untuk peminat satu dunia sebagai koleksi peribadi dan harta dunia.
So ni rakaman aku, macam biasa pecah rumah nye taping, tapi pasal takde orang lain upload full bootleg, maka aku upload la versi aku yang ok la jugak, tak la hancur sangat haha.
Full review kat dua posting lepas dalam blog aku.
Enjoy, dan tolong jangan bastard aku...
aku kena ban lagi dengan Youtube selama setahun, aku tak mau upload lagi apa2 bootleg band rock melayu yang main kat Singapore atau Malaysia yang aku tape. haha.

Lama siot aku kena ban dengan youtube pasal aku upload full show Kembara Mark One dan Kembara Mark Two main kat Istana Budaya.

Dan yang aku tape tu ialah malam pertama dorang main extra song.
Teruk siak aku pasal setahun aku kena ban so aku pun malas nak upload bootlegs rakaman2 aku buat untuk show2 Melayu..

Aku upload is for fans ok, peminat2 yang sama minat cam aku.
Tak lebih tak kurang.
aku cuma tahu, ramai fans seluruh DUNIA MELAYU akan nak tahu apa jadi dan nak dengar seluruh kejadian malam tu.

SO AKU CUMA NAK CAKAP " SIOT LA , tak puas hati tak happy sila bilang aku, kau pergi paoto Youtube dan entah apa kau dah bastard, terus setahun siak aku kena"

Apa pun aku nak cakap sikit...
Korang tengok la adakah aku bebal dan tongong dan buat kerja bodoh? tapi hingga hari ni aku asyik tanya apa setlist Wings dan Superfrens?
Giler empat malam, tapi takde fans bilang apa setlist?
tak payah 4 malam.
satu malam je pun?

Korang paham tak? ni masalah aku... NI PROBLEM AKU.

Aku nye mindset, ok aku tak pergi I WANT TO KNOW!!! apa setlist? apa perform apa?
That kind of thing...
Sebab tu aku mati kejong siot benda ni...   
kalau omputeh sorry la, satu dunia tunggu twitter, tunggu song by song setlist, siap peminat buat periscope live broadcast.. pasal kepentingan setlist dan lagu2 dipersembahkan.

OK OK, ni masalah aku.. aku tahu Melayu tak penting ni semua, tapi untuk aku penting.

And please dont give me the crap " nak tahu, datanglah".. aku cuma boleh ambik annual leave satu hari pasal semua shows tu aku kena kerja la, haha, and of course Prime Domestic wins hands down is the show I want to go pasal Joe hanya seorang pemain gitar bergabung dengan musicians mature dan muda yang handalan. Bonus nya the 3 new songs are nice. Band Sendiri, lagu sendiri. 

Aku tak paham, kenapa dalam show2 aku pergi, aku jarang sangat jumpa tulisan atau apa2 yang ada kena mengena dengan setlist atau apa2 pun pasal lagu sendiri.
So nasib baik aku pergi, dan aku syok sendiri dalam blog aku..

So macam aku cakap, mungkin ni masalah aku. Orang Melayu tak penting sebenarnya untuk mendokumentasikan peristiwa malam tersebut tentang apa sebenarnya yang dipersembahkan.
Yang penting, SELFIE. Pakai cantik2 hanya untuk jadi tarikan. Dan tunggu lagu hits yang Jom Heboh selalu keluar untuk singalong.
Tapi takde dokumentasi atau rakaman untuk jadi reference masa depan, takde info untuk peminat2 setia yang tak mampu pergi atau tak dapat, takde butir2an yang patut dinotakan.
OK tak perlu semua,
aku paham.. tapi takkan dalam ribu2, berbelas ribu.. takde satu pun orang pedulik?
Mungkin aku speku, ada ramai tapers golongan Melayu, atau mereka yang buat nota dalam blog2 mereka, website2 mereka cuma aku tak tahu je.
Dan mungkin mereka tulis dalam FB. Hahahahahaha.

Siot la korang, jangan jadi secret society boleh tak? manjang cakap FB ada info tu la, FB ada maklumat ni la, tau kat FB la...

Meluat siak aku baca korang puji2 FB. haha.

Tapi aku rasa aku sorang la kot ada masalah ni, pasal kaum Melayu CANNOT BE BOTHERED, so nak puaskan hati aku...
aku akan kena pergi, aku akan enjoy myself sorang2 pasal aku malas nak cakap dengan orang yang aku takut tak komited macam aku.
Aku akan bootleg, aku akan dokumentasikan dalam blog aku untuk maklumat sapa yang berminat.
Aku akan dokumentasikan apa terjadi dalam bentuk inferior bootleg aku,
pasal macam aku cakap " kalau satu orang je, satu orang je paham apa aku buat, paham kenapa aku buat ni semua, aku gembira pasal at least ada satu orang MELAYU dalam berpuluh juta peminat seni melayu tahu apa aku nak sampaikan".

Anyway jangan lahar aku ye? 

Ni keyboard aku.
Dan wifi ni bukan pakai wifi korang.
So suka hati aku la nak cakap apa.





Nak jump ke page terus gi sini - https://www.youtube.com/watch?v=AQtK0JHBpSM&t=28s

Aku upload Sabtu malam kot?
Eh? ada orang dengar, 2 ribu view? wahh pendengar muzik melayu tahu dengar bootleg? haha. Kot pasal takde orang lain upload full show , so nak tak nak terpaksa layan.
Tak pun dengar sikit dah trauma. haha.
OK OK Enjoy untuk sapa berminat.




ok balik ke judul berbual syok sendiri kali ni..

Rasanya tentu ada peminat muzik rock melayu yang suka dengar lagu2 Gary Moore dari berbagai zaman terutama bila dia main lagu2 bercorak hard atau heavy rock.
Jadi album ni, yang ada versi video Blue Ray/DVD ni dirakam live Montreux 2010 , enam bulan sebulan Gary Moore mati kat Sepanyol.
Istimewa sangat dan kenapa aku suka giler rakaman live ni sampai aku beli cetakan Jepun pasal aku nak seluruh persembahan dalam 2 cd ni ialah kerana masa persembahan ni, Gary Moore sengaja rancang untuk kurangkan lagu2 Blues, dan main balik lagu2 bercorak Hard Rock dan Heavy Metal dia.
Ini terutama, ceritanya Gary Moore hantar anak2 dia ke sekolah, dan cikgu kat sekolah tu yang dia jumpa ialah si botak Neil Carters.
Neil Carters ni masa muda nya ialah Rhythm Guitarist dan keyboardist bagi kumpulan UFO, dan dia juga main dengan Gary Moore zaman Wild Frontiers.
Dan kita semua tahu, betapa dahsyatnya kerock mamposan sangat album Wild Frontiers.

Jadi mereka bergabung, dengan perjanjian akan main semula lagu2 rock dari album Wild Frontiers dan After The War, dan After The War tu kalau kita tengok pemuzik nya ialah Cozy Powell dan Bob Daisley.
Anyway, selain dari setlist condong ke arah rock, Gary Moore jugak waktu tu dah tiga lagu baru yang tersangat hebat (kalau ikut tulisan kat inlet buku cd ni dia cakap Celtic Rock ke hapa entah) dan perancangan ialah album studio selepas tu Gary Moore akan buat album Hard Rock.

Tapi apa nak buat, Gary Moore dah ajal.

Tapi kenangan album ni, dan video nya... aku rasa akan sangat disenangi dan disukai peminat Gary Moore.
Kalau korang tak minat atau tak tahu Gary Moore, aku rasa korang pun enjoy.

Anyway, aku minat Gary Moore kalau dia main rock, tak kesah la dengan zaman solo, atau zaman Phil Lynott ke hapa ke.
Kalau Gary Moore main blues.. aku ok tapi kureng.. Sebab tu aku giler ngan album live ni.

Kalau nak test dengar apa tu Gary Moore, seriously berbual aku suruh tengok youtube rakaman2 Live In Montreux 2010.

Kalau korang tengok Gary Moore ok la dia dah mati tak boleh jawab tuduhan, tapi dia cam banyak togok.
dia nampak tak sihat...
Yang dia mati kat Sepanyol tu pun rasanya dia minum banyak kot sebelum dia dijumpai mati.


OK borak Melayu abis kat sini tapi kat bawah banyak fotos, aku link youtube sebahagian rakaman video persembahan ni dan... aku baru dapat apa aku carik selama ni.... hehe..










Hi Everyone,

after an emotional , laptop breaking session in Bahasa Melayu,
this post is just to show the Japanese packaging for the audio cd version of Gary Moore Live In Montreux 2010.
Other versions worldwide carries only one cd which is incomplete show.

Of course the video versions are very popular and the footages on Youtube is going crazy till now,
but I love these recordings so much that I want a full original audio cds version.

In short, as the notes say, Gary Moore meet up again with his Rhythm Guitarist/Keyboards player Neil Carter at school which his children goes.
Neil Carter had stopped performing in rock bands but Gary Moore called him to join forces again, drop all the blues and play Hard and Heavy Rock again, but its referenced in the text and on Neil Carter's own writings in the internet as "CELTIC ROCK".
He wrote 3 new songs, retrieved the Wild Frontiers material.
And they tour and the Montreux 2010 shows was filmed and recorded.

The plan was for a "Celtic Rock" studio album next,
unfortunately Gary Moore died.
If nobody had seen Neil Carter's personal website do check it out. He also plays for UFO.

I think on this album and video, Neil Carter does nearly steal the show.
But as he wrote on his website, after Gary Moore died, he will not play Rock again or something.

So those who have never heard or seen about this Montreux 2010 recordings please do so.
Especially those who love it when Gary Moore drop the blues and just ROCK.

These are some videos...

Thunder Rising from Wild Frontiers, I doubt this song is often played live.


Wild One , one of the 3 new Rock or they called it "Celtic Rock" Gary Moore had written and performed on this show, and supposed to record a full album.
CHECK OUT THE RHYTHM GUITARIST. I love it so...


Empty Room.  OK I LOVE THIS SAD SAD SONG.
I always think the "You Hope That She Will Change Her Mind" part is heartbreaking.


Some Phil Lynott era of course.
Of course I had never seen the chance of seeing Phil Lynott play.
but I managed to see the Thin Lizzy Tribute Band featuring BLACK STAR RIDERS members + AEROSMITH bassist + JUDAS PRIEST drummer opening for Ritchie Blackmore RAINBOW in Loreley Germany,
and the Thin Lizzy / Phil Lynott songs played was simply amazing amazing AMAZING!!





NOW LOOK WHAT I GOT..

At last the Japanese Pressing of the Remastered 1998 double cd of WASP The Crimson Idol.
Absolute CUTENESS PRETTINESS AWESOMENESS this Japanese version pressing.



LONG LIVE 
LONG LIVE
LONG LIVE THE KING OF MERCY!


13 comments:

Ijau D. Koceng said...

kena cari versi DVD/blu-ray konsert gary moore tu~

Rafi said...
This comment has been removed by the author.
Rafi said...

Tgk cd wasp tu yg aku teruja..heheh..mmg tak penah ada cd the crimson idol tu.
Alaa..bang deap ko pun leh join fb apa guna fake account je.pakai nama maria ozawa ke..bederet fren request nanti
.heheh..boleh tau pekembangan terkini mcm2 benda..ni pun rekod belenggus irama dah kluar aku baru nak gi ambik jap lagi

berteromber said...

Budak rock melayu 80an kalau tak tau Empty Room baik dengar Zaleha Hamid jer la...hahaha...

Btw..setuju beb...melayu memang tak ambik peduli pasal detail...tak rajin menulis dan membaca...tengok album2 melayu jer la...ko nak cari tarikh bila terbit pun memang tak dapat...takder siapa yang rajin catat...aku kalau siapa2 ada info tapi malas dan xder masa nak tulis...bagi kat aku biar aku yg buat...nak suruh tuliskan biography pun aku sanggup...haha..

deaf-angel said...

Yes. Kasi je la diary lama ke hapa, aku sanggup type balik untuk rujukan internet dimasa hadapan

D'arsil said...

layan 1 2 lagu sehari live prime tu

Man said...

Terbaik bang. terima kasih untuk dokumentasi yang menjadi rujukan aku peminat rock melayu yang baru. aku pergi konsert superfren tu. tapi tula, tak rekod apa-apa pun. nak menulis setlist pun dah tak ingat bang. yang aku ingat siti nurhaliza nyanyi sejati dgn harapan malam sabtu. mungkin lepas ni boleh belajar macam mana nak menulis dengan baik seperti bro deaf-angel.

deaf-angel said...

Hi Man, untuk aku ni ialah masalah hiburan Melayu. Ada tak didokumentasikan apa lagu2 Ziana Zain persembahkan live dalqm konsert dia? Sheila Majid? Anuar Zain? Ada tak rakaman2 peminat penuh sebagai rujukan peminat dan rujukan masa depan?
Ends up seni Melayu akan mati..

deaf-angel said...

You know Sheila Majid, Francesca Peters are like a huge part of seni hiburan pop Melayu dan akan jadi bahan rujukan masa hadapan, Siti Nurhaliza, even Jamal Abdillah, ni aku belum cakap rock atau metal band ye, artis pop, takde reference. Ada cuma sedutan Rtm, sedutan tv3. Tapi no full facts or at least an audio recording. Ok ada satu dua vcd live, tapi not every show of their own concert.
Raihan? Now that is waste. kembara mark one mark two reunions yang Singapore nye ada cd release tu pun incomplete

matakucing said...

Tu baru setlist utk konsert.. Auto/Biography brp kerat je yg kuar bhn rujukan utk diterbitkan dan diarkib kan.

Anonymous said...

http://www.avclub.com/article/korn-recruits-metallica-bassists-12-year-old-son-s-253784

WanBeruas said...

Mula2 dengar album Victim Of The Future dari umah jiran aku ingatkan Ozzy punya suara...

deaf-angel said...

Wan Beruas,
Victim OF The Future.. dengar dari rumah jiran..
ni semua cerita2 dan kenangan2 lejen lejen ni semua

Anon
Korn. I will turn my back from facing the stage they are going to play.
I rather go back to my lodging place. LOL!!
I do hope his son do that gorilla prance. ITS SO STUPID. Its like Metallica perform with a spastic monkey.
Fortunately he stop doing in in this year Singapore show for new album.

matakucing.
Setuju.
Anyway, perangai Melayu tak suka sharing. Tahu simpan, konon geng dan member exklusif.