Friday, December 15, 2006

berita - Search

(Hopefully aku dapat pegi nengok at least one show. Kalo ada tiket la.)


SEARCH (dari kiri) Nasir, Hillary, Amy dan Edrie selepas sidang akhbar pengumuman konsert mereka di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya petang kelmarin.

Search kesal konsert tiada penaja
Oleh: ABD. AZIZ ITAR

BIARPUN sudah 25 tahun ditubuhkan tetapi karisma Search sebagai sebuah kumpulan rock legenda di persada muzik rock tanah air masih belum mendapat perhatian daripada pihak penaja.

Hakikat itu dapat dilihat apabila tidak ada satupun syarikat yang sanggup menaja Konsert Search dan Slank (S2 Celebration Concert) yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Januari dan Stadium Larkin, Johor Bahru pada 7 Januari depan.

Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy kesal apabila kemampuan mereka selama ini dipandang sepi oleh pihak penaja terutamanya daripada kalangan syarikat korporat dan telekomunikasi tempatan.

“Mungkin mereka (penaja) ini buta ataupun pekak dan tidak pernah membuat sebarang penyelidikan tentang pencapaian Search sebelum ini.

“Dua tahun lepas Search pernah buat konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan disaksikan hampir 40,000 penonton.

“Jumlah itu lebih ramai daripada penonton konsert kumpulan Linkin Park (dari Amerika Syarikat) yang juga pernah diadakan di situ,” kata Amy pada sidang akhbar pengumuman konsert sempena ulang tahun ke-25 Search di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor petang kelmarin.

Konsert anjuran Tiga Events Sdn. Bhd., itu mendapat kerjasama daripada Biro Membasmi Dadah Umno Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Ozone Events Sdn. Bhd.

Konsert Search dan Slank itu juga diadakan sempena Karnival Rasa Sayang 2007 anjuran Biro Membasmi Dadah Umno yang diadakan di dua stadium tersebut.

Menurut Amy, ekoran ketiadaan penaja, konsert terbesar Search yang khabarnya menelan kos sekitar RM500,000 dan dirancang sejak enam bulan lalu itu pernah ditunda sebanyak dua kali.

“Bagi saya, ini adalah masa yang sesuai untuk menyalahkan pihak-pihak penaja. Hakikatnya nama Search sahaja yang besar tetapi kami tidak dapat apa-apa pun.

“Sedangkan artis-artis dari luar pernah diberi peluang (mendapat tajaan) dua tiga kali mengadakan konsert di negara kita.

“Saya tidak menyalahkan artis-artis luar tetapi kalau macam ini macam mana artis tempatan hendak maju?” soalnya dalam nada geram.

Konsert Search bersama kumpulan rock Slank dari Indonesia itu sepatutnya diadakan pada 27 Ogos lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan 20 Ogos di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor.

Tetapi kemudian ditunda pada 10 November di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan 12 November pula di Stadium Larkin.

Sayangnya tarikh tundaan kedua itu juga tidak dapat dipenuhi. Kini, pihak penaja, Tiga Events Sdn. Bhd., menetapkan tarikh terbaru konsert tersebut ialah pada 5 Januari depan di Stadium Merdeka, manakala 7 Januari pula di Stadium Larkin.

Jelas Amy, meskipun pernah ditunda beberapa kali tetapi ia tidak pernah melemahkan semangat Search untuk mengadakan konsert yang akan dirakamkan dalam bentuk cakera padat video (VCD) itu.

“Ini adalah impian Search yang telah berputik sejak awal penubuhan kami lagi. Konsert ini adalah sejarah dalam industri muzik tempatan.

“Setakat ini, tidak ada lagi artis tempatan yang sambut macam ini (mengadakan konsert ulang tahun). Bagi saya, muzik juga satu medium untuk keamanan dan ia sesuai dengan Karnival Rasa Sayang 2007 yang juga diadakan pada tarikh tersebut,” ujar Amy lagi.

Difahamkan setakat ini sebanyak 15,000 tiket sudahpun ditempah untuk menyaksikan konsert di Kuala Lumpur, manakala 20,000 tiket lagi untuk konsert di Johor Bahru.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert di Stadium Merdeka berharga RM82 dan RM47, manakala tiket-tiket di Stadium Larkin pula berharga RM37 dan RM22.

(aku ambik dari Utusan Malaysia 15/12/06)

Thursday, December 14, 2006

berita - LOUDNESS Konsert 25 Tahun

Tua dah aku. pejam celik pejam celik Loudness dah 25 tahun dah.
Bayangkan zaman tu cam gini
zaman skarang cam gini ( gambo 25th anniversary concert )

Cam semalam je eh aku zaman sekolah, kumpul duit, pegi carik kaset Disillusion. Aku tak yah rujuk mana2, aku bleh ingat lagi lagu2 dalam album keramat ni: Crazy Doctor, Butterfly, Exploder, Revelation, Esper, Dream Fantasy, Milky Ways, Ares Lament, ngan lagi satu apa? hahaha dah lupa, maklum dah tua...
( skarang aku upgrade ke cd English version dia, trivia: Disillusion dirakam vokal dua kali, satu bahasa jepun dan satu bahasa English yang sangat kelakar bila Minoru Nihara nyanyi, sedap bunyik dia pelat2 lidah Jepun bercakap Engrish hehehe )
Kelakar kan dia nyanyi? korang dengar lagu Crazy Night kan? Wock And Woll Cwazy Nights hehehe.
Aku tahu la English aku lagi teruk, tapi sekali2 ketawakan English orang lain best wooo.

So Loudness ngan line up original Akira Takasaki, Munetaka Higuchi, Minoru Niihara dan Masayoshi Yamashita dah sambut 25 tahun ngan konsert special kat Jepun. ( Cam Search la jugak ye.. )
Setlist TOKYO INTERNATIONAL FORUM HALL A 25th Nov 2006
EXULTATION
LUNATIC
CRAZY DOCTOR
THE WINDS OF VICTORY
1st medley
LOUDNESS
~STREET WOMAN
~LONLEY PLAYER
~ANGEL DUST
~IN THE MIRROR
~BLACK WALL
~ESPER
SO LONELY
CROSS
CRAZY SAMURAI
2nd medley
LET IT GO
~ROCK'N ROLL GYPSY
~LIKE HELL
~SOLDIER OF FORTUNE
~PRAY FOR THE DEAD
~NEVER CHANGE YOUR MIND
THE END OF EARTH
STAY WILD
CRAZY NIGHT
(1st endcore)
THE PANDEMONIUM
THE BATTLE SHIP MUSASHI
(2nd endcore)
THE LOVE OF MY LIFE (brand new album)
S.D.I.
special
SPEED

ooo ya, sapa2 tak tahu original line up Loudness ni sudah reunion pada tahun 2000 gitu la untuk Spiritual Canoe dan ada album2 selepas tu macam pandemonium, biosphere, racing dan apa lagi la live albums dan dvds. Ni akhir tahun ni nak keluar album baru lagik, kalo aku dapat dengar bila kawan aku beli ( aku konpem dia mesti sambar satu, Loudness fanatik wooo ), aku review sini next year.

Wednesday, December 13, 2006

MALEX Euphoria

Asyik ceta band omputeh je kan, so satu dua postings ni aku ceta dan tampal fotos aku snap untuk cd cd kumpulan Malex yang pes dan seken. Ceta pasal pes nye dulu ek. Cover dia -


MALEX - Euphoria
( Malex/Alif/Ain/Sham )
Batu Giling Production 2002

Tracklist :
1. Euphoria
2. Keampunan ( vokal )
3. Emosi
4. Seksa ( vokal )
5. Angin
6. Ribut Hidup ( vokal )
7. Yang Tersirat ( vokal )
8. Aur Dan Tebing
9. Berentakan
10. Di Tebing Suram ( vokal )
11. Fiesta Frenzy
12. Nostalgia
13. Euphoria ( reprise )

songwriting - Semua Malex kecuali #2,#4,#7 Malex/Alif, #10 Shanazron, #6 Malex/Mizi/Loloq


breakdown:
8 instrumental
3 laju
2 slow

Ntah eh, pada aku ni antara rock album melayu yang paling best la, cam kalo kita dengar kaset Wings "belenggus"/"hukum karma", kita dengar kaset Search" mentari merah", kita tak fwd skip2 lagu kan? hah cam gini la aku dengar album ni. Konsisten. Jadi mungkin ni antara pada aku best album rock melayu? mungkin la tapi ni album nampak cam abis2 gitu je kot? tak edarkan lagi ke? Dulu ada nampak Malex buat show dorang jual, kat Muzika rekods pun ada, skarang dah takde kot. So sapa takde ni album Euphoria, rugi!!! hehehe, korang gi la usaha eh carik. A magnificient album \m/ .( wa tak buat sign dio ni sebarang2 so ni kira wa dah respek abis ni )

Keampunan, Siksa, Euphoria korang tau la eh dari 3rd album WIRA COSMO ( vokalis je lain ), tapi yang lain banyak hidden gems.
"Emosi", peh....slow jack abis. Kalo lagu kita boleh panggil lawa, ah ni lagu memang lawa cun melecun sedap mata memandang la. Wakakaka.
Some instrumentals, melekat kat kepala, especially bila hari hujan ke, kita ngah naik bas sorang2 ke? hah...this is that type of instrumental. \m/. ( wa bukan nak angkat beb, wa cakap betul nye )
Dan cam aku post tu hari, apsal apsal Malex tak cover version 2 slow rock terbaik giler - Yang Tersirat dan Di Tebing Suram untuk Wira Cosmo? kasi tambah lagu sikit. Simpan lain kali kot untuk live album or boxset? hehehe , takpe wa beli , tu pun kalo wa tahu mana nak carik la...sikit nye susah carik cd kumpulan Malex.

So thats about it, sedikit memori pasal rock2 lama, tak lama jugak la eh, tapi kira memori jugak la eh.. next...dorang nye seken cd lak.

oppss lupa lak, kat inlet cd ni tulis - illustrasi diadaptasikan dari " lebor gabala - the book of conquests " oleh jim fitzpatrick.

asal usul Eddie: mascot Iron Maiden

Sapa tak tahu Eddie tu sapa kan?
Pencipta dia si Derek Riggs ni kan kalo kena tanya mana dia dapat idea gambaran Eddie, dia cakap dia pernah nampak gambar satu kepala askar dah reput gitu, diletak atas kereta kebal masa perang Vietnam dulu.
Mungkin sojer Vietnam atas kereta kebal Amerika, atau sojer Amerika atas kereta kebal Vietnam. Anyway, ni gambo dia...



Check out this image, which is supposedly the one that inspired Derek Riggs to draw Eddie! Be advised, contains strong graphic elements.

The image below is supposed to be one of two scenarios;

A Vietnamese head on an American tank, or...
An American head on a Vietnamese tank.
Riggs talked about this photo in 12 Wasted Years and claimed he believed it was an attempt by the American government to gain sympathy through propaganda. Regardless of why the picture was originally taken though, it isn't hard to see the links to the result - Eddie.

Tuesday, December 12, 2006

review dvd - MANOWAR: The Day The Earth Shook: The Absolute Power ( bah. 3 )

Masuk DVD 2 lak..
Mula2 bahagian konvention dia yang 2 jam lebih tu footage dia.
Soalan - Joey , What does the six magic circles means on the song Blood of the King?
( yang last song album Kings Of Metal kan ada part " six magic circles made by the blood of the king"
Joey - Its our sixth album, and if you look at the CDs and Records they are all circular, each one is special..

Ooooo baru den tahu hahahahahaha. Kadang2 lirik dia memang curious jugak.
Ok ni semua masa ada satu part convention tu. Smua lapan2 anggota Manowar dulu skarang disuruh jawab soalan2 peminat dari seluruh dunia...best la.
Dah tu sapa minat gitar, ni dvd 2 gitar heaven
Ross the Boss nye gitar klinik 40 minit gitu, David Shankle pun, cuma Karl Logan je kejap, mungkin pasal dia ahli Manowar masakini.
Then macam2 la, best tunjuk ahli2 Manowar dan jugak peminat2 dorang dari seluruh dunia...Jelesnye aku!!!!
Ada satu part tu tunjuk Manowar soundcheck lagu Hearts Of Steel dalam bahasa German Herz Aus Stahl. Best sey.
ok lepas tu ada documentary pasal tempat festival ni dan cammana dorang buat stage besar gile bertingkat2 sampai tiga untuk choir dan orkestra 200 orang tu.

Last sekali, ni paling best!! ada satu extra segment 14 minit gitu, tunjuk lapan2 anggota Manowar rehearsal lagu Battle Hymn kat satu pentas rehearsal...Best giler!!
Nasib baik dorang bawak kamera crew...smua ambik dekat2 sey cam nak terlanggar2 je musicians semua, sempit tempat tu.. I like.
Masa ending, Eric buat silap dua kali masa introduce each member hehehe.

Aku paling suka Iron Maiden, banyak bands lain aku suka tapi, sejak tahun 1988 bila first time aku dengar Manowar, dorang always ada special place kat diri aku muehehehe.

review dvd - MANOWAR: The Day The Earth Shook: The Absolute Power ( bah. 2 )

sambungan..
sebahagian gambo kat sini aku ambik dari website Manowar Brazil eh. ( the live photos were taken from the Manowar Brazil website, the rest from the DVD booklet ).
k , DVD 1 ni kan, konsert Manowar selama 2 jam lebih, tapi aku rasa konsert ni mungkin 3 jam lebih pasal ada masalah bunyik, kita bleh nengok masalah tu kat Bonus footages dia.
Dia punye pentas besar giler, dah tu kiri kanan pentas ada tempat orkestra dan choir tiga tingkat. Nengok 2 gambo ni.



Konsert dia yang setlist aku tampal kat post sebelum ni memang best.
Gambar terang, macam2 angle , maklum 20 lebih kamera..
Paling best bila bekas anggota David Shankle + Rhino perform dua lagu ngan Joey DeMaio dan Eric Adams ( metal warriors ngan glory of achilles ), dan Donnie Hamzik dan Ross The BOSS perform dua lagu ( metal daze dan dark avenger , part baca poem tu Orson Welles nye muka keluar kat screen besar )
200 pemuzik orkestra dan choir tambahan tu semua datang dari Czech Republik.
Ada segmen khas untuk dorang bila dorang main lagu2 klassikal dari Wagner ( ni lepas Joey kutuk keturunan Wagner pasal tak mau beri kerjasama untuk bahagian tribute to Wagner ).
Ooo ya, bahagian ni Joey De Maio cakap " Germany Owns Heavy Metal!! , England doesnt own Heavy Metal, America doesnt own Heavy Metal, China doesnt own Heavy Metal , Russia doesnt own Heavy Metal "
Joey deMaio cakap gitu pasal dia bilang si Wagner ni dilahirkan kat Germany. Zaman dulu, "Wagner plays faster, louder and more melodic than any other music".
Skarang ni aku nak carik rakaman rehearsal dorang perform lagu Heart Of Steel dalam bahasa Inggeris pasal konsert ni dorang bawak dalam bahasa German.
Serious bebual, masa lagu penghabisan, aku nangis siot tengok...mata berair.

Drummers kat atas: (L to R ) Rhino, SCOTT COLUMBUS, Donnie Hamzik
Bawah: ( L to R ) JOEY DEMAIO , ERIC ADAMS, KARL LOGAN, David Shankle, Ross The Boss

Lagu Battle Hymn, semua lapan anggota main ramai2...Gitar solo lagu ni tiga2 solo satu persatu...korang bayangkan tiga drummer sekali gus?? giler.
Biler intro dia abis, Scott Columbus terus ketuk kan? terus kiri kanan drum riser lagi dua pun naik sama...it is so beautiful, memang sejarah la ni konsert, lagi 10 tahun 50 tahun orang akan cakap pasal ni performance.
Masa kamera man zoom kat penonton, ada jugak nangis, malah kalo korang dengar audio commentary Director, dia cakap dia pun nangis, dia ingat pasal dia stress dan penat, tapi dia perasan pasal persembahan tu best giler, Director DVD ni pun memang peminat Manowar jugak hehehe.
Abis lagu Battle Hymn, ada pertunjukkan bunga api yang palinggg sangat best, diiringi lagu Crown And the Ring.
Skarang pegi kat Bonus section DVD 1 lak, bonus dia satu best pasal kita bleh pilih audio commentary oleh tuan Director, jadi tau la lebih sikit apa jadi.
Bass Solo - Joey berhenti main pasal dia ada problem ngan sound dia..
Sound Check - ni giler, real giler. Dorang ngah perform lagu Outlaw, halfway berhenti pasal Joey tak bleh dengar Snare Drum, jadi baru aku tahu, Manowar main sangat la bising dan lagu Outlaw kan laju, jadi dorang kena ada dengar snare, tapi sound drums ada problem, jadi dorang soundcheck lagi sekali masa tengah konsert...Betul2 bukak mata aku cammana dorang bleh buat ni semua test drums la apa la...Sound sistem Manowar memang paling power la. Joey cakap peminat pay money and they deserve the best. Setuju!! Aku pegi konsert Yngwie Malmsteen kat Expo dulu sound pecah giler....weaksssss.
bersambung