Wednesday, January 9, 2008

review cd~ NIJI DENSETSU

This is my review and photo spread of Niji Densetsu. A special release in Japan only.

My better half cakap:
niji - rainbow, densetsu - tradition;legend;folklore.



click all photos to make larger.

A few of Japanese heavy rock/metal musicians got together in 1998 to pay tribute to Rainbow, and dedicating it to the memory of Rainbow's drummer Cozy Powell who passed away around that time.

CD ni dirakam tahun 1998 oleh berapa orang members/ex members Anthem, Earthshaker dan jugak lain2 heavy rock musicians jepun sebagai tribute untuk band rock yang gerek abis Rainbow dan ditujukan kat Cozy Powell yang tu jam baru meninggal dunia ( eksiden masa bawak kereta, dan tak salah aku dia ngah cakap kat henpon masa dia terbabas tu ). Lagi best, dorang panggil Joe Lynn Turner ( salah satu vokalis Rainbow ) dan David Rosenthal ( salah satu Rainbow keyboardists ) untuk join in dua lagu gitu.


Joe Lynn Turner and David Rosenthal appeared on two tracks each.



I still remember how tricky it was to get this cd many years back. The cheapest and fastest way possible was to order it direct from Japan and not only do I have to navigate tricky online ordering, but its a risk to order a title in Japanese language. Still got it, and really love it.

R A I N B O W - Sapa sini tak kenal Rainbow? Antara band pertama yang aku belajar dengar rock waktu campur budak2 lagi besar yang semua bawak bag grandsport time late 70s dulu kat kampung melayu/kaki bukit. Wooo tu jam cam heran sey, apa sey lagu title Temple Of The King? Man On Silver Mountain? Lelaki atas gunung? so aku cam tertarik dan start mendalami sejarah Rainbow dan kaset2 dan kemudian cd2 dorang terutama zaman Ronnie James Dio jadi penyanyi dan tu ah suka sampai sekarang band Rainbow ni. ( Aku nye all time favourite Ritchie Blackmore instrumental ialah Weiss Hemm dari Finyl Vinyl, takpe ni semua lain kali cerita ).


I cant read or speak Japanese but I guess here its saying who do what and which band they are/were from.

The track listing :
1. Over the Rainbow/Kill the King
2. Spotlight Kid
3. Eyes of the World
4. Man on the Silver Mountain/Mistreated
5. Road to Babylon/Gates of Babylon
6. All Night Long
7. Starstruck
8. Street of Dreams
9. Drinking With the Devil
10. Lost in Hollywood
11. Light in the Black
12. Over the Rainbow (Reprise)
13. Rainbow Eyes


The track listing, together with the OBI strip. Over The Rainbow ( Reprise ) is a beautiful accoustic rendition of that " somewhere over the rainbow " song, while Road To Babylon is a fantastic keyboard intro.

Tracks yang aku nak highlight
- Semua tracks yang Anthem nye vokalis tu nyanyi, bunyi pelat sikit, biasa lah jepun nye lidah, tapi tu ah unique dia. Rainbow Eyes aku dengar cam - but I rost my way, she got Lenbow Eyes je. Tak bleh sebut R kot. apa pun rock Jepun best "Long Live Wock n Woll \m/"

- Joe Lynn Turner nyanyi lagu Street Of Dreams. Korang tahu kan lagu ni famous tapi version ni sedap siot. Intro dia cam accoustic gitu. Besttt gilerrrr. Sapa tahu lagu ni, kalo dengar ni version, konpem jatuh cinta.

- Man On The Silver Mountain / Mistreated tu mistreated masuk kat tengah lepas tu sambung MOTSM balik, Mistreated ni lagu Deep Purple kan? Tapi Rainbow bawak live, so kira dah jadi lagu Rainbow jugak la kan hehehe. Lagipun Ritchie Blackmore punye jugak.

- Light In The Black ( alangkah bestnye kalo ada lagu Stargazer, tapi takpe nanti ada lagi satu live album Jepun line-up Loudness buat album Super Rock Summit , tu Stargazer ngan Light In The Black dua2 ada , fooo Akira Takasaki jadi Ritchie Blackmore kejap hoho, nanti lain kali wa review sini ), tapi apa aku nak cakap, Niji Densetsu bawak Light In The Black laju siot. Best. Tapi semua pun best.




- Kira semua lagu dorang remake best ler.
Nilai membeli - beli la buat koleksi. Takde kot kat kedai sini. Ni la leceh kadang2.

Final words, this cd is worth buying, because of its collectible value. Its interesting and you wont be dissapointed. I dont know whether its still easily available anyway.


check out the line above the photo.


till the next time,
Do you remember me on the street of dreams
Running through my memory
On the street of dreams
You are on every face I see
On the street of dreams
\m/

Tuesday, January 8, 2008

Laporan BM: Korban di Cambodia & China

Sokkabar melayu ari minggu report suasana korban kat kawasan orang2 Islam yang rata2 hidup sangat miskin kat both Cambodia and China. Yang Cambodia nye reporter tu pandai tulis - touching, aku suka.

So aku dah scan, kalo ada time korang baca k. ( click to enlarge ).

Tak sama kot suasana korban Singapore/Malaysia ngan kat Cambodia ye. Dari tulisan reporter tu memang tak bleh imegin ler cammana orang Islam sana yang rata2 tak jauh beza sangat kot ngan orang melayu kita.
Serious bebual, aku pun kalo nak budget giler, tapi bila lapar, masih kadang2 gi KFC jugak beli colonel burger isi perut ( yang ni bleh kasi kenyang ). Setakat Burger King tu memang ler feberet aku. ni pun skarang Spore/Msia dua2 Mekdi ngah promote prosperity burger lak.

Dorang lak...setahun sekali pun tak dapat makan daging susah sangat... So please support them, sapa yang kat spore, selalu sokkabar melayu ada keluar ni bantuan2 especially nak raya aji semua tapi kalo korang those yang tak beli sokkabar melayu, korang gi those kedai haji hashim all that dorang ada the forms gitu.

Cambodia
#1

#2

#3

#4



k ni lak yang report kat China lak...
#1

#2

#3

#4

Sunday, January 6, 2008

Lost Horizon' kembali..

What a way to start 2008. Happy siak aku baru baca news. Aku rasa mesti ada orang lain cam aku, happy faces beaming all over the world. Apa pun mesti photoshoot kejap \m/




One of aku nye favourite bands Lost Horizon yang aku ingat dah takde harapan lagi untuk bersama, dah nak buat new album walau penyanyi Daniel Hamien ( skarang kat satu lagi band yang aku suka- HEED ) dah takde dah... Dorang akan rakam music sambil carik new vocalist.

Aku rasa impossible nak dapat seseorang suara semerdu/semetal/sehigh pitch Daniel Hamien tapi aku really hope this band continue ler. Because they have whats important- great songs , great music , great lyrics and "uptherewithRonnieJamesDio" voice ( at least on their two albums which aku suka sangat, maybe one day aku senang aku review those two super albums ).

Aku tak paham la, banyak sangat genre heavy metal skarang, Lost Horizon classified under Power Metal? whatever... Lost Horizon is the best new band in the 21st century yang aku pernah dengar.




OFFICIAL BAND STATEMENT, 1st of January 2008

Almost five years have passed since the release of “A Flame To The Ground Beneath” and after the turbulence the band experienced. The remaining members now realize this period was necessary to regain the energy, strength, motivation and inspiration needed to continue with the unearthly creations.

Only, this time things will be done a lot different than before.

While continuing the search for the voice, which will be embraced by our music, the recording of the new material will be carried through independently of that and immediately, with start on January, 2008. All instruments will be successively fully recorded and maybe even mixed without vocals on. All skeptical or frightened by this procedure should know/be-reminded it was more or less the same case with “Awakening The World” album when Daniel’s vocals was post-mixed after the instrumental mix in Studio Fredman.

Martin, Wojtek and Christian, the founders of the band, together with Attila, who all shared the same vision and goals, are once again the core of Lost Horizon and so it will remain in the future to avoid the destructible situations of too many wills and visions coming in conflict with each other.

One Band, One Vision…
- The Lost Horizon

With this in mind we also have decided not to approach any offers of a record deal with record labels only to be cosmically ripped off, limited or controlled. We will take care of all studio and graphical matters by ourselves.

Moreover, the material is not going to be recorded all at the same time, but song by song. If the singer problem is solved relatively shortly, then the songs will be available to buy directly after each one is totally processed and ready for the world. All songs will be distributed through the website.

According to our philosophy we want to establish a direct channel between us and our fans where our music and artwork will be distributed directly from our website, supervised by Valgorth, The Apocalyptic Blaster Of Rats In Cosmic Fury, to avoid any annoying, irrelevant interference by any greedy companies making it impossible to make a living as an artist/musician unless you sell a million copies.

This will be also Your chance to join us on the path to bring back the music to the listeners and musicians, promote the music You love and make musicianship once again the beautiful art form it once was!

In faith, Lost Horizon

Serangan kat Mekah awal Muharram 1400

Untuk semua, advanced selamat tahun baru 1429H. Before wa nak ceta sikit, wa ke halaman rindu kejap k.

Korang semua, (maksud aku korang2 yang rambut dah beruban), ingat tak mana korang ada pada 20 November 1979? Pasal tu hari, ialah awal Muharram 1400. Kira centenary kalender Islam.
Aku ingat lagi pasal tu hari aku gi Masjid Aminah kat Geylang Serai. Tak tahu berapa ramai korang sini kat Singapore dan Malaysia ingat lagi mesjid ni. Aku ingat lagi mesjid packed abis pasal ada banyak aktiviti those syarahan2 thingy. That’s why aku tak bleh lupa hari tu pasal aku tak pernah nengok Masjid Aminah ramai betul, pasal aku dulu masa budak kecik kira masjid aminah tu kira cam playground ler jugak hehee.

Aku ingat tu jam aku bolot Jamiyah nye centenary ruler untuk budak2 berlambak. Aku carik2 jugak kat rumah mak aku tengok ada lagi tak, nak snap gambo untuk ni blog, dah takde dah. Dah buang dah.

Tu jam tak salah aku salah satu guest hari tu ialah ustaz yang ajar ngaji belajar muqaddam kat RTM. Ntah sapa nama Ustaz tu tapi tu la, korang mesti ingat kan? Dulu kecik2 korang mendangok depan tv nengok black and white nye program mengaji tu, yang start dari alif ba ta tu. Mana korang bleh lupa ni program kan, selain Cumi, Ciki dan abang Wazata Zain.

OK, aku tanya pasal actually kan, korang tahu tak hari tu kat Masjidil Haram apa jadi? Aku pun tak tahu, ni baru2 ni jugak aku dapat tahu, so aku pergi jugak carik info kat internet, nampak nye tak banyak details ler. Seems like macam rahsia atau sengaja kena low profile gitu. So aku ada jugak make an effort nak pinjam dari library buku2 yang ada cerita sikit pasal apa jadi kat masjidil haram pada tahun baru 1400.



So ni aku pinjam buku ni nama dia The Looming Tower – Al Qaeda and the Road to 9/11. Tulisan Lawrence Wright.

Sebenarnye ada lagi satu buku nama Siege Of Mecca tulisan Yaroslav Trofimov baru keluar, tapi giler ah harga tak salah aku $70.

Siot. So wa dah cek online, library dah ada tau buku ni tapi dorang belum release lagik to public.
Sorry eh, wa memang salute library pasal best in the world ( yang buku ni pun aku rezeb online je, aku lagi masa reserve pilih nak ambik kat Marine Parade branch, lepas berapa hari tup tup Bishan branch hantar aku kad cakap buku bleh gi collect dah ), tapi kan, kadang2 frust tonggeng siak, buku baru dorang buat jeruk ke?,
Lambat nak release kat public, dah tu ada buku ( red army soldier photobook ) siak ah, tak kasi pinjam cuma reference je. Boring nye, wa nak beli tu buku mahal giler. Tapi apa pun wa tetap love NLB, walau wa selalu kena saman pasal selalu return buku lambat.

Ok ok, back to the story, ni kira wa nye review k? wa nye ulasan sambil wa share kat sini k, wa alih2 sikit speaking London kat melayu. Sekali2 ilmiah sikit pun ok jugak pe. (Berapa accurate tulisan manusia tentang apa jadi, hanya Tuhan je la tahu.)

November 20, 1979. Awal Muharram 1400.
Time subuh gitu, waktu imam masjidil haram Sheikh Mohammed al-Subayil nak get ready jadi imam ngan 50,000 jemaah ( buku lagi satu cakap lepas subuh dan 100,000 orang lak, ni la kadang2 kita pun tak tahu sapa betul ). Waktu tu musim haji dah nak abis. Bila imam nak gi kat micropon kan, dia kena tolak tepi dan tembakan2 dilepaskan. Antara jemaah tu rupanya ada cam insurgents ler. Dorang semua keluarkan senjata dari jubah masing2. Pintu2 masuk masjidil haram semua dorang rantai, jadi jemaah kena trap, then beberapa polis pun dorang bunuh.

Ketua insurgent tu pun pakai micropon cakap ler, Imam Mahdi dah muncul. Nama ketua insurgent tu Juhayman al-Oteibi. Yang dia refer Imam Mahdi tu salah seorang insurgent yang sama2 kat situ nama Mohammed Abdullah al-Qahtani. Dorang dua pernah masuk jel sama2 ler before that, dan Juhayman pernah mimpi something like Abdullah tu imam mahdi. Abdullah jugak kawin ngan sister si Juhayman.

Jadi dorang pun dapat tarik perhatian sebahagian orang ler, terutama dari universiti. Pasal ada dapat bantuan, insurgents ni semua lengkap senjata dan training pun cukup.
Dorang nye aim nak rampas kuasa, dan memerintah ngan cara pilihan mereka - something like that ler ( aku speaking London ada word aku tak tahu cakap melayu je apa, also kadang2 tulis2 bab agama ke sensitif2 ke, dari aku tulis tak betul, lebih baik aku skip2 sikit ler. Buku ni memang detail ler page 101 to 109 cakap pasal ni incident )

Sebelum insurgents ni dapat potong line telepon, satu pekerja Laden nye organization ( korang pun tahu kan Osama bin Laden nye family memang contractor besar dan tu jam dorang memang ngah renovate Masjidil Haram ler ) sempat tepon opis dia.

Jadi dari satu la semua tahu apa dah jadi. Jadi tu jam electric power gi masjidil haram dah kena potong, lampu semua padam dah. Lepas tu kat minaret2 semua ada snipers insurgent. By malam tu, ramai jemaah dah dilepaskan tapi tak tahu masih ada berapa ramai lagi kat dalam. Dah tu pihak berkuasa pun tak tahu berapa ramai insurgent, apa senjata dorang ada also apa dorang nye persediaan pun. Jadi 1st try nak solve the problem, dorang hantar 100 security officers cuba masuk, abis tak berjaya pasal kena tembak ngan insurgents.

By that time army ngan national guards semua dah sampai. Tapi sebelum buat serangan kena dapat persetujuan alim ulamak, pasal tu masjidil haram, mana bleh buat sebarang2. So king jumpa alim2 ulamak, then fatwa keluar cakap bleh attack ler gitu, pakai senjata.

So cuba lagi nak serang insurgents, sekali tiga pintu utama serentak, tapi masih tak boleh. ( http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap pasal ada armoured car semua cuba masuk lepas salah satu pintu dorang pakai bom letupkan )
Kat dalam ada ratusan insurgent rupanya. Ada jugak black American selain arab2. Also dorang dapat senjata ngan cara curik dari armoury National Guard. Dorang smuggle bawak masuk masjidil haram ngan taruk kat “ biers “ yang bawak orang meninggal.
In advance dorang dah standby senjata dan makanan kat underground chambers masjidil haram ler. Snipers pun semua kat tempat2 strategik gitu.

Abis tu lak, next day siang hari kerajaan hantar helicopter lepas tu tentera try turun pakai tali. Abis kena tembak semua. Jadi king pun panggil anak sedara dia Prince Turki takeover jadi incharge cammana nak selesai hal ni.

So si Turki ni kan, dia pun panggil keluarga osama bin laden. Mintak peta, peta elektrikal, dan semua la maklumat dorang ada. Pasal dorang kan kontrektor mesjid ni.
( tapi aku ada baca ulasan kat http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap kontrektor ni tak mau kasi )

Jadi buku ni pun cerita jugak apa tuntutan2 insurgents tu…, sort of nak cut ties ngan western countries, keluarga diraja hilang power, minyak ke amerika kena potong, dan macam2 ler.



Hari keempat, tentera Saudi dah dapat balik tingkat2 atas masjidil haram ngan dua minaret. By that time, mayat si Abdullah dorang dah dapat dah. Ramai dah mati dah dua2 pihak.
Jadi dorang masih plan ler cammana nak tewaskan insurgents lain yang kat belah underground nye section. Pasal insurgents ni semua dah standby bekalan kurma ngan air dah. Satu idea, semua underground section dorang nak isi air, lepas tu taruk electric current jadi semua kena karen, tapi idea ni tak pakai, kensel.( http://www.newstatesman.com/200711010047 dan replies kat situ lak cakap pasal memang air dilepaskan kat underground )

Arab nye kerajaan pun panggil French nye secret service dan tak mintak Amerika nye pertolongan. ( http://www.newstatesman.com/200711010047 lak cakap mula2 CIA yang kasi bantuan dulu sebelum pegi kat French )
Ketua French secret service suruh pakai gas. Tapi kerajaan arab nak gas tu jenis tak lethal. Jadi Cuma nak kasi pengsan je la. Jadi tiga France nye commando pun join in, tapi dorang tiga ni kena masuk islam dulu. Jadi French tiga komando ni pump2 gas, tapi tak menjadi. Kot banyak sangat saluran sana sini jadi takde apa2 kesan. ( http://www.newstatesman.com/200711010047 lak cakap insurgents guna tilam, baju dan basahkan kain kepala tu ngan air untuk reduce effect gas )

Pasal makin banyak orang dah mati dan cedera, Saudi nye tentera dah start drill2 lobang lepas tu lepaskan hand grenade kat bilik2 bawah tanah gitu. Jadi ramai ler jemaah kena jugak tapi ngan ni insurgents tu terpaksa lari kat tempat terbuka jadi senang sikit sharpshooter Arab tembak dorang. ( lagi sekali http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap lain )

:Lepas 2 minggu lebih, baru yang belen2 insurgents pun serah diri.
Si Juhayman yang ketua insurgent tu bila kat spital pasal nak dapatkan rawatan, bila dia nampak putera turki je kan, dia pun siap cium tangan, suruh bilang king maafkan dia.

Then kerajaan pun bagi2kan si Juhayman ni ngan 62 pengikut dia kat 8 bandar ( http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap 4 bandar ).
January 9, 1980, dorang semua kena pancung. Zas. Ni execution paling besar dalam sejarah arab Saudi ler kira.

So then kerajaan Saudi cakap 127 pegawai dia mati, 461 cedera.
About dozen jemaah meninggal, dan rebels yang mati 117 orang.
Tapi kan, unofficial account cakap 4000+. So tak tahu la kan…

Interesting jugak ler, aku ada satu artikel sokkabar ler, review buku siege of mecca tu, ntah mana aku taruk, nanti aku jumpa aku scan ler then lain kali tampal sini.
That’s all.
Cam biasa, lain tulisan lain cerita dia, ntah mana betul, tapi the idea is there ler. Aku suka benda2 gini so ok ler.

Once again, selamat tahun baru.


Saturday, January 5, 2008

my klasik - QUEENSRYCHE' Operation:Mindcrime

Dah 2008 tapi everytime isi date kat mana2 masih asyik taruk 07 je eh. Apapun~
Continuation of my reviews of personal "perfect albums". This time lets revisit with packaging photos, two different editions of one of the best heavy rock/metal concept albums of all time - Queensryche' Operation:Mindcrime. Seems this album did influenced Dream Theater's progressive metal direction, and for me this album is one of the most thought-provoking-mind-boggling album for metal listeners.
click all photos to make bigger-

Above is both the
- Deluxe Edition ( released in 2006 ) comprising the remastered album with bonus tracks, the unreleased, unedited ( ni yang aku nak ) Hammersmith Odeon performance of the whole album from 15/11/1990 & on DVD the Video:Mindcrime together with additional unreleased footage -
- Original released on cd back in 1988 -


Apa itu concept album? Concept album tu ialah seluruh album tu ada kaitan ngan satu sama lain dalam bentuk cerita. Contoh untuk metal fans ialah Seventh Son Of A Seventh Son ler ( korang Maiden fans tau tak tu album sebenarnye sebuah cerita? hoho ). Nanti bawah sikit aku cerita pasal Operation:Mindcrime ni dari pandangan aku pasal dia bukan story cam Snow White gitu, ni kena fikir sikit ler, maklum metal.


1988 ahhh. Zaman gemilang tu hohoho.
Untuk sapa yang grow up sama zaman aku, 1988 adalah antara paling best untuk rock omputeh. 1988 tahun banyak album2 yang antara paling gempak dalam rock/metal nye sejarah pada aku:-
Iron Maiden' Seventh Son Of Seventh Son, Manowar' King Of Metal,
Anthrax' State of Euphoria, Bon Jovi' New Jersey,
Cinderella' Long Cold Winter, Metallica' ...And Justice For All,
dan aku tahu ramai dari korang suka Slayer' South of Heaven nye album.
Ni yang aku just ingat dari memori je la.. Ni belum campur band rock melayu lagik eh..


Packaging of the Deluxe Edition released in 2006

Queensryche untuk album ni ialah -
Geoff Tate - Vocals
Chris DeGarmo - Guitar, background vocals
Eddie Jackson - Bass, background vocals
Michael Wilton - Guitar, background vocals
Scott Rockenfield - Drums, percussion, keyboards

Sebab tu aku nak yang Hammersmith 1990 nye show tu pasal tu jam masih line-up atas. Chris DeGarmo dah keluar dah tak sama ler. Dan album tu masih fresh segar bugar lagi waktu dorang main live, walau dah 2 tahun gitu dan dah lepas album Empire.

Backing cast yang kasi suara2 termasuk vokalis pompuan dia ialah
Pamela Moore - as Sister Mary , dekni suara power siak
Anthony Valentine - as Dr. X
Debbie Wheeler - as the Nurse
Mike Snyder - as the Anchorman
Scott Mateer - as the Preacher
The Moronic Monks of Morin Heights - Choir

Peter Collins - Producer
A bit of trivia, I remembered when Bruce Dickinson first left Iron Maiden and he was giving some reasons for it, one was about how he heard the demo of Operation:Mindcrime back in 1988 while Maiden was recording SSOASS ( Seventh Son...) . Bruce was surprised that another band can produce a demo that is so superior. Bruce was mentioning how clear the sound of the phone is and the background was absolute silence. And how he wish SSOASS was done and recorded the way Operation:Mindcrime was done. Tapi aku tak pedulik, SSOASS is also a perfect album pada aku jugak.

This is the 1988 version. It was one of the first cds I own many many years ago.

Tracklist
"I Remember Now" (Chris DeGarmo) – 1:17
"Anarchy-X" (DeGarmo) – 1:27
"Revolution Calling" (Geoff Tate, Michael Wilton) – 4:42
"Operation: Mindcrime" (DeGarmo, Tate, Wilton) – 4:43
"Speak" (Tate, Wilton) – 3:42
"Spreading the Disease" (Tate, Wilton) – 4:07
"The Mission" (DeGarmo) – 5:46
"Suite Sister Mary" (DeGarmo, Tate) – 10:41
"The Needle Lies" (Tate, Wilton) – 3:08
"Electric Requiem" (Scott Rockenfield, Tate) – 1:22
"Breaking the Silence" (DeGarmo, Tate) – 4:34
"I Don't Believe In Love" (DeGarmo, Tate) – 4:23
"Waiting for 22" (DeGarmo) – 1:05
"My Empty Room" (Tate, Wilton) – 1:28
"Eyes of a Stranger" (DeGarmo, Tate) – 6:39



Cerita dia bermula ... Kat satu bandaraya barat, besar kemungkinan kat Amerika Syarikat pasal reference pemerintahan ialah White House.

Bermula di dalam satu bilik hospital ( bunyi latar intercom hospital panggil2 doktor ), seorang pesakit bernama Nicky. Nicky seorang lelaki muda. Dia dalam keadaan comatose atau trauma gitu. Dibawah kawalan polis.
Bunyi latar kemudian dari televisyen. Berita. Dikhabarkan polis negara sedang siasat pembunuhan2 terhadap ahli2 politik dan pemimpin2 agama. Bandaraya dalam keadaan kebimbangan, dan polis dah dapat menangkap seorang suspek ( yang kita tahu sebenarnye ialah Nicky ).
Ada satu nurse ni pun masuk bilik , so dia tengok Nicky " Dekni tak tido lagi ke?? ", " Nak kena injek lagi satu kali ye ". So nurse tu injek lagi sekali ubat.
So nurse tu keluar bilik...
Nurse tu kat pintu cakap " SWEET DREAMS.... ( perlahan )you bastard!!!!!!!!! "
( so nurse tu pun tahu Nicky ni ialah pengganas yang dah banyak buat pembunuhan ).
Aku suka ni album buat live pasal masa dia main intro ni, nanti crowd part last tu pekik ramai2. Meriah siak.
So Nicky pun teringat2 masa keseorang dalam bilik hospital dia...I Remember Now.


So ni album pun start rocking non stop and I love it!!

Anarcy X - Instrumental permulaan. Tunjukkan keadaan huru hara dan protest didalam satu rapat umum gitu ler.

Revolution Calling -
Nicky ialah seorang drug addict. Kira dia mesti nak kena injek heroin. Masa yang sama dia dah memang penjenayah, tapi takkan bunuh orang kecuali kalau ada alasan baik. Dan Nicky pun macam tak puas hati ngan keadaan negara dia dan dia perlukan pembaharuan. Pasal banyak sangat cam orang2 salah guna kuasa or whatever la. Korang dengar dan baca lirik album ni sendiri pasal memang its a bit of the real world. ( Satu benda aku suka album ni pasal walau buat tahun 1988 tapi konsep dia tak lari sampai sekarang, very relevant ngan dunia kita ). Bila Nicky jumpa Doktor X, ah ni Doktor X ni memang jantan kabaret paling siot dalam dunia. Dia pandai manipulate orang.

Jadi Doktor X ni ialah macam ketua pengganas underground. Dia tengok si Nicky ni macam selenger gitu boleh kena makan ler. So dia pun brainwash si Nicky, suruh Nicky join geng dia. Dia guna brainwashed jadi dia cakap MINDCRIME je kan? si Nicky terus jadi tongong dan buat apa disuruh Doktor X. Dah tu, si gedegak Nicky ni pun drug addict kan? mampos la...Doktor X tu supply kat dia la drug macam2.. So Nicky ni dah jadi hamba abdi si Doktor X. Kira tongong abis la.

Sebab tu la lagu ni Revolution Calling, Nicky dah syok so dia pun Revolution Calling!! Revolution Calling!! Revolution Calling YOU!!!
Lagu ni gerek abis siak..


A short description on how the idea for this concept album came up.



Operation Mindcrime :
Ah ni lagu lak, si badigol Doktor X dah pegi brainwash si Nicky, " ok aku kasi ko pistol2 ni semua, ko gi bunuh2 orang2 yang aku nak ko bunuh ", abis si Nicky dah kena brainwash dah tu dia kalo tak dapat supply najis dadah dari doktor X nanti dah tak bleh kan? So dia pun buat ler apa disuruh..bunuh2.
Dah tu, senang je nak brainwash Nicky, doktor X cuma telepon, lepas tu cakap MINDCRIME. abis ler Nicky dengar ni word, dia pun pegi bunuh2 orang ler.

Speak : Ni lagu cam Nicky bangga gitu ler.. Kira dia terror ler.
Lagu ni pendek jugak dan ada aku nye feveret line " I'm the new messiah, death angel with a gun " gerek eh..

Spreading The Disease:
Lagu ni lak kenalkan kita satu karakter nama Mary. Mary ni dulu kerja sebagai errmmm mintak maaf eh, prostitute gitu la. Lepas tu dia recruited untuk jadi pembantu kat satu agama ni la. Tapi pemimpin agama tu pun corrupt jugak. Jadi kira bedek2 beragama tapi masih buat benda tak elok ler..


The Mission:
Lagu slow. Nicky ngah fikiran sikit2. Pasal dia dah syok ngan si awek Mary tu. Dia cam rasa dah curiga2 tapi dia masih ngan mentaliti dia yang apa dia buat ni semua adalah baik ler. Dia masih tak tahu dia kena bodoh2 ngan si Doktor X.

Suite Sister Mary:
Lagu paling gerek 10 minit, siap orchestra2 semua, komplikated banyak tukar2 pacing. Aku suka.
Doktor X dah suspek ngan si Father William ngan Sister Mary ni sebagai tak bleh harap dan tak guna untuk organisation dia lagik. Dia suruh Nicky bunuh dorang dua. Abis la, Nicky dah syok ngan Mary pe. So dia dah stress. So ni lagu kira Nicky ngan Mary nyanyi duet. Very emotional gitu ler.
Nicky bunuh si William, tapi dia tak bunuh Mary. In fact, dia nak taubat la kira, dia nak jadi baik, nak lari dari Doktor X dan nak mulakan hidup baru ngan Mary gitu wakakaka jiwang gitu la. Tapi serious ni lagu korang tahu macam those Meatloaf ngan Bonnie Tyler? ah lagu macam Total Eclipse of The Heart ngan I would do anything but I wont do that? ah korang combine ni dua lagu, so korang bleh dapat idea berapa dramatic siot ni lagu. Tapi...lagi heavy ler hohoho.




The Neddle Lies:
Nicky jumpa si doktor lahabau tu mintak nak keluar dari geng jahat ni la, doktor x cakap tak boleh, ko tak bleh buat apa2 dah. Aku dah kuasai kau skarang. Ingat, kau mesti dah ketagih dadah aku kan? HAHAHAHAHAHAHA!!!
Ni lagu paling metal. So nasihat lagu ni ialah " Stay away from Drugs " kot? hohoho.
Dont ever trust! Dont ever trust the neddle when it cries, when it cries your name!
Gerek siak lagu ni, laju je...
Jadi makin dramatik ni, macam mana siot apa jadi seterus nye kan? Siak ah doktor X.

Electric Requiem
Short instrumental ngan suara2 gitu...
Nicky gi balik carik Mary.. " Anybody here? " ....trauma siak lagu ni...
Very mysterious....Nicky dah nampak Mary mati.. Abis Nicky dah pening..
Sapa bunuh Mary? Nicky ke? boleh jadi pasal dia kan kalo kena sebut Mindcrime dia terus jadi tongong kan? then kalo dia tak bunuh sapa bunuh? Mary bunuh diri kot? Mary kena bunuh ngan Doktor X?

Breaking the Silence.
Lagu laju, tapi a bit commercial la kira haha.
Nicky sua sasau gitu. Dia dah heartbroken. Mary dah mati. Abis macammana? Apa dia nak buat dah? Dia bunuh ke? Dia cam lepaskan stress gitu ler. Tu kot, lagu title Breaking the silence. Dia cam teringat2 masa depan dia ngan mary, suara Mary gitu. Lagu ni aku suka ler.
Cant erase the hate from my eyes...thru the streets i'm screaming...cant you hear me screaming...looking for you but you never answer me.....



I dont Believe In love
Ah....Ni lagi satu lagu gerek, laju, tapi love song gitu hoho..
NIKCY kena tangkap polis dah...pasal aku rasa dia gi buat kacau lagu tadi kan?
dia kena interogate ngan polis, polis soal2 dia, dan korek rahsia, polis dapat kaitkan dia ngan pembunuhan2 kat bandaraya tu ler.
Nicky cakap " she say she love me, but i guess I never knew ", Nicky cam bingit ler, dia tak caya cintan2 ni lagi pasal nanti dia cakap last2 nanti dia sakit hati. So ni lagu dia merintih2 tapi kelakar nye , lagu ni heavy gitu, tapi lirik dia very romantik gitu siak...Nicky stress giler kot, polis dah tangkap dia tapi dia dah cam putus asa, pasal Mary dah takde dah. tapi dia masih tak tahu, dia ke bunuh? atau sapa? atau mary bunuh diri?
Aku paling 2nd suka lagu ni ler pasal.....aku nye favourite kejap lagi sampai.

waiting for 22:
Short slow instrumental gitu..

empty room:
Nicky teringat2 malam Mary mati, then dia tak tahu masa depan, sapa nak jadi kawan dia etc etc

Eye Of A Stranger:
fave track aku...lagu paling gerek..
Nicky dah katil hospital ler. Polis hantar dia gi sana pasal dia dah sakit trauma gitu kan, lagi dia lak drug addict. Jadi dia kat spital, dia ngah cam reflect. Dia cakap dia punye kesudahan hidup takde happy ending, dia harap masih ada harapan untuk dia. Tapi bila dia tengok kat cermin, dia nampak seorang stranger, lagipun, the mirror never lies. Lagu ni abis ngan dia dapat flashback mindcrime, revolution, dan apa2 la yang dia buat dulu..
Dan Nicky pun cuba nak ingatkan balik..I remember now, I remember how it started.

Tapi album ni tak jawab cammana Mary mati.

So moving on to DVD Video:Mindcrime, ni kompilasi video clip promo about 6 lagu dari album2 ni yang Queensryche rakam kat Long Beach Arena 1989 gitu. Jadi ada lakonan2 tambahan buat effect ( sapa tengok Dream Theater yang Metropolis part II live dvd ) cam gitu la ada drama2 nasik tambah gitu kat screen..
Tapi lepas semua dah bis, ada satu hidden track tau...lagu Eye Of A Stranger. Kononnye, video hidden track ni jawapan kat apa jadi kat Mary.
So video ni cam dua wayang tau kat kiri kanan kaca tv, tak scyncronized. Just for a split second je at end of the video baru keluar perkataan SUICIDE, very fast gitu. So maybe Mary suicide...

Nota kaki - tapi masa live Operation Mindcrime Part II ( ni follow up 1st album yang aku belum berapa paham dan suka lagi )...seems rupanya masa dorang dramatise ni part, Mary dapat telepon dari Doktor X, lepas tu doktor X suruh Mary bunuh diri dia. Mary tak mau, tapi dia tak bleh buat apa2 pasal dia pun dah kena brainwash rupanya tanpa pengetahuan Nicky..

Dahsyat beb dahsyat.... Metal paling complicated tapi aku bleh suka lak..


So check out this album, Ops Mindcrime 2 kalo tak cek out takpe ( walau ada Dio jadi doktor X, ) tapi ni original nye kena cek it out.


Ni lak description untuk live version album ni yang recorded kat Hammersmith Odeon London in 1990..

panjang lak eh, baik stop...hehe..

Wednesday, January 2, 2008

masjid hajjah fatimah dan kawasan perkuburannye ( part ii )

k sambungan once in a blue moon nengok some masjids yang ada something extra special kat mata aku. Part ii of Masjid Hajjah Fatimah dan kawasan perkuburannye. Aku baru belajar word omputeh baru " MAUSOLEUM ". ( click all photos to make larger )

ngah jemur tikar..


tak bleh taruk sbarang2


mesjid ni eh, everytime korang dongak nengok atas, mesti lawa2 je la design dia gitu, orang dulu pandai buat eh...



part of the ablution area ( sebahagian tempat ambik air smayang )


ni main entren, nengok dari dalam mesjid...


ni kira cam seken entren gitu kot, tu building cam kira imam nye quarters gitu la kot. Susah wooo nak carik design cam gini lagi...



arrow tu tunjuk tempat jemaah pompuan nye area smayang ( tapi serious bebual lawa eh quarters imam )


dapo gitu


kalo korang gi belah kanan ada kubur2, tapi aku tak tahu kubur2 ni semua dari tahun bila nye...



then korang gi depan ( kira depan mesjid ler )



So kena explore sikit ler



Ni semua aku tak tau sapa nye dan tahun berapa tapi nengok cam lama nye ler. lebih 100 tahun kot?



Mendung ler tu hari aku gi belakang ni, satu benda aku blajar, pakai henpon kalo hari mendung cam malap gitu.



So then ni belah depan ikut kiri..



Dah meninggal dah seratus lebih tahun tapi orang masih ingat eh. Hajjah Fatimah ni melayu ke hapa ke aku tak tahu ler, tapi kalo ikut wikipedia yang cakap " Her only child, a daughter named Raja Siti, married Syed Ahmed Alsagoff, son of Syed Abdul Rahman Alsagoff, an Arab trader. It was only upon Hajjah Fatimah's death that the business passed into the hands of the Alsagoff family who continued it in its own name. Her grave, along with those of her daughter and son-in-law, lie in a private enclosure in the mosque." well...



dalamnye



ni anak dan menantu nye i think so.



atas pintu tu ada taruk nama2 tapi sorry tak clear tak tahu korang nampak ke tak ler..



ni gambo je aku pakai kamera kecik aku tak pakai henpon hehehe. Best eh kalo tinggal blok ni ntah blok apa ntah aku tak nengok nombor, lawa siak nampak laut, benjamin sheares, yang macam fun fair besar singapore wheel ke hapa tu, beach road makan2 pun senang, golden mile naik bas, kat town..


Dahbis. Till next time..

ni gambo aku pernah tampal ah yang suasana pose lepas tu...


coming soon - * Mecca attacked on 1st day 1400 * dan * Operation Mindcrime *



Oh, let the sun beat down upon my face,
stars to fill my dream
I am a traveler of both time and space,
to be where I have been
To sit with elders of the gentle race,
this world has seldom seen
They talk of days for which they sit and wait,
all will be revealed
Talk and song from tongues of lilting grace,
sounds caress my ear
But not a word I heard could I relay,
the story was quite clear


- Led Zeppelin's Kashmir ( dan jugak sapa nengok Ocean 13 masa kat Amsterdam tu si Brad Pitt berlagak cakap code words, tapi sebenarnye dia recite lirik ni jugak hohoho, tu pasal George Clooney ke sapa tanya " Kashmir?? " aku suka siak, tapi kalo sapa tak tahu lagu ni, then dont catch the joke la, hohoho )