Sunday, January 6, 2008

Serangan kat Mekah awal Muharram 1400

Untuk semua, advanced selamat tahun baru 1429H. Before wa nak ceta sikit, wa ke halaman rindu kejap k.

Korang semua, (maksud aku korang2 yang rambut dah beruban), ingat tak mana korang ada pada 20 November 1979? Pasal tu hari, ialah awal Muharram 1400. Kira centenary kalender Islam.
Aku ingat lagi pasal tu hari aku gi Masjid Aminah kat Geylang Serai. Tak tahu berapa ramai korang sini kat Singapore dan Malaysia ingat lagi mesjid ni. Aku ingat lagi mesjid packed abis pasal ada banyak aktiviti those syarahan2 thingy. That’s why aku tak bleh lupa hari tu pasal aku tak pernah nengok Masjid Aminah ramai betul, pasal aku dulu masa budak kecik kira masjid aminah tu kira cam playground ler jugak hehee.

Aku ingat tu jam aku bolot Jamiyah nye centenary ruler untuk budak2 berlambak. Aku carik2 jugak kat rumah mak aku tengok ada lagi tak, nak snap gambo untuk ni blog, dah takde dah. Dah buang dah.

Tu jam tak salah aku salah satu guest hari tu ialah ustaz yang ajar ngaji belajar muqaddam kat RTM. Ntah sapa nama Ustaz tu tapi tu la, korang mesti ingat kan? Dulu kecik2 korang mendangok depan tv nengok black and white nye program mengaji tu, yang start dari alif ba ta tu. Mana korang bleh lupa ni program kan, selain Cumi, Ciki dan abang Wazata Zain.

OK, aku tanya pasal actually kan, korang tahu tak hari tu kat Masjidil Haram apa jadi? Aku pun tak tahu, ni baru2 ni jugak aku dapat tahu, so aku pergi jugak carik info kat internet, nampak nye tak banyak details ler. Seems like macam rahsia atau sengaja kena low profile gitu. So aku ada jugak make an effort nak pinjam dari library buku2 yang ada cerita sikit pasal apa jadi kat masjidil haram pada tahun baru 1400.



So ni aku pinjam buku ni nama dia The Looming Tower – Al Qaeda and the Road to 9/11. Tulisan Lawrence Wright.

Sebenarnye ada lagi satu buku nama Siege Of Mecca tulisan Yaroslav Trofimov baru keluar, tapi giler ah harga tak salah aku $70.

Siot. So wa dah cek online, library dah ada tau buku ni tapi dorang belum release lagik to public.
Sorry eh, wa memang salute library pasal best in the world ( yang buku ni pun aku rezeb online je, aku lagi masa reserve pilih nak ambik kat Marine Parade branch, lepas berapa hari tup tup Bishan branch hantar aku kad cakap buku bleh gi collect dah ), tapi kan, kadang2 frust tonggeng siak, buku baru dorang buat jeruk ke?,
Lambat nak release kat public, dah tu ada buku ( red army soldier photobook ) siak ah, tak kasi pinjam cuma reference je. Boring nye, wa nak beli tu buku mahal giler. Tapi apa pun wa tetap love NLB, walau wa selalu kena saman pasal selalu return buku lambat.

Ok ok, back to the story, ni kira wa nye review k? wa nye ulasan sambil wa share kat sini k, wa alih2 sikit speaking London kat melayu. Sekali2 ilmiah sikit pun ok jugak pe. (Berapa accurate tulisan manusia tentang apa jadi, hanya Tuhan je la tahu.)

November 20, 1979. Awal Muharram 1400.
Time subuh gitu, waktu imam masjidil haram Sheikh Mohammed al-Subayil nak get ready jadi imam ngan 50,000 jemaah ( buku lagi satu cakap lepas subuh dan 100,000 orang lak, ni la kadang2 kita pun tak tahu sapa betul ). Waktu tu musim haji dah nak abis. Bila imam nak gi kat micropon kan, dia kena tolak tepi dan tembakan2 dilepaskan. Antara jemaah tu rupanya ada cam insurgents ler. Dorang semua keluarkan senjata dari jubah masing2. Pintu2 masuk masjidil haram semua dorang rantai, jadi jemaah kena trap, then beberapa polis pun dorang bunuh.

Ketua insurgent tu pun pakai micropon cakap ler, Imam Mahdi dah muncul. Nama ketua insurgent tu Juhayman al-Oteibi. Yang dia refer Imam Mahdi tu salah seorang insurgent yang sama2 kat situ nama Mohammed Abdullah al-Qahtani. Dorang dua pernah masuk jel sama2 ler before that, dan Juhayman pernah mimpi something like Abdullah tu imam mahdi. Abdullah jugak kawin ngan sister si Juhayman.

Jadi dorang pun dapat tarik perhatian sebahagian orang ler, terutama dari universiti. Pasal ada dapat bantuan, insurgents ni semua lengkap senjata dan training pun cukup.
Dorang nye aim nak rampas kuasa, dan memerintah ngan cara pilihan mereka - something like that ler ( aku speaking London ada word aku tak tahu cakap melayu je apa, also kadang2 tulis2 bab agama ke sensitif2 ke, dari aku tulis tak betul, lebih baik aku skip2 sikit ler. Buku ni memang detail ler page 101 to 109 cakap pasal ni incident )

Sebelum insurgents ni dapat potong line telepon, satu pekerja Laden nye organization ( korang pun tahu kan Osama bin Laden nye family memang contractor besar dan tu jam dorang memang ngah renovate Masjidil Haram ler ) sempat tepon opis dia.

Jadi dari satu la semua tahu apa dah jadi. Jadi tu jam electric power gi masjidil haram dah kena potong, lampu semua padam dah. Lepas tu kat minaret2 semua ada snipers insurgent. By malam tu, ramai jemaah dah dilepaskan tapi tak tahu masih ada berapa ramai lagi kat dalam. Dah tu pihak berkuasa pun tak tahu berapa ramai insurgent, apa senjata dorang ada also apa dorang nye persediaan pun. Jadi 1st try nak solve the problem, dorang hantar 100 security officers cuba masuk, abis tak berjaya pasal kena tembak ngan insurgents.

By that time army ngan national guards semua dah sampai. Tapi sebelum buat serangan kena dapat persetujuan alim ulamak, pasal tu masjidil haram, mana bleh buat sebarang2. So king jumpa alim2 ulamak, then fatwa keluar cakap bleh attack ler gitu, pakai senjata.

So cuba lagi nak serang insurgents, sekali tiga pintu utama serentak, tapi masih tak boleh. ( http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap pasal ada armoured car semua cuba masuk lepas salah satu pintu dorang pakai bom letupkan )
Kat dalam ada ratusan insurgent rupanya. Ada jugak black American selain arab2. Also dorang dapat senjata ngan cara curik dari armoury National Guard. Dorang smuggle bawak masuk masjidil haram ngan taruk kat “ biers “ yang bawak orang meninggal.
In advance dorang dah standby senjata dan makanan kat underground chambers masjidil haram ler. Snipers pun semua kat tempat2 strategik gitu.

Abis tu lak, next day siang hari kerajaan hantar helicopter lepas tu tentera try turun pakai tali. Abis kena tembak semua. Jadi king pun panggil anak sedara dia Prince Turki takeover jadi incharge cammana nak selesai hal ni.

So si Turki ni kan, dia pun panggil keluarga osama bin laden. Mintak peta, peta elektrikal, dan semua la maklumat dorang ada. Pasal dorang kan kontrektor mesjid ni.
( tapi aku ada baca ulasan kat http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap kontrektor ni tak mau kasi )

Jadi buku ni pun cerita jugak apa tuntutan2 insurgents tu…, sort of nak cut ties ngan western countries, keluarga diraja hilang power, minyak ke amerika kena potong, dan macam2 ler.



Hari keempat, tentera Saudi dah dapat balik tingkat2 atas masjidil haram ngan dua minaret. By that time, mayat si Abdullah dorang dah dapat dah. Ramai dah mati dah dua2 pihak.
Jadi dorang masih plan ler cammana nak tewaskan insurgents lain yang kat belah underground nye section. Pasal insurgents ni semua dah standby bekalan kurma ngan air dah. Satu idea, semua underground section dorang nak isi air, lepas tu taruk electric current jadi semua kena karen, tapi idea ni tak pakai, kensel.( http://www.newstatesman.com/200711010047 dan replies kat situ lak cakap pasal memang air dilepaskan kat underground )

Arab nye kerajaan pun panggil French nye secret service dan tak mintak Amerika nye pertolongan. ( http://www.newstatesman.com/200711010047 lak cakap mula2 CIA yang kasi bantuan dulu sebelum pegi kat French )
Ketua French secret service suruh pakai gas. Tapi kerajaan arab nak gas tu jenis tak lethal. Jadi Cuma nak kasi pengsan je la. Jadi tiga France nye commando pun join in, tapi dorang tiga ni kena masuk islam dulu. Jadi French tiga komando ni pump2 gas, tapi tak menjadi. Kot banyak sangat saluran sana sini jadi takde apa2 kesan. ( http://www.newstatesman.com/200711010047 lak cakap insurgents guna tilam, baju dan basahkan kain kepala tu ngan air untuk reduce effect gas )

Pasal makin banyak orang dah mati dan cedera, Saudi nye tentera dah start drill2 lobang lepas tu lepaskan hand grenade kat bilik2 bawah tanah gitu. Jadi ramai ler jemaah kena jugak tapi ngan ni insurgents tu terpaksa lari kat tempat terbuka jadi senang sikit sharpshooter Arab tembak dorang. ( lagi sekali http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap lain )

:Lepas 2 minggu lebih, baru yang belen2 insurgents pun serah diri.
Si Juhayman yang ketua insurgent tu bila kat spital pasal nak dapatkan rawatan, bila dia nampak putera turki je kan, dia pun siap cium tangan, suruh bilang king maafkan dia.

Then kerajaan pun bagi2kan si Juhayman ni ngan 62 pengikut dia kat 8 bandar ( http://www.newstatesman.com/200711010047 cakap 4 bandar ).
January 9, 1980, dorang semua kena pancung. Zas. Ni execution paling besar dalam sejarah arab Saudi ler kira.

So then kerajaan Saudi cakap 127 pegawai dia mati, 461 cedera.
About dozen jemaah meninggal, dan rebels yang mati 117 orang.
Tapi kan, unofficial account cakap 4000+. So tak tahu la kan…

Interesting jugak ler, aku ada satu artikel sokkabar ler, review buku siege of mecca tu, ntah mana aku taruk, nanti aku jumpa aku scan ler then lain kali tampal sini.
That’s all.
Cam biasa, lain tulisan lain cerita dia, ntah mana betul, tapi the idea is there ler. Aku suka benda2 gini so ok ler.

Once again, selamat tahun baru.


3 comments:

Aisya Redd Rohim said...

Salam, nama ustaz yg ajar programme Muqaddam itu ialah Al-Ustaz Hassan Al-Azhari, bapaknya pelakon Dato' Jalaluddin Hassan & Ketua Polis Negara Mesia, Dato' Musa Hassan.

Anonymous said...

Aku ingat mula2 tadi cerita pasal Jemaah haji Iran buat demo tentang US, pastu derang kena tembak beramai-ramai, tak ingat taun 90-an... aku baca dalam Harakah

deaf-angel said...

triple s
ustaz hassan ye..
ooo tu semua anak2 dia eh...
thank u aku tak tahu sey..


anon, ooo tu lagi satu ceta eh, anyway, kadang2 benda2 gini tak reported so tak tahu ceta sebenar