Saturday, January 5, 2008

my klasik - QUEENSRYCHE' Operation:Mindcrime

Dah 2008 tapi everytime isi date kat mana2 masih asyik taruk 07 je eh. Apapun~
Continuation of my reviews of personal "perfect albums". This time lets revisit with packaging photos, two different editions of one of the best heavy rock/metal concept albums of all time - Queensryche' Operation:Mindcrime. Seems this album did influenced Dream Theater's progressive metal direction, and for me this album is one of the most thought-provoking-mind-boggling album for metal listeners.
click all photos to make bigger-

Above is both the
- Deluxe Edition ( released in 2006 ) comprising the remastered album with bonus tracks, the unreleased, unedited ( ni yang aku nak ) Hammersmith Odeon performance of the whole album from 15/11/1990 & on DVD the Video:Mindcrime together with additional unreleased footage -
- Original released on cd back in 1988 -


Apa itu concept album? Concept album tu ialah seluruh album tu ada kaitan ngan satu sama lain dalam bentuk cerita. Contoh untuk metal fans ialah Seventh Son Of A Seventh Son ler ( korang Maiden fans tau tak tu album sebenarnye sebuah cerita? hoho ). Nanti bawah sikit aku cerita pasal Operation:Mindcrime ni dari pandangan aku pasal dia bukan story cam Snow White gitu, ni kena fikir sikit ler, maklum metal.


1988 ahhh. Zaman gemilang tu hohoho.
Untuk sapa yang grow up sama zaman aku, 1988 adalah antara paling best untuk rock omputeh. 1988 tahun banyak album2 yang antara paling gempak dalam rock/metal nye sejarah pada aku:-
Iron Maiden' Seventh Son Of Seventh Son, Manowar' King Of Metal,
Anthrax' State of Euphoria, Bon Jovi' New Jersey,
Cinderella' Long Cold Winter, Metallica' ...And Justice For All,
dan aku tahu ramai dari korang suka Slayer' South of Heaven nye album.
Ni yang aku just ingat dari memori je la.. Ni belum campur band rock melayu lagik eh..


Packaging of the Deluxe Edition released in 2006

Queensryche untuk album ni ialah -
Geoff Tate - Vocals
Chris DeGarmo - Guitar, background vocals
Eddie Jackson - Bass, background vocals
Michael Wilton - Guitar, background vocals
Scott Rockenfield - Drums, percussion, keyboards

Sebab tu aku nak yang Hammersmith 1990 nye show tu pasal tu jam masih line-up atas. Chris DeGarmo dah keluar dah tak sama ler. Dan album tu masih fresh segar bugar lagi waktu dorang main live, walau dah 2 tahun gitu dan dah lepas album Empire.

Backing cast yang kasi suara2 termasuk vokalis pompuan dia ialah
Pamela Moore - as Sister Mary , dekni suara power siak
Anthony Valentine - as Dr. X
Debbie Wheeler - as the Nurse
Mike Snyder - as the Anchorman
Scott Mateer - as the Preacher
The Moronic Monks of Morin Heights - Choir

Peter Collins - Producer
A bit of trivia, I remembered when Bruce Dickinson first left Iron Maiden and he was giving some reasons for it, one was about how he heard the demo of Operation:Mindcrime back in 1988 while Maiden was recording SSOASS ( Seventh Son...) . Bruce was surprised that another band can produce a demo that is so superior. Bruce was mentioning how clear the sound of the phone is and the background was absolute silence. And how he wish SSOASS was done and recorded the way Operation:Mindcrime was done. Tapi aku tak pedulik, SSOASS is also a perfect album pada aku jugak.

This is the 1988 version. It was one of the first cds I own many many years ago.

Tracklist
"I Remember Now" (Chris DeGarmo) – 1:17
"Anarchy-X" (DeGarmo) – 1:27
"Revolution Calling" (Geoff Tate, Michael Wilton) – 4:42
"Operation: Mindcrime" (DeGarmo, Tate, Wilton) – 4:43
"Speak" (Tate, Wilton) – 3:42
"Spreading the Disease" (Tate, Wilton) – 4:07
"The Mission" (DeGarmo) – 5:46
"Suite Sister Mary" (DeGarmo, Tate) – 10:41
"The Needle Lies" (Tate, Wilton) – 3:08
"Electric Requiem" (Scott Rockenfield, Tate) – 1:22
"Breaking the Silence" (DeGarmo, Tate) – 4:34
"I Don't Believe In Love" (DeGarmo, Tate) – 4:23
"Waiting for 22" (DeGarmo) – 1:05
"My Empty Room" (Tate, Wilton) – 1:28
"Eyes of a Stranger" (DeGarmo, Tate) – 6:39



Cerita dia bermula ... Kat satu bandaraya barat, besar kemungkinan kat Amerika Syarikat pasal reference pemerintahan ialah White House.

Bermula di dalam satu bilik hospital ( bunyi latar intercom hospital panggil2 doktor ), seorang pesakit bernama Nicky. Nicky seorang lelaki muda. Dia dalam keadaan comatose atau trauma gitu. Dibawah kawalan polis.
Bunyi latar kemudian dari televisyen. Berita. Dikhabarkan polis negara sedang siasat pembunuhan2 terhadap ahli2 politik dan pemimpin2 agama. Bandaraya dalam keadaan kebimbangan, dan polis dah dapat menangkap seorang suspek ( yang kita tahu sebenarnye ialah Nicky ).
Ada satu nurse ni pun masuk bilik , so dia tengok Nicky " Dekni tak tido lagi ke?? ", " Nak kena injek lagi satu kali ye ". So nurse tu injek lagi sekali ubat.
So nurse tu keluar bilik...
Nurse tu kat pintu cakap " SWEET DREAMS.... ( perlahan )you bastard!!!!!!!!! "
( so nurse tu pun tahu Nicky ni ialah pengganas yang dah banyak buat pembunuhan ).
Aku suka ni album buat live pasal masa dia main intro ni, nanti crowd part last tu pekik ramai2. Meriah siak.
So Nicky pun teringat2 masa keseorang dalam bilik hospital dia...I Remember Now.


So ni album pun start rocking non stop and I love it!!

Anarcy X - Instrumental permulaan. Tunjukkan keadaan huru hara dan protest didalam satu rapat umum gitu ler.

Revolution Calling -
Nicky ialah seorang drug addict. Kira dia mesti nak kena injek heroin. Masa yang sama dia dah memang penjenayah, tapi takkan bunuh orang kecuali kalau ada alasan baik. Dan Nicky pun macam tak puas hati ngan keadaan negara dia dan dia perlukan pembaharuan. Pasal banyak sangat cam orang2 salah guna kuasa or whatever la. Korang dengar dan baca lirik album ni sendiri pasal memang its a bit of the real world. ( Satu benda aku suka album ni pasal walau buat tahun 1988 tapi konsep dia tak lari sampai sekarang, very relevant ngan dunia kita ). Bila Nicky jumpa Doktor X, ah ni Doktor X ni memang jantan kabaret paling siot dalam dunia. Dia pandai manipulate orang.

Jadi Doktor X ni ialah macam ketua pengganas underground. Dia tengok si Nicky ni macam selenger gitu boleh kena makan ler. So dia pun brainwash si Nicky, suruh Nicky join geng dia. Dia guna brainwashed jadi dia cakap MINDCRIME je kan? si Nicky terus jadi tongong dan buat apa disuruh Doktor X. Dah tu, si gedegak Nicky ni pun drug addict kan? mampos la...Doktor X tu supply kat dia la drug macam2.. So Nicky ni dah jadi hamba abdi si Doktor X. Kira tongong abis la.

Sebab tu la lagu ni Revolution Calling, Nicky dah syok so dia pun Revolution Calling!! Revolution Calling!! Revolution Calling YOU!!!
Lagu ni gerek abis siak..


A short description on how the idea for this concept album came up.



Operation Mindcrime :
Ah ni lagu lak, si badigol Doktor X dah pegi brainwash si Nicky, " ok aku kasi ko pistol2 ni semua, ko gi bunuh2 orang2 yang aku nak ko bunuh ", abis si Nicky dah kena brainwash dah tu dia kalo tak dapat supply najis dadah dari doktor X nanti dah tak bleh kan? So dia pun buat ler apa disuruh..bunuh2.
Dah tu, senang je nak brainwash Nicky, doktor X cuma telepon, lepas tu cakap MINDCRIME. abis ler Nicky dengar ni word, dia pun pegi bunuh2 orang ler.

Speak : Ni lagu cam Nicky bangga gitu ler.. Kira dia terror ler.
Lagu ni pendek jugak dan ada aku nye feveret line " I'm the new messiah, death angel with a gun " gerek eh..

Spreading The Disease:
Lagu ni lak kenalkan kita satu karakter nama Mary. Mary ni dulu kerja sebagai errmmm mintak maaf eh, prostitute gitu la. Lepas tu dia recruited untuk jadi pembantu kat satu agama ni la. Tapi pemimpin agama tu pun corrupt jugak. Jadi kira bedek2 beragama tapi masih buat benda tak elok ler..


The Mission:
Lagu slow. Nicky ngah fikiran sikit2. Pasal dia dah syok ngan si awek Mary tu. Dia cam rasa dah curiga2 tapi dia masih ngan mentaliti dia yang apa dia buat ni semua adalah baik ler. Dia masih tak tahu dia kena bodoh2 ngan si Doktor X.

Suite Sister Mary:
Lagu paling gerek 10 minit, siap orchestra2 semua, komplikated banyak tukar2 pacing. Aku suka.
Doktor X dah suspek ngan si Father William ngan Sister Mary ni sebagai tak bleh harap dan tak guna untuk organisation dia lagik. Dia suruh Nicky bunuh dorang dua. Abis la, Nicky dah syok ngan Mary pe. So dia dah stress. So ni lagu kira Nicky ngan Mary nyanyi duet. Very emotional gitu ler.
Nicky bunuh si William, tapi dia tak bunuh Mary. In fact, dia nak taubat la kira, dia nak jadi baik, nak lari dari Doktor X dan nak mulakan hidup baru ngan Mary gitu wakakaka jiwang gitu la. Tapi serious ni lagu korang tahu macam those Meatloaf ngan Bonnie Tyler? ah lagu macam Total Eclipse of The Heart ngan I would do anything but I wont do that? ah korang combine ni dua lagu, so korang bleh dapat idea berapa dramatic siot ni lagu. Tapi...lagi heavy ler hohoho.




The Neddle Lies:
Nicky jumpa si doktor lahabau tu mintak nak keluar dari geng jahat ni la, doktor x cakap tak boleh, ko tak bleh buat apa2 dah. Aku dah kuasai kau skarang. Ingat, kau mesti dah ketagih dadah aku kan? HAHAHAHAHAHAHA!!!
Ni lagu paling metal. So nasihat lagu ni ialah " Stay away from Drugs " kot? hohoho.
Dont ever trust! Dont ever trust the neddle when it cries, when it cries your name!
Gerek siak lagu ni, laju je...
Jadi makin dramatik ni, macam mana siot apa jadi seterus nye kan? Siak ah doktor X.

Electric Requiem
Short instrumental ngan suara2 gitu...
Nicky gi balik carik Mary.. " Anybody here? " ....trauma siak lagu ni...
Very mysterious....Nicky dah nampak Mary mati.. Abis Nicky dah pening..
Sapa bunuh Mary? Nicky ke? boleh jadi pasal dia kan kalo kena sebut Mindcrime dia terus jadi tongong kan? then kalo dia tak bunuh sapa bunuh? Mary bunuh diri kot? Mary kena bunuh ngan Doktor X?

Breaking the Silence.
Lagu laju, tapi a bit commercial la kira haha.
Nicky sua sasau gitu. Dia dah heartbroken. Mary dah mati. Abis macammana? Apa dia nak buat dah? Dia bunuh ke? Dia cam lepaskan stress gitu ler. Tu kot, lagu title Breaking the silence. Dia cam teringat2 masa depan dia ngan mary, suara Mary gitu. Lagu ni aku suka ler.
Cant erase the hate from my eyes...thru the streets i'm screaming...cant you hear me screaming...looking for you but you never answer me.....



I dont Believe In love
Ah....Ni lagi satu lagu gerek, laju, tapi love song gitu hoho..
NIKCY kena tangkap polis dah...pasal aku rasa dia gi buat kacau lagu tadi kan?
dia kena interogate ngan polis, polis soal2 dia, dan korek rahsia, polis dapat kaitkan dia ngan pembunuhan2 kat bandaraya tu ler.
Nicky cakap " she say she love me, but i guess I never knew ", Nicky cam bingit ler, dia tak caya cintan2 ni lagi pasal nanti dia cakap last2 nanti dia sakit hati. So ni lagu dia merintih2 tapi kelakar nye , lagu ni heavy gitu, tapi lirik dia very romantik gitu siak...Nicky stress giler kot, polis dah tangkap dia tapi dia dah cam putus asa, pasal Mary dah takde dah. tapi dia masih tak tahu, dia ke bunuh? atau sapa? atau mary bunuh diri?
Aku paling 2nd suka lagu ni ler pasal.....aku nye favourite kejap lagi sampai.

waiting for 22:
Short slow instrumental gitu..

empty room:
Nicky teringat2 malam Mary mati, then dia tak tahu masa depan, sapa nak jadi kawan dia etc etc

Eye Of A Stranger:
fave track aku...lagu paling gerek..
Nicky dah katil hospital ler. Polis hantar dia gi sana pasal dia dah sakit trauma gitu kan, lagi dia lak drug addict. Jadi dia kat spital, dia ngah cam reflect. Dia cakap dia punye kesudahan hidup takde happy ending, dia harap masih ada harapan untuk dia. Tapi bila dia tengok kat cermin, dia nampak seorang stranger, lagipun, the mirror never lies. Lagu ni abis ngan dia dapat flashback mindcrime, revolution, dan apa2 la yang dia buat dulu..
Dan Nicky pun cuba nak ingatkan balik..I remember now, I remember how it started.

Tapi album ni tak jawab cammana Mary mati.

So moving on to DVD Video:Mindcrime, ni kompilasi video clip promo about 6 lagu dari album2 ni yang Queensryche rakam kat Long Beach Arena 1989 gitu. Jadi ada lakonan2 tambahan buat effect ( sapa tengok Dream Theater yang Metropolis part II live dvd ) cam gitu la ada drama2 nasik tambah gitu kat screen..
Tapi lepas semua dah bis, ada satu hidden track tau...lagu Eye Of A Stranger. Kononnye, video hidden track ni jawapan kat apa jadi kat Mary.
So video ni cam dua wayang tau kat kiri kanan kaca tv, tak scyncronized. Just for a split second je at end of the video baru keluar perkataan SUICIDE, very fast gitu. So maybe Mary suicide...

Nota kaki - tapi masa live Operation Mindcrime Part II ( ni follow up 1st album yang aku belum berapa paham dan suka lagi )...seems rupanya masa dorang dramatise ni part, Mary dapat telepon dari Doktor X, lepas tu doktor X suruh Mary bunuh diri dia. Mary tak mau, tapi dia tak bleh buat apa2 pasal dia pun dah kena brainwash rupanya tanpa pengetahuan Nicky..

Dahsyat beb dahsyat.... Metal paling complicated tapi aku bleh suka lak..


So check out this album, Ops Mindcrime 2 kalo tak cek out takpe ( walau ada Dio jadi doktor X, ) tapi ni original nye kena cek it out.


Ni lak description untuk live version album ni yang recorded kat Hammersmith Odeon London in 1990..

panjang lak eh, baik stop...hehe..

2 comments:

Dr. Bentara said...

suatu masa dulu wa ada CD ni (iaitu sebelum wa jual balik semua)... CD ni antara CD wa ada. Tapi wa takde masa nak belek cerita ni. So thank you bro pasal kasi skrip cerita ni from A-Z tapi pada wa la tak berapa seronok ceritanya hahahaha...

Itu cerita Metropolis II pasal apa pulak eh? Maklumlah wa English nyaris fail. Wa tunggu lu punya skrip je la hahahah...

deaf-angel said...

hehe lain orang selera lain2.

Metropolis part II tu aku memang tak paham. Aku ada yang triple cd dream theater live tu yang dorang main whole album tu, tapi tak paham ler..Tu pun ada bunuh2, ada cam back to the future gitu kan? Victoria la apa la..
tapi apa pun lagu2 kat live album tu banyak aku suka.
Yang DVD tu incomplete, the complete show ialah kalo dalam bentuk triple cd kat casing cardboard tu. Ada Change of Seasons, Another Day, ada lagi lain ler.