Thursday, January 31, 2008

US Promo cd ~ Bring Your Daughter...To The Slaughter

Pelan2 aku akan cerita pasal beberapa promo yang aku ada, yang bleh dianggap rare jugak.
Click all photos to enlarge ye.
This is my photoshoot and review of the rare Iron Maiden's Bring Your Daughter...To The Slaughter promotional cd, which was distributed for radio stations broadcasting in America when Epic Records was Maiden's USA distributor back in the early 1990s.

Dalam aku perlahan2 memakan masa bertahun2 kumpul koleksi Maiden aku yang tak seberapa, ada beberapa barang yang susah giler aku nak dapatkan.

Salah satu ialah edaran khas Amerika - cd promo Iron Maiden untuk lagu Bring Your Daughter...To The Slaughter yang merupakan sebuah lagu dari album No Prayer For The Dying yang diterbitkan tahun 1990 dan lagu ini jugak direlease sebagai single di Britain pada minggu Christmas 1990 dan menjadi satu2nye single Maiden yang dapat nombor satu dalam carta pop Britain.
Maknanya lagu Maiden ni kalahkan semua lagu2 pop. Macam tak logik gitu eh. ( Lagu ni dapat no. 1 pasal Maiden fans pada minggu tu beli semua editions singles ni dalam bentuk piring hitam bermacam2 versi, cd single dan kaset single ).

Zoom in -->

Demonstration Not For Sale
EPIC ESK 4007 DISP 001002


Aku akan review lagu ni termasuk ngan bonus tracks lain kali, bila aku buat review era No Prayer For The Dying 1990-1991.
Ni lak ialah belakang dia..
Anggota Maiden tulis sikit untuk special release cd ni dan tanda tangan. Kalo korang perasan, promo ni memang takde kulit depan.

The back contains some info and a message from the Iron Maiden members. And yes, there are no covers for this promo.

The End

Wednesday, January 30, 2008

Al-fatihah

Loloq ( Rosli Khamis ) meninggal.
Aku rasa ramai orang tengah bersedih ni. Dulu arwah ni masa kat Singapore aku cam tak perasan je or ignorant, dah kat Malaysia terus top. Best lyricist. Aku selalu fikir, kenapa vocabulary Melayu dia best abis, mana dia dah belajar? kamus apa dia pakai? Sekolah mana eh? Tun Sri Lanang ke? Sang Nila Utama ke? Tapi ni semua dunia je eh.

Yang Search' Gothik Malam Edan nye special edition yang ada footage Loloq baca lirik lagu Irama Marakas tu feberet..


Tuhan...Siapakah kekasihmu zaman ini
Tuhan...Aku perlu sinaran cahayamu

Menyuluh perjalananku
Yang masih jauh...dari sempurna
Apatah lagi mahuku
Menggapai langit cintamu
Meliputi

Irama marakas ku bayangkan
Bunyian hujan,yang turun di hati
Menemani kesedihanku


Hilang kemahuan hidup kekalutan
Sepertinya insan lain
Ku persembahkan
Nyanyian cinta


Semoga arwah tergolong dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.

Monday, January 28, 2008

bangunan terbengkalai sebelah puduraya

korang dah tengok ceta Will Smith 'I Am Legend'? Aku blum nengok tapi tu hari aku sua nampak real nye sey..


( click photos to make bigger )
Sorang je eh...kot nak sambung projek ni buat sorang2, 1000 tahun pun tak abis kot.

Tapi bila eh projek Plaza Rakyat ni nak sambung eh.. Leceh tau kalau kena turun bas kat tepi tu dah la bahaya, dah tu lecak lak, abis kalo hujan lagi aniaya. Aku yang dah biasa pun nervous kadang2. Abis orang tua ke, bawak budak kecik ke, OKU ke, problem tau. So kalo projek ni siap cepat2 lagi best, tapi cam ada problem gitu berzaman dah bertahun2 terbengkalai gitu, wasted pasal prime land kan. Ntah apa ceta. Stesen LRT terjejas pasal banyak hoardings sana sini. Tak lawa.

Anyway, share ngan korang gambar2 foto aku pernah snap dan simpan dalam collection aku hehe.
Boleh nampak projek terbengkalai ni dan jugak macam2 bas yang tengah Q gerak cam siput untuk masuk bawah puduraya untuk ambik korang ke destinasi masing2.

Satu in kaler,

seri maju? alisan? konsortium? eltabina? super eagle? transnasional? highway star? millennium facon? hehehe

dan satu in apa ni dia panggil? ntah apa shade ntah. Dah lama sangat aku tak godey kamera aku yang lagi satu tu. Pesen lama nye style gitu.

Dari sebelum bangunan nombor ekor Magnum dah Q tau. Panjang giler, pada aku, patut dari kadang2 Q gini panjang2 gerak sikit2, lebih baik waktu2 tu digunakan sepenuhnye untuk bas drivers semua tido puas2. At least dapat tido 30minit/1jam extra, ok pe. Selalu baca sokkabar pot pet pot pet pasal driver bas express gitu la gini la, tapi some things is actually beyond their control.

Aku tahu antara korang baca ni betapa Puduraya tu banyak kenangan untuk korang kan? dari kampung balik kampung ke, nengok2 orang ke, merantau carik keja ke, jalan2 backpack ngan kawan2 atau holiday ngan keluarga ke.



Nanti satu hari ada rezeki, bleh ceta lebih pasal Puduraya. Sort of like my personal Tribute To Puduraya. Till then..

..Aku banyak belajar tentang kehidupan, berbudi bahasa, kesabaran ( ni mesti ada banyak terutama bila bas lambat, tiket abis atau tiket terjual lebih dari jumlah tempat duduk haha ), kejujuran ( walau takde black & white, tapi apa braders cek tiket cakap, respect ) dan cara2 merendah diri dari Puduraya ni.

One day, all these will be no more eh, mesti ada pembaharuan nanti, mesti satu hari nanti semua pun siap tukar bangunan modern, macam the rest of KL, dan puduraya as we know it now, may be gone forever, dan akan bertambah lagi satu kenangan yang akan buat aku ke halaman rindu ewah... \m/

Sunday, January 27, 2008

tshirt

wa nye tshirt fan club Iron Maiden baru sampai tu hari..

dalam plastik


Aku salah pilih saiz!!! terbesar lak, boring nye..


apa pun, i love it, depan dia kecik je


bawah ni, yours truly nye nick
aku nak buatkan 'maidenmalaysia' untuk better half aku haha so kasi sepasang, tapi tak bleh ah, fan club admin check one by one tak bleh nak ubah2 nama sebarang2.

nengok lain kali ada rezeki aku nak buat satu pair kat tshirt design lain
satu 'maidensingapore', satu 'maidenmalaysia' , baru kecoh.

belakang dia..


kat sebelah kad tu, ialah satu special cd jepun ( Loudness main lagu2 Rainbow etc live ) yang nanti aku akan ceta kat sini kalo ada kesempatan k.


up the irons.

Saturday, January 26, 2008

review cd - HALFORD Live Insurrection

My review and photoshoot of the Halford Live Insurrection cd.

Lawa siak kulit depan album ni ( click to make bigger )

Halford ni ialah band solo Rob Halford.
Rob Halford ni vokalis kumpulan Judas Priest dan jugak seorang gay.

Cerita sikit waktu akhir 1990an - awal 2000an,
waktu akhir 90an dia gaduh ngan Judas Priest so dia keluar dan buat kumpulan Fight ngan konsep lagu2 ntahapahapa ntah yang aku menyampah dan takde selera nak dengar.
Lepas tu dia balik buat lagu metal as I love it ngan mulakan kumpulan Halford.
Then lepas tu dia rejoin balik Judas Priest yang skarang kat studio sedang buat album konsep Nostradamus yang ahli kumpulan Judas Priest asyik cakap best giler. Aku cam tak caya je tapi well, kalo tak best pun aku tak kecewa, Judas Priest is not the band that I rely on to give me my metal injection hohoho.


Bongkar2 gerobok rumah mak aku kemas2, aku jumpa balik cd Live Insurrection Halford ni. CD ni terbit 2001,Aku beli around there bila keluar, aku sebenarnye tak minat sangat ngan semua lagu2 Judas Priest tapi memang ada lagu dorang yang best, album wise, pada aku album2 dorang nama Defenders of The Faith ( 1984 ) dan juga Priest..Live ( 1986 ) memang ni dua pada aku antara album2 yang aku suka dalam sejarah aku dengar metal.

dah bertahun aku tak dengar cd ni eh So aku dengar balik dan decide buat review. Apsal aku beli cd ni eh?
Ooo.. pasal aku rindu Rob Halford nye suara dan nak dengar intepretation dia nyanyi lagu2 Priest lama, dan album ni banyak klassik Judas Priest songs yang aku suka, dan jugak lagu2 dari studio album Insurection yang memang corak heavy metal.
Aku terus terang menyampah kat zaman FIGHT dan industrial dia, dan ada lagu2 Fight kat sini yang aku tak berkenan, tapi well… the good is much more than the bad.


Cerita sikit pasal latarbelakang nak buat album live ni, menarik pasal dorang rakam setahun lebih nye shows dan tu kena proses sampai bila kita dengar, kita macam dengar smoothness yang kita sangka semua lagu datang dari show yang sama.


Lagi satu aku beli pasal banyak lagu, dan jugak album ni Roy Z produce. Roy Z ni aku suka dia pasal dia produce Bruce Dickinson nye solo albums Accident Of Birth/Chemical Wedding dua2 aku suka giler.

Halford tu jam ialah -
Rob Halford - Vocals
Patrick Lachman - Guitars
''Metal'' Mike Claschiak - Guitars
Ray Riendau - Bass
Bobby Jarzombek - Drums


ni photo masa Halford jadi opener untuk Iron Maiden masa Rock in Rio yang Maiden ngah tour Brave New World tu. Ala, yang dvd Maiden tu. In fact kalo sapa2 korang yang ada bootleg rakaman Maiden perform tu malam ( bukan official album Rock In Rio yang Steve Harris dah edit ), Bruce Dickinson pun thank you kat Halford , Sepultura dan kutuk2 Britney Spears. Nasik tambah - Rock In Rio 2001 tu fans bootlegs dia clear untuk both audio dan video pasal dua2 disiarkan dalam bentuk radio dan tv broadcast di Brazil. Sapa2 minat kumpul bootleg Maiden, gi carik. Aku tak boleh nak tengok Maiden nye Rock In Rio rasmi pasal walau memang best, tapi aku heran apsal Steve Harris pegi edit sampai ada gitar tukar kaler halfway,dan aku tak suka dengar official Rock In Rio cd pasal si Steve Harris tu punye selenger, ada dia cakap Brazil nye audience kat BNW tak kuat so dia kena loop balik Bruce nye chorus ganti audience nye chorus so end up lagu tu dah kelakar. Salah production team Maiden apa. Dah tau tu malam buat live recording, taruk micropon banyak2 kat audience la kan. Anyway, nobodys perfect. Ramai orang suka Rock In Rio Maiden official releases, tapi aku tak bleh tahan. The best RIR ada Maiden is still the 1985 bootleg video yang aku harap full footage akan masuk kat Live After Death DVD nak release 4/2/08 ni pasal aku ada dvdr tapi Brazillian tv footage dah rabak quality dia. Walau tu bukan Maiden headliner ( Queen headline ), tapi nengok cam 250,000 fans semua chaos giler masa Maiden buat show, dan please mesti ada Bruce pekik2 kat soundman dia masa ngah perform pasal monitor dia problem kot hohohoho . Anyway, well ni semua lain kali bleh ceta, nari ceta pasal Rob Halford dan Judas Priest


So ni aku sort of track by track review dan apsal aku suka sesuatu lagu tu k.

Disc 1
1. "Resurrection" – 4:02
- lagu kumpulan Halford, ok la
2. "Made in Hell" – 4:13
- lagu Halford jugak...not bad siak
3. "Into the Pit" – 4:15
- lagu masa kumpulan Fight
4. "Nailed to the Gun" – 3:35
- lagu masa kumpulan Fight
5. "Light Comes Out of Black" – 5:00
- ni Halford nye zaman tak salah aku
6. "Stained Class" – 5:32
- ah ha, lagu2 Judas Priest dah mula..
7. "Jawbreaker" JP – 3:25
- ARGH!!! lagu dari kumpulan Judas Priest album Defenders Of The Faith, lagu 2nd track lepas lagu Freewheel Burning. Feberet aku ni..
8. "Running Wild" JP – 3:02
- ok, korang semua tahu lagu Wicker Man Iron Maiden kan? ok, masa lagu tu keluar as 1st single Brave New World, kecoh dan sikit dissapointment pasal intro dia sama ngan lagu ni, as in similar gitu..
9. "Slow Down" – 4:40
- lagu Halford kot
10. "The One You Love to Hate" – 3:11
- ni duet ngan Bruce Dickinson (Iron Maiden), ni dari album Halford yang mana ntah.
11. "Life in Black" – 4:26
- Lagu dari zaman Fight
12. "Hell's Last Survivor" – 3:24
- Zaman Halford kot
13. "Sad Wings" – 3:33
ni Judas Priest eh? Halford? aku tak tahu
14. "Savior" – 2:57
ni Halford kot
15. "Silent Screams" – 7:32
ni pun Halford nye zaman kot



Disc 2
1. "Intro – 0:14
2. "Cyberworld" – 3:04
- Aku betul2 suka lagu ni, straight forward nye type. Ni lagu Halford album Insurrection kot.
3. "The Hellion" JP – 0:48
- YESSS show nak kat abis so makin banyak lagu2 zaman Judas Priest
4. "Electric Eye" JP – 3:29
- Heran la, kalo Electric Eye mesti ada Hellion nye intro pe, apsal dulu2 tu berpuluh2 tahun dulu dorang tak combine je ni dua lagu jadi satu..
5. "Riding on the Wind" – 3:10
- lagu Judas Priest
6. "Genocide" [1st Encore] – 7:36
- lagu Judas Priest
7. "Beyond the Realms of Death" – 6:51
- Sedap betul lagu ni, merdu je suara Rob Halford, slow mendayu2, tapi apa lagu ni cerita eh? orang masuk hospital giler ke hapa? Tanjong Rambutan gitu nye description kot, or maybe what la aku tak tahu.
8. "Metal Gods" [2nd Encore] – 4:34
- I love this Judas Priest song.. kalo Manowar tu Kings Of Metal kan? haha.
9. "Breaking the Law" – 3:50
Breaking the law breaking the law, breaking the law breaking the law, breaking the law breaking the law.. I LOVE IT!!! again lagu Judas Priest, masa start ada yang Ooo u oo u ooo yeah ramai2 tu, aku suka siak first time aku dengar Judas Priest buat style audience participation tu kat album Priest..Live.
10 Tyrant" – 4:41
- Serious bebual, lagu ni aku suka giler, I mean version dalam live album ni..Power giler siak. ni lagu zaman dulu Judas Priest gitu..
11. "Screaming in the Dark" – 3:41
- lagu baru Halford untuk album ni.
12. "Heart of a Lion" – 3:51
lagu unreleased zaman Judas Priest.
13. "Prisoner of Your Eyes" – 4:33
Korang pernah dengar kan lagu " You go and save the best for last ".. hehe..
Cam gini la... ni lagu kan, Judas Priest tak pernah rakam untuk mana2 album, love song siak, tapi power giler sekali2 Rob Halford nyanyi lagu cam gini..Aku suka ah.
( cam tak sangka gitu eh ni sebenarnye lagu Judas Priest hehehe ) Jiwang meleleh tak agak2 haha. Anyway, dalam banyak2 ballad Judas Priest, lagu Out In The Cold pada aku paling gerekk.
Till the next time...
Onwards We Catapult, We're Thrusting To The Hilt.

Friday, January 25, 2008

Saujana ku hilang

Wa tetiba teringat Sepohon Kayu so wa ingat nak buat review Saujana tapi tadi carik tak bleh jumpa, hilang lak cd tu, ntah kat mana ntah. Kena makan gerobok kot. Apa pun layan gambo satu.


( Gambo dah lama aku snap ni hehe zaman kamera 3.2mp ekekeke tapi aku suka ni pic )


Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi


Brutal siak lagu ni..Seram siot.
Dan jumpa Saujana nanti wa buat review k.