Wednesday, January 30, 2008

Al-fatihah

Loloq ( Rosli Khamis ) meninggal.
Aku rasa ramai orang tengah bersedih ni. Dulu arwah ni masa kat Singapore aku cam tak perasan je or ignorant, dah kat Malaysia terus top. Best lyricist. Aku selalu fikir, kenapa vocabulary Melayu dia best abis, mana dia dah belajar? kamus apa dia pakai? Sekolah mana eh? Tun Sri Lanang ke? Sang Nila Utama ke? Tapi ni semua dunia je eh.

Yang Search' Gothik Malam Edan nye special edition yang ada footage Loloq baca lirik lagu Irama Marakas tu feberet..


Tuhan...Siapakah kekasihmu zaman ini
Tuhan...Aku perlu sinaran cahayamu

Menyuluh perjalananku
Yang masih jauh...dari sempurna
Apatah lagi mahuku
Menggapai langit cintamu
Meliputi

Irama marakas ku bayangkan
Bunyian hujan,yang turun di hati
Menemani kesedihanku


Hilang kemahuan hidup kekalutan
Sepertinya insan lain
Ku persembahkan
Nyanyian cinta


Semoga arwah tergolong dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.

2 comments:

aisya iasya said...

Salam,..

AlFatihah.

Suhaimi Search kata, arwah semasa hayatnya ialah seorang individu yang bersama 20 buah buku diambang tidurnya.

Justeru, perbendaharaan kata beliau dan curahan idea beliau amatlah menyerlah.

Bukan mudah nak menghasilkan lirik yg baik mengikut genre. Lirik beliau utk lagu2 genre rock cukup "amazing" dan jitu.

Saya masih terbayang-bayang lagi lakonan beliau dalam "Zombie Kampung Pisang"...........waduh.

deaf_angel said...

perbendaharaan kata ya thats the word.
Amboi, ko sekali2 tulis word melayu, terangkat sey.
Jitu siot. K, aku nak prektis some words ko pakai la lain kali ekeke.

Zombie Kampung Pisang, best eh ceta ni. Arwah jadi band boy.