Monday, January 28, 2008

bangunan terbengkalai sebelah puduraya

korang dah tengok ceta Will Smith 'I Am Legend'? Aku blum nengok tapi tu hari aku sua nampak real nye sey..


( click photos to make bigger )
Sorang je eh...kot nak sambung projek ni buat sorang2, 1000 tahun pun tak abis kot.

Tapi bila eh projek Plaza Rakyat ni nak sambung eh.. Leceh tau kalau kena turun bas kat tepi tu dah la bahaya, dah tu lecak lak, abis kalo hujan lagi aniaya. Aku yang dah biasa pun nervous kadang2. Abis orang tua ke, bawak budak kecik ke, OKU ke, problem tau. So kalo projek ni siap cepat2 lagi best, tapi cam ada problem gitu berzaman dah bertahun2 terbengkalai gitu, wasted pasal prime land kan. Ntah apa ceta. Stesen LRT terjejas pasal banyak hoardings sana sini. Tak lawa.

Anyway, share ngan korang gambar2 foto aku pernah snap dan simpan dalam collection aku hehe.
Boleh nampak projek terbengkalai ni dan jugak macam2 bas yang tengah Q gerak cam siput untuk masuk bawah puduraya untuk ambik korang ke destinasi masing2.

Satu in kaler,

seri maju? alisan? konsortium? eltabina? super eagle? transnasional? highway star? millennium facon? hehehe

dan satu in apa ni dia panggil? ntah apa shade ntah. Dah lama sangat aku tak godey kamera aku yang lagi satu tu. Pesen lama nye style gitu.

Dari sebelum bangunan nombor ekor Magnum dah Q tau. Panjang giler, pada aku, patut dari kadang2 Q gini panjang2 gerak sikit2, lebih baik waktu2 tu digunakan sepenuhnye untuk bas drivers semua tido puas2. At least dapat tido 30minit/1jam extra, ok pe. Selalu baca sokkabar pot pet pot pet pasal driver bas express gitu la gini la, tapi some things is actually beyond their control.

Aku tahu antara korang baca ni betapa Puduraya tu banyak kenangan untuk korang kan? dari kampung balik kampung ke, nengok2 orang ke, merantau carik keja ke, jalan2 backpack ngan kawan2 atau holiday ngan keluarga ke.



Nanti satu hari ada rezeki, bleh ceta lebih pasal Puduraya. Sort of like my personal Tribute To Puduraya. Till then..

..Aku banyak belajar tentang kehidupan, berbudi bahasa, kesabaran ( ni mesti ada banyak terutama bila bas lambat, tiket abis atau tiket terjual lebih dari jumlah tempat duduk haha ), kejujuran ( walau takde black & white, tapi apa braders cek tiket cakap, respect ) dan cara2 merendah diri dari Puduraya ni.

One day, all these will be no more eh, mesti ada pembaharuan nanti, mesti satu hari nanti semua pun siap tukar bangunan modern, macam the rest of KL, dan puduraya as we know it now, may be gone forever, dan akan bertambah lagi satu kenangan yang akan buat aku ke halaman rindu ewah... \m/

2 comments:

Nadia said...

tahap kegelian dan imaginasi melampau aku akan berada di puncak maksima bila aku tgh tunggu LRT & terpaksa ngadap bangunan terbengkalai tu. anyway, biasanya, kalo naik LRT, lepas tengok bangunan tu kat sebelah kanan, aku akan beralih pandang ke kiri. kat tepi sekolah cina. kat situ dulu bykkkkkk port mat pit.

sigh. kiri kanan menyakitkan mata.

deaf_angel said...

hehe.. tapi aku nengok sekolah cina tu area dah ok kot..