Saturday, February 10, 2007

review cd: WINGS Alive 2006

Wings The Legend Arises
Alive 2006 @ Orange Club


Set 1
#1 Julang Timur Tengah
#2 Bujang Senang
#3 Jerangkung Dalam Almari
#4 Biarkan Berlalu
#5 Ranggi Metropolis
#6 Sembunyi
#7 Diambang Wati
#8 Enigma
#9 Lipas Kudung
#10 Misteri Mimpi Syakilla

Set 2
#1 Opera Hidup
#2 Bazooka Penaka
#3 Awang Trasher
#4 Semalam Yang Hangat
#5 R n R Lu Punya Suka
#6 Gua Henjut Je...
#7 Bernafas Dalam Lumpur
#8 Taman Rashidah Utama
#9 Hukum Karma
#10 Peronda Jaket Biru
#11 Sejati
#12 Rantai



Producer - Joe Wings

Sesi kutuk-
Kalo sesuatu barang atau manusia tu best sangat, kita mesti kutuk2 sikit. Betul tak? nanti sesuatu atau orang tu tak sadar diri dia ingat dia dah best sangat. So aku mulakan ngan kutuk2 dulu.
nobody's perfect kan? nothings perfect dalam dunia..
Sama jugak cam double live album ni...
So... yang tak perfect dia...MANA ALAM BARZAKH ah?? aku tahu tu malam ada Alam Barzakh kan? Dorang perform in full kan??( help me out here please hehe ) Aku nak Alam Barzakh live... Dari Tuhan aku dah ada live kat planet hollywood, aku nak Alam Barzakh,
tapi lepas si Joe Henjut Je.. masuk intro Alam Barzakh dah tu terus masuk Bernapas Dalam Lumpur lak Tapi Ntah2 Wings nak buat tu track as special track kat video versi kot? hehehe. Tu je la yang aku tak berkenan pasal ni release, cam aku cakap Nobody's and Nothing's Perfect.




Moving On.
Ni la album live melayu yang betul2 kasi aku excited. Absolutely Fabulous!
Untuk orang yang giler kumpul live sound cam aku, dapat official live release dari band2 melayu, proper live recording, full live recording yang bersih, takde nampak sangat proses2 gitu, is a dream come true.
Tak mau setengah masak nye release, taruk ubat dalam studio ek. Ada live release, dah ngah best2, masuk akoustik2 lak , siap panggil guest artis la apa la, kalo betul nak nengok artis campur2, aku nengok Semangat Zaman.
Dan, Wings tak yah nak nyanyi cover version lagu omputeh ke hapa ke, lagu sendiri dah lebih dari cukup, Respek Wings.
kalo nak cover version omputeh nye lagu pun, nyanyi tu sebut betul2, kalo tak lawak abis ( contoh lagu SOTW Lefthanded Planet Hollywood, nasib si Yantzen ada style sebut betul, kalo tak komik abis aku nengok yang lain ntahapahapantah ) nyanyi la lagu melayu abis ceta kalo nyanyi lagu omputeh asal boleh. Sorry ah aku cakap jangan sapa marah, observation aku jek. Aku beli hasil seni korang, aku beli ori, so aku bleh komen membina.



Mana nak start?
Exciting beb, exciting.... tapi mungkin pasal aku minat Wings dari 1987 beli kaset Belenggus ( time Eddie slim menyelim ) so aku bias la puji over the rainbow nye.
Ala..tak yah ceta banyak la, lagu pun korang smua dah tahu....Lagipun aku takde tu malam, kalo Planet Hollywood tu aku ada la, boleh la aku ceta lebih..( http://deaf-angel.blogspot.com/2006/11/wings-26-nov-06-planet-hollywood-kl.html )
Yang ni , aku ceta apa aku dengar je dan nengok packaging. VCD belum keluar lagik ni.




Packaging - Ah, ok kita ceta pasal packaging dulu ek...
Saiz packing DVD, bukan CD casing biasa.
Luar ada kadbod nye cover
Dalam ada casing, full color, dan cantik.
Bukak CD kat dalam dua2 dia punye slot lubang cd kat tengah tu bagus, tak cam sesetengah packing lain, baru beli, cd nye support dah pecah2.
Dapat booklet full color besar, best pasal tiap2 Wings member dapat dua mukasurat tulis2 apa dorang nak...Gambar2 pun lawa.
Dapat Life Rekod nye contest form.
Dan dapat katalog Wings nye merchandise... Lawa2 ah, aku dah ada polo tshirt dia ngan buttons dia....
Nak beli tshirt roundneck Wings, sorry la, smua nengok ada gambar orang2 Wings la, leceh la nak pakai buat gi semayang jemaat wakakakakaa. Kena jeling pakcik2 kang.
Apa pun salute kat Wings, ada proper licensed merchandise, siap ngan katalog kaler. Hidup Fly-Wings.



Lagu dan audio live album ni lak...
- amboi dia punye crowd kuat siak.. Ni patut kasi Steve Harris dengar, dia gi komplen Rock In Rio nye audience tak kuat sangat masuk micropon walaupun 250,000 peminat singalong. Sampai dia gi edit korus Brave New World kat live album tu. Siot buat spoil.
Steve Harris kena tanya Wings, cammana taruk micropon2 dapat bunyik audience kuat gini.
Hukum Karma, Rashidah Utama, smua kuat betul audience, betul2 live feel la.

- Sembunyi.. Track #6 Set 1.
Ooo la la, best giler, tapi sayang seribu kali sayang, aku tunggu jugak lagu wayang Pulp Fiction nye OST keluar , apa tu? Misilorou? ke whatever la lagu 60an beach song, takde lak.
FYI, masa dorang main kat Fort Canning Ogos 2005, tak salah aku Wings selit Misilorou kat dalam Sembunyik ni. Tak salah aku la. Apa pun ni versi best.

Cam biasa aku suka Wings balance lagu laju, lagu heavy ngan dorang nye lagu slow rock. Ada 6 gitu slow rock jiwang meleleh. Nice.




Akhir kata,
Tak pernah aku nengok packaging lavish dan luxurious macam gini...ngan dua cd total 2 jam lebih, ngan 22 lagu2 rock melayu yang evergreen, Rekoding pun best.
ngan harga 25rm jek.
Aku tak rasa Wings untung besar ngan jualan harga gini dan packaging mewah gini yang tentu dah makan belanja lebih.
Wings mesti ingat kat fans dorang yang sanggup keluarkan hard earned money untuk beli release ori ni.
Thank yewk Wings. Pada aku Wings is always Awie/Joe/Eddie/Black. Lain2 lineup Wings ok la, tapi tak sama cam dorang 4 ni.




Nak kena kasi markah ni, ok la aku kasi 10 Dio la, full mark giler.
\m/ \m/ \m/ \m/ \m/ \m/ \m/ \m/ \m/ \m/

1 comment:

zan said...

Assalamualaikum.
1. Pasal aku baca review ko ni la yang membuatkan aku dengan segera-geranya pergi beli cd "live" ni walaupun aku boleh download kat dalam internet ni.

2. Dan pasal ko jugak la aku berjaya mempengaruhi jiran aku yang memang dah ada mp3 album ni untuk membeli album original ni pasal packaging dia yang sangat-sangat lawa. Ko kena pergi jumpa dorang mintak bahagian ko kerana berjaya buat sales untuk 2 cd dorang..hahaha

3. Ko ada perasan tak dalam sesetengah part (julang timur tengah especially) ada bunyi keyboard. nape dorang tak kasi kredit untuk keyboardist dlm album ni? Masa kat Planet Hollywood, takde lak keyboardist (yup..aku pergi jugak!)

4. Album "live" kedua yang aku beli dan rasa tak menyesal untuk beli selepas "Toto 25 Years Anniversary : Live at Amsterdam"

5. Takde dah..