Thursday, February 8, 2007

review cd - ELLA Rama-Rama

Baru tangkap satu smalam, ELLA nye nouveau album " Rama-Rama ".
( Bukan ramas2, raba2 atau Ramachandran.)Beli kat Komtar JB, RM24.90.
Desas desus aku dengar ada lagu2 indon cover version Radja, aku was like what the hell? tapi more of that later.
Ni Cover Album

First impression, packaging dia so the very lawa, remind aku of those Berlinda Carlisle nye packagings from long2 ago.. Ala Belinda Carlisle tu korang mesti kenal sapa kan. Lagu Summer Rain, Heaven is a Place On Earth tu smua tu.
Packaging dia tak rock langsung tapi cun giler. More photos of the packaging along the way k.

Apa korang dapat? CD, full color inlet with lyrics and photos , plus entry form untuk Peraduan Produk Ella, prize utama dia makan malam ngan Ella.
Tapi errr soalan dia lebih kat orang pompuan nye produk, mana den reti kan?

Basic Info
ELLA Rama Rama
2007 EMI ( Malaysia ) Sdn Bhd
Penerbit - Mac Chew, Bong, Jenny Chin, Kieran Kuek, Zuraini
Drums - Fendi
Keyboards - Mac Chew, Bong & Jenny Chin
Accoustic & Electrical Guitar - Aji, Hillary, Jamie Wilson, Rodi
Bass - Bong , Pacai
Gambus & Akustik Nylon - Eddie Marzuki
Fretless Bass - Bong
Backing Vocals - Ella & Elena Forbes

Track List
1. Rama Rama
2. Dua Sejoli
3. Harum Ikhlas
4. Dekat Padamu
5. (Won't) Let You Down
6. J.T.M ( Jujur Ta'kan Melupakanmu )
7. Sekilas Cinta
8. Imagine
9. Percaya Diriku
10. Rama Rama ( radio edit )

breakdown
5 lagu ori, 4 lagu cover version
Originals - 1, 3, 5, 7 , 9
Cover Versions - 2, 4, 6, 8
-#2 - Ori lagu Dewa 19
-#4 - Ori lagu Yusry KRU
-#6 - Ori lagu2 Radja ( combine dua lagu )
-#8 - Ori lagu John Lennon
2 Lagu omputeh


Review aku song by song


#1 Rama Rama - Happy, Catchy, hooky, tak laju tak slow, just nice. Very modern very pop tapi LOUD. \m/

#2 Dua Sejoli - Aku tak pernah dengan version Dewa, so ni kira cam lagu baru pada aku, Ella nye slang kat intro lagu ni lain sikit. Ingat aku kat style Alanis Morissette. Korus dia will grow on you.

#3 Harum Iklas - lagu lap air mata ngan tisu paper. Tapi Ella ni style, vokals dia boleh cam lenggok2 gitu, cam lagu Jauh Di Mata dia punye vokals aku suka giler. Tu y ang aku paling suka Ella, kecik2 dia suka dengar lagu asli kot.
Lagu ni 4:42 minit je tapi very the epic pada aku. Suara Ella la sedap. Ending dia on a high. \m/
Lupa lak, liriks by Loloq, cam biasa mesti ada words aku tak paham. Apa kebenda sey " meskinya kasmaran "? Alien sey dektu.

#4 Dekat Padamu - Lagu ni aku dah dengar dah sebelum ni, mamat KRU tu nyanyi...tapi aku prefer version ni, pasal KRU TAK ROCK LANGSUNG.

#5 ( Wont ) Let You Down - Waw...sapa ni songwriter Melissa Indot? lagu ni cam lagu Joan Jett gitu. Ella nye English power sey, nak nengok dia nyanyi live boleh ke tak? or lidah Melayu masuk balik ekekekeke.



#6 J.T.M ( Jujur Ta'kan Melupakanmu )- Serious bebual, baru aku tahu ni lagu Radja, aku slalu pegi mana2 shopping complex ke hapa ke asyik dengar lagu ni tapi tak tahu langsung ni lagu Radja, aku cuma tahu Indon jek. Tapi aku pun tak tahu which is which hehehe. Sapa ada cd Radja pinjam aku muahahahaha. " Jujur la pada ku...". Sedap jugak eh lagu Indon. Kena admit.

#7 Sekilas Cinta - Lagu ni reminds me of the ala canggung ala payung or whatever tu. Lagu2 orang2 dulu2 gitu. Liriks again by Loloq.
Lagu paling original dan paling kecoh pada aku kat album ni. Kalo aku cikgu sekolah mark lagu ni, aku kasi 11/10. Gerek sey. \m/

#8 Imagine - Aku seram nak dengar pasal aku bukan nak kutuk si Ella la, tapi kadang2 dia nyanyi lagu English cam kelakar lak, lidah melayu tu tak tinggal. Aku masih ingat dulu lama dulu dia kat tv RTM dia nyanyi lagu Bon Jovi " Never Say Goodbye " dah tu tu hari kat apa progrem tv Malaysia tunjuk dia nyanyi lagu Bryan Adam " Heaven ". Keluar kat YouTube. A bit katun la. Ni opinion aku je la.
Tapi she did well on this song...Ada Slang sikit hehee.
I love this version siak.

#9 Percaya Diriku - Lagi satu lagu ingatkan aku kat style Alanis Morissette.
Cam lagu orang2 muda gitu hehehe.

#10 Rama Rama ( radio edit ) - lagu ni 4:25 minit, lagu ori 4:54 minit dan bukan 5:52 minit cam printed kat back cover.
Radio Edit ni start lain sikit dan masuk vokals in 13 seconds, the vocals on the ori version bagins at the 30 seconds mark.
Takde benda la untuk aku, aku bukan dengar radio pun , puas hati taruk extra song lain ke hapa ke.



Kalo korang ingat ni album rock as in rock, kalo korang ingat ni cam Ella USA nye style rock, tak la. Tapi ni album best of the best. Malay album of the year 2007 aku kot?
Definitely best female album of the year 2007 untuk aku.

Last but not least,
Beli ori ah, support sikit, Ella nak kumpul duit kawin tu hehehe.

p.s - aku nengok Ella kat cover pakai rantai2 tu cam terover lak, lagi sikit jadi MR T The A Team dulu. Yang dog tag ELLAROCK tu lawa lak.
p.p.s = Ella ni takde uban ke? Jelessss gue. Nak kena beli Produk Ella kot ni macam.

Thats all folks. My review of a 10/10 album.


Next - Review Album " Rahmat Ekamatra Antologi"

4 comments:

Anonymous said...

Great review!! Love your passion for music. Ella dah nyanyi lagu English live kat Planet Hollywood 11/02/07....pretty good!!! Melissa Indot tu nyanyi duet with El. Boleh tahan also!

She's on again 25/02/07 di Planet Hollywood...pergi la kalau nak dengar dia nyanyi English live.....

Anonymous said...

hai,
saya regi,
saya bisa kirimkan kaset/cd grup RADJA ke kamu,tapi kamu juga harus kirimkan ke saya kaset/cd kumpulan MALEX. (kita trade).
setakat ini kumpulan RADja dah terbitkan 4 album (termasuk 1 album rohani,lagu2 hari raya idul fitri)

Anonymous said...

hey! check out my site www.myspace.com/melissaindot

Kaboi Tanduk said...

datang mengorek entri lama..hehe

tak tahu samada bro deaf dah tahu atau blom pasal ni, sebenarnya lagu sekilas cinta tu pernah jadi isu sebab EMI guna tanpa kebenaran komposer asal, loque (butterfingers). lagu asal dia EPITOME ..