Saturday, February 24, 2007

review : variasi bentuk single "Different World" Maiden.

Lama tak update..

Anyway, nari baru sempat nak tampal, ni sebahagian dari variasi single Iron Maiden untuk lagu Different World dari album A Matter Of Life And Death. Single kedua dari album ni selepas lagu The Reincarnation Of Benjamin Breeg.

CD Single ( versi untuk pasaran Amerika Utara )
Jarang Maiden release single kat Amerika tapi ni kali release.
Packaging cam gini...


Bonus tracks Hallowed Be Thy Name & The Trooper tu dua2 rakaman dari BBC Radio One " Legends Session ", rakam live kat studio tarikh 02 September 2005. Ni untuk siaran istimewa untuk pendengar BBC Radio One. Aku suka, Maiden main live lagu lama tapi takde bunyi audience dan dalam suasana studio. Lain sikit ler.

7 Inch Picture Disc Vinyl ( pasaran Britain )
Cam biasa, aku takde pemain piring hitam, tapi kalo Maiden, apa2 aku bleh dapat dan mampu kumpul, aku mesti cuba dapatkan.
Packaging dia cam gini...Lawa ah, dua2 side ada artwork-


Bside dia Fear Of The Dark , tak tau cammana lagik ekekeke. Ni rakaman live kat Conpehagen masa AMOLAD World Tour tu hari.
Tapi aku dah dengar bootlegs ni tour kan? kalo tour lain kalo Bruce nak intro Fear Of The Dark, nanti dia cakap " A Light In the Black? Or a Fear Of The Dark " kan? ni kali dia cakap " A Matter Of Life And Death " terus masuk ni lagu, style siot, pasal ni lagu immediately lepas The Legacy abis bila Maiden main complete album secara live.

DVD Single ( pasaran Britain )
Best giler...
Packaging dia very lavish, ada kalender poster smua..



Format DVD, dan lagu Different World dalam bentuk video MTV dia, ni seken versi Different World la yang katun2 tu.
Kalo sapa ada limited edition album AMOLAD ( cd + dvd ), ah korang mesti ada rakaman video Maiden fake thru this song jamming kat studio.
Aku suka ler video clip lagu ni yang versi katun, exciting abis....Kanchong aku tengok cam sci-fi movie.
Bonus tracks dia, live version The Reincarnation Of Benjamin Breeg, dirakam kat Conpehagen jugak.
Dan paling best lagu Hocus Pocus ( original artis Focus , band Holland early 70s ).
Ni Maiden jamming instrumental kat studio, Nicko McBrain buat2 kelakar merepek merhaban sorang2 kat some parts of the song. Ni lagu tak silap aku Helloween pun cover untuk album Metal Jukebox.

p.s - walaupun tak dapat gi India, tapi tu hari aku mimpi nengok Maiden, front row, so real, bila aku sedar dari mimpi, telinga aku berdesing, dan aku masih bleh sambung lagu dorang ngah perform, lagu Wildest Dreams... hehehe

2 comments:

bentara said...

ahhhh... jeles! hahahah... tapi kat eBay ada lagi tu cuma duit la hahahah...

bentara said...

Bro.. nanti buat entry cerita lu punya koleksi Maiden... kasi gambar... gambar... dan gambar!!!