( Sekali2 online, lepaskan geram nak membebel )
Untuk korang yang naik bas, apa yang paling korang trauma?
eksiden kot? tapi ni kita kena doa pe masa naik bas ke apa2 kenderaan mintak semua selamat kan. lain?
tiket bas dahbis atau takde? hah, ni memang sedih wooo, antara notis kertas tampal kat mana2 kaunter cermin yang paling tragedy dalam sejarah ialah " SEMUA TIKET HARI INI HABIS DIJUAL!! " atau pun " SEMUA TIKET UTARA / SELATAN HABIS "
nak nangis wooo...so far aku belum kena, tapi aku nengok orang lain nak beli tiket semua dah sold out, my heart goes out to them. Sedih giler.
lagi satu apa? ni aku paling phobia...iaitu BAS ROSAK hehehe.
gambo
Tu hari, cam biasa aku naik konsortium, braders melayu la dua orang, sekali tu alrite je tau, ye la bas pagi weekday, dah tu not suppose to have any break la, kira pure express. Sekali tu korang, dah kat Pagoh kot, lepas Melaka dah masuk Johor, bas dah masuk rest area tepi jalan, dah 20-30 minit wooo repair, ntah apa belt rosak. Kesian driver bus dua orang, tangan kotor berminyak semua kerja keras. Passengers pun tolong wooo.
Alamak, aku dah imegin, kita semua kena diri tepi jalan, tahan2 bas lain naik mana yang bleh sumbat, sumbat, ye la, kalo nak tunggu bas replacement, lagi aku tak kuasa nak tunggu.
Skali tu kan, sudah vote la " sapa nak bas ni jalan? atau nak naik bas lain?? " kita cakap " jalan " , tapi kalo jalan takde aircon. ok pe. Bukak ventilation bumbung, takkan nak pecah tingkap lak kan hehehe.
So jalan, sekali tu dah masuk Yong Peng lak, oo aku teringat sini Lucky Garden memang ada mekanik tu, so pax and drivers smua gi makan, mekanik tu repair...
terus ok, aircon ada balik.
so sampai lambat la, about 1hr delay, tapi kira nasib baik ler..kalo tak lagi teruk.
Selalu aku nengok keta ke bas lain rosak kat highway, tu hari aku kena, trauma siot. Syukur selamat.
---
ok lagi satu cerita pasal SNOOZER seat lak, tu hari, aku naik bas kat Beach Road tau ( slalu aku naik kat jb pasal half price ), Alisan midnite nye, sekali tu what a surprise, dorang sua tukar bas dari 24 seater gi 16 seater wooo..
So aku untung pasal aku bayar tiket bas 24seater pe..Memang some buses is snoozer, tapi aku tak pernah naik pasal too expensive untuk aku, 24 seater dah alrite pe.
JAKUN wa cakap lu, aku naik bas snoozer ni. Ni baru naik bas snoozer, agak besok aku naik kapalterbang lagi la aku jakun..
ni bila baringkan, wooo ni baru belah badan je tau, belah kaki nye side pun bleh extend naik..pakai button2 kat tepi tu semua..
Snoozer ni kan, seating dia special beb. ye la, dah 16 seater dah la luas, dah tu tak ganggu sapa2, cammana punye pattern korang gerakkan seat korang, takde gangguan orang lain, mungkin some people takde benda, tapi aku cam " ooo so awesome!! ", terus tertido siak haha.
No comments:
Post a Comment