( Click all photos to make them bigger )
Search -Tribute to 50 years of Merdeka
9 September 2007
Planet Hollywood KL
Start time 10.40pm gitu..
Again , Joe Wings join in..
Search with Joe Wings -
Gambo ni buat album cover lawa ek, maybe aku buat sendiri la hehee.
Kul 9.30 malam Bukit Bintang, ramai nye kaum kat luar Planet Hollywood
Seems yang congregate kat luar smua ramai belum ada tiket..tapi seems apa Amy Search cakap masa show tu, tiket dah sold out kul 8 malam.
So about 9.45 aku dah masuk ler, ramai siak orang dah kat dalam, so try gi depan la selit2.
DJ warm up best - lagu Loudness, Maiden, Van Halen, Led Zep, Deep Purple etc etc..
So kul 10.40pm gitu start, masa Search naik stage..
Joyful Rumpus kot the right word to use? kecoh giler.
1st song BENCANA
Awooo..!!
Video man ramai, kot at least 5 kot? Cuma aku heran, apsal kameraman yang pakai tshirt putih tu, asyik focus kat crowd? terang2 dia depan Hillary kan, patut dia fokus kat Hillary kan best sikit, tapi well, dia tahu apa dia buat kot. Atau pun dorang dah covered all angles kot.
2nd song LANGIT DAN BUMI
Crew Search masih sibuk sey..Amy pun ada cakap jangan kacau equipments kat depan hehe
Korang tau, aku tunjuk gambo2 aku snap kat kawan keja aku smalam, dia punye 1st words masa go thru the pixs dia cakap " apsal Hillary senyum happy je?? " so obvious siak.
3rd song SETELAH HUJAN,
intro time bunyi hujan
Kita nyanyi setelah hujan, kita mimpi selepas hujan...
Dan aku cinta pada mu..
Then abis je 3rd song, Amy start bebual pasal sapa dapat tiket bertuah tiket sold out at 8pm, Search nak buat gig kat luar tapi banyak aktiviti Merdeka so banyak halangan, bla bla bla..
4th song PELESIT KOTA
Ketika bulan gersang..
5th song HONKY TONG KOSONG
Intro dia very nice, Ni lagu very the sesuai live, " hentam saja!! " I like, tapi lain kali tukar ngan Pembakar Perasaan ke apa ke lagi best..
Joe Wings, Nasir, Amy, Yazid, Hillary
Then Amy cakap ni malam crazy night, then cakap pasal artis2 datang la, ziana zain whatever la...
Then cakap pasal mana gadis Search la apa la.
6th song GADIS KU
Tak peduli kata orang terhadap diri nya, aku tahu dia gadis ku
Tak peduli nista yang terlempar pada ku, dia tahu dia gadis ku
di kala hidup kini rasa tak bermaya, dia datang membawa harapan
di kala hari hari ku menjadi gelita, dia datang membawa cahaya
GAAADIS KUU!!!!!!
7th song FENOMENA
Cam tu hari kat JB, Hillary solo 2 minit sebagai intro hehe
Lagu ni semua orang nyanyi kuat sey, actually..semua lagu pun orang nyanyi kuat ek.
8th song BALADA PEMUZIK JALANAN
Dahsyat wooo Search bawak lagu ni!! Ni antara aku nye all time favourite Search songs, lirik dia is so beautiful. Kalau keluar live album, ni lagu mesti kick ass. Exciting wooo start sampai abis, nanti aku try upload audio dia. Ending dia power. Ni mesti ada official live version please.
9th song ISI ATAU KULIT
Amy suara maintain sey, dia punye singalong ngan audience, apa air dia minum ek? padahal tak rest, 9th song lagik...he is damn excellent, padahal umur 49, aku rasa dia equivalent Ronnie James Dio at least.
Cam biasa lagu ni seret 10 minit tapi gerek.
So lepas lagu ni Amy introduce the keyboardman, Joe Wings, Yazit, Nasir dan lepas tu dia cakap " sekian lama saya menunggu akhirnya, Hillary! " hehe.
Ntah eh, pada aku Search is line up Mentari Merah Di Ufuk Timur. So tunggu Din masuk balik dah alrite.
Amy suka reminisce pasal ceta lama gitu, dan dia suka cakap pasal rakam album kat Spore and whatever. So dia cakap la next song recorded in Singapura and all that.
10th song KAU PERGI
Ni lagu the surprise of the evening la..
lagu ni abis je Amy tanya " tak mau pulang lagi? " ekekeke. siot.
Then kan, dia cakap ni malam dorang takde break, pasal kat PH seems artis lain semua ada dua set , ada break gitu, tapi Search takde break, Amy cakap there is no rest this is rock n roll hehee.
11th song ISABELLA ( aka lagu nak kasi aku tido )
Then dia blab blab pasal lagu paling aku tak berkenan, 18 tahun berlalu la apa la, then Amy cakap ni malam recorded, special nite sebelum sambut Ramadhan, dia dah puas nyanyi lagu ni so nak audience nyanyi,
tapi..turn out aku enjoy lak lagu ni ni malam, pasal Amy buat body surfing, so ada distraction sikit buat aku.
Bila dia body surfing masa solo, kecoh giler beb, dalam hati aku, ni Amy pegi kat area aku, abis la jatuh Amy pasal aku dah takde tangan nak join in support, then aku fikir kalo Amy size XL, larat ke audience angkat hahaha.
gambo2 dia body surfing, anyway, lagi dua kali dia buat kat lagu2 lain.
12th song 31 OGOS
Starting dia, eh lagu apa sey? sekali tu Hillary masuk, ooo the arwah Sudirman song " Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh ", Search main instrumental and the audience sing along. Aku rasa aku sorang je kot tak tahu lirik langsung. Keliling aku, amboi-amboi, semangat woo nyanyi, aku rasa takde rock / metal crowd lain dalam dunia yang sepatriotik peminat kat Malaysia. Nyanyi sungguh2 siak. Eye opener untuk aku. Amy Search kalo ambik flag Jalur Gemilang then kibar2 cam Iron Maiden buat ngan Union Jack masa lagu The Trooper lagi pengsi ek. Takpe next year please.
Then Amy cakap Malaysia 50 years, dia 49, siap bilang besday dia 28 july 1958, tak pernah rahsia umur, tak tahu bila nak stop tapi dia cakap selagi anda di sana Search tetap di sini hehehe.
13th song PAWANA
cam biasa, best dan jadi singalong session.
Ending dia ada nasik tambah. I like.
Then Amy cakap next song dari Double Trouble
14th song CAKAP MEMANG MURAH
ni lagu mesti ada ek.. Suara Amy maintain.
Then
15th song EMMANUELLE
favourite.. laju je..
Suzy untuk yang jutawan... Molly untuk yang hartawan..
Serious bebual kalo Search main semua lagu dari album Karisma, I jump for joy.
Abethen,
16th song MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR
ni kira Search nye epic song pada aku.. dorang nye Hallowed Be Thy Name.
Lemas dalam rindu Tenggelam dalam tangisan
Amy body surfing lagik..
Yang tinggal.... aku..
then that Holydiverish music again, cuma ni kali takde lampu2 laser gitu cam kat JB gitu. terus,
17th song GOTHIK MALAM EDAN
kira all hell break loose ler.. Amy body surfing lagik.
Abis je kan, ni yang aku cakap pasal DJ tu sadist ler, aku mana perasan DJ terus putarkan Earthshaker " Tokyo " kan? mati2 aku ingat ada surprise lagu " Nombor ". La, kena trick. Search takde take a bow ke hapa ke. Terus leave the stage. Weird sense of humour sey DJ tapi apa pun, DJ PH ada great taste.
So then thats it, I really enjoy the show and the crowd- ada yang headbanging tak ingat tapi senyum dan sapa orang kiri kanan dulu hahaha. hopefully ada live album / dvd please.
Gambo last bus
Anyway, Selamat Berpuasa kat smua dan semoga apa pun korang smua buat benda baik kecik ke besar ke kat bulan Ramadhan ni dapat pahala berlipat2 kali ganda insyallah. Amin.
1 comment:
Bro..
Punyalah wa tertunggu-tunggu kot2 lu nak call ke aper..hehe. takpe. lain kali kalo ader gig kat PH, leh turun lagi ye tak?
Wa ader upload klip(ke bootlegs?) kat blog wa. Dua lagu..Try la layan
Post a Comment