Sunday, September 27, 2009

official programme dan preview majalah2 untuk Donington 1988

1988, rasa ada dari korang belum dilahirkan pun, ada belum masuk sekolah makan, belum masuk sekolah menengah, tapi aku dah tu semua huhu.




(click all photos to enlarge or go to my multiply for page by page photo
- http://deafforever.multiply.com/photos
)


Kalo aku boleh naik kereta Back To The Future tu, satu event aku nak pergi ialah Donington Park Sabtu 20 August untuk Monsters Of Rock 1988 join in 107,000 orang peminat British.
Bayangkan, satu konsert dari tengahari sampai malam,
1) opener - Helloween line-up zaman Keepers Of The Seven Keys
itu je dah ribut kan?
2) Lepas tu Guns & Roses dan tu jam dorang masih unknown ler jugak cuma ada Appetite For Destruction aje, dan tu jam kat Amerika dorang masih opener untuk Maiden. Lawak lak.
3) Lepas tu Megadeth zaman So Far So Good..




4) Lepas tu David Lee Roth, dan aku sikit sikit fetish ngan Skyscraper zaman tu huhu, dan untuk trivia seekers, errr ni kaset yang 'persamaan' intro Wings Bujang Senang. Huhuhuhu.
5) Lepas tu KISS - siak weih.. Ni aku fetish ni zaman commercial pop rock dorang Crazy Crazy Nights dan lepas tu dorang keluar Hot In The Shade yang aku pun fetish dan ni tahun 2009, preview satu lagu je, Modern Day Delilah buat aku nak agak nak beli triple cd dorang latest nanti haha..





Every band ni by itself, kalo konsert aku rasa semua orang nak pergi, ..tapi dorang smua lima ni kira warm-up untuk Iron Maiden waktu malam.
Best kan? 5 of the bands aku suka, dan semua main dari siang dan penutup ialah band..
6) yang aku sukaest sekali, Iron Maiden main 2 jam ngan setlist SSOASS nye tour.
Tu ler aku teruja ngan ni event..






On the magazines and programmes includes advertisements of the days gone by.
Pompuan kaler kuning tu ngah dengar Walkman ke pe.



So ni post, aku share ngan dia punye previews programme dan magazines.. dan smua aku sumbat kat multiply aku sapa nak nengok gi nengok.


Kalo korang minat bootlegs, try carik Bon Jovi Donington 87 pasal encore Bruce Dickinson ngan Dee Snider Twisted Sister join in dan ni ler Bruce dah cakap 88 Maiden nak headline.
So Seventh Son Of A Seventh Son tu nye tour, satu2nye British Date ialah ni event, dan kalo korang ada singles2 Maiden tahun 1988 kan ada logo kecik tu kat sampul2 singles tu, dan kat event ni yang Bruce cakap ada Christmas Present iaitu suprise ler, December dorang nak buat full British Tour, dan ni ler yang korang smua dapat video tape Maiden England, dan secara rasmi, Maiden England masih takde dvd lagik, so kalo korang smua beli Maiden England pirate, tu either transfer laser disc atau vhs.

Nanti next post aku taruk dia punye reviews event ni nye magazines lak.



These are the Donington preview issues of Kerrang, Raw and Maniaxe magazines.


The snapshots of previous years Donington crowd is very nice.







It may sound pathetic that being a Maiden fan for 26 years now and I had only seen them once. Its not my fault that I am born in the wrong continent.
Anyway, one event of theirs that really attracts me is their headlining show for Donington 1988 with the best ever lineup of supporting and guests acts.
So these are snapshot of photos and contents of a few magazines of the previews ( and the reviews coming up next time ) and of course the official programme for Donington Monsters Of Rock 1988 and not forgetting the bloody ticket.




Kiss having warm up shows prior to this event

GNR stuffs

David Lee Roth and Steve Vai stuffs

Megadeth stuffs

KAI HANSEN beb...KAI HANSEN. Kuno kan majalah2 gini

I hope these photos will be useful for those who havent seen the programme or magazines related to the previews ( and reviews ) of this historic event and also for those who may want to get one for themselves.

My multiply page at: http://deafforever.multiply.com/photos have the full page by page photos of the programme, with additional photos from Kerrang, Maniaxe and Raw magazines that is devoted to the preview of this event.






p.s

The kerrang is the issue with the Maiden photo as a 6 men band with their keyboards player the count who is also Steve Harris bass technician.

Thursday, September 24, 2009

express buses during raya period

amacam semua korang yang nengok blog ni?
apa pun jadi, selagi kita hidup, life goes on huhu.

Tiap tahun, mesti nak kena ambik gambo banner besar ni.. Pada aku, Ni salah satu petanda Raya Spirit.



Click All Photos To Enlarge


nak cakap pasal bas express untuk raya tahun ni.
ntah apsal, alrite je tahun ni pada aku, terutama dari segi harga.
takde merapek2 dan apa2 surcaj.
jb-kl & vice versa masih 31rm , kl-sg & vice versa is 40rm.
No crap merapek harga, walau aku rasa lepas raya ni nanti ada review tiket bas kot?

During Raya period of two weeks, SELATAN semua kena naik atau turun kat Stadium Bukit Jalil. ( except JB kul 6.30am & 7am je naik kat puduraya )
Aku rasa cam dah season lak kalo info2 naik bas ni haha.


Jadi ni ler permandangan2 kat terminal sementara musim hari raya untuk SELATAN kat stadium bukit jalil.




aku hargai sangat ngan semua yang terlibat kerja bas express ni, tukang jual tiket, driver bas, tukang cek tiket, mekanik2 bas ( siot bas rosak kat highway rabak siot ) yep betul ada those so called ulats yang tipu2 jack up price ke hapa ke, tapi rata2 mostly do a great fantastic job , 365 days a year, 24hrs a day.
They are my unsung heroes.





Kadang2 pening jugak carik2 bas yang kita nak naik kat carpark bukit jalil..






Best kan? Aku rasa passengers appreciate tau macam gini, I do. Tapi there was this article the other day lepas berapa hari raya, kat suratkabar Star pasal cammana pandangan sesetengah masyarakat tentang menaiki bas awam.
Well....





Gerai2 makanan pun ada sejak dari time posa tu hari..


Tapi, the ones who make a booming business time raya definitely those yang operate mobile food and drinks kiosk kat perhentian2 tepi jalan kat highway.
Musim raya beb, banyak bas dan kereta semua berhenti toilet break, dah tu bas semua memang ramai passengers.
haus, lapar, so memang untung ler makcik2 ni bukak kedai time musim raya haha.





p.s I really got to find time to write a bit about Donington 88.
Siap aku ingat nak buat dua post, satu preview satu review...nanti la nengok ada time ke tak huhu..
gambo dah ambik haha. ni bawah, Koleksi aku tentang preview2 majalah dan progrem Donington 1988.

Saturday, September 19, 2009

kepada semua..

tiap2 kita sambut raya berbeza cara2nye,
1) ada meriah macam dalam iklan tv, warna warni, gelak ketawa ramai2.
2) ada sedih macam dalam iklan tv jugak, tapi INGAT, selalu iklan sedih2 gini ada sikit2 feel good feeling tu tetap ada. Kira masih ada politically correct message being shown ler.
Kehidupan alam maya, lagi lebih brutal lagik dan takde feel good feel good ni semua.

3) ada ok la , biasa2 je la
4) ada memang langsung takde seri hari raya, sepasang kurungan biru pun takde.
Mungkin kita ada yang been there dulu, atau ngah nengok orang sekeliling kita sambut cam gitu.

Dah nasib cam kentang, apa boleh buat, doa dan usaha je la, life is like a wheel rolling on and on, cuma kalo mampu, jangan lupa bayar zakat fitrah at least.
Ingat, hari raya ni pusing pusing balik, is still a religious occasion.

So cammana pun korang sambut, untuk semua Muslimin Muslimat yang baca ni post, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, dan ni blog aku, pakai keyboard aku, aku punye suka la nak type apa tiap2 posting tu, so jangan lah korang ambik hati sangat.

Kita zero zero balik, dan STAY HEAVY \m/

Thursday, September 10, 2009

books about the evil that men do.

aku ngah dalam mood membaca sekarang. Bila aku ada masa di mana saje aku berada, duk kat bas stop tunngu bas ke, tunggu tren ke, diri dalam tren pun aku baca huhu, mood ngah ada. So these are some stuffs I am reading, just read, ,going to read and re-read.
Buku2 aku pinjam kat librari aje.

Share ngan korang, just in case ada korang pun suka buku jenis non-fiction about human evilness, violence and brutalism. ( aku main rembat je speaking london ).

So these are my short opinions of the following books

1) Killing Pablo



Ni pasal billionaire dadah Columbia, Pablo Escobar, serious bebual, dekni ni champion. Suka dia aje nak bunuh atau nak siksa sapa2. Tuan hakim, tuan majistret, polis, rival drug cartels, abis semua. Kapalterbang pun 'anaje' je dia kasi arahan meletupkan hanya dia tahu ada musuh dia dah beli tiket flight.

Buku ni in detail, cerita pasal dari dia nye background, sampai part dia kena buru dan mati.
Very graphic, very exciting, roller coaster emotions, dan paling penting tulisan English dia mudah nak paham.

After reading this book, I appreaciate more about that Bogota Colombia crowd scene in the Flight 666 dvd, the way all the Maiden fans, many who had camped out for days, were treated by the military and police on horses.



2) Machete Season - the killers in Rwanda speak



Korang tahu pasal Hutu dan Tutsi kat Rwanda tu kan? Penghapusan kaum.
Dalam seminggu dua gitu, 800,000 Tutsi kena bunuh pakai parang dan pisau. Kira kena tetak atau kena siksa sebelum mati gitu la.
Bayangkan dorang bleh ramai2 attack gereja yang 5000 ngah duk kat dalam dan bunuh semua orang pakai machete? ksiao beb.
Buku ni gerek pasal interviews ngan beberapa orang kaum Hutu yang sama2 join in buru dan bunuh orang2 Tutsi.
Kecoh siak pasal dorang, bahasa sama, kulit sama, agama sama, culture sama semua sama. Cuma lain sikit je.
And yet there are ignorant bastards, either very near or very far who never learn from all these events.






Nah baca sikit, click to enlarge

Aku rasa, ni antara buku yang paling evil aku pernah baca.
Cikgu sekolah, petani, doktor, buruh, semua bertukar jadi pembunuh kaum bunuh lelaki, pompuan, bayi, pakai machete, lepas tu dah reda, back to normal semula.



3) Notorious Prisons



Ni best jugak pasal banyak gambo2 kat dalam. Penjara2 paling brutal dalam sejarah dari seluruh dunia.
Dari penjara zaman Firaun dulu, sampai ke penjara Abu Gharib ke hapa tu kat Iraq.
In detail, terutama cara2 siksaan dan kehidupan kat sesetengah penjara.
Dahsyat siak.


4) errr honorary mention,



aku ada time, aku nak buat review pasal koleksi2 reading material Donington 1988 yang aku ada huhu. Aku fetish ngan era SSOASS ( 1988 ) pasal aku rasa ni paling paling best dalam banyak era Maiden, dan dorang punye jewel in the crown headline Donington 1988 yang ada good and bad. Tapi dia punye bad tu, buat good pun dah tak good dah. Nanti ler kalo ada time huhu.

Sunday, September 6, 2009

scene bulan posa & pre-raya 2009 ( pt 2 )

Tu hari ceta pasal suasana posa kat mesjid sultan Singapura, so lets semberang tambak ke Larkin and membebel pasal serunding daging lak.

Tiap tahun bulan posa, kat bas terminal & pasar Larkin JB mesti ada jual serunding daging. This year is no different. So ni dah jadi macam an annual delicacy gitu for us.
Serunding daging ni kan, kalo bukan bulan posa, tak jumpa lak.


( click all photos to enlarge )

So memang tak feberet sangat serunding ayam, aku nengok this year pun ada ikan nye. Biar betik, ikan sey, yang ni aku rasa tak pernah try. so beli je la versi K.Terengganu dagingnye, every 100gm is 6rm.


Better half aku pun bawak balik serunding daging jugak. Memang laju je abis benda ni. Makan ngan roti or ratah je gitu memang gerek sey.

Anyway, sapa2 kat JB, turun or naik bas kat Larkin or gi pasar or gi beli barang2 kat sana boleh gi blakang tu ada all these temporary stalls for raya celebrations.
Some pics ( click to enlarge ). Kuehs muehs and kerepeks berlambak sey. Macam2 pattern.







next time around, a bit of posa thingys in kl lak.

Friday, September 4, 2009

siaran bandit - stesen web radio sweden

~Serunding daging dah nak abis dah..sedap wei. nanti besok ke hari minggu aku upload tampal gambo gerai dia korang gi beli sendiri.~

Apa pun, dengar internet radio dulu.

Negara Sweden. Apa aku tahu pasal Sweden dari dulu sampai skarang?
- Anders Limpar and Freddie Ljunberg , Dumb Blonde kat komedi Mind Your Language, kedai perabot Ikea, lahirkan variety of great music dari Roxette ke Europe ke Lost Horizon dan orang2 Sweden ni ada great taste - Stadium bola Gothenburg dan Stokholm dua2 boleh sold out untuk Iron Maiden.




http://www.bandit.se/
---------------------

Ni lak satu webradio stesen dari Sweden, aku dapat link dari satu topik kat porum Maiden.
Aku try, aku suka ngan lagu2 dorang walau banyak lagu2 aku tak tau. So share ngan korang.

Maiden, Skid Row, Green Day, ACDC, Metallica, GNR, RHCP, Tenacious D, Ramones, WASP, Linkin Park, Foo Fighter, Motley Crue, Ozzy, Twisted Sister etc
dan banyak band 'rocklainsikit' aku tak dengar macam Rage Against The Machine, Dead By April, Offspring, Disturbed, Slipknot, Muse, Plan Three, Pearl Jam dan Rammstein huhu.


Ni baru main lagu "hey there Delilah" huhu.
Dah tu aku type lagi sikit info bawah, masuk "Harvester Of Sorrow" lak. Lama tak dengar lagu ni. Dah tu November Rain, I Want To Be Somebody, Back In Black, I Remember You, Afraid To Shoot Strangers, Boulevard Of Broken Dreams,..korang get the idea la huhu.

Kalo korang taste dengar2 rock radio gitu, please give this channel a try.

I think you all will enjoy it.




CARA2 NAK MASUK -
- Bila korang dah click http://www.bandit.se/
nanti ada keluar stockholm / logo / gothenburg gitu kan?
- So click Stockholm
- nanti masuk Bandit nye webpage, korang tengok kat KIRI sebelah atas jugak tu ada speaker berdenyut2 gitu - WEBRADIO LYSMA LIVE.
- Ah korang klik tu nanti tunggu sampai lagi satu pop up page keluar. Ah nanti keluar la radio broadcast tu.
- Also nak tahu lagu apa ngah main, kat main page tu kat atas tu ada keluar apa lagu ngah main.



Anyway some latest yang interestkan aku -

- MANOWAR nak keluar DVD Hell On Earth 5. Harap tak crap dan jangan banyak lagu2 dorang zaman sekarang yang macam si@l. Tapi aku tahu confirm ada 'Mountain' live.
- EP dorang baru tu ada new version Crown And The Ring yang pakai choir pakcik2 tu. Best woo pakai suara pakcik2 nye choir.
- SLAYER baru, apsal so far dua2 lagu yang dorang dah air-to-public tu aku suka? Adakah semua lagu kat album baru akan cam gitu. I hope so huhu. 'Hate Worldwide' tu berkenan betul aku. Fast, Short, and Sweet. berulang2 aku repeat kat youtube.
Please please come again, kalo macam gini nye lagu2 baru.
- Aku macam lagi interested nak dengar Slayer baru dari MEGADETH baru lak.
- CRANBERRIES nak reunion. Hurrah. Aku suka ah huhu. Delores ewah.
- I think OPETH is confirm coming November kot....skip, MR BIG,.... pun skip walaupun nengok kawan aku semangat sey beli advanced tiket, SEPULTURA kalo jadi pun ....skip. Semua skip ah huhu. Nengok Youtube je la.
- Aku jarang dah beli ori skarang unless Maiden, tapi..I think I wanna get the new KISS. Modern Day Delilah tu gereks sey, very the disko pada aku. Dan packaging dorang nanti macam Journey nye Revelations. Satu cd baru, satu cd cover lagu lama, satu dvd. Very nice and value for money.
- I dont care apa orang cakap pasal Kiss. Kutuk la tapi before aku dengar Maiden, before aku tahu apa tu Eddie, Kiss and all their horror was there first untuk mencurik hati suci ku huhu. Growing up in late 70s , Kiss was the ultimate nightmare untuk pakcik2 makcik2 yang nengok poster2 dorang haha.
- Cakap pasal JOURNEY lak, a new dvd is coming shot kat Manila. And aku baca review tu malam kat Manila tu dorang bawak...lagu...When You Love A Woman...OMG! wa suka ah, meleleh abis haha.
- Melayu lak...errr...hehe. Err puasa la. Nanti kutuk banyak sangat lak haha.

Wednesday, September 2, 2009

scene bulan posa & pre-raya 2009

aloha & hail

( click all photos to enlarge, all photos discreetly taken pakai henpon masa nak tunggu bang or azan or masuk waktu or apa word korang sebut kat tempat korang ).


macam biasa, suasana bulan puasa ni beri peluang aku berangan jadi Ross Halfin setengah masak, walaupun menggunakan henpon Nokia 3.2mp huhu.
Cantik tak cantik, doesnt matter, yang penting aku suka dan harap korang enjoy the scenes jugak.



karpet ada nampak apa logo?
Masjid2 lama semua ventilation bagus eh. Natural je berangin. Tak yah harap kipas ke hapa ke. Dah tu jenis siling tinggi2 punye. Very comfy.

So, ada kesempatan tu hari, these are some snapshots of the main prayer hall of Sultan Mosque in Singapore during Ramadhan. If opportunity presents itself next time, more photos from fasting month scenes in JB and KL too. huhu.


Always, ni aku nye feberet shot dari dulu lagik. Tapi not all the time k boleh snap ni gambo, aku fortunate the carpet was bentang on that day kat koridor ni.
Kita manusia sibuk macam2 koridor, koridor flat ada orang gi taruk barang2 la, corridor of power la, multi super corridor la, tapi ni ah paling real, koridor mesjid.


Tapi bulan pose ni, makes people change. Kawan aku yang sibuk ngan Absu dia pun sekarang bebual semua benda2 berkenan ibadah bulan pose. Wah sey.. Aku yang asyik tukar topik ke - " bila nak jual kat aku ko punye Seventh Son USA-pressing picture vinyl? " huhu. Dia punye Maiden picture vinyl collection is menakjubkan aku haha. oppss, gua sua out of topic.





Semayang2, ngaji2, wirid2, doa2, or whatever la yang people do kat mesjid.


ok ok , aku tahu korang smua nak nengok gambo makan muahaha. Sorry ah, makanan2 tu semua menggodakan aku so aku tak snap tu hari Bussorah Street nye Param huhu.
Tapi...
nah meh layan Q ambik bubur mesjid huhu.



hah, line up betul2 ok, lelaki line up lain row, kaum pompuan pun ada row dorang sendiri. No campur2. Salah line up mesti kena sound.








lastly, kat luar tu ada la Hari Raya light up untuk kawasan bandar. Tapi tak boleh celen Geylang Serai nye la, tapi still maybe untuk tourist or whatever.
Tapi everytime aku tengok theme dia, aku mesti teringat lagu Dio \m/.

" One Night In The City, One Night Looking Pretty ". \m/