Thursday, January 6, 2011

these boots are made for dengaring

* Lepas aku taip ni post, aku realise ni post cam siol la, tapi let it be *
korang
1stly - Aku upload beberapa 'rakaman audio peminat untuk peminat' konsert terakhir Lovehunters yang audio kualiti rakaman nye macam siak kat youtube http://www.youtube.com/user/tempehasuka666
Ni aku specify adalah rakaman peminat untuk peminat aje kasi korang dengar untuk yang tak dapat pergi sampai nanti ada keluar official release yang sejuta kali lagi best.

Anyway dah cakap pasal fan recording tapes ni, ni beberapa peristiwa dalam hidup aku yang minat benda2 kejadah ni semua, tapi I am freaking fan of the bands I love so these 'audio and video fan recordings' or bootlegs or how you want to call them means so much to me ok.

1) First bootleg kaset aku dengar was kat sekolah, kawan aku kasi, Bon Jovi bawak lagu live Drift Away kat somewhere in Amerika. I think it comes from a radio show.
Dan aku masih ingat dalam tape tu pun ada lagu bside Edge of a Broken Heart yang best giler yang aku dapat tahu berapa tahun kemudian ialah lagu masa rekoding Slipery When Wet dan slotted untuk jadi single tapi kena tolak tepi pasal berapa orang yang JBJ panggil untuk kasi komen kat studio masa rekoding prefer Never Say Goodbye.

2) Tape bootleg Maiden pertama aku dapat ialah rakaman tahun 1983 Iron Maiden main kat Ipswich. Kaset bukan cdr. Aku dapat pakai snail mail dari satu mamat kat Canada. Kira penpal la haha.

3) Pertama kali ada orang yang tanya dan mintak aku bootleg ialah masa Deep Purple 2001 ke 2? yang Highway Star separuh jalan stop pasal ada equipment break down dan jugak Steve Morse ngan Roger Glover tukar instrument.
Tiba2 ada orang kat Eropah hantar mesej tanya sapa ada tape tu show? Jadi bayangkan betapa peminat2 satu dunia betul2 nak dengar jugak apa jadi...feel tu beb.

4) First dvdr video bootleg aku dapat ialah dari mamat jepun, EZO ngan Loudness line-up Dragon kat belgium yang orang rakam dari balkoni atas.. EZO siak!! haha.
Ada bootleg fan Jepun aku kenal kat internet hantar kat aku, aku takde apa nak trade. Terus dia tak mau contact aku lagik haha...Tapi aku betul apreciate dia punye gesture. Collecting bootlegs you have to start somewhere.

5) aku siap ada website dulu haha...kumpul bootlegs tapi ni semua cerita zaman muda2.

Jadi.. memang la kita semua tahu ada fans yang kumpul live fan-recorded audios and videos of their favourite bands, sampai jadi pasaran komersial pun ada. Untuk aku sendiri, fan recording is never for sale, ok la boleh trade ke hapa ke tapi never for sale. Nak trade atau nak kongsi ok, tak nak sudah, tapi jangan buat duit seposen pun.

Cuma sadly Malay Rock, susah aku nak cakap. In fact aku pernah ingat, aku pernah bukak satu thread la kat satu discussion board ni cakap macam sapa pergi konsert rock melayu kat mana2 je la, why not taruk exact setlist or apa ke. Tapi sadly errr hehe.
Tapi ntah eh... Kalo band omputeh... detailed... sampai boleh buat buku macam Led Zeppelin tiap2 tour tiap2 show main lagu apa dan apa jadi kat tiap2 performance..

aku tak pernah jumpa la mana2 budak2 melayu, ok la aku bukan ramai kawan pun, tapi serious bebual , aku tak pernah jumpa mana2 melayu yang appreciate ni semua kecuali zalim yang pernah beritahu dia rakam May nye konsert masa main kat tempat dia kat Pahang ke Perak ntah, pakai tape rekoder. Thats the only one person I know of. Aku happy sangat baca cerita dia tu pergi tengok May bawak tape rekoder.

Skarang baru la zaman ni baru la ada melayu aku tengok kat blog nak sebut pasal exact specific setlist, nak rakam tu ni , which is good tapi the old shows....gone with the wind dan takde sejarah.. ye la , harapkan tv, majalah urtv etc, unlike rock omputeh...
dan kalo ada official releases pun, kita kena paham its never complete, edit sana sini..
dan siap overdubbing kat studio lagik?
Kata la tu show ada 20 lagu tapi nanti masuk dvd tinggal 18 ke, atau semua stage banter semua kena potong ke, aku paling bingit sekali aku buat mistake yang Search live in JB tu, aku tak dapat bootleg tu show, pasal bila aku tengok yang keluar kat kedai official cd aku punye la bingit tak complete padahal tu malam was the last best giler Search show aku pernah pergi. ( koinsiden ke tu Hilary ada ? hehe )

dulu aku rajin jugak...Gi tengok Amuk pun aku rakam haha.. Klassik beb Amuk sudah bawak Cinta Luar Biasa Cintaku bukan Di Atas Kertas beb. So kalo aku nak tahu pasal rock melayu, ah ni la benda2 aku nak tahu, berapa ramai band rock yang pernah nyanyi walau satu baris aje lagu Mak ET.

Example, ni smua cerita lama beb, zaman rajin.. This is one of the shows I attend and I made something out of it haha...
total sampai 4cdr. Exact what happen that night, every single thing haha. Stage banters and everything. Ada kot official release dia, tapi I cant be bothered.

Dan ni contoh kenapa sometimes, konsert berunsur rock melayu, kalo main Spore, overun timing dia. Ni show was like over 4hrs siak...




Untuk aku, aku tak suka dengar sama aje lagu tu, aku suka dengar lain2 atmosphere dan feeling gitu, ngan mistakes sana sini, ngan sound buruk dan pecah rumah nye sound, tapi aku rasa tu la paling kenangan manis. Kadang2 kalo aku dapat rekod dapat sound best , ye la sound buruk untuk orang lain, tapi pasal untuk telinga aku aaje, aku happy giler.
Also, Aku tahu la no recording la apa la... tapi untuk aku, bukan aku nak jual atau buat duit pe... untuk aku sorang aje, untuk aku ingat balik aje.

Contoh Sampai skarang, versi Taman Rashidah Utama paling best giler ialah yang Awie introduce lagu ni sebagai dorang tak pernah main kat kubur, pertama kali main kat kubur pasal memang ada kubur pun, dan he link it ngan next song which is TRU yang memang kubur cinta, and its so fantastic performance and siap abis ngan Awie buat scaling tabla. On fire beb Wings tu malam. Ntah mana ntah bootleg tu aku taruk... ada dulu aku upload kat multiply aku lama dulu.

I wish I got the time nak kumpul balik semua bootlegs rock melayu dan band2 omputeh aku buat dari dulu, but I dont, kalo ada time pun aku pemalas,
so aku harap the younger guys, appreaciate your fave rock/metal bands, maybe just rekod them using your own devices at least once. Sweet memories beb, pasal tu la yang buat korang makin dekat ngan band rock/metal pujaan korang... korang gi tengok dorang live etc etc apa jadi malam tu... dan korang bleh dengar balik, then cerita in detail kat blog, then orang lain satu dunia pun tahu secara detailed apa jadi...
Tapi satu band je aku tak pernah nak try nak bootleg pun, masa aku tengok Iron Maiden dulu.. aku nak fokus pandang kat lantai dan absorb , dan aku tahu konfem!!! mesti ada orang lain rakam, sua terang lagi bersuluh..haha.. siap orang jual lagi audio bootleg tu kat ebay aku tengok.

(Best wooo tengok Iron Maiden screw up lagu Rime Of The Ancient Mariner tapi dorang pro so steady je la. Aku yang dah tepuk dahi haha!!.. So kalo takde orang rakam, weak kan? peminat satu dunia pun nak dengar apa jadi?)

Cam aku cakap, Kalo band omputeh memang la, fans trade satu dunia... walau setiap show sama setlist pun ada yang giler kumpul tiap2 show...beratus2 show pun tak jadi hal....Because every show is different. Nak2 kalo ada peristiwa cam sound rosak ke, lupa lirik ke, berebut peminat nak ambik tahu, tapi kalo rock melayu, I think tak ramai bother la. Its not like over-indulgent atau taksub tapi ni la info yang menarik yang kalo kita minat satu band tu kita nak ambik tahu, apa lagu dorang tak pernah main live, apa show apa jadi, apa tu apa ni...

ok la aku dah merapek giler lain2 paragraph lain2 crap.
Dan ni semua adalah aku taip untuk aku sendiri...pasal blog aku, kibod aku.
Kalo sapa dah terbaca dan tak happy, sorry beb.

5 comments:

Dr. Bentara said...

pakai apa buat rakaman tu? Dulu ada cerita kan rasanya tapi tak jumpa pula link tu balik.

Portdy said...

thanks bro depp

ni tengah layan LH kat youtube link ni . lagu Teman tu syok woo dengan solo violin tu semua

berteromber said...

tu tribute to rock n roll tu pun ko buat sendiri ker?...best..

satu hari nanti kalau dapat lepak2 rumah ko sesambil layan epok2 dengar semua koleksi bootlegs ko ni tentu best kan...

speedrider said...

Kualiti superb macam ni ko kata siak deaf?
Biar betul. Ko dengar aku rekod konsert wing haritu lagi barai bunyinya. Hahahaha

kordi said...

kekeke....sempoi!